• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Instantly Compare Car Insurance Here!
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
  • Insurance
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card
    • Travel Insurance
    • Pet Insurance

Jenis Jerawat Di Wajah dan Cara Untuk Mengatasinya!

Hafiqah Ali / 28/08/2019

5 Jenis Jerawat dan Cara Mengatasinya untuk Dapatkan Wajah Cantik:

jenis jerawat

Jenis jerawat adalah pelbagai dan bagi golongan wanita terutamanya, kesemua kategori merupakan musuh utama dalam kehidupan. Bukan saja ianya kadang kala menyakitkan, malah pandai pula memunculkan diri secara tiba – tiba pada waktu – waktu yang penting tau! Macam tau tau saja esok hari ada dinner, open house, majlis perkahwinan saudara mara dan macam macam lagi event lah!

Oleh itu, apa kata kali ini kita belajar mengenal jenis – jenis jerawat yang selalu muncul di wajah dan paling penting cara membanteras, memerangi dan merawat jerawat a.k.a musuh ketat kita itu! Perlu diingatkan bahawa, penting tau sebenarnya ilmu tentang jerawat ni kerana ianya melibatkan kesihatan wajah kita bukan saja pada masa kini, tapi juga untuk masa depan. Selain itu, jika kita sesuka hati saja cuba merawat jerawat dengan menggunakan ubat – ubatan atau produk yang salah yang banyak dijual di merata tempat di luar sana, risiko untuk wajah kita untuk memberi tindak balas yang negative adalah sangat tinggi. Silap hari bulan, boleh kena kanser kulit lagi!

Jadi, jom selami 5 jenis jerawat yang kita perlu tahu dan tips untuk membanterasnya!

Jenis jerawat #1 – Whiteheads

jenis jerawat

Whiteheads ialah keadaan di mana liang pori di wajah tertutup atau tersumbat akibat memerangkap bendasing seperti sebum iaitu minyak, sel – sel kulit mati dan juga bakteria. Seperti namanya juga, whiteheads merupakan benjolan kecil di wajah yang berwarna putih. Walau bagaimanapun, apabila anda memicit benjolan whitehead, kebiasaannya tiada kandungan yang akan keluar oleh itu, cuba selagi mampu untuk control jari daripada memicit whitehead tersebut ya?

2. Blackheads            

jenis jerawat

Blackheads merupakan jenis jerawat yang sering dialami oleh kita semua. Jika whiteheads berlaku apabila liang pori tersumbat sepenuhnya, blackheads pula boleh terjadi apabila liang pori kulit di waja tersumbat separuh, juga dengan bendasing yang sama iaitu sebum, bakteria dan juga sel – sel kulit mati. Bagi yang tertanya – tanya mengapakah warnanya hitam, jangan risau kerana ianya bukanlah berasal daripada sebarang kotoran di muka sebaliknya kerana pigmen kulit-melanin yang bertindak balas dengan oksigen di udara. Untuk mengatasi blackhead, anda boleh cuba gunakan produk yang mempunyai kandungan BHA seperti salicylic acid atau betaine salicylate yang mampu membersihkan kulit sampai ke dalam pori-pori.

Jenis jerawat #3 – Papules

Papules merupakan sejenis jerawat radang kulit dan ia kelihatan seperti benjolan lembut yang kemerah-merahan. Papules boleh timbul di kulit wajah apabila liang pori – pori yang tersumbat tidak diubati yang seterusnya menyebabkan dinding kelenjar di wajah terjangkit dan meletus. Percampuran sebum dan bakteria di pori – pori yang tersumbat kemudianny akan menembus kulit di sekitarnya. Oleh itu, amatlah dilarang kepada semua untuk jerawat ini ya, kerana bukan sahaja ianya tidak mengandungi nanah malah kemungkinan besar jerawat akan semakin meradang.

4. Pustules

jenis jerawat pustules

Ia kelihatan seperti bintik merah yang meradang dan muncul sebagai bintik merah dengan pusat putih atau kuning (bernanah). Oleh itu, tidak hairan jika sesiapa yang mengalami jerawat jenis ini mempunyai tahap kesabaran yang nipis samada untuk memicit jearawat sehingga pecah ataupun tidak. Pustules mempunyai benjolan yang serupa dengan papules namun yang membezakan mereka adalah pustules akan terasa sakit jika disentuh.

Jenis jerawat #5 – Nodula

Jika anda memiliki jerawat berukuran besar, memerah, yang terus bertahan sampai berbulan-bulan, tidak lain tidak bukan bahawa anda sedang mengalami jerawat jenis nodula. Ini adalah sejenis jerawat yang kronik juga jika tidak dirawat dari awal kerana ia terdiri daripada benjolan keras di bawah permukaan kulit dan lebih besar. Jerawat inilah yang menjadi penyumbang kepada parut berlubang dan trauma yang teruk serta luka pada permukaan kulit.

Oleh itu, jika ia tidak dirawat dengan betul, nodula ini akan terbentuk semula walaupun ia sudah kecut sebelum itu. Tambahan pula, apabila ruang radang lebih besar maka ia lebih mudah untuk membentuk nanah dan akan meninggalkan parut jerawat jika tidak dirawat atau tidak menggunakan ubat yang sesuai.

Cara mengatasi jerawat di wajah

Pakai krim atau gel jerawat di kawasan yang terjangkiti masalah tersebut. Krim – krim ini mudah didapati di mana – mana farmasi atau kedai kecantikan seperti Watsons atau Guardian namun perlu diingatkan, cuba dahulu produk tersebut dan lihat perubahan dalam jangka masa seminggu. JIka tidak ada apa – apa tindak balas negative seperti kulit meradang ataupun jerawat semakin merebak, boleh lah diteruskan penggunaan krim atau gel tersebut.

Penggunaan minyak pati atau essential oil seperti Frankincense, peppermint, lavender, lemon, tea tree, grapeseed, Primrose dan lemongrass juga amat popular sebagai cara menghilangkan jerawat. Disebabkan oleh kepekatan essential oil, ia adalah lebih baik digunakan apabila dicairkan dengan air atau dicampur dengan minyak pembawa lain.

Apple cider vinegar merupakan salah satu produk popular pada masa kini. Campurkan Apple Cider Vinegar dan air dalam nisbah 1:1 kemudian rendamkan kapas ke dalam campuran tersebut. Dengan perlahan, sapukan kapas tersebut ke atas kawasan berjerawat selama beberapa minit. Selepas itu basuhkan muka dengan air sejuk.

jenis jerawat

Ais mungkin merupakan solusi yang sangat mudah untuk semua kerana boleh didapati di dalam peti sejuk di rumah. Letakkan ais yang dibalut dengan kain lembut ke atas jerawat untuk beberapa minit untuk meredakan kesakitan dan mengeringkan jerawat.

Vaseline ataupun Vicks Vaporub juga agak popular sebenarnya sebagai cara menghilangkan jerawat. Cuma sapukannya ke atas jerawat dua kali sehari untuk beberapa jam. Selain itu, boleh juga praktikkan Bio Oil jika tiada Vaseline.

Konklusi

Jerawat mungkin kelihatan simple namun jika tidak dirawat dengan teliti, pelbagai masalah kesihatan lain yang lebih kronik. Oleh itu, lindungi diri anda dengan medical card daripada PolicyStreet oleh ManuEz-Med, Manulife. Dengan harga yang berpatutan, memang tak rugi untuk dapatkan kad perubatan yang pastinya membantu dalam menjimatkan kos perubatan bil di hospital jika sebarang kejadian menimpa anda mahupun keluarga kelak.

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

Windscreen Coverage Guide (2021): All You Need to Know!

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Claims Guide (2021)

Motor Insurance Claim 101: How to Avoid Common Pitfalls

ROADSIDE ASSISTANCE

Bahasa Malaysia

Jimat sehingga 40% di Musim PKP dengan PrOmilej

Insurans Cermin Kereta Panduan (2020): Semua Yang Anda Perlu Tahu

Dapatkan Perlindungan Percuma untuk Bulan Pertama!

Kemalangan Jalan Raya? Apa yang perlu dilakukan?

Apakah itu Insurans Kereta Pihak-Ketiga, Kebakaran dan Kecurian?

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

+601 11-684 2590

Copyright © 2021 Polisea Sdn Bhd. All Rights Reserved | Privacy Policy | Term of Use

Insurans Kereta Online