• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Penyakit Kuning (Jaundis) Pada Bayi Dan Cara Rawatnya 2020

Munirah Bahri / 08/01/2020

Penyakit Jaundis Pada Bayi (2020)

Jaundis atau penyakit kuning sering dikaitkan dengan bayi yang baru lahir. Ianya dikatakan lebih kurang tiga suku bayi yang dilahirkan sihat dan normal akan mengalami masalah sakit kulit kuning iaitu pada hari pertama selepas bersalin. Ianya adalah suatu perkara yang biasa berlaku pada bayi selepas bersalin dan pada sebahagian orang dewasa. Sekiranya bayi anda didapati mempunyai masalah penyakit kuning, anda tidak perlu risau dan panik. Penyakit kuning adalah penyakit yang normal. Namun begitu, anda perlu memaklumkan kepada pakar pediatrik anda agar bayi anda boleh dirawat dengan kaedah yang berkesan.

Panduan

  • Apakah itu jaundis?
  • Adakah Jaundis Penyakit Normal?
  • Jenis-Jenis Penyakit Jaundis dan Puncanya
  • Rawatan bagi penyakit Jaundis

Apapakah itu jaundis?

Jaundis atau penyakit kuning adalah keadaan di mana kulit dan bahagian putih mata menjadi kekuningan. Jaundis ialah penyakit kuning yang disebabkan oleh kadar bilirubin yang berlebihan selepas bayi dilahirkan. Bilirubin ialah salah satu bahan kimia atau sejenis pigmen yang dihasilkan semasa penguraian sel darah merah. Bilirubin kemudiannya akan proses ke hati sebelum dikeluarkan melalui najis. Tubuh badan biasanya akan mengeluarkan bilirubin melalui hati dan ia akan mula merebak ke bahagian-bahagian lain seperti kepala, tengkuk dan bagi kes jaundis yang lebih teruk, sakit kuning akan merebak sehingga ke jari-jari kaki. Jaundis adalah penyakit umum yang sering terkena pada bayi namun penyakit ini juga boleh terkena pada kanak-kanak yang sudah lebih besar serta orang dewasa.

Adakah Jaundis Penyakit Normal?

Apakah Jaundis Penyakit Normal

Jaundis adalah penyakit normal dan menurut kajian sebanyak 50 peratus bayi yang sihat dan normal mengalami masalah sakit kuning minggu pertama selepas kelahiran. Selain itu, 80 peratus bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan akan mengalami masalah sakit kuning di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran dan akan beransur hilang sebulan selepas itu.

Jenis-Jenis Penyakit Jaundis dan Puncanya

Terdapat beberapa jenis penyakit jaundis yang tidak berbahaya dan sering terjadi pada bayi. Jaundis biasanya terjadi selepas 48 jam selepas kelahiran dan jaundis jenis ini juga terjadi disebabkan pemecahan sel-sel darah merah serta organ hati yang belum cukup matang. Antara jenis-jenis penyakit Jaundis adalah seperti berikut:

  • Jaundis Fisiologi
  • Patologi Jaundis
  • Patologi jaundis berlaku apabila berlakunya ketidak serasian kumpulan darah antara ibu dan anak di mana ibu mempunyai resus negatif atau jenis darah “O”. Walaupun penyakit ini jarang-jarang berlaku namun ada juga kes bayi yang mengalami jangkitan resus. Pada kebiasaannya, wanita yang hamil harus membuat pemeriksaan terdahulu dan sekiranya mereka menghidapi penyakit resus, mereka akan dimaklumkan. Bayi yang dilahirkan akan diberikan suntikan anti-D semasa kelahirannya.
  • Ianya juga boleh terjadi sekiranya terdapat jangkitan kuman pada bayi. Antara tanda bayi anda menghidap patologi jaundis ialah bayi anda kelihatan tidak bermaya dan memerlukan rawatan segera ke hospital.
  • Di samping itu, defisiensi G6PD bayi juga boleh menjadi salah satu punca kepada patologi jaundis. G6PD boleh berlaku akibat daripada sel-sel darah merah yang tidak stabil terdedah kepada bahan-bahan yang tertentu. Biarpun penyakit ini sangat jarang berlaku, terdapat juga beberapa kes seperti ini yang berlaku pada bayi. Walau bagaimanapun, semua bayi sekarang akan diperiksa taraf G6PD sejurus selepas kelahiran.

Rawatan bagi penyakit Jaundis

Fototerapi

Rawatan Jaundis Kepada Bayi - Fototerapi

Rawatan yang biasa dilakukan sekiranya bayi mengalami penyakit jaundis ialah kaedah rawatan fototerapi. Fototerapi ialah rawatan di mana bayi dibaringkan di bawah cahaya biru tanpa memakaikannya baju dan pancaran cahaya biru itu akan bertindak menukarkan bilirubin kepada bahan yang tidak berbahaya supaya ginjal dapat membuangnya. Kesan daripada rawatan ini ialah bayi tersebut akan mengalami ruam dan cirit-birit. Mahupun begitu, kesan sampingan tersebut adalah penting dalam proses penguraian bilirubin. Antara salah satu keburukan bagi rawatan ini ialah rawatan ini akan menyebabkan terjejasnya penyusuan ibu serta pertalian antara ibu dan anaknya. Walau bagaimanapun, rawatan fototerapi adalah antara rawatan yang boleh menyembuhkan penyakit jaundis pada bayi dengan berkesan.

Getian Optik

Rawatan Jaundis Kepada Bayi - Getian Optik

Gentiap optik juga adalah salah satu alternatif bagi merawat penyakit jaundis selain daripada rawatan fototerapi. Gentian optik dilakukan dengan membalut bayi dengan selimut khas yang mempunyai cahaya gentian optik di mana cahaya kecil dari selimut itu akan memancar terus ke kulit bayi. Sebagaimana ianya adalah satu alternatif yang mudah untuk menyusu dan mendukung bayi anda, rawatan ini juga mempunyai kelemahan di mana ianya tidak begitu efektif berbanding rawatan fototerapi. Sehubungan dengan itu juga, ramai yang berpendapat bahawa rawatan getian optik tidak begitu sesuai kepada bayi yang dilahirkan pra-matang kerana cahaya dari selimut itu boleh menjadi terlalu panas untuk bayi tersebut. Jika rawatan ini dilakukan bersama dengan fototerapi, ianya boleh menjadi salah satu rawatan yang paling efektif berbanding  rawatan-rawatan lain.

Pertukaran darah

Rawatan pertukaran darah adalah kaedah terakhir yang dilakukan bagi mengelakkan terjadinya kerosakan pada otak bayi. Kadar tertinggi bilirubin yang dianggap membahayakan nyawa bayi itu adalah apabila tahap bilirubin dalam badan telah melebihi 20 mg/dL.

Kesimpulan

Rawatan Jaundis Pada Bayi - Pertukaran Darah

Penyakit jaundis mungkin penyakit yang normal namun jangan risikokan nyawa bayi anda dengan membiarkannya begitu sahaja tanpa memaklumkan kepada pakar pediatrik anda. Penyakit jaundis berisiko untuk menjadi penyakit yang lebih berbahaya dan menggugat hidup bayi anda sehingga boleh menyebabkan masalah pendengaran dan otak jika paras bilirubin telah mencapai tahap tertinggi. Oleh itu, anda haruslah peka terhadap bayi anda dan perhatikan tanda-tanda yang mencurigakan terjadi kepada bayi anda. Ianya sangat dicadangkan untuk ibu bapa melakukan pemeriksaan ringkas di rumah seperti yang disarankan oleh pakar. Antara cara untuk memastikan jika bayi anda menghidapi penyakit jaundis adalah dengan memicit hidung bayi anda dah perhatikan jika kulit bayi anda masih berwarna kuning setelah tekanan telah dilepaskan. Cara ini amat berkesan pada bayi yang berkulit cerah sebaliknya untuk memeriksa bayi yang berkulit gelap pula adalah dengan memerhatikan jika terdapat kekuningan pada gusi dan mata putihnya. Anda juga boleh mengesan penyakit jaundis ini sekiranya najis bayi anda didapati mempunyai warna yang pucat.

Kesimpulannya, anda tidak perlu begitu bimbang kerana penyakit jaundis memang boleh disembuhkan dan tidak mempunyai kesan tempoh panjang. Apa yang penting ialah anda peka dengan keadaan bayi anda dan jika terdapat sebarang kemusykilan tentang tahap kesihatan bayi anda, anda boleh rujuk kepada ahli pediatrik dan pakar kesihatan kanak-kanak.

Dapatkan Kad Medikal AXA eMedic untuk Perlindungan Kesihatan Masa Hadapan Bayi Anda.

Jaundis oleh PolicyStreet

Kesihatan yang baik memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan masa hadapan serta kelangsungan hidup seseorang, termasuk bayi anda. Setiap orang pasti menginginkan masa hadapannya serta kehidupannya berjalan mengikut aturan yang telah dirancang. Namun yang demikian, kehidupan setiap manusia adalah berbeza-beza dan kadang-kala perkara yang tidak dijangka boleh berlaku kepada sesiapa pun. Oleh itu, kami di PolicyStreet sangat menyarankan anda untuk mengambil kad medikal AXA eMedic sebagai salah satu perlindungan kesihatan bayi anda pada masa hadapan. Selain itu, kad medikal ini juga dapat membantu keluarga anda dengan meringankan beban mereka kerana kos rawatan yang sangat tinggi mampu memberi kesan yang besar dan boleh menjadi satu bebanan yang berat kepada mereka.

Anda juga berpeluang untuk mendapat rebat eksklusif sebanyak RM 50 sekiranya anda dapatkan kad medikal AXA eMedic ini dari kami di PolicyStreet. Dapatkan kad medikal AXA eMedic dari kami di PolicyStreet sekarang sementara bayi anda masih sihat! Layari laman web www.PolicyStreet.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kad medikal AXA eMedic dan perkhidmatan serta tawaran lain yang kami sediakan.

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

Vitamin Untuk Kucing Kekal Sihat dan Cantik!

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online