Jika anda mencari pengembaraan epik, pengalaman unik, makanan yang sedap dan pemandangan sejarah purba, Vietnam adalah tempat untuk anda. Walaupun dahulunya Vietnam terkenal dengan lokasi berperang, kini Vietnam adalah tempat berlindung para backpacker dan merupakan destinasi popular di Asia Tenggara. Vietnam adalah sebuah negara yang besar dan terdapat banyak itinerari perjalanan Vietnam yang anda boleh dapati di internet. Dan laluan backpacking yang paling popular ialah Hanoi ke Saigon. Vietnam secara amnya berpecah kepada dua wilayah, iaitu utara dan selatan. Jika anda mempunyai kurang dari seminggu, anda boleh memberi tumpuan kepada satu kawasan atau separuh dari kawasan.
Kredit: https://edition.cnn.com
Itinerari Terbaik Untuk Backpacking Ke Vietnam
Di bawah ini saya telah mengumpulkan tempat-tempat menarik untuk dilawati di Vietnam, dan jika anda bercuti kurang dari seminggu, pastikan anda dapat memilih dan menghabiskan separuh daripada itinerari tempat-tempat di bawah. Jadual perjalanan ini boleh melalui mana-mana arah, tetapi artikel ini akan membincangkan dari Utara ke Selatan. Mulakan lawatan anda di bandar Hanoi yang indah. Buat perjalanan sampingan ke pedesaan Sapa, di mana anda boleh menunggang motosikal anda melalui bukit-bukit dan meneroka air terjun. Kemudian mengatur lawatan ke Teluk Halong, kemuncak perjalanan di Vietnam.
Backpacking Hanoi
Kredit: http://www.northvietnamtravel.com
Salah satu bandar kegemaran pelancong, Hanoi adalah kombinasi yang keindahan waisan lama dan moden iaitu pintu masuk ke gunung-gunung yang luar biasa dan pemandangan pantai yang hangat. Teroka Hanoi dengan berjalan kaki atau basikal. Di Hanoi, anda perlu melawat Muzium Perang, sangat mudah dilihat kerana mempunyai koleksi senjata yang besar yang menandakan pintu masuk. Tempat terbaik untuk meneroka masa lalu perang Vietnam. Berhenti di Temple of Literature yang ditubuhkan pada tahun 1070. Merupakan universiti pertama Vietnam yang dihadiri oleh orang kaya dan pintar.
Kredit: https://www.bestpricevn.com/
Jika anda tidak meminati sejarah, terdapat senibina buatan tangan yang sangat menarik. Sekiranya anda tidak diperhati, anda perlu ke ‘bahagian lama’ bandar dan berhenti di Kuil Bach Ma. Candi tertua di bandar. Hoan Kiem Lake, juga dikenali sebagai ‘Lake of the Sword Restored’. Menurut lagenda, apabila Maharaja mengalahkan orang-orang Cina dari Hanoi, penyu emas gergasi merebut pedang dan menghilang ke dalam tasik untuk mengembalikannya kepada pemiliknya yang sah. Semua lalu lintas di sini diharamkan antara pukul 7 malam sehingga tengah malam setiap hari Jumaat hingga Ahad.
Backpacking Sapa
Kredit: https://uncorneredmarket.com
Anda mungkin tiba di syurga penjelajah ini pada awal pagi. Check-in asrama dan pergi mencari Motorbikes untuk disewa! Menjelajah kawasan desa yang indah dengan motosikal adalah salah satu daripada keseronokkan di Sapa. Pergi ke Air Terjun Thac Bac yang indah, sekitar 15km di luar bandar utama Sapa. Cerita lagenda mengatakan jika anda melihat air terjun itu lama-lama, anda akan melihat seekor naga putih mengintip ke dalam lembah di bawah.
Ambil perjalanan sehari keluar dari bandar Sapa dan melawat Desa Ban Pho yang luar biasa. Mereka ini merupakan salah satu suku kaum yang paling mesra di Asia Tenggara, ianya lain dari yang lain kerana populasi Mongolia Ban Ha di sini. Menetap di tebing gunung, orang-orang ini hidup di tebing gunung. Datang dan jelajahi budaya mereka, bercakap dengan penduduk kampung dan cuba untuk tidak minum wain jagung legenda yang mereka akan beri. Banyak kali.
Sekiranya anda tidak ingin menyewa motosikal, anda masih boleh melawat ke Lembah Sapa dengan basikal. Terdapat beberapa trek yang hebat di sekitar Sapa dan anda boleh menghabiskan beberapa hari di sini untuk meneroka. Untuk lebih mencabar, anda boleh mendaki puncak tertinggi Vietnam, Fansipan. Ianya setinggi 3,143m dari bawah. Anda boleh melakukannya secara sendiri atau dengan syarikat trekking di kawasan itu.
Backpacking Halong Bay & Pulau Cat Ba
Tapak warisan dunia UNESCO ini, sering dikenali sebagai Eighth Wonder dunia, adalah tempat persinggahan yang anda harus pergi tatkala backpacking ke Vietnam. Hampir setiap orang yang melawat Halong Bay melakukannya sebagai sebahagian daripada pakej yang telah diatur. Lawatan kesini tidak terlalu mahal dan sangat berbaloi. Anda perlu menempah awal untuk ke Teluk Halong. Anda boleh pertimbangkan untuk tidur di ‘junk boat’. Kemudian, ke Pulau Cat Ba dan melihat pemandangan batu-batuan atau kembali ke Hanoi untuk bermalam sebelum ke Selatan.
Backpacking Hue
Bandar kecil yang indah yang menawarkan rehat untuk merawat perjalanan dari Hanoi ke Hoi An. Anda boleh menginap di Hue Family Boutique Hotel dan berjumpa keluarga untuk cadangan aktiviti tempatan. Merupakan salah satu bandar diraja di Vietnam, Hue dipenuhi dengan pemandangan bersejarah yang mengagumkan. Kemudian, berjalan ke Citadel yang mengagumkan di seberang sungai parfum. Tempat ini terdiri daripada empat kubu berasingan dan mengambil sehari untuk diteroka, anda boleh menyewa basikal untuk mengelilingi kawasan ini! Seterusnya, melawat ke Pagoda Thien Mu, berdiri di atas 21 meter tinggi dan dihiasi dengan seni pagoda yang unik. Jika anda inginkan rehat dan pantai, anda boleh ke Lang Co dan kolam renang mineral panas Phong An yang tidak jauh dari situ.
Backpacking Hoi An
Kredit: http://www.manvsglobe.com/
Hoi An adalah tempat untuk menempah pakaian anda. Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan di Hoi An tetapi kebanyakan backpackers datang ke sini untuk mendapatkan suit made. Biasanya, pakaian ini mengambil sekurang-kurangnya tiga hari untuk siap jadi, anda perlu mengukur badan anda setibanya di sini. Tetapi jika anda tidak berminat untuk menempah, anda boleh skip dan teruskan perjalanan ke Da Nang. Hanya empat puluh minit memandu dari Hue. Ianya mempunyai pantai berpasir, gua dan kuil buddha yang boleh memenuhi hari anda.
Backpacking Nha Trang
Kredit: https://chhunborin.wordpress.com
Nha Trang adalah tempat yang sempurna untuk melepaskan kepenatan anda dan berseronok dengan air. Ini adalah kawasan sukan air yang popular dengan sukan luncur angin, paragliding dan jet ski. Jika anda mahu bergambar di Nha Trang, anda boleh menyewa seorang jurugambar profesional setempat untuk sehari dan menjelajah ke kawasan penduduk tempatan dan bandar sambil bergambar dengan lensa kamera. Pada waktu malam pulak, anda perlu berhati-hati dengan banyak pelacur di tepi-tepi jalan. Mereka akan cuba untuk merompak anda dengan mengajukan pisau di kerongkongan anda dengan satu tangan dan sebelah tangan lagi meraba poket saku anda. Pastikan anda simpan tangan anda di dalam poket tidak kira apa pun.
Backpacking Lak Lake
Kredit: http://www.thenationalparksgirl.com/
Selepas bersiar-siar di Nha Trang dan pergi ke Dalat dengan meneroka Tasik Lak yang tenang dan indah, air semulajadi yang terbesar di Vietnam tengah. Berkayak dan nikmati perairan yang tenang, pemandangan indah dan meneroka Jun Village. Sebuah penempatan Mnong dari rumah-rumah kayu yang kayu.
Backpacking Saigon / Ho Chi Minh
Kredit: https://hopon-hopoff.vn/vi/blog
Titik permulaan untuk kebanyakan pelancong yang melancong Vietnam, Saigon adalah sebuah bandar yang sibuk. Ianya agak mahal untuk backpacker, jadi saya cadangkan untuk tidak menghabiskan lebih dari satu malam di sini sebelum menjelajah ke Vietnam yang ‘sebenar’. Anda boleh melawat di sekitar Ho Chi Minh, Muzium Tinggalan Perang semasa tempoh tahun 1954 – 1975. Mengembara keluar dari bandar dan melawat rangkaian Cu Chi Tunnels yang luar biasa.
Delta Mekong
Kredit: https://bestmekongdeltatours.vn
Mekong Delta sering dirujuk sebagai ‘Rice Bowl’ Vietnam, sungai, paya dan pulau-pulau adalah rumah untuk kampung-kampung kecil yang terapung di tepi Delta. Mengayuh ke pasar terapung dan beli perhiasan-perhiasan murah yang dijual khas untuk mereka yang mengembara ke Vietnam. Jika anda tidak tahu, Mekong Delta merupakan syurga untuk hidupan liar tempatan. Senyap dari kesibukan jalan raya Ho Chi Minh yang padat.
MSIG TravelRight Plus Insurance
Pastinya anda sudah mempunyai pilihan berdasarkan apa anda inginkan. Anda boleh memilih mana-mana sahaja destinasi untuk dilawati di Vietnam yang sememangnya akan menjadikan perjalanan anda lebih bermakna dan indah. Tetapi adakah anda pasti keselamatan anda terjamin semasa backpacking ke Vietnam. Selain dari memilih tempat yang tepat untuk dilawati, anda harus mengutamakan keselamatan diri sendiri terlebih dahulu. PolicyStreet menawarkan anda perlindungan perjalanan bagi memastikan anda dilindungi dan sekiranya berlaku sebarang kemungkinan, anda mempunyai back up. Untuk mengetahui dengan lebih terperinci dan merasai pengalaman yang lebih baik, sila lawati laman web kami di PolicyStreet, dan klik di https://products.policystreet.com/msig/travelinsurance/overview