Krabi telah berkembang menjadi tempat percutian pantai yang juga sebuah destinasi persinggahan yang sibuk. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak pelancong mula melancong ke Krabi. Tidak kiralah sama ada pada hujung minggu, atau cuti persekolahan. Cukup hanya 3 hari 2 malam untuk melawat kesemua tempat menarik di Krabi ini. Jangan risau, ianya lebih dari cukup bagi anda yang mempunyai cuti yang singkat. Namun ada juga mereka yang memilih untuk bercuti dengan lebih lama di satu-satu tempat. Ianya terpulang kepada individu itu sendiri.
Jadi bagaimana anda nak merancang perjalanan agar ianya menarik dan padat. Jawapannya, tentu saja, “ia bergantung”. Siapa yang anda bawa bersama; apa minat anda; apakah tahap kecergasan anda; di mana lagi anda ingin melawat di Thailand; dan apa yang anda mahu dari percutian anda di Krabi. Ini semua termasuk dalam faktor penting untuk merancang jadual perjalanan yang baik. Di Krabi, terdapat banyak perkara yang menarik yang anda boleh lakukan. Jika anda penggemar aktiviti air, anda pasti akan teruja untuk ke sini. Kami di PolicyStreet telah menyediakan Itinerari Krabi untuk 3 hari serta aktiviti-aktiviti yang menarik.
Hari 1 :
Rock Climbing di Tebing Railay
Railey merupakan satu daripada rock climbing terbaik di dunia. Bagi anda yang berminat untuk mendaki gunung atau bukit, Railey sememangnya destinasi yang anda harus pergi di Thailand. Ianya terletak di pinggir laut. Anda boleh mencuba rock climbing. Lokasi pendakian yang paling popular terletak di Railay Barat yang mempunyai beberapa tempat yang hebat dan mencabar untuk mendaki, tepat di pantai berpasir putih. Dan selepas berjaya memanjat tebing, anda boleh lompat terus ke laut! Di Railay Timur pula, tempat pendakian kelihatan seperti tembok dan terletak di teluk yang dipenuhi dengan bakau.
Bersiar-siar Sekitar Bandar Krabi
Berjalan-jalan di pekan Krabi untuk merasai dan menikmati suasana asli tradisi orang Thai. Terdapat bot-bot ikan yang bersusun di pelabuhan, kafe setempat dan taman yang cantik. Pekan Krabi ini telah mendapat sentuhan moden tetapi masih mengekalkan identiti lama. Jika anda berasa sangat letih, duduk berehat di kafe-kafe tepi jalan sambil menikmati suasana orang lalu-lalang di pekan Krabi. Jika anda bernasib baik, anda boleh ke pasar malam yang terletak berhampiran dengan laut yang mempunyai replika ketam besar. Terdapat banyak jenis makanan jalanan yang sedap disediakan di sini. Jangan risau, ia bersih dan murah, jadi jangan takut untuk bereksperimen dengan makanan di pasar malam Krabi.
Hari 2 :
Island-Hop Di Pulau-Pulau Sekitar Krabi
Terdapat banyak pulau di sekeliling Krabi dan dan ianya mampu memenuhi hari anda. Anda boleh pergi melancong ke empat-empat buah pulau dimana anda akan menjumpai pulau yang kecil tetapi cantik, dan berkayak di perairan biru. Pada waktu air surut, anda boleh berjalan dari satu pulau ke pulau yang lain melalui jalan pasir sempit. Selain itu, anda boleh pergi ke Phi Phi Island yang mempunyai laguna yang menghijau dan bukit batu kapur yang tersergam di pinggir laut.
Teroka Dunia Underwater
Dengan pantai yang indah dan pulau-pulau luar pesisir yang banyak, Krabi mempunyai banyak pilihan untuk selam skuba dan snorkeling. Menyelam di perairan ini, anda boleh melihat kehidupan laut yang pelbagai, terus dari cacing kecil hingga yang besar seperti ikan pari dan jerung black-tip reef. Sekiranya anda suka aktiviti air, lakukan aktiviti scuba diving di sini. Ini adalah aktiviti wajib di Krabi, anda boleh memilih untuk snorkeling di kawasan yang tidak jauh dari persisir pantai.
Berjalan Di Sekitar Pantai Ao Nang
Ao Nang adalah kawasan tersibuk di Krabi, dan sangat hidup pada waktu malam. Berjalan-jalan mengelilingi Ao Nang Beach, dan kemudian berehat di kawasan itu. Terdapat flea market yang dibuka setiap hari. Pelbagai jenis barangan dijual disini, bermula dari makanan paling terkenal seperti pancake pisang dan nutella, sehingga ke baju dan seluar dan juga lampu untuk dekorasi bilik. Anda boleh mendapatkan barangan yang dijual pada kadar yang berpatutan. Dan jangan lupa untuk tawar-menawar. Lebih-lebih lagi apabila anda sudah mempelajari bahasa Thai asas.
Petua: Beli makanan yang anda ingin cuba dan duduk di tempat duduk yang disediakan di tepi-tepi jalan. Anda boleh menikmati makanan anda sambil memerhati gelagat-gelagat pelancong dan juga penduduk tempatan yang bersiar-siar di sekitar flea market ini.
Hari 3 :
Berenang Di Kolam Emerald & Mandi di The Hot Water Springs
Satu perkara yang unik tentang kolam zamrud ialah ia berubah warna bergantung pada waktu pada siang hari. Nikmati berenang di perairan untuk mengalami magic sebenar. Berjalan kaki dari kolam zamrud untuk mencari air terjun yang kecil. Ini adalah air mata air semulajadi, yang mineralnya mempunyai sifat penyembuhan. Anda akan melihat ramai pelancong yang mandi di Jacuzzis tab mandi yang panas ini. Jadi jangan malu dan jangan lepaskan peluang untuk menyegarkan badan anda dan rilekskan minda anda di perairan yang sangat menenangkan ini. Ianya salah satu daripada keajaiban dunia yang sungguh mengagumkan. Jangan lupa bergambar di sini. Hasilnya pasti sangat memuaskan.
Mendaki 1,237 Langkah Ke Kuil Gua Tiger
Adakah anda sukakan cabaran fizikal? Rancang aktiviti anda dan berjalan kaki ke puncak Kuil Gua Tiger. Jika anda berjaya mendaki sebanyak 1,237 langkah, anda akan berpeluang melihat patung Buddha emas yang besar dan mendapatkan pemandangan yang indah dari atas.. Anda boleh bergambar di puncak Kuil Gua Tiger untuk dapatkan pemandangan dari atas puncak dan melihat seluruh kepulauan tersebut.
Hari 4:
Krabi Percuma
Anggaran kos penerbangan dan hotel anda? Saya juga menitik beratkan penjimatan yang maksimum semasa melancong. Inilah caranya anda boleh melawat Krabi hanya untuk makanan dan pengangkutan. Anda boleh menyewa motosikal untuk 2 orang dari 250 baht sehari. Tapi ini untuk anda yang pernah menunggang motosikal kerana keselamatan sentiasa menjadi keutamaan okay. Anda boleh bersiar-siar kesemua tempat di Krabi dengan menunggang motosikal.
Pergi ke Tubkaek untuk berkelah dan nikmati hari indah anda. Pergi juga ke sudut pandangan Ngon Nak kerana ada tempat yang menggagumkan di Thailand. Dalam perjalanan pulang, berhenti di Pantai Tubkaek yang menakjubkan, biasanya ia terpelihara kerana tetamu hotel lima bintang tersebut. Tetapi jangan risau kerana ia terbuka kepada orang ramai, seperti semua pantai di Thailand. Nikmati pemandangan sunset yang susah untuk didapati di Malaysia kerana kesibukan harian. Atau – jika anda tidak mahu memandu selepas gelap – kembali ke Ao Nang Beach pada jam 6 petang, kerana anda juga boleh melihat sunset percuma di sini.
Insurans Perjalanan MSIG
Adakah anda teruja untuk melancong ke Krabi? Pastinya anda sudah memikirkan segala keperluan yang perlu dibawa dan mencukupi untuk backpacking ke Krabi. Namun, adakah membeli insurans perjalanan termasuk di dalam senarai keperluan anda? Penting untuk anda memahami bahawa insurans perjalanan sangat perlu dan membantu ketika berada di luar negara. Jika berlaku sebarang kerosakan pada motosikal yang disewa, MSIG mampu menyelesaikannya. Malah, jika berlaku kemalangan atau ketinggalan pesawat, polisi insurans perjalanan dapat menanganinya. Dapatkan travel insurance sebelum anda memulakan perjalanan anda. Ianya sangat cepat, mudah dan berpatutan di https://products.policystreet.com/msig/travelinsurance/overview/bm
Nikmati diskaun 25% dengan rebat RM10 rebate sekarang!