Pergi bercuti atau melancong ke luar negara adalah salah satu aktiviti yang boleh menghilangkan stres dan rasa letih setelah bertungkus lumus bekerja menyiapkan tugasan di tempat kerja ataupun di tempat pengajian anda. Melakukan sesuatu perkara berulang kali pada setiap hari boleh menjadikan seseorang itu stres dan tertekan. Sekiranya kita hidup dalam keadaan stres dan tertekan, ia boleh membahayakan kesihatan mental juga fizikal kita tanpa kita sedari. Melancong bukanlah satu aktiviti yang mahal seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang. Malah, melancong adalah aktiviti yang murah sekiranya kita bijak menguruskan kewangan dan perbelanjaan mengikut kemampuan diri masing-masing. Adakah anda telah sedia maklum dengan kebaikan yang boleh didapati sekiranya kita pergi bercuti di luar negara? Anda bukan sahaja dapat menghilangkan stres dan tekanan, anda juga boleh mempelajari benda baharu seperti memahami dan mengkaji budaya asing yang pelbagai dan unik di dunia ini. Bukan itu sahaja, dengan pergi bercuti, anda akan menjadi lebih peka dan teliti terhadap perkara yang berlaku di sekeliling anda.
Antaranya, ia boleh mengajar anda untuk menyusun perjalanan anda dan lebih menghargai masa. Namun yang demikian, pernahkah anda terfikir jika sesuatu mungkin berlaku terhadap anda ketika pergi melancong? Bagaimana jika sesuatu yang buruk berlaku dan anda tidak menyiapkan diri anda dengan perkara yang sepatutnya seperti membeli insurans perjalanan untuk lindungi anda daripada sebarang kemalangan yang akan menimpa? Kini anda tidak perlu khuatir sekiranya anda ingin mencari insurans yang berpatutan bagi melindungi anda dari sebarang perkara buruk kerana Insurans Perjalanan AXA menyediakan pelbagai bentuk perlindungan dengan harga yang berpatutan.
Apa yang membuatkan Insurans Perjalanan AXA salah satu insurans yang terkenal?
Hal ini demikian kerana, Insurans Perjalanan AXA menyediakan pelbagai bentuk perlindungan serta pelan yang pelbagai dari pelan Klasik hingga pelan Platinum di mana anda boleh membuat pilihan mengikut kemampuan anda serta bentuk perlindungan dari segi apa yang anda mahukan. Harga Premium bermula dari serendah RM 13 sahaja selama 1-5 hari. Selain itu, umur paling muda seseorang boleh membeli insurans ini ialah 30 hari manakala umur paling tua seseorang boleh membeli insurans ini pula ialah 79 tahun. Di samping itu, insurans ini juga menawarkan pembayaran balik perbelanjaan perubatan sehingga RM 300,000 dan sekiranya mati kemalangan atau hilang upaya anda boleh menerima bayaran sekali gus sebanyak RM 300,000. Walau bagaimanapun, insurans ini tidak tersedia untuk perjalanan domestik jadi anda hanya boleh membeli insurans ini jika anda berniat untuk melancong ke luar negara sahaja.
Insurans Perjalanan AXA Melindungi Anda Sekiranya Berlaku Kematian/Hilang Upaya Akibat Kemalangan
Kejadian yang tidak diduga boleh berlaku pada bila-bila masa dan andainya kejadian itu berlaku ketika anda sedang melancong di luar negara, bukankah anda antara orang-orang yang bertuah sekiranya anda membeli Insurans Perjalanan AXA? Mengapa anda orang yang bertuah? Hal ini demikian kerana, sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya akibat daripada kemalangan, pembayaran sekali gus sebanyak RM 300,000 akan diberikan. Insurans ini juga memberi perlindungan untuk orang dewasa atau kanak-kanak. Setiap perlindungan yang ditawarkan mempunyai dua pelan induk iaitu pelan bagi individu dan pelan bagi keluarga. Sekiranya anda ingin melancong bagi perjalanan tunggal, ada dua pelan yang anda boleh pilih iaitu Pelan Klasik atau Pelan VIP. Manakala bagi lawatan tahunan pula, juga terdapat dua pilihan iaitu Pelan Gold atau Pelan Platinum. Pelan-pelan ini berbeza mengikut kadar pembayarannya.
Insurans Perjalanan AXA Melindungi Perbelanjaan Perubatan Medik & Kemasukan ke Hospital ketika Melancong
Pernahkah anda risau sekiranya anda perlu dimasukkan ke hospital ketika melancong atas sebab yang tidak dijangka? Bagaimana anda ingin membayar kos rawatan juga perbelanjaan perubatan anda dan kos-kos lain seperti pemindahan perubatan kecemasan, penghantaran pulang perubatan kecemasan dan rawatan susulan anda setelah kembali ke Malaysia? Apa yang anda hanya perlu lakukan adalah dengan membeli insurans perlindungan perjalanan AXA ini kerana setiap perkara yang anda bimbangkan tadi dapat diselesaikan dengan mudah kerana AXA menyediakan pakej perlindungan atas perkara-perkara tersebut yang mungkin akan berlaku. Pada waktu yang sama, AXA juga menyediakan elaun hospital di mana pembayaran sekali gus akan dibuat sekiranya dimasukkan ke hospital mengikut jumlah hari dari tarikh kemasukan ke hospital. Di bawah perlindungan ini juga, AXA menawarkan perlindungan kuarantin daripada demam selesema pendemik dengan pembayaran kesulitan harian untuk setiap sempurnanya tempoh 24 jam yang perlu diharungi oleh pengambil insurans yang dikuarantin di negara yang dilawati.
Insurans Perjalanan AXA Memberi Perlindungan Bagi Perbelanjaan Hayat atau Perubatan yang bukan Kecemasan
Bak kata peribahasa sediakan payung sebelum hujan, dengan pengambilan insurans juga adalah salah satu perkara yang anda boleh lakukan demi menyiapkan diri anda dan orang-orang yang anda sayangi dengan perkara yang akan mendatang. Bagi perlindungan ini, manfaat yang bakal anda dapat adalah penjagaan belas kasihan iaitu perlindungan dari segi perbelanjaan kos perjalanan dan tempat penginapan bagi keluarga/sahabat untuk menemani/membantu si sakit/si mati yang telah dijamin dalam pengurusan kematian. Selain itu, perbelanjaan perjalanan dan penginapan untuk saudara/sahabat, bagi menjaga/menemani anak-anak pengambil insurans yang tiada penjaga dan berumur tidak melebihi 12 tahun juga dilindungi oleh Insurans Perjalanan AXA. Di samping itu, anda juga tidak perlu bimbang tentang pembayaran bagi pengebumian/proses pembakaran mayat dan kos pengangkutan membawa pulang mayat/debu mayat ke rumah.
Insurans Perjalanan AXA Memberi Perlindungan bagi Perkara Berkaitan Tempat Penginapan, Pengangkutan dan Lawatan
Perkara yang paling menjengkelkan yang boleh terjadi setelah anda telah merancang perjalanan dan setiap perkara yang anda ingin lakukan adalah anda terpaksa membuat pembatalan bagi perkara-perkara tersebut. Misalannya anda telah membayar segala wang deposit dan sebagainya, bukankah ia akan memberi kerugian kepada anda? Biarpun kita telah merancang sesuatu itu dengan baik, adakalanya perancangan itu boleh terbatal akibat perkara-perkara yang tidak disangka di mana ia terjadi di luar bidang kuasa kita. Sekiranya perkara tersebut berlaku, anda tidak perlu berasa kesal dan gelisah jika anda membeli insurans perlindungan perjalanan dari AXA ini kerana segala deposit atau pembatalan trip akan dilindungi. Seterusnya, Insurans Perjalanan AXA juga memberikan perlindungan jika berlakunya pengurangan perjalanan, pemendekkan perjalanan, terlepas penerbangan atau terlepas penerbangan bersambung serta kos tambahan untuk kereta sewa dan pemulangan campervan. Tidakkah anda merasakan bahawa insurans ini sangat berbaloi dan salah satu insurans yang sangat teliti khusus untuk mereka yang kaki bercuti?
Insurans Perjalanan AXA Memberi Perlindungan Sekiranya Berlaku Kecurian, Kerosakan atau Kelewatan pada Barangan Peribadi Anda
Perkara yang biasa terjadi ketika kita pergi melancong ialah berlakunya kecurian, kerosakan atau kelewatan pada barang peribadi kita sendiri. Perkara ini selalu terjadi kerana kecuaian diri sendiri yang terkadang leka dengan perkara-perkara lain. Namun begitu, Insurans Perjalanan AXA menawarkan perlindungan daripada kes kecurian atau kerosakan atau kerugian pada barangan peribadi anda dan kesan peribadi di mana berlakunya kecurian atas wang peribadi anda. Bukan itu sahaja, Insurans Perjalanan AXA juga memberi perlindungan sekiranya berlaku apa-apa pada wang dan dokumen perjalanan anda. Tambahan itu pula, apa yang menarik ialah andainya berlaku kelewatan bagasi, anda boleh menerima RM 200 setiap 6 jam maksimum sehingga RM 2,400. Selain itu, perkara sering berlaku pada orang yang pergi melancong ialah kehilangan kad kredit. Kehilangan sesuatu yang sangat bernilai seperti kad kredit adalah sangat perit. Walakin itu, Insurans Perjalanan AXA ada menawarkan perlindungan terhadap kerugian wang yang disebabkan oleh penggunaan kad kredit/debit akibat daripada kecurian ketika melancong di luar negara.
Insurans Perjalanan AXA Memberi Perlindungan Terhadap Liabiliti Peribadi
Apa yang membuatkan Insurans Perjalanan AXA ini lebih istimewa ialah Insurans Perjalanan AXA memberikan perlindungan untuk kerosakan/kecederaan yang berlaku akibat pihak ketiga berpunca daripada kemalangan. Bagi pelan individu, AXA menawarkan pembayaran balik sehingga RM 1,000,000 bagi sesiapa yang memilih Pelan VIP, Pelan Gold dan Pelan Platinum. Manakala untuk pelan keluarga pula, insurans ini menawarkan pembayaran balik sehingga RM 3,000,000 bagi Pelan VIP. Menarik bukan?
Insurans Perjalanan AXA Memberi Perlindungan untuk Kos Rumah Yang Ditinggalkan
Tidakkah anda berasa bimbang dan gusar apabila anda hendak pergi bercuti ke tempat yang jauh dan meninggalkan rumah anda untuk tempoh masa yang lama? Pasti bermacam-macam perkara bermain di fikiran anda yang anda bayangkan sekiranya berlaku apa-apa terhadap rumah dan harta semasa ketiadaan anda di rumah. Dengan pembelian insurans ini, anda tidak perlu terlalu bimbang tentang rumah anda kerana insurans ini menawarkan perlindungan penjagaan rumah bagi kehilangan dan kerosakan terhadap isi kandungan rumah akibat kebakaran atau kecurian (pecah masuk sahaja) apabila rumah anda ditinggalkan kosong semasa perjalanan. Bagi pelan untuk individu dalam perjalanan tunggal, hanya Pelan VIP sahaja yang ditawarkan buat masa ini iaitu dengan pembayaran balik sehingga RM 5,000. Manakala untuk lawatan tahunan pula, anda boleh memilih antara dua pelan iaitu sama ada Pelan Gold atau Pelan Platinum dengan pembayaran balik sehingga RM 5,000. Pelan bagi keluarga pula menawarkan pembayaran balik sebanyak RM 15,000 di bawah Pelan VIP.
Insurans Perjalanan AXA Memberi Perlindungan Jika Berlakunya Serangan Pengganas Ketika Melancong
Walaupun perkara seperti serangan pengganas ketika melancong itu jarang berlaku, kita tidak boleh mengambil mudah dan anggap ia sesuatu yang mustahil untuk berlaku. Apa yang kita patut lakukan ialah bersiap sedia dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Dengan itu, Insurans Perjalanan AXA ada menawarkan insurans perlindungan sekiranya berlaku perkara seperti rampasan di mana ada penangguhan atau gangguan perjalanan bagi setiap 24 jam akibat tindakan rampasan. Dalam pada itu juga, Insurans Perjalanan AXA juga memberi perlindungan bagi bayaran penebusan akibat penculikan dan tawanan.
Kesimpulan
Jelaslah bahawa Insurans Perjalanan AXA ini adalah salah satu insurans perjalanan yang sangat berbaloi dan sesuai untuk setiap peringkat umur. Oleh itu, dengan segala manfaat dan tawaran pelan yang berbagai seperti yang diterangkan di atas, anda tidak perlu teragak lagi untuk membeli Insurans Perjalanan AXA ini dari kami di PolicyStreet. Justeru itu, kami ingin menyarankan anda untuk mempertimbangkan insurans perjalanan dari AXA ini kerana insurans ini adalah antara insurans perjalanan yang terbaik yang pernah ditawarkan di pasaran kini demi menjamin masa depan anda dan keluarga. Dapatkan juga potongan 25% dan rebat RM 10 jika anda membeli dengan kami di PolicyStreet. Klik di sini untuk maklumat lanjut berkenaan produk ini.