Penyakit sakit belakang adalah penyakit yang sering dialami oleh kebanyakan orang lebih-lebih lagi mereka yang membuat kerja-kerja buruh seperti mengangkat berat dan kerja-kerja yang menggunakan tenaga fizikal yang banyak. Sakit belakang biasanya dikaitkan dengan keadaan di mana seseorang berasa tidak selesa di bahagian belakang mereka terutamanya di bahagian bawah belakang mereka. Boleh dikatakan setiap orang mempunyai masalah sakit belakang sekali dalam seumur hidup mereka kecuali bagi kanak-kanak. Sakit belakang juga adalah penyakit kedua yang sering dialami oleh kebanyakan orang ramai selepas penyakit selesema menyebabkan hampir tiada siapa pun yang terkecuali daripada mengalaminya.
Menurut pakar, bahagian tulang belakang manusia terbahagi kepada tiga jenis bahagian iaitu toraks, lumbar dan sakrum. Pada bahagian lumbar, terdapat lima tulang di mana antara tulang ini terdapat kusyen atau dipanggil sebagai disc yang mempunyai fungsinya yang tersendiri di antara sendi dan tulang. Selain itu, di setiap tulang belakang juga terdapat empat sendi dan ditengah-tengah sendi itu dikenali sebagai saraf besar atau spinal cord. Dianggarkan sebanyak 75% punca sakit belakang tidak dapat dipastikan punca sebenar berlakunya sakit tersebut. Manakala 25% peratus pula adalah mungkin berpunca daripada sebab-sebab berikut:
Tulang
- Kanser atau jangkitan kuman pada tulang.
- Tulang yang tidak berada dalam posisi yang normal atau terdapat kecacatan pada tulang.
- Pecah tulang belakang
- Ruas tulang belakang yang terkeluar atau pecah.
Otot
- Otot letih
- Otot yang tergeliat
- Otot yang terkoyak akibat kecederaan sukan
Lain-lain

- Postur badan yang tidak betul
- Penyakit batu karang
- Psikologis (Masalah stres yang melampau)
- Penyakit Radang Pelvik (Pelvic Inflammatory Disease, PIV)
- Pembesaran atau kanser pada rongga Pelvis.
Apakah Tanda dan Gejala kepada Sakit Belakang?
Antara gejala dan tanda yang mungkin menandakan anda mempunyai sakit belakang ialah seperti yang berikut:
- Sering berasa kebas pada bahagian kaki, peha, punggung dan pinggul.
- Rasa sakit yang menusuk-nusuk.
- Rasa sakit yang merebak sehingga ke bahagian kaki.
- Sukar untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti biasa.
- Otot-otot kaki yang lemah atau lumpuh sepenuhnya.
- Sering demam.
- Terasa sakit kepala.
- Sakit di bahagian perut dan semasa membuang air kecil atau air besar.
- Berkaitan dengan masalah menstruasi wanita (haid).
Apakah komplikasi penyakit sakit belakang?
Sakit belakang boleh menyebabkan kepada komplikasi-komplikasi tersebut:
- Lemah atau lumpuh otot-otot kaki.
- Boleh menyebabkan pertumbuhan kanser yang tidak dapat dikesan.
- Menyebabkan kecacatan kekal kepada seseorang.
Sakit belakang yang berpunca daripada organ dalaman seperti penyakit PIV dan penyakit berkaitan seperti sakit puan adalah sangat dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera kerana jika penyakit-penyakit ini tidak dibiarkan tidak dirawat, ia akan menyebabkan komplikasi seperti ketidaksuburan dan masalah-masalah lain timbul.
Apakah rawatan yang boleh dilakukan?
Antara rawatan yang boleh dilakukan untuk mengubati masalah sakit belakang ialah:
- Lakukan regangan pada bahagian belakang badan.
- Fisioterapi.
- Dapatkan rehat yang cukup.
- Menggunakan ubat sapu.
- Ubat-ubatan.
- Pembedahan.
Rawatan ubat-ubatan seperti vitamin adalah berfungsi untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan pada saraf anda. Selain itu, rawatan fisioterapi juga berfungsi untuk mengurangkan bengkak dan sakit pada saraf serta untuk melembutkan otot dan melepaskan saraf daripada tekanan dengan penggunaan traksi semasa rawatan tersebut dijalankan. Pembedahan pula bertujuan untuk mengurangkan tekanan pada saraf serta untuk memulihkan tulang yang berubah dari keadaan asal dan bertujuan untuk menguatkan tulang. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak merawat kecederaan berkenaan tidak akan memulih dan mengembalikan kekuatan asal mereka.
Apakah cara-cara untuk mencegah sakit belakang?
- Amalkan postur atau kedudukan badan yang betul ketika anda duduk, berdiri, mengangkat barang serta tidur di atas katil yang sesuai.
- Berehat untuk meregangkan bahagian belakang badan.
- Elakkan daripada sebarang kecederaan pada tulang.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang serta lakukan senaman sekerap yang mungkin.
- Jaga berat badan dan kekalkan berat badan unggul.
- Bagi wanita yang sudah mengalami menopaus digalakkan untuk mengambil kalsium dan zat yang secukupnya untuk mencegah penyakit Osteoporosis.
- Lakukan pemeriksaan berkala seperti Pap Smear untuk mengesan kanser pangkal rahim.
Senaman
Ianya sangat digalakkan untuk semua orang selalu bersenam dan melakukan aktiviti sukan kerana ia membantu dalam menguatkan otot di samping mengelakkan dari terkenanya penyakit osteoporosis. Namun yang demikian, aktiviti sukan yang dilakukan haruslah tidak begitu keterlaluan untuk mengelakkan dari sebarang kecederaan berlaku. Aktiviti sukan yang keterlaluan boleh menyebabkan kehausan tulang yang boleh mengakibatkan ia menekan saraf lalu memberi risiko kepada seseorang itu untuk menjadi lumpuh atau ada kalanya langsung tidak dapat berjalan.
Kesakitan yang dialami adalah disebabkan darah tidak dapat mengalir ke dalam saraf akibat saraf ditekan. Aktiviti seperti berlari atau berjalan memerlukan aliran darah namun sekiranya darah tidak dapat mengalir ke bahagian saraf dengan normal, seseorang itu juga tidak akan mendapat oksigen yang secukupnya. Oleh itu, ia akan menyebabkan kesakitan akibat daripada kekurangan oksigen. Sekiranya anda kesakitan yang alami sehingga ke tahap ini, anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan imbasan MRI untuk menentukan keadaan sebenar dan rawatan yang sesuai dengan penyakit yang anda hidapi.
Kepentingan tulang belakang
Tulang belakang adalah salah satu anggota yang memainkan peranan yang besar bagi setiap manusia. Tulang belakang mempunyai beberapa fungsi untuk tubuh badan manusia. Ia terdiri daripada 24 tulang yang boleh digerakkan untuk menampung berat badan seseorang itu. Tulang belakang sangat berperanan penting dalam pergerakan. Namun sekiranya tulang belakang tercedera, ia boleh mengakibatkan seseorang itu sukar untuk bergerak dan pergerakannya akan menjadi sangat terhad. Oleh itu, setiap orang haruslah menjaga baik tubuh badan mereka terutama bahagian belakang mereka agar masalah sakit belakang ini dapat dielakkan.
Dapatkan Kad Medikal Terbaik dari AXA eMedic sebagai Perlindungan Kesihatan Anda pada Masa Hadapan
Masalah sakit belakang boleh terjadi kepada sesiapa tanpa mengira umur mahupun jantina. Tambahan pula, masalah sakit belakang juga adalah masalah yang sering dialami oleh setiap orang selepas penyakit selesema di mana masalah ini adalah masalah biasa yang akan akan semua orang rasai. Mahupun begitu, masalah sakit belakang ini juga boleh menyebabkan kepada penyakit yang lebih serius dan kritikal jika dibiarkan tidak dirawat. Pelbagai risiko berbahaya yang mungkin akan anda hidapi sepertinya kanser jika anda mengambil ringan akan masalah sakit belakang yang anda hadapi. Oleh itu, pemeriksaan tulang belakang seperti imbasan MRI adalah pemeriksaan yang perlu anda lakukan bagi mengenal pasti masalah sebenar yang anda alami.
Justeru itu, kami di PolicyStreet amat menyarankan anda untuk dapatkan kad medikal dari AXA eMedic sebagai perlindungan kesihatan anda pada masa hadapan. Tiada siapa yang tahu apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan, jadikanlah kad medikal AXA eMedic ini payung yang akan melindungi anda dan keluarga dari bebanan menanggung kos rawatan anda yang mungkin boleh memberi tekanan kepada anda dan keluarga. Bantulah diri anda dan keluarga untuk hidup dalam keadaan yang selesa di masa akan datang dengan mendapatkan kad medikal AXA eMedic ini dari kami di PolicyStreet sekarang! Anda juga berpeluang untuk mendapat rebat sebanyak RM 50 sekiranya anda dapatkannya dari kami PolicyStreet! Tunggu apa lagi? Dapatkannya segera sebelum semuanya sudah terlambat! Layari laman web www.PolicyStreet.com untuk maklumat lanjut berkaitan kad medikal ini.