• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Instantly Compare Car Insurance Here!
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
  • Insurance
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

5 Rangkaian Hotel Malaysia Terbaik Yang Harus Anda Lawati

Munirah Bahri / 20/02/2019

‘Cuti-cuti Malaysia’, ‘Malaysia Truly Asia’ adalah antara slogan/tema popular yang digunakan oleh Malaysia untuk mempromosikan tempat-tempat yang dapat menarik minat pelancong sama ada di dalam ataupun luar negara ke negara ini. Bagi penduduk Malaysia sendiri, tidak dapat dinafikan, tempat tinggal atau penginapan menjadi perkara utama yang diperlukan untuk melancong dalam negara. Harga/kos, kemudahan yang disediakan serta kebersihan menjadi kriteria penting bagi memilih hotel Malaysia yang sesuai untuk didiami dalam tempoh yang singkat. Terdapat pelbagai rangkaian hotel Malaysia yang boleh di lawati sekiranya anda seorang yang gemar dan ingin melancong di dalam Malaysia. Di sini, saya akan kongsikan lima hotel Malaysia yang terkemuka dan sering kali menjadi pilihan kebanyakan orang Malaysia. Kesemua hotel Malaysia ini telah diiktiraf dan dinobatkan sebagai hotel yang terbaik dalam negara (TripAdvisor, 2019) berdasarkan pengalaman serta respon positif yang diberikan oleh para pengunjung.

 

  1.     Hotel Malaysia Terbaik 1: The Danna, Langkawi

 

The Danna terletak di Pulau Langkawi iaitu salah satu destinasi pelancongan yang popular di Malaysia. Secara spesifiknya The Danna terletak di Pantai Kok, dengan jarak lebih kurang 30 minit dari jeti Kuah. Hotel Malaysia yang mempunyai ciri kolonial dari segi reka bentuk ini dilengkapi dengan 3 buah restoran dan spa bertujuan untuk memberi kepuasan terhadap pelanggan yang menginap di sini. Terkenal dengan lagenda Mahsuri, terdapat beberapa tempat menarik yang acap kali menjadi tumpuan pelancong yang datang ke Pulau Langkawi. Lokasinya yang strategik di utara Malaysia dikelilingi lautan biru serta sawah padi dan kaki gunung membuatkan pengunjung tidak jemu untuk datang ke sini setiap kali musim cuti. Selain itu, bagi pencinta coklat serta ‘perfume’, Pulau langkawi sememangnya ‘wajib’ menjadi destinasi pilihan utama anda.

 

  1.     Hotel Malaysia Terbaik 2: Mangala Resort & Spa-All Villa, Gambang

 

Jika anda berada di Kuantan, Pahang ianya hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai di Mangala Resort & Spa dan 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Resort ini sesuai untuk golongan yang inginkan suasana berkonsepkan alam semula jadi serta jauh dari ibu kota yang pesat dan sibuk. Peluang untuk menikmati keindahan alam di sekeliling kawasan villa ini sememangnya dapat membuatkan anda berehat sebentar daripada kesibukan kerja. Di samping itu, villa ini menyediakan kemudahan aktiviti berbasikal, kayak, kolam renang serta pusat ‘fitness’. Berita baik buat anda yang bercuti bersama anak-anak dan keluarga, anda boleh meluangkan masa di Gambang Water Park yang hanya terletak dengan jarak masa 20 minit dari villa ini.

 

  1.     Hotel Malaysia Terbaik 3: The Banjaran Hotspring Retreat, Ipoh

Dengan perjalanan mengambil masa hanya 15 minit dari Ipoh, Perak, kolam air panas ini semestinya menjadi destinasi pilihan buat golongan yang ingin merasai kelebihan berendam dan memanjakan diri dalam kolam air panas semulajadi. The Banjaran terletak berlatar belakangkan bukit-bukit batu kapur, serta menyediakan tempat percutian kesihatan yang tenang dengan mata air panas geoterma serta kolam renang yang dipanaskan secara semulajadi. Selain daripada kolam air panas, tempat ini turut menyediakan ‘steam cave’ dengan mandian ais. Villa di sekitar Banjaran Resort dilengkapi dengan kolam privasi dan tab mandi. Spa dan juga rawatan Melayu tradisional turut disediakan khas untuk para pelanggan. Justeru itu, sekiranya anda perlukan tempat yang dapat mengurangkan tekanan serta bagus untuk kesihatan, The Banjaran Hotspring Retreat adalah pilihan yang tepat.

 

  1.     Hotel Terbaik 4: Mandarin Oriental, Kuala Lumpur

Mandarin Oriental merupakan jenama hotel Malaysia yang tidak asing lagi di mata dunia kerana ianya beroperasi hampir di serata dunia. Lokasinya yang berada di antara Menara Berkembar Petronas dan Taman Bandaraya Kuala Lumpur menjadikannya tumpuan pengunjung terutamanya para usahawan dan juga golongan berpendapatan tinggi. Mandarin Oriental menawarkan suite mewah serta apartment dengan pemandangan kota metropolitan yang sangat mengagumkan. Maka tidak hairanlah hotel ini seringkali menjadi perhatian untuk pelancong kelas mewah. Hotel ini dilengkapi dengan kolam renang diikuti dengan restoran makanan Cina yang sangat menepati selera pelanggan. Sama seperti hotel Malaysia terkemuka lain, kemudahan yang disediakan termasuk golf, gelanggang tenis dan gimnasium. Lantaran itu, ramai orang yang berminat untuk membelanjakan wang mereka untuk manginap di sini.

  1.     Hotel Terbaik 5: Museum Hotel, Georgetown

Dari jauh lagi anda dapat melihat keindahan reka bentuk hotel yang unik dan begitu klasik ini. Pada saat anda melangkah masuk ke dalam lobi hotel, anda dapat melihat dekorasi gaya yang kelihatan begitu antik. Perhatian yang diberikan di dalam dekorasi hotel ini membuatkan penginap terasa seperti tinggal di zaman dahulu, sesuai dengan namanya sebagai Museum Hotel. Bukan daripada segi dekorasinya sahaja, bahkan perabot serta peralatan yang diguna pakai di Museum Hotel sebagai contoh, cawan teh juga kelihatan vintaj. Terletak di kawasan yang jauh dari kebisingan kota, tidur malam anda pasti lena dalam hotel yang dihiasi dengan hiasan era kolonial ini. Lengkap dengan ruang bacaan, anda boleh memilih untuk membaca buku yang banyak disediakan di sini. Hotel ini menjadi idaman bagi anda yang sukakan barangan antik dan vintaj.

Konklusinya, dalam Malaysia sendiri terdapat pelbagai hotel atau tempat penginapan yang sedikit sebanyak berjaya memenuhi cita rasa pelancong tempatan daripada pelbagai jenis bangsa dan latar belakang. Walau bagaimanapun, ramai di antara kita yang sangat gemar melancong tetapi tak ramai yang tahu, atau ambil berat mengenai insurans perjalanan. Insurans perjalanan adalah sesuatu yang sangat penting, namun dipandang remeh oleh sesetengah pihak.

Sesetengah orang tidak mengambil insurans ini kerana beranggapan ia tidak diperlukan dan merugikan, dan yang lain beranggapan bahawa tiada perkara buruk akan berlaku. Namun, bak kata pepatah, ‘malang tak berbau’. Hakikatnya, kita tidak dapat meramal sebarang kemalangan atau kecelakaan yang bakal menimpa semasa melancong sama ada dalam atau luar negara. Justeru itu, insurans perjalanan ini amat penting dan wajar diambil oleh setiap orang yang ingin melancong ke sesuatu tempat.

Insurans perjalanan adalah insurans yang dibeli untuk melindungi pembeli ketika melancong daripada kemalangan, kerugian dan gangguan perjalanan. Biasanya, insurans perjalanan terhad kepada waktu dan tempoh perjalanan seseorang. Bahkan hampir setiap syarikat insurans menawarkan jenis insurans dengan gabungan perlindungan yang lain untuk mengelakkan sebarang risiko yang berlaku setiap kali anda melangkah keluar dari rumah.

 

Kesimpulan

Jika anda sudah merancang untuk berbelanja besar bagi percutian anda, insurans perjalanan adalah satu lagi perkara yang anda perlu fikirkan, dan harganya tidaklah terlalu mahal demi ketenangan minda anda. Dengan jenis insurans yang betul, anda bukan sahaja akan dilindungi daripada sebarang kerugian wang yang tidak dijangka, anda juga dapat memastikan keselamatan ahli keluarga tersayang terjamin. Kalau anda tidak pasti cara bagaimana untuk memilih atau membeli insurans perjalanan, ketahui pelbagai jenis pakej insurans yang kami tawarkan di https://policystreet.com dan dapatkan pelan yang paling sesuai untuk bajet perjalanan anda.

 

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Coverage Guide (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah Dibina Secara DIY

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online