• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Glamping Terbaik (2020): 5 lokasi di Malaysia yang Anda Harus Kunjungi!

Hafiqah Ali / 25/07/2020

Glamping dan 5 lokasi terbaik di Malaysia yang Harus Anda Kunjungi Pada Musim Cuti Sekolah Ini:

Glamping terbaik dan Maksud glamping malaysia

Glamping Dengan Maksudnya

“Glamping, apa tu?” Pasti ramai tertanya-tanya apa maksud glamping kan? Glamping ini adalah satu aktiviti percutian yang unik dan menyeronokkan yang mana konsep ‘glam’ dan ‘camping’ digabungkan. Kebiasaannya di kawasan glamping ini anda boleh terus masuk ke dalam khemah dan tak perlu nak bersusah payah membinanya sendiri. Selain itu, ia juga lengkap dengan kemudahan makanan dan tempat tidur yang selesa! So, itulah maksud glamping secara ringkasnya.

Namun perlu juga diingatkan bahawa untuk setiap kawasan perkhemahan atau glamping, lain kelengkapan penginapannya dan lain juga aktiviti yang ditawarkan untuk anda berseronok sepanjang waktu percutian. Nak tahu apa yang berbeza dan apa yang seronok di tempat glamping menarik di Malaysia ni? Teruskan membaca senarai di bawah ya!

Glamping di Mongolian Yurt Sabah

glamping mongolian yurt sabah malaysia

Sesiapa yang ingin merasai pengalaman berbeza menginap dalam khemah Mongolia, tak perlu pegi jauh sampai ke Mongolia. Semuanya ada di Kundasang, Sabah.  Untuk pengetahuan anda, Mongolian Yurt ini adalah struktur rumah tradisional masyarakat nomad Mongolia. Yurt yang terdapat di Sabah ini didatangkan dari negara Mongolia sendiri. Rekaan traditional ini telah wujud sejak 3000 tahun yang lampau, dan mampu melindungi anda yang menginap dari angin yang sejuk di Kundasang. Untuk aktiviti di sini, memerhati bintang adalah salah satu aktiviti yang tidak patut anda lepaskan, pemandangan bintang berkelipan agak jelas sekitar pukul 11 malam dan ke atas. Untuk waktu siang pula, anda dan keluarga boleh berBBQ ataupun melawat ladang sayur-sayuran yang terletak berdekatan. Tak sabar nak tahu bagaimana rasanya tinggal di dalam yurt ini? Apa lagi, jom ke Sabah sekarang!

Sailor’s Rest Resort (Kampung Janda Baik)

Sailor’s Rest Resort (Kampung Janda Baik)

Terletak di dalam kawasan hutan Banjaran Titiwangsa yang berketinggian 600 meter dari aras laut, anda pasti sudah boleh bayangkan kesegaran udara yang dapat dihirup di sini! Penginapan yang ditawarkan di sini adalah rumah 3 bilik, rumah bot, chalet moden, dan chalet kampung. Memang seronok untuk dijadikan kawasan percutian bersama keluarga  ditambah dengan keindahan tamannya yang dipenuhi pokok-pokok hijau dan bunga-bungaan yang menyegarkan pandangan. Selain itu, anda juga boleh makan buah-buahan segar terus daripada pokok manggis dan pokok durian yang terdapat di sini, tapi kena tunggu musim buah dahululah ya. Aktiviti lain yang terdapat di sini pun tak kurang menarik juga seperti mandi di sungai, waterfall trekking, makan-makan di dining hall, mesyuarat di conference hall, serta surau.

Mount Kinabalu Holiday Camp, lokasi cantik untuk glamping!

Mount Kinabalu Holiday Camp Glamping Terbaik

Siapa saja yang tidak teringin hendak mendaki Gunung Kinabalu, kan? Puncak yang tertinggi di Malaysia ini pasti menjadi idaman ramai peminat aktiviti lasak daripada pelbagai peringkat umur. Kalau dah sampai di puncaknya ini, jangan lupa bermalam di pondok-pondok kayu comel berbentuk segi tiga di Mount Kinabalu Holiday Camp. Sweater juga satu keperluan kerana maklumlah, suhu di sini sangatlah sejuk! Tidak jauh dari tapak kem percutian iaitu hanya dengan 12 minit perjalanan, terletaknya tasik yang terbesar di Sabah! Ha, boleh lah anda berselfie dan upload gambar-gambar kenangan di situ kerana bekalan elektrik bukanlah suatu masalah di tapak glamping Mount Kinabalu Holiday Camp ini. Syok kan?

The Sticks, Kuala Kubu Bahru (Selangor)

glamping the sticks - Kuala Kubu Bahru (Selangor)

The Sticks terletak jauh di dalam hutan di Kuala Kubu Bahru, di daerah hulu Selangor. Lokasi ini amat sesuai untuk mereka yang bosan dengan konsep percutian hotel dalam bandar ataupun percutian tepi pantai. Hal ini kerana, disebabkan ianya terletak agak jauh ke dalam hutan, lokasi ini agak “tersorok” daripada laluan utama.  Di sini anda dapat menghayati panorama yang indah dan tinggal di ‘tendok’. Tendok adalah nama yang diberikan untuk penginapan-penginapan yang ditawarkan di The Sticks. Tendok adalah gabungan perkataan ‘tent’ dengan pondok. Menggunakan tenaga solar dan generator sebagai sumber elektrik, anda digalakkan untuk tidak menggunakan barangan elektrik yang memerlukan banyak kuasa seperti pengering rambut. Yang bestnya, tendok terletak betul-betul di tepi sungai bagi anda untuk mencelup kaki anda dan berehat sepanjang percutian di sana.

Chengal Hill Retreat, Bentong (Pahang)

Chengal Hill Retreat, Bentong (Pahang)

Chengal Hill Retreat terletak di kebun yang berkeluasan 5 ekar dan di kawasan berketinggian 900 meter dari aras laut. Disebabkan ketinggiannya ini, anda dapat menikmati udara yang dingin dan segar, lebih-lebih lagi pada waktu malam dengan suhu 22 darjah dan ke bawah. Tempoh perjalanan ke sini agak singkat, dengan tempoh perjalanan yang hanya mengambil masa kira-kira dua jam dari Kuala Lumpur, menjadikan ia antara destinasi yang paling ideal untuk dituju warga kota selepas seharian  penat bekerja di pejabat masing-masing. Antara jenis penginapan yang disediakan adalah riverside chalet, dorm style chalet, water chalet, apachi, khemah camping dan glamping. Di samping itu, jangan leapskan peluang untuk mencuba pelbagai aktiviti menarik seperti memanah, ATV, menyewa 4WD untuk meneroka hutan di sekitar, berbasikal dan meredah hutan.

Konklusi

axa travel insurance policy street

Melancong atau bercuti sememangnya sangat menyeronokkan, namun keselamatan diri adalah yang paling utama. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian dari sudut penerbangan, penempatan, barangan yang dibeli, dan makanan. Namun, ada satu lagi perkara yang kebanyakan dari kita selalu terlepas pandang iaitu melindungi diri daripada perkara yang tidak boleh dijangka seperti penerbangan ditangguh atau beg bagasi hilang. Namun usah risau kerana PolicyStreet sedang menawarkan AXA Smart Traveller untuk memudahkan perjalanan anda kelak. Layari sahaja PolicyStreet untuk maklumat lebih lanjut!

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah Dibina Secara DIY

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online