• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Diet Ikut Jenis Darah Anda: Gaya Pemakanan Yang Sihat! (2020)

Munirah Bahri / 02/11/2020

Umumnya mengetahui bahawa setiap individu mempunyai jenis darah yang berbeza. Namun, ramai yang tidak tahu jenis gaya pemakanan yang sihat yang bagaimana sesuai mengikuti jenis darah anda. Pengambilan makanan sihat atau diet yang sesuai dengan jenis darah sama ada darah  A, B, AB dan O akan memberikan kesan positif terhadap tubuh badan seperti keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya ketahanan badan. Pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisme dalam badan.

Panduan

1) DIET UNTUK JENIS DARAH O
2) DIET UNTUK JENIS DARAH A
3) DIET UNTUK JENIS DARAH B
4) DIET UNTUK JENIS DARAH AB

Diet Mengikuti Jenis Darah Anda

Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa gaya pemakanan yang sihat mengikut darah dapat membantu badan anda untuk memiliki gaya hidup yang lebih seimbang dan sihat. Ini kerana apabila anda memahami jenis nutrien yang diperlukan oleh badan anda mengikut jenis darah anda, ia akan bertindak balas dengan lebih cepat dan lebih efisien. Adalah baik sekiranya anda mengetahui dan memahami sedikit sebanyak tentang jenis darah yang ada dalam badan anda. Di artikel ini, kami senaraikan beberapa jenis makanan yang perlu diambil dan dihindarkan mengikut jenis darah.

DIET UNTUK DARAH JENIS O

Makanan untuk DARAH JENIS O

Pemilik darah jenis O ini disarankan untuk mengamalkan makanan yang berprotein tinggi seperti daging tanpa lemak, ayam, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran seperti brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan dan kentang. Dalam masa yang sama, pemilik darah jenis O juga perlu melakukan senaman. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Mereka juga perlu mengelakkan dari minum minuman berkafein dan alkohol.

Pemilik jenis darah O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan paling penting adalah nasi. Makanan berjeruk juga harus dielakkan kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan jenis darah ini. Ciri khas golongan darah ini adalah memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain, mudah menyesuaikan diri dengan apa-apa jua makanan. Pemilik darah jenis O juga disarankan untuk bersenam bagi mengatasi tekanan. Namun, harus beringat kerana individu dengan darah ini berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makan makanan yang tidak bersesuaian dengan badan.

DIET UNTUK DARAH JENIS A

Makanan untuk Darah Jenis A

Pemilik darah jenis A pula disarankan untuk makan makanan seperti soya, bijirin, sayur-sayuran organik dan melakukan senaman. Pemilik jenis darah ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak atau mengambil makanan berkarbohidrat tinggi. Makanan yang harus dielakkan adalah hidangan laut yang berwarna putih seperti ikan siakap putih dan sotong. Selain itu juga, anda perlu elakkan makan daging lembu, susu, keju, kacang merah, roti, kuih-muih, minyak jagung, kek, kentang, mangga, betik, pisang dan minyak kacang merah.

Individu dalam kategori darah jenis A ini kebiasaannya menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah yang lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma dan gangguan pernafasan. Ciri yang biasanya dimiliki oleh pemilik jenis darah A ialah memiliki sistem pencernaan yang sensitif, perlu menghindari makanan daripada produk susu dan daging.

DIET UNTUK DARAH JENIS B

Diet ikuti Bagi Darah Jenis B

Pemilik darah jenis B adalah lebih fleksibel dibandingkan dengan darah jenis A. Pemilik darah jenis B perlu makan makanan seperti tenusu, jagung atau gandum dan melakukan senaman yang sederhana serta di nasihatkan tidak mengambil terlalu banyak kekacang. Namun, peru menghadkan pengambilan daging. Pemilik golongan darah B mudah mendapat penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus. Oleh itu, mereka perlu mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam jumlah yang banyak.

Makanan yang perlu dielakkan oleh mereka yang tergolong dalam jenis darah B ialah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan , telur puyuh, telur itik, minyak jagung, mminyak soya, minyak kacang tanah, kacang merah, tempe, pistacio, lobak, jagung, beras pulutm maanana bergandum dan mi segera. Mereka juga perlu elakkan pengambilan makanan beku atau makanan dalam tin.

DIET UNTUK DARAH JENIS AB

Makanan (Diet) Yang Sihat Bagi Darah Jenis AB

Mereka yang memiliki darah jenis AB ini perlu mengamalkan pola makanan gabungan daripada darah jenis A dan B. Pemilik darah jenis AB sangat digalakkan untuk mengambil makanan laut, tauhu susu, ayam, daging lembu dan melakukan senaman ringan setiap hari. Mereka memiliki sistem pencernaan yang sensitif dan disarankan mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetap kerap.

Penyakit yang berisiko dijangkiti oleh golongan darah ini adalah sinus, infkesi telingan dan gangguan pernafasan. Mereka juga harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang, ikan laut, semua produk susu dan daging yang diproses. Pemilik darah AB juga perlu mengurangkan pengambilan makanan berasaskan kekacang.

Konklusinya

Walau apa saja jenis atau pelan diet yang anda sedang jalani bagi menurunkan berat badan, ianya haruslah munasabah. Sama seperti pelan diet yang lain, diet jenis darah mungkin berfungsi untuk sesetengah orang, tetapi memandangkan pelan diet ini agak ketat, pengamal diet mungkin menghadapi masalah untuk mengikutinya untuk tempoh jangka panjang. Dan apabila mereka sukar mengikutinya dengan disiplin, diet yang diamalkan mungkin tidak akan memberi sebarang hasil. Amalkan pemakanan yang seimbang setiap hari dan anda perlu konsisten untuk memastikan anda kekal sihat dan cergas.

Dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic Untuk Perlindungan Kesihatan Masa Hadapan dan RM30 Starbucks Gift Card Bagi Setiap Pembelian

Gaya Pemakanan Yang Sihat Dan Beli Pelan eMedic Dari PolicyStreet

Setiap dari kita perlu menjaga kesihatan dan penjagaan itu haruslah bermula dari sekarang kerana mencegah lebih baik daripada merawat bukan? Oleh itu, tidak kiralah betapa aktifnya gaya hidup anda jalani sekarang, kesihatan tubuh badan anda sangat penting. Lindungi kesihatan diri anda dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan bersukan. Dapatkan kad medikal AXA eMedic untuk perlindungan kesihatan anda sementara anda masih sihat!

PolicyStreet merupakan sebuah syarikat yang mana ia mengumpul maklumat berkenaan polisi insurans yang berada di dalam pasaran serta memberi cadangan yang terbaik untuk mereka yang sedang mencari polisi insurans yang bersesuaian. Dengan PolicyStreet anda cuma perlu mengisi satu borang secara atas talian dan ia hanya memakan masa lebih kurang 5 minit sahaja. Anda boleh dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic dan RM30 Starbucks Gift Card Bagi Setiap Pembelian pada harga serendah RM 32/sebulan dan segalannya lebih mudah dan pantas. Klik pautan di https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview/bm

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah Dibina Secara DIY

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online