Perasaan tenang dan selamat adalah salah satu nikmat yang datang dalam bentuk emosi. Pernahkah anda bayangkan bagaimana rasanya jika anda tidak perlu khuatir tentang masa depan anda dan anda telah bersedia untuk segala yang mendatang? Jika ya, anda pasti akan menjalani kehidupan anda sepenuhnya tanpa perlu menyesalinya di kemudian hari. Lagipun hidup ini sangat singkat, maka, hiduplah seperti yang anda mahu tanpa perlu risau tentang perkara yang akan terjadi kepada keluarga anda atau bagaimana anda ingin membayar kos perubatan anda sekiranya sesuatu berlaku kepada anda. Dengan membeli pelan Etiqa Takaful, Etiqa i-Double Secure produk tawaran terbaru dari PolicyStreet, anda dan keluarga telah mengelak sesuatu yang remeh di masa akan datang.
Etiqa i-Double Secure: Kematian Disebabkan Kejadian Semulajadi
Sememangnya kematian itu tidak dijangka dan tidak diketahui bila tetapi kita mempunyai kuasa untuk membuat pilihan dengan memilih cara gaya hidup yang sihat. Namun gaya hidup di Malaysia sangat jauh dari cara gaya hidup yang sihat. Malaysia sangat dikenali dengan pelbagai makanan dan minuman yang tinggi kalori seperti nasi lemak, roti canai, teh tarik dan sebagainya. Langsung tidak hairanlah jika Malaysia telah dinobatkan sebagai negara yang paling tinggi kadar obesiti di Asia Tenggara. Segala makanan dan minuman yang tinggi kandungan kalori akan menggugat kesihatan pada diri kita dan juga boleh menyebabkan kematian. Hidup ini seperti roda yang berputar, sekejap kita berada di bawah dan sekejap kita berada di atas. Pada mulanya mungkin anda akan merasakan bahawa anda telah berada di menara gading namun hidup ini tidak boleh dijangka dan mungkin juga suatu hari nanti ada di diagnoskan dengan kanser ataupun meninggal ketika tidur. Hidup ini dipenuhi dengan kejutan yang tidak disangka-sangka jadi kita perlu mempersiapkan diri sebaik mungkin dan Etiqa Takaful sedia lindungi anda dengan pelan i-DoubleSecure di mana sebanyak RM 100k sehingga RM 500k pembayaran balik diberi kepada pelaksana atau wasi. Manfaat utama pelan insurans ini ialah sekiranya berlaku kematian, orang tersayang akan menerima 100% daripada Jumlah Asas yang Dilindungi beserta syer dari sebarang agihan lebih yang terkumpul daripada Dana Risiko Peserta. Bantulah orang yang anda sayang dengan membeli pelan takaful Etiqa i-DoubleSecure agar mereka dapat hidup dalam keadaan selesa seperti anda masih bersama dengan mereka.
Etiqa i-DoubleSecure Memberi Perlindungan Kepada Mereka Yang Hilang Keupayaan Secara Kekal Dan Menyeluruh Akibat Daripada Kemalangan Semulajadi
Pernahkah anda mengambil kesempatan atas kesenangan yang anda miliki sekarang? Seperti bekerja terlalu keras dan mengabaikan kesihatan diri sendiri? Atau mengambil kesempatan dengan memakir kereta anda di tempat parkir orang kurang upaya? Sekiranya jawapan anda ialah ya, anda harus merenung kembali perbuatan salah laku anda dan ambil iktibar atas usaha keras mereka yang sebenarnya dilahirkan tidak berupaya dan berkemampuan. Namun, seperti kata pepatah, malang itu tidak berbau kerana mungkin hari ini anda sihat dan merasakan anda mempunyai segala-galanya tetapi kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Bagaimana jika satu hari nanti anda diuji di mana anda terlibat dalam kemalangan ketika di tempat kerja dan telah menyebabkan anda cedera parah sehingga mengalami kelumpuhan secara kekal dan tidak boleh bekerja lagi? Ia mungkin sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran anda sekarang tetapi ini adalah satu peringatan bahawa manusia hanya mampu merancang dan bersiap sedia semampu yang baik dengan apa yang akan mendatang. Mujurlah dengan pelan insurans Etiqa Takaful i-DoubleSecure, individu yang terlibat akan mendapat pembayaran balik dengan jumlah RM 100k sehingga RM 500k sekiranya individu tersebut terlibat dalam kemalangan yang boleh menyebabkan kehilangan upaya secara kekal dan menyeluruh.
Etiqa i-DoubleSecure Memberi Perlindungan Untuk Mereka Yang Terlibat Dalam Kemalangan
Terlibat dalam kemalangan adalah suatu perkara yang semua orang ingin elakkan. Namun, kemalangan boleh terjadi pada bila-bila masa dan di mana-mana jua tidak kira betapa berhati-hatinya seseorang itu. Kemalangan jalan raya adalah kemalangan yang sering berlaku di merata dunia. Mengikut rekod Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), punca utama kemalangan jalan raya adalah kerana pemanduan secara bahaya serta pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan jalan raya dan bukan kerana kondisi kenderaan mahupun keadaan jalan raya itu sendiri. Walaupun kita telah mengambil langkah berjaga-jaga akan tetapi ada perkara yang luar daripada kawalan dan jangkaan kita yang tidak dapat kita elakkan. Kita hanya boleh mengambil langkah berhati-hati tetapi jika sudah nasib badan untuk terlibat dalam kemalangan, maka perkara itu tetap akan berlaku. Sehubungan dengan itu, langkah pertama yang patut dilakukan adalah dengan membeli pelan Etiqa i-DoubleSecure Takaful kerana pelan Etiqa Takaful ini memiliki apa yang anda cari. Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan yang boleh menyebabkan kematian atau hilang upaya secara kekal dan menyeluruh, pelan insurans ini menyediakan pembayaran balik sebanyak dua kali ganda daripada RM 100k sehingga RM 500k kepada pelaksana atau wasi. Jadi tunggu apa lagi? Pelan ini mungkin pelan insurans yang anda cari selama ini bagi menjamin masa depan orang yang anda sayang.
Kesimpulan
Insurans nyawa takaful adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan oleh setiap insan yang peduli tentang orang yang mereka sayang dan ingin melihat mereka maju kehadapan untuk membina masa depan yang cerah tanpa dihalang hak kebebasannya. Ianya masih belum terlambat sekiranya anda ingin dilindungi hari ini bagi menjamin masa depan anda dan orang yang terdekat dengan anda. Pelan insurans i-Double Secure Etiqa Takaful adalah salah satu produk terbaik yang berada di pasaran sekarang! Pelan ini mempunyai banyak kebaikan dan memberi faedah yang besar dengan harga yang sangat berpatutan iaitu sebanyak RM 25 sebulan. Anda juga boleh memilih tempoh perlindungan untuk 10, 15 dan 20 tahun. Pelan insurans ini sangat bersesuaian untuk rakyat Malaysia yang berumur 17 tahun sehingga 55 tahun. Selain itu, pelan insurans ini tidak memerlukan anda untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan dengan membayar harga premium yang sama untuk jangka masa yang panjang, kini anda dapat merancang perbelanjaan anda dengan lebih baik. Pelan i-DoubleSecure Etiqa Takaful ini menggunakan prinsip Islam iaitu Tabarru dan Wakalah di mana bukan sahaja pelan ini bersusuaian dengan muslim malah ia juga bersesuaian dengan yang bukan muslim. Di samping itu juga, pelan ini mempunyai konsep “lebih banyak yang anda sumbang, lebih banyak perlindungan takaful anda” mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan. Lawati laman web PolicyStreet untuk maklumat lanjut berkaitan Etiqa i-DoubleSecure, Term Takaful Plan.