• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Petua Hilangkan Dengkur: 5 Cara Terbaik untuk Merawatnya! (2020)

Hafiqah Ali / 19/09/2019

Petua Hilangkan Dengkur (2020)

5 Petua Terbaik Untuk Hilangkan Dengkur

  • Sering alami dengkur? Gunakan pelekat jalur hidung
  • Tidur dalam posisi mengiring
  • Lembapkan udara dalam bilik agar dengkur berkurangan
  • Tinggikan kedudukan kepala Semasa Tidur
  • Makanan berat sebelum tidur akan meningkat risiko berdengkur

Dengkur pastinya tidak asing lagi di telinga rata-rata daripada kita kerana tahukah anda, lebih 6 juta rakyat Malaysia menghidap masalah tidur berdengkur? Semua pasti tahu bahawa orang yang mengalami dengkur akan mengeluarkan bunyi daripada hidung yang kadangkala boleh mengganggu tidur orang lain. Bagi sesetengah orang, dengkur boleh dianggap sebagai satu masalah serius jika mereka kerap mengalaminya pada hampir setiap malam. Perlu diingatkan, kekerapan berdengkur semasa tidur sebagai contoh pada setiap malam, walaupun tidak kritikal, boleh mengakibatkan kualiti tidur penghidap terganggu yang seterusnya menyebabkan kelesuan dan masalah kesihatan yang lain.

Namun, mengikut kajian ianya bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kerana boleh diubati tanpa perlu membuat bersusah – payah membuat rawatan di hospital. Bagi yang tidak tahu, dengkur sebenarnya adalah masalah disebabkan aliran pernafasan separa terhalang di bahagian tekak yang mengakibatkan tisu-tisu di dalamnya bergetar dan kebanyakan penghidapnya adalah orang dewasa yang penat bekerja seharian. Jadi, jika anda merupakan salah seorang penghidap dengkur atau mungkin pasangan anda yang mengalaminya, apa kata anda cuba salah satu daripada 5 cara untuk hilangkan dengkur ketika tidur yang telah dikongsikan di dalam entri ini.

Petua #1: Sering alami dengkur? Gunakan pelekat jalur hidung

Petua 1: Gunakan Pelekat Jalur Hidung untuk mengurankan Dengkur

Jika anda memerlukan bantuan peralatan bagi mendapatkan pernafasan yang lebih lancar ketika tidur, mungkin anda boleh menggunakan pelekat jalur hidung atau nasal strips. Ia membantu untuk membuka bukaan nasal hidung untuk membenarkan udara masuk. Proses sebenar jika anda memakai pelekat jalur hidung adalah udara akan memasuki rongga hidung yang terbuka kemudian melepasi tekak, pangkal lidah dan akhirnya, paru – paru. Diingatkan juga bahawa pelekat jalur hidung akan lebih berkesan kepada penggunanya jika mereka tidak mempunyai masalah kesihatan lain yang turut mengganggu pernafasan semasa tidur seperti Obstructive Sleep Apnea. Anda boleh membelinya di mana-mana farmasi atau kedai serbaneka. Tip penting sebelum menggunakan nasal strips adalah sekiranya anda mempunyai hidung yang banyak hingus, buang hingus tersebut setiap kali sebelum tidur terlebih dahulu.

Petua #2: Tidur dalam posisi mengiring

Tidur Dalam Posisi Mengiring untuk Mencegah Dengkur

Jika anda mengalami masalah dengkur setiap malam, cuba tukar cara anda tidur iaitu dnegan mengutamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang. Ini kerana, sejak sekian lama, tidur mengiring terutama di sebelah kanan telah terbukti dapat memudahkan proses pernafasan manusia manakala tidur membelakangkan badan pula menyebabkan lidah, dagu dan lebihan lemak tisu di bawah dagu menutup saluran pernafasan. Jika anda telah terbiasa tidur seccara menelentang atau membelakangkan badan, cuba tidur secara mengiring dengan mendapatkan bantuan bantal peluk atau anda juga boleh memilih untuk memeluk pasangan anda.

Petua #3: Lembapkan udara dalam bilik agar dengkur berkurangan

Lembapkan udara dalam bilik untuk mencegah Denkur

Kalau anda hendak tahu, masalah dengkur juga boleh disebabkan oleh keadaan bilik yang kering dan panas. Hal ini kerana, secara saintifiknya udara kering berupaya untuk mengganggu membran di hidung dan tekak yang seterusnya menjadikan tisu hidung anda berisiko untuk membengkak. Ini boleh terjadi kerana suhu yang kering memerlukan hidung anda untuk bekerja lebih kuat ketika tidur bagi mendapatkan udara segar sehinggakan anda berdengkur. Namun, tidak perlu risau kerana hanya dengan menggunakan pelmbap udara, anda sudah boleh menyelesaikan masalah ini. Dengan memasang pelembap udara atau lebih dikenali sebagai air humidifier, bilik anda akan berada dalam keadaan optimum yang membantu tidur yang lebih berkualiti.

Petua #4: Tinggikan kedudukan kepala Semasa Tidur

Tidak salah jika anda cuba untuk naikkan posisi atau kedudukan kepala lebih kurang 4 ke 5 inci lebih tinggi dari paras biasa kepala anda ketika berbaring kerana ianya mampu membantu pernafasan yang lancar dan menggalakkan lidah dan rahang bergerak ke depan. Sebenarnya, terdapat bantal khas yang direka bagi tujuan mengurangkan dengkur dengan memastikan keselesaan otot leher. Tetapi, bantal tersebut tidak perlu terlalu tinggi sehingga anda sakit tengkuk pula ya!

Petua #5 Makanan berat sebelum tidur akan meningkat risiko berdengkur

Makan lewat sebelum tidur adalah antara penyumbang kepada masalah dengkur, dan juga masalah kesihatan yang lain. kajian menunjukkan bahawa makanan seperti makanan tenusu atau susu soya boleh menyebabkan masalah dengkur yang serius. Seboleh – bolehnya elakkan memakan makanan berat namun jika anda terpaksa atas sebab tertentu seperti terlalu sibuk atau mempunyai penyakit lain, adalah dicadangkan makan berat selewat-lewatnya 4 jam sebelum tidur. Adalah penting untuk kita perhatikan apa yang kita makan sebelum tidur dan elakkan dari makan lewat malam. Ia mungkin dapat membantu mengurangkan masalah dengkur yang mengganggu keselesaan tidur kita.

Konklusi

Adakah anda sudah mempunyai perlindungan kad perubatan bagi memastikan anda sentiasa dilindungi sekiranya terjadi sebarang risiko penyakit yang tidak diingini. Hal ini kerana, tidak semua penyakit mudah untuk dirawat seperti dengkur. Kami di PolicyStreet menawarkan medical card yang sangat mudah untuk mendapatkannya secepat 5 minit. Kami juga menawarkan harga yang sangat berpatutan dan pastinya dengan penjimatan kos perubatan bil di hospital.

Dapatkan Kad Perubatan Secara Atas Talian Oleh AXA eMedic

axa emedic

Kad perubatan atas talian ini sangat mudah untuk dimiliki kerana anda hanya perlu membuat pembayaran secara atas talian dan boleh memilih untuk membuat pembayaran secara tahunan ataupun bulanan. Dan yang paling penting sangat pantas dengan harga yang sangat berpatutan di pasaran serendah RM 32/sebulan! Kini, anda boleh sentiasa memastikan diri anda dilindungi dan juga ahli keluarga anda dilindungi. Kami mempunyai berita baik kerana kini anda boleh melayari laman web kami yang berbahasa Malaysia. Kami ingin memudahkan anda untuk lebih memahami produk insurans ini dan lebih meyakini produk kad medikal ini. Klik di sini, https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview/bm dan dapatkannya SEKARANG!

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah Dibina Secara DIY

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online