• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Penyakit Demensia: Punca, Gejala Dan Cara Mencegahkanya (2020)

Munirah Bahri / 16/01/2020

Demensia atau Dementia adalah sejenis gejala berkaitan dengan penyakit kognitif atau kelainan yang abnormal pada otak. Demensia terjadi apabila berlakunya gangguan mental di mana seseorang itu mengalami masalah ingatan serta susah untuk berfikir atau bersosial seperti yang sedia kala. Pesakit yang menghidapi gejala ini boleh menyebabkan kemerosotan dari segi aktiviti fizikal dan juga mental serta boleh menyebabkan penurunan aktiviti seharian dan pemulihannya boleh memakan masa yang panjang. Selain itu, pesakit demensia juga sukar untuk mengawal emosi mereka dan menyelesaikan masalah.

Panduan

  • Bagaimanakah Demensia boleh berlaku?
  • Apakah antara gejala Demensia?
  • Komplikasi Demensia
  • Apakah Rawatan bagi Penyakit Demensia?
  • Apakah Pencegahan yang boleh dilakukan?
  • Siapakah yang lebih berisiko untuk mendapat Dementia?
  • Berapa kerapkah penyakit Demensia berlaku?

Bagaimanakah Demensia boleh berlaku?

Penyakit Demensia Malaysia (2020)

Demensia berlaku apabila ada sesuatu abnormal berlaku pada otak penghidap demensia. Kebanyakan demensia adalah bukan daripada proses penuaan yang semulajadi. Ianya adalah daripada proses penyakit yang berpunca daripada otak yang tidak normal dan antara puncanya ialah daripada pengambilan barang terlarang seperti dadah atau mengamalkan tabiat buruk seperti meminum alkohol dan menghisap rokok sehingga boleh memberi kesan pada otak lantas mendapat penyakit demensia.

Apakah antara gejala Demensia?

Apakah Gejala Demensia Malaysia? (2020)

Kebanyakan orang berpendapat bahawa demensia hanyalah penyakit yang disebabkan oleh faktor usia yang sudah lanjut dan tidak tahu menahu apa puncanya dan beranggapan bahawa tingkah-laku orang demensia hanya perkara normal bagi mereka sudah berumur. Terdapat beberapa gejala dan tanda jika seseorang itu mengalami demensia dan di antaranya ialah:

  • Mudah lupa dan penyakit lupanya sangat kronik sehingga boleh mengganggu aktiviti sehariannya.
  • Mengalami kesukaran untuk mencari perkataan yang mudah dan berasa sulit untuk berkomunikasi dengan orang lain serta kerap mengulangi perkataan (echolalia)
  • Berhadapan dengan masalah untuk melakukan aktiviti seharian yang normal seperti ingin memakai baju, mandi dan memasak.
  • Mempunyai masalah dalam orientasi di mana pesakit demensia sentiasa dalam kebingungan seperti tidak ingat jalan walaupun jalan yang digunakan itu adalah jalan yang sering digunakan.
  • Hilang keupayaan dalam membuat penilaian.
  • Kerap tertinggal barang dan sentiasa letak barang letak di tempat lain daripada apa yang diingat.
  • Perubahan emosi dengan secara mendadak serta mengalami perubahan dari segi tingkah laku.
  • Tidak mempunyai rasa minat terhadap perkara yang dulunya menjadi sesuatu yang sangat disukai.
  • Mempunyai tahap kecenderungan yang sangat rendah dalam pekerjaan dan hobi mereka.
  • Mempunyai masalah dalam pemikiran abstrak di mana pesakit demensia tidak boleh membuat keputusan semasa membeli-belah dan sebagainya.

Komplikasi Demensia

Komplikasi Dementia Yang Anda Perlu Tahu

Antara komplikasi demensia adalah:

  • Menyumbang kepada peningkatan kadar kematian.
  • Boleh memberi tekanan yang sangat tinggi kepada penjaga serta ahli keluarga dan boleh menyebabkan masalah mental serta fizikal timbul di kalangan penjaga.
  • Salah satu  penderaan kepada pesakit.
  • Dementia boleh menyebabkan pesakit dibawa masuk ke dalam institusi penjagaan  dengan lebih awal.
  • Boleh menyebabkan penjaga berasa sangat terbeban dan murung.

Apakah Rawatan bagi Penyakit Demensia?

Demensia terbahagi kepada dua kategori iaitu demensia yang boleh disembuhkan dan demensia yang tidak boleh disembuhkan. Antara penyebab Demensia yang boleh disembuhkan ialah demensia yang berpunca daripada pengambilan barang terlarang seperti dadah dan sebagainya. Bertentangan dengan itu, demensia yang tidak boleh dirawat pula adalah demensia yang berlaku akibat daripada penyakit Alzheimer, Demensia Vascular, Demensia Lewy Body dan Demensia Frontotemporal. Mahupun begitu, terdapat beberapa jenis ubatan yang mampu membantu dalam mengawal gejala serta meningkatkan fungsi kognitif. Terdapat juga ubatan yang bertujuan merawat psikosis, kemurungan dan masalah emosi.

Apakah Pencegahan yang boleh dilakukan?

Cara untuk mencegah demensia adalah sangat mudah dan selalunya berkesan. Antara perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko terkena demensia ialah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Perkara yang paling penting ialah mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana melalui gaya hidup kita, kesihatan tubuh badan serta mental juga akan terkesan. Sekiranya seseorang mengamalkan gaya hidup yang sihat, maka tahap kesihatan mereka juga pasti akan meningkat dan sebaliknya. Seterusnya, kajian juga mendapati bahawa aktiviti yang merangsang intelek seperti membaca, bermain catur dan menggunakan alat-alat yang boleh merangsang fungsi kognitif seperti iPad, telefon pintar juga boleh menjadi salah satu cara untuk mencegah penyakit demensia.

Siapakah yang lebih berisiko untuk mendapat Dementia?

Siapakah Yang Lebih Berisiko Untuk Dapatkan Dementia

  • Sesetengah penyakit demensia lebih kerap berlaku kepada golongan wanita
  • Pesakit yang mempunyai penyakit Parkinson
  • Mereka yang mengamalkan tabiat buruk seperti merokok, minum minuman yang tinggi kandungan alkohol dan sebagainya.
  • Mereka yang telah mempunyai rekod penyakit-penyakit berbahaya seperti penyakit kencing manis, jantung, darah tinggi dan sebagainya.
  • Terdapat juga fakta yang mengatakan genetik atau faktor keturunan juga boleh menjadi penyebab seseorang itu berisiko mendapat penyakit demensia.
  • Lebih berisiko kepada mereka yang sudah berumur.

Berapa kerapkah penyakit Demensia berlaku?

Lebih kurang 2 hingga 20 peratus adalah kadar kekerapan bagi mereka yang  menghidap penyakit demensia. Bagi mereka yang berumur 65 tahun ke atas, penyakit demensia akan berganda setiap 5 tahun peningkatan umur mereka. Selain itu, lebih kurang separuh daripada penghidap penyakit demensia juga mengalami penyakit Alzheimer.

Kesimpulan

Dementia Oleh PolicyStreet

Penyakit demensia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur tetapi risikonya bertambah dengan bertambahnya usia seseorang itu. Kebanyakan penghidap demensia adalah orang tua namun harus diingatkan bahawa bukan semua orang tua yang mengalami masalah nyanyuk adalah disebabkan demensia. Demensia bukanlah bahagian kebiasaan daripada proses penuaan tetapi ia terjadi akibat dari masalah yang berlaku di bahagian otak.

Tidak begitu umum, namun, penyakit demensia juga kadang kala terjadi kepada mereka yang berumur bawah daripada 65 tahun. Keadaan ini dipanggil sebagai “younger onset dementia” atau “demensia pada usia muda”. Penyakit demensia adalah salah satu penyakit yang tidak sepatutnya dipandang ringan kerana penyakit ini boleh mengancam nyawa seseorang. Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang menunjukkan gejala-gejala demensia, mereka haruslah segera di bawa ke hospital bagi tujuan pengesahan dan menjalani rawatan yang sesuai. Di samping itu, ahli keluarga juga harus sentiasa peka dan prihatin terhadap mereka yang menghidapi demensia kerana penderita demensia tidak boleh dibiarkan keseorangan atas sebab ia boleh mengancam keselamatan mereka.

Dapatkan Kad Medikal Terbaik dari AXA eMedic sebagai Perlindungan Kesihatan anda di Masa Hadapan.

Dementia

Kesihatan sama ada dari segi fizikal mahupun mental adalah penting bagi seseorang untuk menjalani kehidupan seharian mereka dengan mudah dan lancar. Walau bagaimanapun, tiada siapa tahu tentang apa yang akan berlaku di masa hadapan serta apa yang bakal menimpa kita. Oleh itu, persiapkanlah diri anda dengan kad medikal terbaik dari AXA eMedic sebagai perlindungan kesihatan anda di masa hadapan. Kad medikal AXA eMedic ini juga mampu menjadi penyelamat kepada ahli keluarga anda di mana kad medikal ini boleh mengurangkan beban mereka untuk menanggung kos rawatan yang sangat tinggi. Mengapa harus tunggu lagi? Dapatkan segera kad medikal AXA eMedic ini dari kami di PolicyStreet sementara anda masih sihat dan bertenaga! Anda juga berpeluang untuk mendapat rebat sebanyak RM 50 sekiranya anda membeli dengan kami di PolicyStreet. Layari laman web www.PolicyStreet.com untuk maklumat lanjut berkaitan produk ini.

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

Vitamin Untuk Kucing Kekal Sihat dan Cantik!

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online