• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

8 Tips Untuk ‘Travel Light’ Supaya Tak Perlu Tambah Bagasi (2020)

PolicyStreet / 20/07/2020

Melancong merupakan perkara yang paling di nanti-nantikan oleh semua orang tidak kira lelaki mahupun wanita, berusia ataupun muda. Semua orang inginkan sesuatu yang merilekskan dan ingin bercuti untuk berehat dan menenangkan jiwa tanpa memikirkan masalah yang dihadapi setiap hari. Sama juga dengan melancong. Anda perlu menikmati perjalanan percutian anda tanpa bebanan untuk memikirkan barang-barang yang berat untuk dibawa semasa melancong yang semestinya memerlukan lebih ruang, masa dan wang untuk menyimpan dan membawanya.

8 Tips Untuk Travel Light Malaysia

hap berat beg melancong anda perlu seiring dengan fikiran anda yang tenang. Oleh itu, artikel ini akan membantu anda meringankan bebanan semasa melancong. Saya akan menyenaraikan cara untuk ‘travel light’ supaya anda tidak perlu tambah bagasi semasa bercuti dan untuk memudahkan perjalanan anda. Ianya sangat berguna dan ia boleh membantu anda supaya segala keperluan dibawa dan dapat elakkan daripada membawa barang yang tidak perlu.

Langkah-Langkah Yang Perlu Anda Buat Untuk ‘Travel Light’ Dengan Betul

Terdapat beberapa cara untuk anda pack barang-barang untuk dibawa melancong tetapi anda perlu tahu cara yang paling berkesan dan mudah. Artikel ini akan senaraikan beberapa cara yang anda boleh ikut untuk ‘travel light’ dengan mudah.

1. Buat Checklist Barang Yang Perlu Dibawa

Tips #1: Buat Checklist Barang Yang Perlu Dibawa

Kebanyakan dari kita pack barang melebihi keperluan. Sepasang kasut tambahan, pengering rambut dan jaket yang lebih banyak adalah semua perkara yang sebahagian besar menanggung beg anda dan mungkin boleh di tinggalkan di rumah. Hanya berfikir kembali ke perjalanan terakhir anda; Adakah anda jujur ​​menggunakan setiap item yang anda makan? Saya tahu saya tidak. Masukkan senarai pembungkusan peribadi. Ini adalah senarai barang keperluan, jumlah keseluruhannya yang akan dimasukkan ke dalam satu beg carry-on. Matlamat di sini adalah untuk membuat senarai pembungkusan tunggal yang akan melindungi anda untuk perjalanan standard.

2. Pakaian cotton

TIps 2: Pakaian cotton

Selain daripada susah nak kedut, pakaian yang diperbuat daripada kain kapas ini sangat ringan dan tidak begitu tebal dan panas jika berada di tempat yang bercuaca panas semasa melancong. Di samping itu juga anda tidak perlu lagi membawa seterika baju yang berat semasa bercuti kerana anda tidak perlu risau tentang kedutan pada baju anda. Anda juga boleh terus pakai dan bersiap dengan lebih pantas dan cepat tanpa masalah.

3. Pilih Kombinasi Warna Palet

Tips 3: Pilih Kombinasi Warna Palet

Tip dan helah untuk anda tetap tampil bergaya walaupun tidak membawa kesemua barang dalam almari anda. Salah satu cara yang mudah untuk pack barangan secara strategik adalah dengan membuat pemilihan warna yang bijak dan menarik. Pastikan anda memilih warna-warna neutral seperti koko, putih, dan hitam yang berfungsi dengan sangat baik. Lupakan hasrat anda untuk membawa pakaian yang bergambar atau bercetak agar orang tidak dapat mengesan dan melihat jika anda mengulangi pakaian anda berulang-ulang kali.

4. Gulung Baju Anda

Tips 4: Gulung Baju Anda

Ini sangat-sangat penting kalau anda nak jimat ruang. Biasanya, anda akan lipat baju-baju dan seluar-seluar yang hendak dibawa. Namun, ianya tidak begitu efektif dan efisien. Anda boleh cuba sendiri dirumah sebelum memilih cara yang paling berkesan untuk pack barangan anda. Pastinya menggulung baju-baju anda adalah cara yang paling jimat ruang. Selain itu, proses menggulng baju adalah lebih cepat berbanding melipat dan menjadikan backpack anda lebih kemas dan teratur. Jangan risau soal renyuk kerana anda dah pilih baju kain cotton.

5. Mini Toiletries

Tips 5: Mini Toiletries

Pilih peralatan mandi bersaiz mini yang memudahkan anda untuk bawa dan tidak mengambil banyak ruang. Untuk lebih jimat, anda tidak perlu membeli baru segala peralatan mandi, hanya perlu beli botol kosong yang kecil, kemudian isi semua botol dengan yang sedia ada di rumah. Selain daripada ringan, ianya juga penting untuk memastikan anda mempunyai ruang yang mencukupi untuk mengisi barang-barang keperluan yang lain.

6. Vitamin Dan Ubat-Ubatan

Tips 6: Vitamin Dan Ubat-Ubatan

Bawa peti kotak ataupun bekas ubat harian untuk semua orang dalam keluarga. Dengan cara itu, anda dapat memastikan mengambil ubat dan vitamin dengan teratur dan memastikan semua orang mengambil vitamin dan ubat yang diperlukan. Sekarang, tidak ada sebab untuk membawa seluruh botol lagi. Bawa cukup-cukup mengikut berapa hari anda akan melancong. Ada yang cakap boleh cari di farmasi untuk meringankan beg, namun anda perlu ambil kira faktor harga dan mengambil masa kerana anda perlu meluangkan masa mencari.

7. Kasut Yang Mencukupi

Tips 7: Kasut Yang Mencukupi

Pastikan anda tidak membawa banyak kasut untuk mengurangkan kepadatan ruang dan lebih ringan. Pastikan anda tahu tujuan dan aktiviti yang akan anda lakukan semasa bercuti untuk mengelakkan anda membawa barang yang tidak dipakai. Jika anda ingin melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung, anda perlu membawa kasut hiking dan bukannya high heels. Pastikan ianya bersesuaian dengan baju yang akan anda bawa. Tip untuk meringankan beg anda, pastikan anda memakai sneaker atau yang lebih berat bersama semasa melancong dan membawa seliper sebagai gantian. Ianya adalah lebih efektif, ringan dan mudah.

8. Bawa Backpack, Bukannya Bagasi

Tips 8: Bawa Backpack, Bukannya Bagasi

Less is more. Frasa ini sangat sesuai diadaptasi untuk melancong kerana anda perlu memudahkan perjalanan anda. Logik akal, semua tahu kalau anda menggalas beg, ianya akan memudahkan anda walaupun perlu berjalan di atas permukaan tidak rata mahupun meredah hujan. Jadi, elakkan membawa beg bagasi. Jika anda ingin dapatkan beg belakang, adalah disarankan untuk memilih beg bersaiz 30 liter atau maksimum 40 liter. Anda boleh membawa masuk ke dalam pesawat dan tidak perlu check in barang. Sangat mudah!

Kenapa Perlu Travel Light?

Hanya perlu ingat tiga perkara iaitu ringan, murah, dan cepat. Apabila barang ringan dan tidak banyak, anda boleh membawa dengan beg galas tanpa perlu sebarang bagasi yang besar dan berat. Selain itu, anda boleh berjimat apabila tidak perlu check-in dan ianya tidak dikenakan bayaran. Bila barang dah ringan, pastinya perjalanan anda lebih cepat. Anda boleh daftar masuk melalui online tanpa perlu beratur panjang dan terus ke bahagian keselamatan. Anda juga tidak perlu sebarang troli atau menunggu beg di angkat dari troli dan hanya turun pesawat, dan berjalan terus dari lapangan terbang. Anda juga boleh pastikan beg selamat.

Adanya Cara Untuk Travel Light

Berjalan, berjalan juga. Namun ada lagi satu perkara yang anda perlu pastikan tersedia sebelum berangkat. Pastikan nsurans perjalanan berada dalam senarai checklist yang anda buat untuk melancong. Sangat penting untuk anda memastikan anda mengambil insurans perjalanan untuk melindungi anda sepanjang perjalanan percutian anda. Ianya kedengaran tidak begitu penting buat masa kini namun, sangat berguna sekiranya anda ditimpa kemalangan ataupun flight delayed. Ianya sangat bermanfaat untuk anda pada masa akan datang.

Insurans Perjalanan: Allianz Travel Care Travel Insurance

Selain adanya Cara Untuk Travel Light

PolicyStreet menawarkan insurans perjalanan bagi anda yang ingin dapatkan pelindungan sepanjang perjalanan walaupun anda berada di luar negara. Jadikan perjalanan melancong anda menyeronokkan dan semestinya selamat dan dilindungi. Dapatkan maklumat lanjut di laman web!

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

Vitamin Untuk Kucing Kekal Sihat dan Cantik!

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online