• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Cara Memilih Skincare yang Betul Mengikut Jenis Kulit Anda (2020)

Hariz / 24/09/2020

Memilih penjagaan kulit muka adalah seperti membeli seluar jeans. Pemilihan yang betul menjadikan anda kelihatan dan terasa hebat, dan memberikan anda keyakinan yang tinggi. Tetapi jika anda memilih produk yang salah, anda akan mengumpul sesuatu yang anda tidak suka dan tidak pernah digunakan. Inilah caranya untuk membuat pemilihan dan menetapkan rutin penjagaan kulit yang terbaik mengikut jenis kulit anda agar bersesuaian. Ya, mengambil kira jenis kulit adalah sangat penting termasuklah bagi mereka yang mempunyai kulit muka normal. Pencipta produk penjagaan kulit mencipta produk yang bertujuan untuk mengimbangi minyak pada muka, meratakan dan membiarkan kulit menyerap pelembap, mengurangkan rasa pedih, menanggalkan jerawat, dan segala-galanya yang berikut.

Panduan

  • Rutin Penjagaan Kulit untuk Jenis Kulit Normal
  • Rutin Penjagaan Kulit untuk Jenis Kulit Berminyak
  • Rutin Penjagaan Kulit untuk Jenis Kulit Sensitif
  • Rutin Penjagaan Kulit untuk Jenis Kulit Kering / Matang

Antara Cara Untuk Memilih Skincare Terbaik

Penat mencuba produk penjagaan kulit namun sepertinya tidak mempunyai sebarang hasil? Anda tahu jenis kulit anda yang mana? Kenapa anda tidak mahu mencuba produk yang telah diciptakan khusus mengikut jenis kulit anda tersendiri? Kalau anda tahu jenis kulit anda, maka cara penjagaan kulit wajah akan menjadi sangat mudah. Setiap jenis kulit ada cara penjagaan yang berbeza-beza. Kalau silap cara penjagaan atau pemilihan produk, makan boleh jadi masalah lain pula seperti jerawat, jeragat dan lain-lain. Mari kita melakukan sedikit ramalan percubaan dan cuba menetapkan anda dengan rutin penjagaan kulit yang sempurna untuk kulit anda.

 

Rutin Penjagaan Kulit untuk Jenis Kulit Normal / Kombinasi

Selain Cara Untuk Memilih Skincare Terbaik

Kenapa kulit biasa dan kombinasi sentiasa disamakan seolah-olah ianya perkara yang serupa dan tiada beza? Apabila kita bercakap tentang jenis kulit normal, ini bermaksud sejenis kulit yang agak seimbang dengan minyak (tidak terlalu kering, tidak terlalu berminyak) dengan beberapa masalah kecil dan ringan sebab komposisi kulit mereka sangat seimbang.

  • Tiada atau kurang cela
  • Tidak sensitif yang kronik
  • Liang pori yang kecil atau langsung tidak kelihatan
  • Wajah nampak sihat berseri

Cara Penjagaan Kulit Wajah Normal:

Jenis kulit ini paling senang dijaga! Skincare apa pun kebanyakannya sesuai dan serasi saja. Tiada isu sensitif atau mudah breakout. Untunglah mereka yang berkulit normal tu

Terdapat Cara Untuk Memilih Skincare Terbaik

Manakala bagi jenis kulit kombinasi adalah kulit muka yang berminyak di bahagian zon T iaitu dahi, hidung, dan dagu. Jenis kulit kombinasi ini mempunyai kawasan yang kering, normal dan ada juga yang berminyak. Ia mungkin menunjukkan liang tersumbat di kawasan ini, tetapi mempunyai kulit normal pada bahagian pipi dan leher.

  • Liang pori besar, sebab ia terbuka
  • Lebih berisiko jadi blackhead pada kulit
  • Kulit kelihatan berkilat, sebab ada minyak

Apabila menyusun rutin untuk jenis kulit kombinasi, pilih produk untuk kulit biasa secara keseluruhan dengan beberapa produk kawalan minyak untuk digunakan di bahagian zon T. Jangan sesekali memakai produk kulit berminyak walaupun anda memiliki minyak di bahagian zon T. Ini kerana ia tidak sesuai untuk bahagian pipi dan leher. Produk ini pastinya mempunyai bahan-bahan khas yang digunakan untuk merawat bahagian kulit yang mempunyai minyak yang banyak. Setidak-tidaknya, ia menyebabkan bahagian kulit normal ini semakin kering.

 

Rutin Penjagaan Kulit untuk Jenis Kulit Berminyak

Adanya Cara Untuk Memilih Skincare Terbaik

Bagi mereka yang memiliki jenis kulit berminyak, biasanya mempunyai liang pori yang besar. Muka nampak berkilat tetapi agak kusam. Mudah untuk mempunyai jerawat, blackhead dan cela lain jika kurang dijaga Jadi, kalau anda mempunyai jenis kulit berminyak seperti ini, anda perlu extra care sebab ia mudah melekat kotoran penyebab cela seperti jerawat. Kesan berminyak semakin ketara apabila ada gangguan hormon seperti stres atau terdedah dengan cuaca panas. Ia memerlukan penjagaan yang lebih teliti.

Cara Penjagaan Kulit Wajah Berminyak:

  1. Cuci muka minima 2 kali sehari atau selepas berpeluh dengan kuat.
  2. Cuci muka dengan lembut tanpa menggosok kuat.
  3. Jangan picit atau sentuh jerawat, jika tidak ia makin lambat sembuh dan merebak.
  4. Pilih skincare jenis non-comedogenic supaya ia tak menyumbat liang pori. Penyumbatan liang pori boleh menyebabkan masalah jerawat pula.
 

Rutin Penjagaan Kulit untuk Jenis Kulit Kering / Matang

Terbaik Cara Untuk Memilih Skincare Terbaik

Sekali lagi, kedua-dua jenis kulit sering dikelompokkan bersama atas alasan yang sama iaitu bagi memudahkan kerja dan ianya hampir serupa. Kulit matang cenderung mengalami kehilangan kelembapan dan jenis kulit kering membuatkan penampilan nampak kurang bermaya, kusam dan kasar. Garis kulit juga jelas kelihatan selain kulit jadi tak elastik sebab kurang lembapan. Kulit jenis ini boleh retak atau berkuping, contohnya kalau kita tengok pada tumit kaki atau di hujung siku. Apabila mengalami kulit kering, anda akan mengalami kegatalan. Kesan kulit kering boleh jadi lebih ketara kalau kita terdedah pada faktor-faktor yang menggalakkannya seperti:

  • Genetik
  • Penuaan atau perubahan hormon
  • Sinaran UV
  • Suasana panas di dalam bangunan
  • Cuaca panas dan kering
  • Mandi dengan air panas dalam tempoh lama
  • Ubat-ubatan
  • Bahan kimia dalam produk mandian

Penjagaan kulit yang dirumuskan untuk kulit kering berfungsi dengan baik pada jenis kulit yang matang untuk menghidrat, tetapi mereka yang ingin merawat penampilan penuaan perlu mempertimbangkan jenis produk yang dapat menyokong pengeluaran kolagen dan elastin, dan memperbaiki struktur perubahan warna dan kerosakan pada kulit muka. Rawatan malam juga sangat bermanfaat untuk kulit jenis ini. Kini terdapat produk yang dikeluarkan dengan fungsi khas anti-penuaan bagi remaja dan mengatasi penuaan bagi mereka yang lebih berusia. Lihat dengan lebih teliti kandungan bahan yang digunakan dalam produk yang anda beli. Produk khas untuk penjagaan kulit kering atau matang biasanya lebih kepada merawat kulit dengan kelembapan yang maksimum untuk melembabkan kembali kulit wajah anda. Yang paling penting, elakkan untuk mandi terlalu lama dan banyakkan minum air.

 

Rutin Penjagaan Kulit untuk Jenis Kulit Sensitif

Selain itu Cara Untuk Memilih Skincare Terbaik

Jenis kulit sensitif ini boleh termasuk mereka yang mempunyai masalah seperti rosacea atau ekzema kepada mereka yang cenderung tidak peka terhadap kulit yang sensitif. Kulit sensitif sukar untuk serasi dengan bahan yang digunakan dalam sesetengah produk dan mempunyai alahan. Kulit sensitif biasanya akan jadi merah-merah, gatal, pedih dan kering akibat bahan-bahan tertentu. Jadi, pemilihan produk kulit yang sesuai sangatlah penting. Anda perlu lebih berhati-hati memilih produk. Adalah lebih afdal jika anda boleh mengelakkan produk yang mempunyai wangian atau parfum dan tanpa alkohol. Satu lagi perkara yang harus diingat ketika membuat rutin kulit sensitif ialah dengan mengurangkan penggunan produk.anda boleh mencuba rutin penjagaan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang boleh dibuat sendiri seperti home remedies.

Konklusi

Sebenarnya jenis kulit setiap individu boleh berubah-ubah dan ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti:

  • Berapa banyak kandungan air dalam kulit kita kerana ia akan memberi kesan kepada sifat elastik kulit seseorang
  • Jumlah minyak pada kulit yang menentukan tahap kelembutan kulit setiap individu
  • Betapa sensitif kulit kita yang sememangnya berbeza antara satu sama lain

Adanya Cara Untuk Memilih Skincare Terbaik

Sebab itulah setiap orang mempunyai hasil dan keberkesanan yang berbeza-beza apabila menggunakan produk yang sama dan rutin penjagaan yang serupa. Jadi, sekiranya anda memiliki kulit jenis kering, pastikan anda minum air dalam kadar yang banyak untuk kekal terhidrat dan kulit akan mengekalkan kelembapannya. Penghasilan kolagen dalam badan juga sangat membantu untuk memberi lembapan pada kulit. Untuk jenis kulit berminyak pula, cuba elakkan penghasilan minyak yang banyak pada kulit. Selain cuaca, ini juga boleh dilakukan melalui kestabilan hormon badan kita. Hindar stress atau tekanan! Jadi, apakah jenis kulit anda?

Ciri Cara Untuk Memilih Skincare Terbaik

Dapatkan Perlindungan Insurans Kad Medikal Terbaik AXA

Terdapatnya Cara Untuk Memilih Skincare Terbaik

Sekiranya kulit muka anda sudah semakin kronik kesan daripada produk-produk kimia yang anda cuba beberapa tahun sebelumnya, anda perlu berjumpa dengan pakar dermatologi iaitu pakar kulit muka. Tiada jalan atau produk lain yang dapat membantu kulit muka anda yang rosak ini. Anda perlu merawat dengan nasihat pakar dan bantuan mereka. Namun, kos perawatan akan menjadi sedikit bebanan kepada anda. Kami di PolicyStreet mempunyai jalan penyelesaian. Anda perlu memiliki medical card AXA eMedic untuk memastikan anda mendapatkan rawatan terbaik dan tidak perlu mengeluarkan wang poket anda. Kami di PolicyStreet sentiasa ingin memberikan yang terbaik tidak kira kepada sesiapa sahaja terutamanya millennial di luar sana yang belum mempunyai perlindungan untuk diri sendiri dari segi kesihatan. Jadi, kami ingin menyarankan anda untuk mempertimbangkan insurans kad medikal terbaik dari AXA di PolicyStreet. Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan kad meidkal ini, sila layari pautan ini PolicyStreet!

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah Dibina Secara DIY

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online