Mesti ramai yang tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan sekiranya cukai jalan kenderaan anda rosak ataupun hilang. Macam mana nak renew roadtax lepas ni, agak-agak kena denda tak dan banyak lagi soalan lain yang belegar dalam fikiran. Sekarang anda tidak perlu risau lagi kerana terdapat banyak cara untuk dapatkan kembali cukai jalan ataupun Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) yang hilang ataupun rosak.
Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) atau lebih dikenali sebagai roadtax kenderaan anda merupakan sejenis cukai yang dikenakan ke atas pemilik kenderaan bermotor sebelum kenderaan tersebut dibenarkan untuk dipandu di jalan raya secara sah. Menurut Akta Pengangkutan Jalan 1987, anda perlu memperbaharui polisi insurans dan cukai jalan kenderaan anda setelah tamat tempoh yang ditetapkan untuk memastikan kereta anda diinsuranskan sekiranya terjadi apa-apa. Sekiranya anda tidak memperbaharui, anda boleh dikenakan denda atau saman.
Dapatkan Cukai Jalan Baharu di JPJ
Sebaik sahaja anda menyedari bahawa cukai jalan anda hilang, koyak atau pun rosak anda tidak boleh membuang masa.
1. Terus pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berhampiran dan bawa bersama dokumen berikut:
- Kad Pengenalan
- Salinan Geran (Sekiranya geran tidak ada, anda perlu mengetahui nombor pendaftaran kenderaan anda – nombor plat); RM20 (motorsikal) dan RM50 (kereta).
2. Isi borang Salinan/ Gantian Perakuan Pendaftaran Kenderaan atau Salinan/ Gantian Lesen Kenderaan Motor atau Salinan Lesen Perdagangan Kenderaan Motor yang disediakan di JPJ. Berikut merupakan contoh borang yang perlu anda isi di JPJ.

3. Selepas selesai mengisi borang, ambil nombor giliran, selesaikan pembayaran dan tunggu roadtax baru anda selesai dicetak di kaunter JPJ.
Mudah bukan? Anda boleh rujuk gambar dibawah untuk mengetahui dokumen yang diperlukan jika roadtax hilang atau pun rosak.

- Kad pengenalan
- Salinan geran kenderaan atau beritahu nombor plet kenderaan
- Isi borang K (Salinan/ Gantian Perakuan Pendaftaran Kenderaan atau Salinan/ Gantian Lesen Kenderaan Motor atau Salinan Lesen Perdagangan Kenderaan Motor)
Jika anda bukan pemilik kenderaan? Rujuk gambar di bawah untuk mengetahui dokumen yang diperlukan jika roadtax hilang atau pun rosak.

- Salinan kad pengenalan pemilik kenderaan
- Salinan geran kenderaan atau beritahu sahaja nombor plet kenderaan
- Salinan kad pengenalan anda sebagai wakil
- Isi borang K (Salinan/ Gantian Perakuan Pendaftaran Kenderaan atau Salinan/ Gantian Lesen Kenderaan Motor atau Salinan Lesen Perdagangan Kenderaan Motor)
Tidak susah sebenarnya untuk dapatkan cukai jalan kenderaan yang baharu jika pekara seperti roadtax hilang, koyak atau rosak menimpa anda! Prosesnya tidak susah dan yang paling penting memudahkan semua pihak. Anda hanya perlu ikut prosedur yang dinyatakan di atas dan selesai!
Walaupun prosesnya tidak susah, anda tetap perlu beratur panjang dan ini boleh mengambil masa yang sangat lama! Jika anda ingin memperbaharui roadtax anda dalam masa hanya satu minit, anda boleh pergi ke Policy Street untuk menikmati tawaran yang paling murah dan berpatutan di Malaysia!
Renew RoadTax dan Insurans Melalui Policy Street!
Di zaman serba moden ini, anda boleh memperbaharui road tax dan insurans sambil bersantai di rumah. Lebih-lebih lagi jika anda memilih untuk berurusan dengan Policy Street! Dengan hanya di hujung jari, diri dan orang tersayang akan dilindungi dan lebih istimewa lagi penghantaran sehingga di depan rumah anda dalam masa 2 hari bekerja sahaja! Apa yang lebih menguntungkan adalah anda tidak perlu beratur dan bersesak di pejabat pos dan JPJ serta boleh jimat lebih banyak masa, tenaga, dan duit!
Berikut adalah 6 langkah mudah untuk anda memperbaharui roadtax dan insurans kenderaan melalui Policy Street.
Langkah 1:
Lawati www.policystreet.com/motor/, Isi maklumat yang diperlukan dan klik “Mula”.

Langkah 2:
Sesuaikan jumlah yang diinsuranskan mengikut pilihan anda dan pilih jenis syarikat insurans yang anda mahu dilindungi.

Langkah 3:
Isi maklumat lebih lanjut dan klik “Teruskan”

Setelah anda mengklik “Proceed“, anda akan dibawa ke bahagian Add Ons. Anda kemudian boleh menambah perlindungan tambahan yang sesuai dengan keperluan anda dan juga boleh memperbaharui road tax seperti yang ditunjukkan dengan warna merah. Isi juga alamat pilihan anda untuk diposkan. Selesaikan langkah-langkah yang diperlukan dan klik “Proceed”

Ringkasan pesanan akan ditunjukkan di mana anda dapat memeriksa semula jumlah yang perlu dibayar, insurans pilihan anda termasuklah memperbaharui cukai jalan dan maklumat penting lain. Setelah diperiksa, klik “Confirm Amount”.

Langkah 4:
Anda kemudian akan diarahkan ke bahagian pembayaran di mana anda akan diberi beberapa pilihan untuk melakukan pembayaran. Setelah memilih pilihan pembayaran, klik “Teruskan” untuk membayar.
Anda pilihan untuk melakukan pembayaran- iaitu, melalui kredit dan debit kad, online banking, bayar dengan e-wallet serta secara tunai di 7-Eleven berhampiran anda. Setelah memilih pilihan pembayaran, klik “Teruskan” untuk membayar.
Dan selesai! Tunggu dalam 1 hari waktu bekerja untuk anda mendapat cukai jalan kenderaan tiba di hadapan rumah anda!

Renew RoadTax dan Insurans Melalui Pejabat Pos dan JPJ
Anda juga boleh memperbaharui roadtax dan insurans anda melalui Pejabat Pos dan JPJ. Pilihan ini antara yang paling mudah tetapi di musim COVID-19 yang perlu menjaga jarak seeloknya anda memilih untuk kekal berada di rumah dan hanya memperbaharui roadtax dan insurans melalui Policy Street. Tetapi jika anda tetap mahu memperbaharui di Pejabat Pos dan JPJ, anda cuma memerlukan beberapa dokumen ini, beratur, menunggu giliran dan bayar.
Antara dokumen yang diperlukan adalah:
- Kad pengenalan / IC
- Lesen Memandu
- Sijil Pemilikan Kenderaan atau Salinan Geran
- Cover Note Insurans
Walau ia mengambil masa sehari sahaja untuk mendapatkan roadtax baru dari JPJ, tetapi kenapa mahu bersusah payah beratur dan terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19, sedangkan anda boleh memperbaharui insurans dan roadtax dengan Policy Street! Lebih selamat, lebih jimat, dan lebih banyak pilihan! Jangan terlepas tawaran eksklusif dari Policy Street untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran-tawaran perlindungan kenderaan anda.
Hubungi +603-33100063 untuk pertanyaan lanjut atau anda boleh WhatsApp +6011-16842590 jika terdapat sebarang kemusykilan.