Sukarnya cari cara nak kurus – tetapi ramai orang khususnya golongan wanita menginginkan badan yang kurus dan ramping serta berat badan yang ideal. Namun yang demikian, untuk dapatkan hasil yang memuaskan iaitu berat dan bentuk badan seperti yang diidamkan sememangnya memerlukan usaha yang berterusan dan mungkin juga boleh memakan masa yang lama bagi sesetengah individu. Kebanyakan orang menginginkan keputusan yang cepat dan segera tanpa memerlukan mereka untuk melakukan senaman atau perkara-perkara yang memerlukan mereka untuk menggunakan tenaga yang banyak. Walau bagaimanapun, cara nak kurus bukanlah semudah itu dan tiada jalan singkat bagi mendapatkan hasil yang diinginkan dan yang tidak membahayakan kesihatan seseorang itu.
Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak tips dan cara-cara untuk menguruskan badan yang boleh didapati di laman web internet dan di laman-laman media sosial yang dikongsikan oleh pelbagai jenis orang yang mempunyai latar belakang yang berbeza-beza. Mahupun begitu, setiap tips dan cara nak kurus yang diikuti haruslah dipastikan bahawa ianya tidak akan memberi kesan sampingan yang akhirnya boleh menggugat kesihatan anda. Dengan itu, kami di PolicyStreet akan membantu anda dengan memberi tips-tips dan cara yang betul untuk kurus dan turunkan berat badan tanpa menjejaskan kesihatan anda untuk jangka masa panjang. Di bawah adalah senarai cara-cara nak kurus yang anda harus lakukan dengan konsisten agar matlamat dan impian anda untuk kurus tercapai.
1) Cara Nak Kurus Pertama – Rancang dan Tetapkan Focus Anda
Perancangan yang rapi serta fokus ke arah satu matlamat adalah dua perkara terpenting sebelum anda memulakan misi untuk menguruskan badan anda. Sebelum kita memulakan apa-apa sahaja, kita haruslah menetapkan matlamat serta membuat perancangan agar kita tidak mudah lari daripada apa yang ingin kita capai atau menangguh serta bertunggu-tunggu daripada melakukannya. Hal yang demikian kerana, proses menguruskan badan boleh menjadi satu proses yang boleh mematikan semangat seseorang dari meneruskannya akibat daripada kesan yang tidak begitu ketara dan kadang-kala memakan masa yang sangat lama bagi sesetengah individu untuk nampak akan perubahannya. Oleh itu, setiap orang haruslah menetapkan matlamatnya dan mengikut perancangan yang telah ditetapkan agar anda lebih bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian anda.
2) Pelajari Ilmu Pengambilan Kalori
Secara jujurnya, cara nak kurus bukanlah sesukar yang anda fikirkan sekiranya anda tahu tentang jumlah kalori yang anda perlukan untuk setiap hari. Kalori adalah unit ukuran untuk tenaga di mana jumlah pengambilannya memainkan peranan yang sangat penting serta salah satu faktor yang mempengaruhi berat badan anda. Keperluan pengambilan kalori bagi setiap individu adalah berbeza-beza. Hal ini disebabkan ia bergantung pada saiz tubuh serta komposisi, jantina, usia dan aktiviti harian yang dilakukan oleh individu tersebut. Oleh itu, ilmu tentang pengambilan kalori adalah penting bagi setiap orang lebih-lebih bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan agar usaha-usaha yang dilakukan tidak menjadi sia-sia dan akhirnya mendapat keputusan seperti yang diinginkan.
3) Lakukan Senaman Secara Berkala
Anda tidak perlu memaksa diri anda untuk melakukan senaman yang berat dan sukar seperti mengangkat berat dan sebagainya. Sebaliknya, anda boleh melakukan senaman ringan atau aktiviti sukan seperti bermain badminton, berjogging dan aktiviti-aktiviti lain yang boleh mengeluarkan peluh. Senaman perlu dilakukan di samping menjaga pengambilan makanan kerana dua-dua perbuatan ini harus bergerak seiring untuk memberikan hasil yang memuaskan dalam proses menguruskan badan. Di samping itu, senaman juga boleh mengekalkan kesihatan fizikal serta mental seseorang. Apa yang penting di sini bukanlah matlamat untuk menguruskan badan sahaja kerana kesihatan fizikal dan mental juga harus dijaga dengan baik. Apa gunanya jika badan sahaja kurus namun anda menghidap penyakit yang kritikal? Semuanya hanyalah sia-sia.
4) Elakkan Makanan dan Minuman Bergula
Tabiat suka minum minuman dan makan makanan yang bergula harus diubah dengan segera. Antara punca susah untuk menurunkan berat badan adalah kerana pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula. Makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula adalah musuh kepada orang yang sedang dalam proses untuk menguruskan berat badan kerana makanan dan minuman manis bukan sahaja boleh menaikkan berat badan seseorang malah meningkatkan risiko untuk terkena penyakit diabetes dan sebagainya. Oleh yang demikian, buanglah tabiat makan makanan dan minuman yang manis dan banyakkan minum air masak atau air putih dengan banyak pada setiap hari.
5) Jauhi Makanan Tinggi Lemak dan Makan pada Waktu Malam
Makanan tinggi lemak seperti nasi lemak, burger, pizza dan sebagainya sudah tentu tidak boleh diambil sama sekali. Sebab-sebabnya adalah jelas kerana makanan-makanan tersebut tergolong dalam makanan yang tinggi dengan kandungan lemak, kalori dan berminyak. Kumpulan makanan ini adalah tidak sihat dan sangat tidak sesuai dimakan lebih-lebih lagi mereka yang berazam untuk menguruskan badan. Selain itu, makan pada waktu malam juga adalah sesuatu tabiat yang tidak baik dan boleh melambatkan proses penurunan berat badan. Hal ini kerana, badan manusia memerlukan sekurang-kurangnya empat jam untuk mencerna serta menghadam makanan tersebut. Waktu yang terbaik untuk makan malam ialah pada pukul 6 sehingga sebelum pukul 7 petang. Oleh itu, seboleh-bolehnya elakkan makan pada lewat malam sekiranya anda ingin dapatkan kesan yang cepat dalam proses menguruskan badan.
6) Ambil Buah-Buahan Dalam Diet Anda
Salah satu cara nak kurus adalah dengan mengambil buah-buahan dalam diet anda. Malaysia adalah negara yang sangat kaya dengan buah-buahan. Oleh hal yang demikian, ambillah peluang ini dan sertakan buah-buahan dalam diet anda kerana buah-buahan mengandungi khasiat yang banyak dan membekalkan kita dengan nutrien-nutrien sihat seperti vitamin, anti-oksidan dan banyak lagi. Di samping itu, buah-buahan adalah alternatif yang baik untuk dijadikan sebagai snek sekiranya anda teringin untuk makan sesuatu yang manis atau sebagainya. Walau bagaimanapun, pengambilan buah-buahan juga harus dijaga dan tidak boleh diambil secara berlebih-lebihan kerana pengambilan buah-buahan yang terlampau banyak juga boleh memberi kesan menaikkan berat badan dan memberi kesan pada kesihatan anda.
7) Banyakkan Minum Air Masak
Cara nak kurus yang terakhir ialah dengan minum air masak dengan kuantiti yang banyak atau sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Badan manusia memerlukan air yang banyak untuk kekal hidrasi. Selain itu, air juga adalah sumber semulajadi yang memainkan peranan besar dalam proses menurunkan berat badan. Air juga berfungsi untuk mengeluarkan toksin dari dalam badan melalui pembuangan air kecil. Maka, minumlah air masak yang bersih dengan banyak pada setiap hari terutama selepas bangun dari tidur untuk dapatkan badan yang kurus dan langsing dengan cepat.
Kesimpulan
Cara nak kurus tidaklah begitu rumit dan yang paling utama ia tidak memerlukan anda untuk mengambil segala produk-produk suplemen, pil atau ubat-ubat kurus yang mungkin akan menjejaskan kesihatan anda pada kemudian hari. Apa yang anda perlukan ialah seratus peratus komitmen dan disiplin diri yang tinggi menuju matlamat anda. Cara yang paling efektif untuk kurus adalah dengan ubah gaya hidup anda sekarang kepada gaya hidup yang lebih sihat. Semoga tips dan cara nak kurus yang telah disenaraikan di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam perjalanan menurunkan berat badan dan menjadi salah satu pendorong kepada anda untuk mencapai impian yang diimpikan iaitu untuk menjadi kurus dan lebih sihat.
Dapatkan Kad Medikal Terbaik dari AXA eMedic Sebagai Perlindungan Kesihatan Anda Pada Masa Hadapan.
Tiada apa yang lebih bernilai selain daripada dikurniakan nikmat kesihatan fizikal dan mental. Kesihatan tubuh badan serta mental memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan seorang manusia. Tanpa nikmat kesihatan ini, tiada satu individu pun yang mampu menjalankan aktiviti harian mereka dengan sempurna dan mudah. Justeru itu, kami di PolicyStreet sangat menyarankan anda untuk dapatkan kad medikal terbaik dari AXA eMedic sebagai perlindungan kesihatan anda dan keluarga pada masa hadapan. Kad medikal adalah satu keperluan sebagai salah satu persediaan sekiranya anda mahupun ahli keluarga ditimpa penyakit. Dengan harga premium yang hanya bermula dengan RM 32/bulan, anda boleh mengelakkan diri anda dan keluarga daripada sebarang tanggungan yang membebankan akibat daripada jumlah kos rawatan dan perubatan yang besar sekiranya anda atau ahli keluarga jatuh sakit. Oleh itu, apa yang harus anda tunggu lagi? Dapatkan kad medikal terbaik dari AXA eMedic ini dari kami di PolicyStreet sementara anda masih sihat! Layari laman web www.PolicyStreet.com untuk info lanjut berkaitan kad medikal ini.