• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Instantly Compare Car Insurance Here!
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
  • Insurance
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card
    • Travel Insurance
    • Pet Insurance

Cara Memilih Hotel Yang Betul Ketika Travel

Munirah Bahri / 12/11/2018

Pemilihan hotel adalah perkara yang akan mempengaruhi keseluruhan sesi pelancongan anda kemana-mana tempat sekalipun. Jadi kenalilah hotel anda seteliti yang boleh. Dibawah telah disenaraikan beberapa perkara yang dapat membantu anda mengenali hotel masing-masing dengan lebih terperinci.

Cara Memilih Hotel Yang Betul Ketika Travel

Kebersihan

Cara Memilih Hotel Yang Betul Ketika Travel Seperti Kebersihan

Sebersih manakah hotel yang anda pilih? Apakah kekerapan cadar, selimut dan sarung bantal hotel tersebut ditukar dan dicuci? Anda tak pernah dan takkan tahu. Gelas dan cawan yang anda guna tu dicuci macamana? What if housekeeper lap guna tuala yang sama dia guna untuk lap tub mandi dan mangkuk jamban? Anda tahu? Tak tahu kan? Remote TV dan suis-suis di dalam bilik, bayangkan jari-jari yang pernah pegang sebelum ni, mereka pernah pegang apa lagi ya agak-agaknya? Tuala yang anda pakai untuk lap muka tu, entah-entah pernah digunakan untuk lap lantai, siapa tahu? (Gelak jahat). Itu kalau cerita mengenai perkara sebesar kuman la. Kebersihan secara kasar pulak boleh tengok sendiri tak payah guna mikroskop pun. Antara yang paling penting mestilah kebersihan tandas. Bagi kami di Travelsia, hotel dodgy macamana pun kami boleh hadap, tapi kalau tandas bau dan kelihatan macam loji kumbahan, jangan harap la nak check in kat hotel tu.

Keselamatan

Cara Memilih Hotel Yang Betul Ketika Travel Seperti Keselamatan

Selamatkah hotel anda? Kita mula dengan kawasan persekitaran. Berapa banyakkah kegiatan jenayah sedang berlaku di kawasan sekitar hotel anda? Siapakah yang menginap bersebelahan dengan bilik anda? Adakah hotel yang anda diami digunakan sebagai safe house atau pusat operasi kegiatan jenayah seperti pelacuran, makmal dadah dan sebagainya? Tu tak masuk lagi cerita mengenai risiko kebakaran, tahap keselamatan bangunan dan lain-lain. Dan adakah anda tahu jika hotel yang anda diami berkemungkinan menjadi sasaran pengeboman pengganas? Ya, mungkin macam paranoid. Tapi bak kata pepatah orang putih, better be safe than sorry.

Staf hotel

Cara Memilih Hotel Yang Betul Ketika Travel Seperti Staf Hotel

Walau macamana best pun sesebuah hotel tu, mesti akan ada jugak paling kurang seorang staf hotel yang macam taik. Dari bellboy, tukang masak, front desk, housekeeper dan ramai lagi. Staf pemalas, tidak mesra, dan menjengkelkan pastinya amat menyakitkan hati. Seorang staf yang berperangai cempiang dah cukup nak menghancurkan mood percutian anda. Nasihat kami, kalau ada staff macamni, cuba bersabar. Kalau melebihi had, laporkan kepada pihak atasan. Tapi kalau rasa seluruh hotel tu macam bengong, check out nanti pergi je ke hotel lain. Apa susah?

Pencemaran bunyi

Cara Memilih Hotel Yang Betul Ketika Travel Seperti Pencemaran Bunyi

Sesetengah hotel memang cantik dari segi rekabentuk dan sebagainya. Bila tiba masa nak tidur, maka datanglah pelbagai bunyi dan masalah menghantui. Bunyi bising dari jalan utama, atau bunyi enjin kapal terbang yang mampu menggegarkan bilik hotel yang berdekatan dengan lapangan terbang. Tak kira lagi bunyi salakan anjing atau bunyi karaoke terbuka dari kedai makan berhampiran. Dan jika dinding bilik hotel tidak mampu menyerap bunyi dengan efektif, maka anda juga akan tahu berapa pusingankah permainan yang sedang berlangsung di bilik sebelah.

Aktiviti paranormal

Cara Memilih Hotel Yang Betul Ketika Travel Seperti Aktiviti Paranormal

Kebanyakan hotel jarang didiami oleh manusia sebenarnya kalau bukan musim cuti. Dan ada pula hotel yang mengambil alih bangunan-bangunan lama. Ini bakal mengundang makhluk dari alam lain untuk menjadi penghuni tetap hotel tersebut. Ya, memang banyak hotel yang berhantu. Dan ianya boleh jadi amat-amat menganggu. Kebarangkalian ini boleh mewujudkan dua situasi. Ada pelancong yang sukakan cabaran atau thrill pasti akan suka hotel-hotel begini. Tapi bukan semua orang sukakan cabaran jenis ini. Percayalah, jika anda terpaksa menempuh pengalaman begini, anda pastinya rasa tidur tepi jalan tu lebih baik lagi. Apa-apa pun ingat, kita memang berkongsi dunia ini, jadi harus sentiasa berhati-hati.

Ketersampaian

Cara Memilih Hotel Yang Betul Ketika Travel Seperti Ketersampaian

Bergantung pada anda pelancong jenis mana. Jika anda jenis suka melawat tempat bersejarah, suka makan atau membeli belah maka hotel yang anda pilih sepatutnya berada dalam lokasi yang memudahkan anda untuk sampai ke tempat-tempat yang anda ingin tujui. Sesetengah hotel (termasuk yang mencapai tahap 5 bintang) kadangkala terletak terlalu jauh dari lokasi lawatan, makanan dan komersial. Bagi anda yang memang sukakan ketenangan dan banyak duit, baguslah. Tapi bagi yang sengkek dan suka berjalan, nayalah sebab anda hanya boleh membeli atau makan apa yang available di hotel itu sahaja. Jadi pastikan lokasi hotel anda terlebih dahulu sebelum menempah bilik secara atas talian dan sebagainya.

Terlalu banyak caj

Cara Memilih Hotel Yang Betul Ketika Travel Seperti Terlalu Banyak Caj

Hotel memang lubuk buat duit. Yes. But kalau tahap semua benda nak caj, itu bukan hotel, itu charger. (Hahaha hambar macam setan) Kebanyakan hotel menawarkan beberapa complimentary packages untuk tetamu mereka except premium services memang akan kena bayaran tambahan. Ini tidak, makan dia caj, guna gym pun caj, guna iron caj, nak online pun caj, nak tengok tv caj, nak masuk spa lagi la dia caj, nak lepak lounge pun ada entry charge, nak parking pun ada additional charge, silap-silap nak flush jamban pun dia nak caj. Kalau terkena hotel yang segala-galanya nak caj macamni memang neraka dunia. Kalau kena, bagitahu rakan-rakan dan keluarga agar tak ada siapa yang akan mengalami nasib yang sama seperti anda. Boikot hotel gila duit macamni!

Alternatif

Cara Memilih Hotel Yang Betul Ketika Travel Dan Alternatif lain

Nak cuba pengalaman lain selain daripada stay di hotel ? mungkin Airbnb boleh menjadi pertimbangan terbaru anda. Dengan yang lebih murah dan pengalaman berbeza. Daftar Airbnb sekarang untuk dapatkan travel kredit RM120. Klik disini untuk daftar

Jadi itulah antara perkara-perkara yang anda perlu ambil perhatian dalam usaha untuk mengenali hotel-hotel yang akan dikunjungi. Ada tips-tips yang lebih menarik atau berguna? Kongsikan di ruangan komen artikel ini.

***Article reposted with permission from Travelsia.my

Dapatkan Insurans Perjalanan Dari PolicyStreet

Kami di PolicyStreet boleh membantu anda untuk memastikan kelancaran perjalanan apabila anda melancong ke luar negara. Bukan sekadar itu sahaja, sekiranya berlaku mahupun terjadi sebarang kemalangan yang melibatkan perubatan dan bukan perubatan. Klik di sini untuk maklumat lebih lanjut!

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Coverage Guide (2021): All You Need to Know!

Claims Guide (2021)

Motor Insurance Claim 101: How to Avoid Common Pitfalls

Road Rage: Do’s and Don’ts

Bahasa Malaysia

Jimat sehingga 40% di Musim PKP dengan PrOmilej

Pengaruh Gelombang Kedua COVID-19 kepada Rakyat Malaysia.

Insurans Cermin Kereta Panduan (2020): Semua Yang Anda Perlu Tahu

Selamatkan Kereta Anda Dari Ditenggelami Banjir!

Cara Untuk Dapatkan Cukai Jalan Baharu Yang Hilang, Koyak atau Rosak

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

+601 11-684 2590

Copyright © 2021 Polisea Sdn Bhd. All Rights Reserved | Privacy Policy | Term of Use

Insurans Kereta Online