• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Backpacking: 9 Tips Jimat Melancong Sehingga 70% (2020)

PolicyStreet / 05/07/2020

Melancong tidak selalunya mahal! Ikuti travel bajet ini untuk menyimpan wang ketika melancong seperti pengembara dan bukannya pelancong. Jika anda mampu berjimat semasa melancong, ia dapat membantu memanjangkan perjalanan anda, dan boleh menjadi perbezaan antara melakukan atau tidak melakukan aktiviti yang telah dirancang. Berjimat merupakan salah satu perkara penting dari backpacking dan semua orang melakukannya, malah anda boleh melihat pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia. Kebanyakan dari mereka melancong dengan backpack yang besar.

Tips Jimat Melancong Malaysia (2020)

Setiap sen amat bermakna kerana kalau anda tak cukup 50 sen, anda tidak boleh membeli makanan berharga RM 2.50. Ada orang cerewet tentang kemudahan penginapan yang disediakan namun ada juga yang pentingkan makanan melebihi semua benda semasa melancong. Bagi yang mementingkan kedua-dua perkara ini, anda boleh rujuk kepada tips yang bakal kami kongsi di artikel ini. Perkara yang paling utama adalah anda perlu seimbang dalam berjimat tetapi dalam masa yang sama anda dapat berseronok dan menikmati percutian ini.

8 Tips Berjimat Dengan Backpacking

#1 Pilih Negara Sebelum Merancang

Pilih Negara Yang Murah untuk Melancong

Jika anda masih belum memilih negara yang anda ingin melancong, anda boleh membuat semakan mata wang sebelum ke luar negara. Jika anda inginkan penjimatan yang lebih, anda boleh membandingkan harga mata wang yang paling rendah di antara negara-negara yang telag anda senarai pendekkan. Dengan ini, anda boleh melancong tanpa perlu berfikir banyak dan juga lebih menguntungkan tanpa perlu membayar melebihi kemampuan. Tahu kadar pertukaran mata wang anda sebelum anda tiba di destinasi. Kadar di lapangan terbang tidak semestinya yang terbaik.

#2 Pilih Penginapan Yang Bajet

Pilih Penginapan Yang Bajet Semasa Melancong

Hotel dan restoran yang lebih murah boleh dijumpai hanya apabila anda berjalan satu atau dua blok jauh dari “tarikan utama” di kawasan pelancongan. Anda boleh dapatkan penginapan yang jauh lebih murah dan jimat. Anda boleh potong kos perbelanjaan dengan tinggal di asrama atau rumah tumpangan. Terdapat satu lagi pilihan yang masih ramai tidak tahu iaitu laman web couchsurfing yang menawarkan bilik tidur atau sofa tetamu untuk pelancong yang melawat. Selain murah, anda juga boleh berkawan dengan pelancong lain yang menginap di tempat yang sama. Lagi satu, anda boleh memasak di dapur yang disediakan dan ini sangat menjimatkan.

#3 Makan Dan Jimat Seperti Lokal

Tips Makan Dan Jimat Seperti Lokal (2020)

Makanan ialah perkara paling penting semasa melancong kerana anda memerlukan tenaga untuk bergerak. Tahukah anda memasak secara berkumpulan sangat menjimatkan. Ambil peluang untuk berkawan dengan rakan pelancong yang menginap satu tempat dengan anda dan berkongsi makanan. Ini sangat berguna sekiranya anda melancong solo. Jika tempat anda menginap tidak mempunyai dapur, anda boleh makan makanan jalanan yang jauh lebih murah daripada duduk di restoran. Anda boleh makan di restoran, tetapi perlu limitkan had kepada sehari sekali. Anda mungkin tidak dapat menahan diri dari makan makanan yang anda familiar, namun cuba elakkan. Jangan terlampau manjakan diri sendiri okay.

#4 Akses Internet Free

Tips Akses Internet Free

Saya tidak pernah membayar untuk menggunakan internet di asrama mahupun kafe semasa bercuti. Anda boleh dapatkan kad sim dan membeli pakej data untuk sebulan, kemudian sambungkan ke komputer riba jika perlu. Anda juga perlu cuba untuk mencari tempat tinggal yang menawarkan wifi percuma. Kebanyakan restoran kini mempunyai wifi percuma khas untuk pelanggan-pelanggan dan ianya dapat menjimatkan kos perjalanan anda.

#5 Tips Membeli Cenderamata

Tips Membeli Cenderamata Semasa Melancong

Jika anda ingin dapatkan souvenir, tunggu dihujung-hujung trip anda. Jangan melabur duit anda terlebih awal kerana anda mungkin memerlukan duit untuk sesuatu yang lebih penting nanti. Anda juga mungkin boleh dapati souvenir yang berharga jauh lebih murah apabila anda travel ke tempat lain. Anda mungkin boleh beri gambar yang anda peroleh dari negara yang anda lawati atau tiket yang telah diguna sebagai ganti souvenir.

#6 Memasti Kad Anda Boleh Diguna Di Mesin ATM

Memasti Kad Anda Boleh Diguna Di Mesin ATM

Menggunakan ATM sering merupakan cara yang paling mudah untuk mengakses wang di luar negara. Walau bagaimanapun, bayaran di tempat seperti Bangkok boleh mencecah sehingga $ 6 atau lebih bagi setiap transaksi. Semak dengan bank anda sebelum anda meninggalkan rumah mengenai yuran urus niaga asing – idealnya, mereka mestilah 2 peratus atau kurang. Sekiranya tidak pasti, tukar wang yang cukup untuk mendapatkan wang.

#7 Mengunakan Pengangkutan Awam

Mengunakan Pengangkutan Awam

Rancang awal segala tambang dan caj-caj perjalanan pergi dan balik termasuk tiket tempat yang dilawati, caj penerbangan, caj servis, caj penginapan, tambang pengangkutan semasa melancong dan deposit jika kunci hilang. Anda boleh mengelakkan caj servis, tempahan dan agensi dengan menempah secara walk in. Anda berisiko untuk sukar mendapatkan bilik penginapan namun, ianya dua kali ganda lebih murah dari menempah lebih awal.

#8 Gajet Travel ? Tak Perlu

Gajet Travel? Tak Perlu

Menyimpan wang sebenarnya bermula sebelum anda memulakan perjalanan. Jangan tergoda dengan gajet-gajet yang ditawarkan untuk melancong kerana anda mungkin tidak memerlukan sama sekali. Sekurang-kurangnya anda mungkin cuma memerlukan kamera atau GoPro untuk bergambar. Terlalu banyak berfikir “what if’ dekat diri sendiri akan membuatkan anda overpacking barang. Untuk elakkan, jangan lakukannya. Pastikan anda membawa kit first aid yang asas sahaja untuk memudahkan perjalanan anda kerana keselamatan perlu diutamakan.

#9 Belajar Untuk Tawar Menawar

Belajar Untuk Tawar Menawar

Hampir segala-galanya di Asia boleh dirunding. Anda hanya perlu mencuba dan yakinkan penjual. Walaupun orang Barat tidak begitu selesa dengan budaya tawar-menawar, namun ianya sangat berbaloi untuk mencuba. Tawar menawar harga boleh menjimatkan anda jika bernasib baik. Anda mungkin boleh mengajak rakan anda atau jika anda bergerak secara solo, anda boleh membeli secara pukal. Selain itu juga, anda boleh membeli secara pukal dengan menawarkan pelancong lain membeli sekali dengan anda. Selepas membayar, pandai-pandailah bahagi harga yang anda dapat.

Travel Insurance By Allianz

Terdapatnya Tips Jimat Melancong

Pengembara yang bijak adalah individu yang berfikiran jauh dan sentiasa berfikir ke hadepan. Jangan hanya menjadi pelancong tetapi jadilah pengembara kerana seorang pelancong hanya melihat apa yang ada di hadapan dan seorang pengembara mahukan setiap perjalanan memberi makna dan pengalaman yang sangat berbaloi. Tapi adalah lebih baik untuk anda memastikan anda terlindung dari sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku semasa berada di negara orang. Adakah anda sudah dapatkan perlindungan perjalanan? Dapatkannya sekarang di PolicyStreetMencarinya Tips Jimat Melancong

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

Vitamin Untuk Kucing Kekal Sihat dan Cantik!

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online