
Insurans kereta pihak-ketiga merupakan insurans kereta yang paling asas. Liputan ini menawarkan tahap perlindungan yang paling minimum. Perkara ini menjadikan insurans kereta pihak-ketiga sebagai insurans kereta yang paling murah di Malaysia.
Pembelian insurans kereta pihak-ketiga sudah mencukupi untuk memberi anda perlindungan kewangan terhadap liabiliti kepada pihak ketiga. Polisi ini memastikan bahawa pihak ketiga dapat menuntut kerosakan, kerugian atau kecederaan akibat kemalangan yang mana anda didapati bersalah.
Garis Panduan
- Apakah itu insurans kereta pihak-ketiga?
- Apakah kerugian yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh insurans kereta pihak-ketiga?
- Siapakah yang memerlukan insurans kereta pihak-ketiga?
- Bagaimanakah saya boleh menjimatkan wang untuk insurans kereta pihak-ketiga?
- Bagaimanakah saya memperbaharui insurans kereta pihak-ketiga?
- Bagaimanakah insurans kereta pihak-ketiga dapat dibeli melalui PolicyStreet yang memberikan anda tawaran yang terbaik!
Apakah itu Insurans Kereta Pihak-Ketiga?
Adakah anda sedar tentang insurans kereta pihak-ketiga sebelum ini?
Sekiranya tidak, maka setelah anda telah membaca artikel ini dengan teliti, anda pasti akan mempunyai idea yang lebih jelas tentang bagaimana insurans kereta pihak-ketiga berfungsi. Insurans kereta pihak-ketiga menginsurkan pihak ketiga yang terlibat dalam sebarang kemalangan kereta. Pemegang polisi tidak perlu menanggung sebarang kerosakan atau perbelanjaan perubatan pihak ketiga apabila pemegang polisi didapati bersalah. Sebagai contoh, apabila pemandu didapati bersalah dalam kemalangan jalan raya, polisi ini akan menanggung kos pihak ketiga dan pemandu tidak perlu menanggung sebarang kos untuk pembaikan kereta dan perbelanjaan perubatan pihak ketiga.
Anda perlu sedar bahawa polisi ini tidak melindungi kerosakan atau kecederaan yang berlaku kepada pemandu itu sendiri. Polisi ini sesuai untuk golongan yang cenderung menyebabkan kemalangan kepada pihak lain yang juga dikenali sebagai pihak ketiga.
Berikut adalah senarai perkara yang dilindungi oleh insurans kereta pihak-ketiga yang anda perlu perhatikan sekiranya anda mengambil keputusan untuk membeli liputan ini.
- Kecederaan badan pihak ketiga iaitu penumpang atau pemandu di dalam kereta lain
- Kerosakan kereta pihak ketiga
- Kerosakan harta benda pihak ketiga
Tempoh perlindungan polisi adalah selama setahun dan polisi ini harus diperbaharui setiap tahun.
Untuk menjelaskan, sekiranya anda terlanggar kereta dan mencederakan pihak ketiga secara tidak sengaja, maka kos pembaikan kereta dan kos perubatan pihak ketiga akan ditanggung oleh polisi ini.

Berikut adalah senarai yang tidak dilindungi oleh insurans kereta pihak-ketiga.
- Kerosakan cermin kereta
- Kerosakan barang peribadi anda
- Apabila kereta anda dicuri, rosak atau musnah akibat kebakaran
- Perbelanjaan perubatan untuk kecederaan anda sendiri
- Bayaran undang-undang untuk kecederaan anda sendiri
- Kerosakan kereta dalam kemalangan yang disebabkan oleh anda
Sekiranya, anda memerlukan perlindungan terhadap kenderaan anda dan juga kecederaan yang dialami, anda boleh mempertimbangkan insurans kereta komprehensif disebabkan perlindungan yang pelbagai ditawarkan oleh liputan ini.
Siapakah yang Memerlukan Insurans Kereta Pihak-Ketiga?
Sekiranya anda mengambil keputusan untuk mempertimbangkan liputan ini, pastikan anda telah memenuhi garis panduan yang berikut:
- Apabila kereta anda tidak baru.
- Apabila kereta anda merupakan modal yang lebih lama di mana kos pembaikan kereta adalah murah.
- Apabila anda tidak lagi komited bawah perjanjian pembiayaan seperti sewa beli atau pinjaman kereta.
Oleh sebab, insurans kereta pihak-ketiga merupakan liputan yang paling murah berbanding liputan yang lain, anda haruslah ingat bahawa anda akan menanggung kos pembaikan kereta anda. Oleh itu, pastikan kereta anda merupakan modal yang tidak baru dan tidak mahal dan juga anda mempunyai wang yang secukupnya untuk menanggung kos kerosakan yang menimpa kereta anda.
Bagaimanakah Saya Boleh Menjimatkan Wang untuk Insurans Kereta Pihak-Ketiga?
Oleh sebab, anda semua sedar bahawa premium untuk setiap polisi ditetapkan berdasarkan risiko seseorang, jadi semua dokumen penting seperti rekod kemalangan yang ditimpa sebelum ini dan rekod tuntutan perlu dihantar untuk memastikan premium yang tepat ditetapkan untuk anda. Selain itu, rekod pemanduan dan maklumat peribadi yang lain juga secara langsung akan mempengaruhi harga polisi anda.
Bagaimanakah Saya Memohon untuk Insurans Kereta Pihak-Ketiga?
Setelah mengambil keputusan untuk membeli insurans kereta pihak-ketiga, anda pasti boleh membeli liputan ini melalui PolicyStreet. PolicyStreet menawarkan platform insurans kereta di mana anda boleh membandingkan dan membeli terus dari sana!
Oleh sebab, PolicyStreet merupakan penasihat kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), anda dapat mencari pelbagai jenis insurans kereta dengan pilihan yang tidak berat sebelah dan harga yang sesuai mengikut keperluan anda.
Berikut adalah langkah untuk anda membeli insurans kereta melalui PolicyStreet.
- Lawati www.policystreet.com/motor/
- Isikan butiran yang berkaitan dan dapatkan sebut harga
- Pilih jenis insurans yang anda mahu beli
- Tambahkan liputan tambahan yang anda kehendaki
- Selesaikan bayaran

Bagaimanakah Saya Memperbaharui Insurans Kereta Pihak-Ketiga?
Anda boleh memperbaharui insurans kereta pihak-ketiga serta cukai jalan menggunakan platform PolicyStreet yang merupakan 100% selamat, pantas dan segera.
Anda haruslah memastikan maklumat berikut dipertimbangkan sebelum memperbaharui polisi dan cukai jalan anda:
- Nombor Pendaftaran Kenderaan
- Kad Pengenalan
- Jenis Kenderaan
- Kapasiti Enjin – CC
- Tahun Pembuatan
- Jumlah yang Diinsurkan
Alternatif lain yang boleh diambil adalah memperbaharui di cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), MYEG atau di pejabat pos.
Tetapi mengapa anda perlu mempertimbangkan pilihan ini apabila anda boleh duduk dan berehat di rumah dengan membeli dalam talian melalui PolicyStreet?
Jelas menunjukkan bahawa memperbaharui polisi melalui PolicyStreet hanya semudah itu sahaja daripada menghabiskan masa anda menunggu giliran untuk memperbaharui polisi dan cukai jalan.
Penutup
Hebat!, sekarang anda semakin hampir menguasai ketiga-tiga liputan insurans kereta. Dapatkan perlindungan insurans kereta pihak-ketiga anda sekarang daripada PolicyStreet.
Tunggu artikel yang seterusnya untuk memperoleh informasi yang terkini tentang insurans kereta.
Tidak ada sesiapa yang dapat meramalkan masa depan tetapi kami dapat melindunginya untuk anda!
