
Benjamin Franklin pernah menyatakan bahawa “Dengan gagal membuat persiapan, anda bersiap untuk gagal” yang jelas menggambarkan bahawa kita haruslah bersedia untuk menghadapi insiden yang tidak boleh dijangka! Oleh itu, pembelian insurans kereta adalah signifikan.
Tunggu apa lagi? Mari kita beralih ke liputan yang seterusnya untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang konsep liputan ini.
Pasti anda boleh mula meneka bahawa insurans kereta pihak-ketiga, kebakaran dan kecurian merangkumi lebih liputan daripada insurans kereta pihak-ketiga.
Insurans kereta pihak-ketiga, kebakaran dan kecurian menawarkan liputan yang sama seperti insurans kereta pihak-ketiga tetapi dengan perlindungan tambahan untuk kerosakan akibat kebakaran dan kecurian kenderaan anda secara tidak sengaja. Insurans kereta pihak-ketiga, kebakaran dan kecurian lebih mahal daripada insurans kereta pihak-ketiga disebabkan oleh liputan tambahan yang ditawarkan, tetapi lebih berpatutan berbanding insurans kereta komprehensif.
Garis Panduan
- Apakah itu insurans kereta pihak-ketiga, kebakaran dan kecurian?
- Apakah kerugian yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh insurans kereta pihak-ketiga, kebakaran dan kecurian?
- Siapakah yang memerlukan insurans kereta pihak-ketiga, kebakaran dan kecurian?
- Bagaimanakah saya boleh menjimatkan wang untuk insurans kereta pihak-ketiga, kebakaran dan kecurian?
- Bagaimanakah insurans kereta pihak-ketiga, kebakaran dan kecurian dapat dibeli melalui PolicyStreet yang memberikan anda tawaran yang terbaik!
Apakah itu Insurans Kereta Pihak-Ketiga, Kebakaran dan Kecurian?
Insurans kereta pihak-ketiga, kebakaran dan kecurian terdiri daripada konsep insurans kereta pihak-ketiga dan juga merangkumi kerugian pemegang polisi yang disebabkan oleh insiden kebakaran atau kecurian. Untuk menjelaskan, sekiranya pemandu terlanggar kereta pihak ketiga secara tidak sengaja dan menyebabkan kerosakan teruk dan kecederaan badan, maka polisi ini akan menanggung kos pembaikan dan kos perubatan untuk pihak ketiga.
Juga, apabila pemandu mengalami kemalangan akibat kebakaran yang tidak sengaja atau kes kecurian, polisi ini akan melindungi pemandu kereta yang merupakan pemegang polisi ini. Pemegang polisi harus ingat bahawa polisi ini tidak sesuai untuk golongan yang ingin menanggung kerugian akibat kerosakan kenderaan mereka sendiri disebabkan oleh kemalangan.
Berikut adalah senarai perkara yang dirangkumi dalam liputan ini:
- Apabila kereta anda dicuri
- Apabila kereta anda rosak akibat cubaan untuk mencuri (contoh: kunci pintu atau tingkap yang rosak dan aksesori kereta yang dicuri)
- Apabila kereta anda rosak akibat insiden kebakaran
Sama seperti insurans kereta pihak-ketiga, insurans kereta pihak-ketiga, kebakaran dan kecurian juga boleh diperbaharui setiap tahun.
Untuk mengingat kembali, baca artikel “Apakah itu Insurans Kereta Pihak-Ketiga?” untuk mengingati semula konsepnya.
Seperti insurans kereta pihak-ketiga, insurans kereta pihak-ketiga, kebakaran dan kecurian tidak melindungi kerugian atau kerosakan kenderaan, harta benda atau kecederaan yang anda alami akibat kemalangan jalan raya.
Berikut adalah senarai perkara yang tidak dirangkumi oleh insurans kereta pihak-ketiga, kebakaran dan kecurian.
- Kerosakan cermin kereta
- Kerosakan barang peribadi anda
- Perbelanjaan perubatan untuk kecederaan anda sendiri
- Bayaran undang-undang untuk kecederaan anda sendiri
- Apabila kereta anda rosak dalam kemalangan
Sekiranya, anda memerlukan perlindungan terhadap kereta dan kecederaan anda sendiri, maka anda disyorkan untuk mempertimbangkan insurans kereta komprehensif disebabkan perlindungan yang pelbagai ditawarkan.
Siapakah yang Memerlukan Insurans Kereta Pihak-Ketiga, Kebakaran dan Kecurian?
Sekiranya anda merancang untuk membeli insurans kereta pihak-ketiga, kebakaran dan kecurian, pastikan anda telah memenuhi garis panduan yang berikut:
- Apabila kereta anda tidak baru.
- Apabila kereta anda merupakan modal yang lebih lama di mana kos pembaikan kereta adalah murah.
- Apabila anda tidak lagi komited bawah perjanjian pembiayaan seperti sewa beli atau pinjaman kereta
Anda harus sedar bahawa anda akan menanggung kos kerosakan kenderaan anda sendiri tidak termasuk kerugian yang berlaku akibat kebakaran dan kecurian dengan tidak sengaja.

Bagaimanakah Saya Boleh Menjimatkan Wang untuk Insurans Kereta Pihak-Ketiga, Kebakaran dan Kecurian?
Oleh sebab, anda semua sedar bahawa premium untuk setiap polisi ditetapkan berdasarkan risiko seseorang, jadi semua dokumen penting seperti rekod kemalangan yang ditimpa sebelum ini dan rekod tuntutan perlu dihantar untuk memastikan premium yang tepat ditetapkan untuk anda. Selain itu, rekod pemanduan dan maklumat peribadi yang lain juga secara langsung akan mempengaruhi harga polisi anda.
Bagaimanakah Saya Memohon untuk Insurans Kereta Pihak-Ketiga, Kebakaran dan Kecurian?
Setelah mengambil keputusan untuk membeli insurans kereta pihak-ketiga, kebakaran dan kecurian, anda pasti boleh membeli liputan ini melalui PolicyStreet. PolicyStreet menawarkan platform insurans kereta di mana anda boleh membandingkan dan membeli terus dari sana!
Oleh sebab, PolicyStreet merupakan penasihat kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), anda dapat mencari pelbagai jenis insurans kereta dengan pilihan yang tidak berat sebelah dan harga yang sesuai mengikut keperluan anda.
Berikut adalah langkah untuk anda membeli insurans kereta melalui PolicyStreet.
- Lawati www.policystreet.com/motor/
- Isikan butiran yang berkaitan dan dapatkan sebut harga
- Pilih jenis insurans yang anda mahu beli
- Tambahkan liputan tambahan yang anda kehendaki
- Selesaikan bayaran

Penutup
Syabas, anda telah menguasai insurans kereta pihak-ketiga, kebakaran dan kecurian!
Jangan terlepas daripada tawaran eksklusif dan dijamin daripada PolicyStreet. Lawati laman web PolicyStreet sekarang untuk melindungi diri anda dengan insurans kereta pihak-ketiga, kebakaran dan kecurian.
Anda kini boleh memandu dengan senang hati tanpa perlu risau!
