• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Instantly Compare Car Insurance Here!
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
  • Insurance
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Apakah itu Insurans Kereta Komprehensif?

Thachayani Ananth / 14/10/2020

Insurans kereta komprehensif dikenali sebagai perlindungan insurans yang paling luas berbanding dengan liputan insurans kereta yang lain. 

Adakah anda tertanya-tanya mengapa insurans kereta komprehensif sangat digalakkan untuk dibeli oleh pemandu? Hal ini demikian kerana, insurans kereta komprehensif menawarkan perlindungan kewangan yang maksimum dan juga merupakan liputan yang sangat ekonomikal. 

Garis panduan 

  1. Apakah itu insurans kereta komprehensif?
  2. Apakah perlindungan yang ditawarkan oleh insurans kereta komprehensif dan perlindungan tambahannya?
  3. Siapakah yang memerlukan insurans kereta komprehensif?
  4. Bagaimanakah deduktibel dan had liability berfungsi bawah liputan ini?
  5. Bagaimanakah insurans kereta komprehensif dapat dibeli melalui PolicyStreet yang memberikan anda tawaran terbaik!

Apakah itu Insurans Kereta Komprehensif? 

Insurans kereta komprehensif melindungi diri anda daripada kerugian yang tidak dapat dijangka terhadap pihak ketiga disebabkan kematian atau kecederaan badan, kerosakan yang berlaku pada harta benda pihak ketiga serta kerosakan tidak sengaja atau kebakaran dan kecurian yang berlaku pada kereta anda. 

Pemegang polisi haruslah sedar bahawa polisi ini tidak merangkumi kematian atau kecederaan badan yang dialami oleh pemandu. Sekiranya, pemegang polisi ingin mendapatkan liputan tambahan, mereka perlulah membeli perlindungan tambahan ini untuk menginsurkan mereka. 

Berikut adalah senarai kerugian yang dilindungi dan liputan tambahan yang ditawarkan oleh  insurans kereta komprehensif.  

Perlindungan yang ditawarkan: 

  • Kematian atau Kecederaan kepada Pihak Ketiga
  • Kerosakan Harta Benda Pihak Ketiga
  • Kerugian atau Kerosakan pada Kereta yang disebabkan oleh Kebakaran atau Kecurian 
  • Kerosakan Kenderaan yang disebabkan oleh Kemalangan

Liputan Tambahan untuk Insurans Kereta Komprehensif

  • Cermin kereta 
  • Pemandu Tambahan 
  • Bencana Khas (Banjir, Ribut, Taufan, Gempa Bumi, Tanah Runtuh dan Tindakan Alam yang Lain)
  • Kemalangan Diri dan Faedah Perubatan untuk Pemandu dan Penumpang. 
  • Liability Undang-undang 
    • Liability Undang-undang kepada Penumpang 
    • Liability Undang-undang Penumpang
  • Pampasan untuk Waktu Pembaikan yang Dinilai
  • Liputan Aksesori Kereta
  • Mogok, Kerusuhan dan Kekecohan Awam

Siapakah yang memerlukan insurans kereta komprehensif?

Sebelum mempertimbangkan untuk membeli insurans kereta komprehensif, anda mesti sedar bahawa polisi ini amat sesuai untuk golongan yang memiliki kenderaan yang tidak melebihi had umur yang tertentu. Sebagai contoh, kereta lama tidak memerlukan dan tidak layak untuk liputan komprehensif ini. Sekiranya, anda memiliki kereta yang berharga dan mahal, maka insurans kereta komprehensif akan menjadi pilihan tepat untuk anda. 

Walaupun insurans kereta komprehensif dianggap mahal berbanding dengan liputan yang lain, malah liputan ini merupakan pilihan yang bijak jika anda membuat keputusan untuk membeli liputan ini. 

Berikut merupakan syarat yang harus dipertimbangkan sebelum membeli insurans kereta komprehensif:

  1. Sekiranya kereta anda berumur bawah lima tahun maka anda boleh mempertimbangkan insurans kereta komprehensif  disebabkan liputan komprehensif ini menawarkan liputan yang pelbagai. 
  2. Sekiranya anda tidak mampu menanggung kos yang tinggi untuk membaiki kereta apabila berlaku kemalangan, maka anda harus mempertimbangkan liputan ini. Hal ini demikian kerana, kos tinggi yang ditanggung untuk pembaikan kereta mungkin akan membebankan anda. 
  3. Sekiranya terdapat lebih daripada satu pemandu untuk kereta anda. Anda akan berhati-hati semasa memandu kereta berbanding dengan pemandu lain yang telah anda pinjamkan. Hal ini demikian kerana, pemandu lain mungkin tidak berhati-hati seperti anda. Dengan mempertimbangkan insurans kereta komprehensif, anda tidak perlu risau tentang siapa yang perlu menanggung kos tersebut. Anda disyorkan untuk menyertakan nama pemandu yang sering memandu kereta anda dalam polisi. Anda boleh menamakan sehingga dua pemandu bagi setiap kereta secara percuma. Nama tambahan bermula dari pemandu ketiga akan dikenakan caj sebanyak RM10 setiap orang. 
  4. Sekiranya anda mampu membelinya. Insurans kereta komprehensif merupakan perlindungan yang paling mahal berbanding dengan liputan yang lain. Anda perlu sedar bahawa walaupun insurans kereta komprehensif dianggap mahal tetapi anda akan ditanggung lebih banyak daripada kos tersebut. 
  5. Sekiranya anda menginginkan sesuatu liputan yang percuma. Dengan membeli insurans kereta komprehensif, anda boleh bermanfaat daripada perkhidmatan percuma dan tambahan yang berguna untuk anda. Sebagai contoh, banyak polisi insurans komprehensif disertakan dengan bantuan di tepi jalan seperti bantuan mengecas bateri kereta, bantuan penarik kereta percuma dan jaminan untuk bahagian pembaikan pasca kereta. Anda harus sedar bahawa liputan percuma yang ditawarkan berbeza-beza mengikut polisi, oleh itu anda harus membuat kajian terlebih dahulu.

Bagaimanakah deduktibel dan had liability berfungsi bawah liputan ini?

Keliru tentang bagaimana deduktibel dan had liabiliti berfungsi? Setelah anda membaca bahagian ini, anda pasti akan jelas tentang bagaimana deduktibel dan had liabiliti berfungsi. 

Deduktibel yang juga dikenali sebagai ekses merupakan jumlah wang yang perlu anda bayar sementara jumlah baki akan ditanggung oleh syarikat insurans. Semakin tinggi deduktibel anda, semakin rendah premium yang anda perlu tanggung. Hal ini demikian kerana, anda telah mengambil risiko yang lebih besar untuk diri anda dan syarikat insurans akan membayar lebih sedikit untuk kerugian anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai deduktibel sebanyak RM1000 dan telah terlibat dalam kemalangan di mana anda bersalah yang menyebabkan kerosakan kenderaan anda sebanyak RM2000, maka anda perlu menanggung RM1000 sementara syarikat insurans anda akan menanggung baki kerugian sebanyak RM1000 pula.

Oleh itu, sebagai pemegang polisi yang rasional dan bijaksana, anda harus memilih jumlah deduktibel yang berpatutan dengan membandingkan berapa banyak yang anda akan jimatkan pada polisi anda setiap tahun dan berapa banyak yang anda perlukan untuk ditanggung apabila anda terlibat dalam kemalangan. Anda haruslah mencari keseimbangan antara belanjawan peribadi dengan keperluan peribadi anda. 

Oleh sebab, sekarang anda mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana deduktibel berfungsi, anda selangkah lebih dekat untuk menguasai asas insurans kereta. 

Yay!

Sebaliknya, anda juga perlu mempertimbangkan had liabiliti. Had liabiliti merupakan jumlah maksimum yang akan dibayar oleh syarikat insurans untuk kerosakan yang ditanggung. Anda akan bertanggungjawab atas kerugian yang melebihi had liabiliti tersebut. Semakin tinggi had liabiliti semakin tinggi premium anda. 

Ramai orang memilih untuk mendapatkan liputan yang minimum tetapi ini tidak selalu menjadi pilihan yang rasional. Sekiranya anda tidak pasti had liabiliti, anda haruslah memaklumkan kepada broker insurans untuk mengesyorkan cadangan yang terbaik untuk memilih had liabiliti yang tepat untuk anda.

Secara ringkasnya, sebelum membeli insurans kereta komprehensif, deduktibel dan had liabiliti harus dipertimbangkan oleh pemegang polisi dengan berhati-hati.

Bagaimanakah saya memohon untuk insurans kereta komprehensif?

Setelah mengambil keputusan untuk membeli insurans kereta komprehensif, anda pasti boleh membeli liputan ini melalui PolicyStreet. PolicyStreet menawarkan platform insurans kereta di mana anda boleh membandingkan dan membeli terus dari sana! Oleh sebab, PolicyStreet merupakan penasihat kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) anda dapat mencari pelbagai jenis insurans kereta dengan pilihan yang tidak berat sebelah dan harga yang sesuai mengikut keperluan anda. 

Berikut adalah langkah untuk anda membeli insurans kereta melalui PolicyStreet.

  1. Lawati www.policystreet.com/motor/ 
  2. Isikan butiran yang berkaitan dan dapatkan sebut harga
  3. Pilih jenis insurans yang anda mahu beli
  4. Tambahkan liputan tambahan yang anda kehendaki 
  5. Selesaikan bayaran

Syabas, anda kini telah menguasai insurans kereta komprehensif. 

Jangan terlepas daripada tawaran eksklusif yang dijamin dari PolicyStreet. Lawati laman web kami sekarang untuk melindungi diri anda dengan insurans kereta komprehensif.

Tunggu artikel yang seterusnya untuk memperoleh informasi yang terkini tentang insurans kereta. 

Ini pasti dapat memberi ketenangan fikiran untuk ke mana sahaja anda jalan!

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Coverage Guide (2021): All You Need to Know!

Claims Guide (2021)

Motor Insurance Claim 101: How to Avoid Common Pitfalls

Road Rage: Do’s and Don’ts

Bahasa Malaysia

Jimat sehingga 40% di Musim PKP dengan PrOmilej

Pengaruh Gelombang Kedua COVID-19 kepada Rakyat Malaysia.

Insurans Cermin Kereta Panduan (2020): Semua Yang Anda Perlu Tahu

Selamatkan Kereta Anda Dari Ditenggelami Banjir!

Cara Untuk Dapatkan Cukai Jalan Baharu Yang Hilang, Koyak atau Rosak

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

+601 11-684 2590

Copyright © 2021 Polisea Sdn Bhd. All Rights Reserved | Privacy Policy | Term of Use

Insurans Kereta Online