• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

Thachayani Ananth / 22/01/2021

Apa itu NCD? Diskaun Tanpa Tuntutan (2021) Malaysia

Garis Panduan

  1. Apakah itu Diskaun Tanpa Tuntutan?
  2. Kadar Diskaun Tanpa Tuntutan di Malaysia
  3. Cara memeriksa Diskaun Tanpa Tuntutan saya? 
  4. Adakah Diskaun Tanpa Tuntutan saya terjejas sekiranya saya terlibat dalam kemalangan?
  5. Adakah Diskaun Tanpa Tuntutan saya terjejas sekiranya saya membuat tuntutan? 
  6. Mengapakah Diskaun Tanpa Tuntutan penting untuk saya? 
  7. Soalan Lazim untuk Diskaun Tanpa Tuntutan
 

Apakah itu Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD)?

Diskaun tanpa tuntutan yang biasanya dikenali sebagai No-Claim Discount (NCD), adalah komponen penting dalam insurans kereta anda. Diskaun tanpa tuntutan dikenali sebagai ganjaran yang diberikan untuk pemanduan yang selamat.

Diskaun tanpa tuntutan adalah sejenis diskaun yang diberikan kepada pemandu yang:

a) tidak membuat sebarang tuntutan insurans selama 12 bulan yang sebelumnya.

DAN

b) tidak mempunyai tuntutan insurans yang dibuat oleh pihak ketiga terhadap polisi insurans kereta anda.

Apa itu NCD Malaysia?

Diskaun tanpa tuntutan memainkan peranan yang penting dalam menentukan jumlah yang perlu dibayar untuk premium insurans kereta anda. Hal ini demikian kerana, diskaun tanpa tuntutan menawarkan potongan harga sehingga 55% daripada insurans kereta asas atau perlindungan takaful motor anda. Kadar diskaun tanpa tuntutan ditentukan dan ditetapkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (juga dikenali sebagai PIAM). Oleh itu, kadarnya sama di semua syarikat insurans di Malaysia.

Kepentingan NCD untuk insurans kereta
 

Diskaun Tanpa Tuntutan di Malaysia

Tempoh Tiada Tuntutan yang DibuatKereta PersendirianKenderaan KomersialMotosikal
Tahun Pertama0%0%0%
Tahun Kedua’25%15%15%
Tahun Ketiga30%20%20%
Tahun Keempat38.33%25%25%
Tahun Kelima45%25%25%
Selepas Tahun Kelima55%25%25%

Berdasarkan jadual di atas, penjimatan yang besar dapat diperoleh sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan mengikut jangka masa yang diberikan. Dengan memandu lebih selamat dan teliti setiap tahun tanpa membuat tuntutan terhadap polisi insurans kereta anda, anda bukan sahaja dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya malah mendapat potongan harga untuk insurans kereta anda. Seperti kata pepatah, membunuh dua ekor burung menggunakan sebiji batu.

 

Cara memeriksa Diskaun Tanpa Tuntutan saya?

Kami boleh membantu anda dengan itu! Gunakan platform perbandingan motor dalam talian percuma kami untuk memeriksa diskaun tanpa tuntutan semasa anda.

Langkah 1:

Klik pautan yang disediakan di atas. Isikan maklumat yang berikut dan klik “Mula”.

Macam mana semak ncd dengan policystreet?

Langkah 2:

Anda kemudian akan dibawa ke halaman ini di mana anda dapat memeriksa Diskaun Tanpa Tuntutan anda.

Jangan berhenti di situ sahaja! Bandingkan harga untuk insurans kereta anda dalam masa kurang dari 1 minit dengan pilihan dan harga yang tidak berat sebelah yang sesuai dengan keperluan anda!

Cara semak ncd online di policystreet

Langkah 3:

Isikan maklumat dengan lebih lanjut dan klik “Teruskan”

cara beli insurans kereta di malaysia

Setelah anda telah klik “Teruskan”, anda akan dibawa ke bahagian Penambahan. Anda kemudian boleh menambahkan liputan tambahan yang sesuai mengikut keperluan anda. Anda boleh menginsurkan kereta anda daripada kerosakan cermin kereta dan banjir serta memperbaharui cukai jalan anda. Selesaikan langkah-langkah yang diperlukan dan klik “Teruskan”.

Pemamdu tambahan untuk insurans kereta

Ringkasan pesanan akan ditunjukkan di mana anda dapat memeriksa semula jumlah yang perlu dibayar, liputan tambahan yang telah anda tambahkan dan maklumat penting yang lain. Setelah anda memeriksa ringkasan pesanan tersebut, klik “Confirm Amount”.

Cara beli insurans kereta

Langkah 4:

Anda akan dibawa ke bahagian pembayaran di mana anda akan diberi beberapa pilihan untuk melakukan pembayaran. Setelah memilih pilihan pembayaran anda, klik “Teruskan” untuk membayar polisi anda.

bayaran untuk insurans kereta

Ringkasnya,  harap panduan yang dinyatakan di atas dapat membantu untuk memeriksa diskaun tanpa tuntutan anda serta menginsurkan anda di PolicyStreet.  

Jangan tunggu lagi, cubalah sekarang untuk menikmati tawaran eksklusif dan dijamin dari PolicyStreet!

 

Adakah Diskaun Tanpa Tuntutan saya terjejas sekiranya saya terlibat dalam kemalangan?

Ingatlah untuk sentiasa tenang dan ikuti panduan kami di sini: Apa yang perlu dilakukan selepas kemalangan kereta? 

Diskaun Tanpa Tuntutan diberikan kepada pemandu yang tidak membuat sebarang tuntutan terhadap polisi insurans kereta mereka. 

  1. Sekiranya anda didapati tidak bersalah – Tuntutan akan dibuat terhadap pihak ketiga yang bersalah. Oleh itu, ini tidak akan menjejaskan diskaun tanpa tuntutan anda.
  2. Sekiranya anda didapati bersalah – Tuntutan oleh pihak ketiga akan dibuat terhadap polisi insurans anda. Oleh itu, ini akan menjejaskan diskaun tanpa tuntutan anda.
  3. Sekiranya pihak ketiga tidak dapat dikenal pasti – Tuntutan akan dibuat terhadap polisi anda tetapi akan difailkan sebagai No Fault Own Damage Claim (NFOC). Untuk menjelaskan, syarikat insurans kereta anda akan menanggung kos pembaikan kereta tanpa menjejaskan diskaun tanpa tuntutan anda sekiranya anda didapati tidak bersalah.
 

Adakah Diskaun Tanpa Tuntutan saya terjejas sekiranya saya membuat tuntutan?

Sekiranya tuntutan dibuat terhadap polisi insurans anda, diskaun tanpa tuntutan anda akan hilang dan dikembalikan kepada 0%. Ini akan menjejaskan premium insurans kereta anda tahun berikutnya kerana anda tidak lagi dapat menikmati penjimatan insurans yang besar. Oleh itu, anda perlu membayar premium anda sepenuhnya dan menerima diskaun tanpa tuntutan anda tahun yang berikutnya.

Untuk menjelaskan, katakan anda terlibat dalam kemalangan pada tahun ketiga semasa tempoh insurans dan ingin membuat tuntutan. Pada masa ini, anda mempunyai diskaun tanpa tuntutan sebanyak 30%. Oleh sebab, anda telah membuat tuntutan maka pada tahun berikutnya apabila anda ingin memperbaharui polisi, anda tidak akan mendapat diskaun kerana kadar diskaun tanpa tuntutan anda telah dikembalikan kepada 0%.

 

Mengapakah Diskaun Tanpa Tuntutan penting untuk saya? 

Diskaun tanpa tuntutan adalah sejenis diskaun yang diberikan untuk pemanduan yang selamat. Sekiranya anda belum menggunakan diskaun tanpa tuntutan, berikut adalah sebab mengapa anda harus mengetahuinya:

Penjimatan Lebih Besar

Insurans kereta adalah wajib di Malaysia dan agak mahal ketika memperbaharuinya bersama dengan cukai jalan anda. Usaha untuk memandu dengan selamat dapat mengurangkan premium insurans kereta anda sebanyak 55%. Oleh itu, diskaun tanpa tuntutan sangat berguna untuk mengurangkan beban kewangan anda.

Insurans Memupuk Amalan Berjimat Cermat

Selain membantu mengurangkan premium untuk polisi anda, diskaun tanpa tuntutan juga mendorong pemilik kenderaan untuk menjadi lebih bijak dalam penggunaan insurans. Oleh sebab ada kemungkinan anda akan kehilangan diskaun tanpa tuntutan, ini dapat membantu pemilik kereta berfikir dua kali sebelum membuat tuntutan.

Untuk menjelaskan, sekiranya anda didapati bersalah dalam kemalangan jalan raya di mana jumlah kos pembaikan kereta lebih rendah daripada kadar diskaun tanpa tuntutan semasa, maka adalah lebih bijak untuk tidak membuat tuntutan terhadap polisi insurans anda agar tidak menjejaskan diskaun tanpa tuntutan pada tahun berikutnya. Sebaliknya, anda boleh menanggung kos pembaikannya sendiri.

Sebaliknya, jika anda didapati tidak bersalah, anda boleh memilih untuk membuat tuntutan insurans pihak ketiga. Dengan cara ini, anda tidak akan kehilangan diskaun tanpa tuntutan kerana anda tidak membuat tuntutan terhadap polisi anda sendiri.

Ini dapat membantu anda menjadi pemilik kereta yang lebih bijak dan rasional apabila anda memahami diskaun tanpa tuntutan dengan lebih teliti.

 

Soalan Lazim untuk Diskaun Tanpa Tuntutan

Soalan lazim untuk ncd malaysia

1. Berapakah kadar diskaun tanpa tuntutan saya sekiranya saya merupakan pemilik kereta kali pertama?

Semua pemilik kereta kali pertama akan mempunyai kadar diskaun tanpa tuntutan sebanyak 0%. Anda akan mendapat diskaun tanpa tuntutan yang lebih tinggi apabila anda mempunyai lebih banyak pengalaman memandu. Lihat bahagian diskaun tanpa tuntutan di Malaysia (when clicked it would lead to that subtopic) dan lihat jadual untuk mengetahui berapa banyak diskaun tanpa tuntutan yang dapat diperoleh mengikut tempoh anda tidak membuat sebarang tuntutan.

2. Saya pernah terlibat dalam kemalangan kereta baru-baru ini di mana merupakan kemalangan yang kecil. Saya telah membuat keputusan untuk menanggung kos pembaikan. Adakah ini akan menjejaskan diskaun tanpa tuntutan saya?

Sekiranya anda membuat keputusan untuk membaiki kereta anda sendiri, maka ini tidak akan menjejaskan diskaun tanpa tuntutan anda. Kadar diskaun tanpa tuntutan anda hanya akan terjejas sekiranya terdapat tuntutan yang dibuat terhadap polisi insurans kereta anda.

3. Ayah saya mempunyai 55% diskaun tanpa tuntutan. Bolehkah beliau memindahkan diskaun tanpa tuntutan kepada saya?

Pasti, tidak. Diskaun tanpa tuntutan terikat dengan seseorang. Oleh itu, diskaun tanpa tuntutan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain.

4. Saya telah terlibat dalam kemalangan kereta baru-baru ini tetapi pihak ketiga telah melarikan diri. Namun, saya telah berjaya mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan tersebut. Adakah kemalangan ini akan menjejaskan kadar diskaun tanpa tuntutan saya?

Anda harus membuat laporan polis mengenai kemalangan ini. Sekiranya pihak ketiga membuat laporan polis juga, pegawai penyiasat akan menyiasat pihak yang terlibat untuk menentukan pihak yang didapati bersalah. Oleh itu, hasil siasatan akan memutuskan sama ada diskaun tanpa tuntutan anda terjejas atau tetap tidak tersentuh. 

5. Saya merupakan peminat kereta di mana saya menukar kereta saya setiap dua tahun. Bolehkah saya mengekalkan diskaun tanpa tuntutan saya atau adakah saya harus mengumpulkan diskaun tanpa tuntutan saya dari awal?

Seperti yang anda ketahui, diskaun tanpa tuntutan terikat dengan nama anda dan bukan pada kereta anda. Sekiranya anda menjual kereta dan menggantinya dengan yang baru, maka insurans kereta baru anda akan mempunyai diskaun tanpa tuntutan yang sama semasa anda memiliki kereta yang sebelumnya. Oleh itu, diskaun tanpa tuntutan boleh dipindah milik dan dapat dikumpulkan.

6. Bolehkah saya mengekalkan kadar diskaun tanpa tuntutan saya sekiranya saya menukar syarikat insurans kereta saya?

Diskaun tanpa tuntutan anda boleh dipindahkan sekiranya anda telah memutuskan untuk menukar syarikat insurans kereta lain. Diskaun tanpa tuntutan tidak terikat dengan syarikat insurans kereta yang tertentu. Seperti yang anda ketahui, diskaun tanpa tuntutan ditetapkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia dan tidak ditetapkan oleh syarikat insurans di mana anda diinsuranskan.

Kesimpulan

Sekarang anda akan mempunyai gambaran yang lebih jelas mengenai bagaimana diskaun tanpa tuntutan berfungsi. Kami harap artikel ini bermanfaat dan berguna untuk anda.

Anda sekarang tahu satu lagi fakta yang penting berbanding rakan sejagat anda di jalan raya!

Lawati ruang blog kami untuk mendapatkan pandangan yang lebih menarik mengenai insurans kereta!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai insurans kereta, sila lawati laman web kami atau hubungi kami – Kami sentiasa bersedia membantu.

Melindungi anda untuk perkara yang tidak dijangka!

#PolicyStreetcares

Policystreet

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

Vitamin Untuk Kucing Kekal Sihat dan Cantik!

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online