• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Adakah Kad Perubatan Syarikat Sudah Memadai Untuk Perlindungan Kesihatan Anda?

Munirah Bahri / 25/10/2018

Anda bekerja di syarikat yang membekalkan perlindungan kesihatan yang sangat bermanfaat. Kad perubatan yang diberi oleh syarikat tempat anda bekerja juga ternyata berfungsi dengan baik. Jadi, adakah ini bermakna anda tidak perlu mengambil kad perubatan anda sendiri? Tidak boleh dinafikan bahawa ada majikan yang menyediakan manfaat insurans dan perubatan dengan perlindungan yang tinggi bagi sesetengah syarikat. Tetapi, ianya bergantung kepada syarikat masing-masing berapa yang mereka bekalkan kepada pekerja-pekerja mereka dan kadang-kala mengikut keuntungan semasa.

Adakah Kad Perubatan Syarikat Sudah Memadai Untuk Perlindungan Kesihatan

Tanya kembali kepada diri anda adalah manfaat kad perubatan yang diberikan kepada anda itu mencukupi? Adakah perlindungan ini masih berterusan sekiranya anda sudah berhenti berkhidmat atau dengan kata lain, sudah pencen? Adakah ia melindungi ahli keluarga anda sekiranya pemilik kad perubatan ini sudah meninggal dunia? Adakah mereka memberi pampasan kepada ahli keluarga walaupun anda sudah pencen atau berhenti kerja? Atau mendapat pampasan sekiranya anda mengidap penyakit kritikal?

Manfaat tidak mencukupi

Adakah Kad Perubatan Syarikat Sudah Memadai Untuk Perlindungan Kesihatan dengan manfaat yang mencukupi

Ya, anda sangat beruntung sekiranya mempunyai medical card dari syarikat atau insuans kesihatan dari syarikat. Kebiasaanya syarikat akan lindungi untuk kos menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik panel mahupun hospital awam dan kerajaan. Namun, adakah ianya meliputi kos pembedahan yang terpaksa anda jalani akibat kemalangan mahupun kecederaan semasa bermain bola sepak.

Bagi sesetengah company mereka melindungi kos pembedahan namun had tahunan yang ditawarkan adalah sangat rendah kerana ia melibatkan sejumlah pekerja yang ramai dalam satu-satu company. Jika had tahunan yang diberi oleh syarikat hanyalah RM20,000 setahun tapi kos rawatan sebenar RM50,000, mana nak cari lagi 30,000? Dan jika anda tidak meneliti dan tidak tahu, kadang kala ada perlu membayar terlebih dahulu kos rawatan dan kemudiannya membuat tuntutan yang mengambil masa lama untuk diproses.

Perlindungan untuk tempoh yang singkat

Adakah Kad Perubatan Syarikat Sudah Memadai Untuk Perlindungan Kesihatan Terutama perlindungan untuk tempoh singkat

Anda pasti sangat beruntung kerana mendapat perlindungan kesihatan daripada company yang anda bekerja. Bagi kebanyakan millennials sekarang selalu mempunyai citarasa yang berubah-ubah dan sering berubah-ubah tempat kerja. Adakah anda masih dilindungi oleh medical card atau insurans kesihatan dari bekas majikan anda? Pastinya tidak bukan? Masakan bekas majikan anda masih memberi manfaat dan kelebihan kepada bekas pekerja yang tidak lagi berkhidmat dengan syarikat mereka. Jadi, sangat penting untuk anda mendapatkan medical card milik peribadi sekiranya tempat kerja baru tidak ada menyediakan medical card.

Begitu juga apabila berhenti kerja dan memulakan bisnes, maka anda perlu juga mempunyai medical card peribadi. Mungkin ada yang berfikir bahawa mereka akan mendapatkan medical card apabila sudah berhenti kerja. Tidak dinafikan, itu satu perancangan yang bijak! Tapi perlu diatur dengan baik sebab mana-mana medical card akan ada tempoh menunggu 30 hingga 120 hari (bergantung kepada jenis penyakit) sebelum ia berkuatkuasa sepenuhnya. Adakah anda yakin tidak mengidap sebarang penyakit yang oleh menjejaskan pemohonan anda itu?

Pembayaran Pendahuluan Yang Tinggi

Adakah Kad Perubatan Syarikat Sudah Memadai Untuk Perlindungan Kesihatan dan pembayaran pendahuluan yang tinggi

Bagi anda yang memiliki medical card dari company, harap maklum bahawasanya anda perlu membuat pembayaran pendahuluan sebelum ditanggung oleh company anda (bergantung kepada jenis perlindungan yang ditawarkan). Dan pembayaran pendahuluan ini bermakna mungkin ianya 15% daripada bil, atau 30%. Seandainya kos rawatan anda adalah sebanyak RM 10,000 dan anda perlu membayar RM 1,500 bagi wang pendahuluan.

Agak banyak bukan, bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang simpanan. Namun, sekiranya anda memiliki medical card tersendiri, anda tidak perlu membayar sebarang wang pendahuluan sekiranya anda mengambil pelan premium tanpa deductible dan ianya lebih terjamin untuk masa depan anda!

Tiada Simpanan Untuk Perlindungan Kesihatan Untuk Masa Hadapan

Adakah Kad Perubatan Syarikat Sudah Memadai Untuk Perlindungan Kesihatan dan malang sentiasa tidak berbau

Bagi mereka yang mempunyai simpanan tanpa medical card, anda agak beruntung kerana mempunyai jaminan bagi masa depan yang misteri ini. Bagaimana pula nasib mereka yang tidak mempunyai simpanan masa hadapan dan dalam masa yang sama tidak memiliki medical card tersendiri? Hidup hanya berganung kepada perlindungan kesihatan yang diberi oleh company semata-mata.

Hanya perlu ingat bahawa malang tidak pernah berbau dan bila tibanya saat anda memerlukan rawatan, ianya tidak pernah boleh ditangguh lagi. Jadi, bagaimana anda ingin menjalani rawatan kesihatan? Takkan anda hendak berhutang dengan bank untuk merawat kesihatan anda. Sudahlah berhutang semasa belajar, takkan anda hendak menambah bebanan yang tidak sudah? Fikirkan baik-baik.

Manfaat Kad Perubatan Tidak Terjamin

Adakah Kad Perubatan Syarikat Sudah Memadai Untuk Perlindungan Kesihatan dan Manfaat Kad Perubatan Tidak Terjamin

Jika anda sangat yakin dan serasi dengan pekerjaan dan majikan anda sekarang, anda bertekad untuk kekal bekerja di syarikat anda sekarang, tidak mengapa. Namun, adakah anda masih mendapat kelebihan yang sama setelah pencen dan tidak lagi berkhidmat dengan majikan anda? Sayang macam mana pun anda kepada syarikat tempat anda bekerja, anda tetap perlu berhenti selewat-lewatnya pada usia yang anda perlu pencen mungkin sekitar berusia lingkungan 55 atau 60 tahun. Mungkin ada yang terfikir “tidak mengapa, saya akan ambil selepas saya pencen kelak”. Dalam usia yang sudah lanjut, sudah tentu keadaan kesihatan sudah tidak baik lagi. Dan ini akan membuatkan anda tidak layak memiliki medical card.

Faktor Usia Mempengaruhi Nilai Premium Bulanan

Adakah Kad Perubatan Syarikat Sudah Memadai Untuk Perlindungan Kesihatan dan premium

Bagi anda yang bercadang untuk mengambil medical card setelah berumur melebihi 30 tahun ke atas, adakah anda pasti dan sudah meneliti tentang jumlah bayaran yang bakal anda tanggung? Usia memainkan peranan sangat penting dalam nak menentukan kadar insurans yang anda bakal tanggung. Anda mungkin tahu dan ramai juga tidak sedar bahawa kadar insurans setiap individu bergantung kepada umur. Dan semakin bertambah umur, semakin tinggi kadar yang anda perlu bayar kerana semakin umur bertambah, semakin tinggi risiko untuk mengidap penyakit. Jadi, jangan menyesal jika anda perlu membayar pada kadar yang tinggi kelak.

Medical Card Tidak Dapat Melindungi

Adakah Kad Perubatan Syarikat Sudah Memadai Untuk Perlindungan Kesihatan dan Apa Yang Medical Tidak Dapat Lindungi

Misal kata anda sedang dalam proses mendapatkan medical card peribadi kerana anda telah berhenti kerja dari majikan terdahulu. Kemudian, dalam tempoh menunggu medical card anda diproses, anda ditakdirkan untuk mengidap penyakit diabetes. Namun, tempoh menunggu anda masih berbaki 30 hari untuk mencapai tempoh 120 hari sebelum ia berkuatkuasa sepenuhnya. Bermakna, medical card tersebut tidak dapat membantu melindungi kos perubatan anda. Bukan setakat anda tidak dapat dilindungi, malah anda mungkin tidak layak mendapatkan perlindungan insurans medical card dari mana-mana pihak insurans sekalipun kerana mempunyai masalah kesihatan sedia ada sebelum memohon insurans tersebut. Ini sangat merugikan dan dalam masa yang sama merupakan bebanan kepada individu tersebut.

Konklusi

Adakah Kad Perubatan Syarikat Sudah Memadai Untuk Perlindungan Kesihatan dan Beli Insurans Medikal Termurah Dari PolicyStreet

Adakah anda masih menganggap medical card peribadi tidak penting? Tidak mengapa kerana ianya pilihan masing-masing dan anda mungkin sudah memiliki pelan masa hadapan yang jauh lebih berbaloi daripada tawaran perlindungan insurans medical card ini. Selagi mana ia tidak membebankan anda dan baik untuk masa depan anda, sila teruskan dengan keputusan yang telah anda tetapkan. Namun, jika anda merasakan medical card peribadi sememangnya membantu anda di masa hadapan, jangan berlengah lagi. Tambah-tambah bagi millenials yang sudah bekerjaya sekarang. Dapatkan medical card selagi anda masih sihat.

Dapatkan Perlindungan Insurans Kad Medikal Terbaik AXA eMedic oleh PolicyStreet

Insurans Medikal Kad Terbaik Dari PolicyStreet

Kami di PolicyStreet sentiasa ingin memberikan yang terbaik tidak kira kepada sesiapa sahaja terutamanya millennial di luar sana yang belum mempunyai perlindungan untuk diri sendiri dari segi kesihatan. Dalam keadaan sihat sebegini, anda mungkin tidak pernah terfikir hal-hal yang mungkin terjadi beberapa tahun akan datang bahkan mungkin esok. Jadi, kami ingin menyarankan anda untuk mempertimbangkan insurans kad medikal terbaik dari AXA di PolicyStreet. Kini terdapat juga kad medikal untuk bayi seawal umur 15 hari sehingga dewasa berumur 39 tahun. Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan kad medikal ini, sila layari pautan ini, https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

Vitamin Untuk Kucing Kekal Sihat dan Cantik!

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online