Penerbangan, penginapan hotel dan kereta sewa mungkin benda biasa yang harus dibuat sebelum penyediaan perjalanan, tetapi ianya hanyalah permulaan proses merancang perjalanan anda. Namun, jika anda inginkan segalanya berjalan dengan lancar tanpa perlu sakit kepala (siapa yang tak nak betul?). Menjaga tugas-tugas penting seperti menyelidik aktiviti-aktiviti di destinasi yang anda akan pergi, menguruskan kewangan anda dan memastikan rumah anda dalam keadaan berkunci dan selamat.
Kredit: https://www.dossierfamilial.com/
8 Tips Persediaan Awal Anda Perlu Tahu
Jangan tinggalkan rumah anda tanpa menyelesaikan 8 tugas berikut kerana ianya sangat penting untuk memudahkan perjalanan anda. Ramai yang sedar tentang perkara-perkara yang dibincangkan di bawah namun, masih ada yang tidak menyedari betapa pentingnya untuk memastikan segalanya dilakukan dengan teliti. Artikel ini akan memberikan anda 8 tips persediaan awal yang anda kena tahu sebelum berangkat ke luar negara untuk melancong!
1. Kenali negara yang bakal dilawati dan kenali matawang
Kredit: http://www.travelje.com
Benda paling utama yang perlu anda lakukan ialah untuk mempelajari tentang negara yang telah anda pilih untuk bercuti kali ini. Perkara yang perlu anda ketahui ialah matawang yang digunakan oleh negara tersebut. Anda perlu tahu perbezaan matawang negara yang bakal anda lawati dengan matawang Malaysia. Anda juga perlu mula menyemak tempat tempat menarik yang ingin anda lawati dan penginapan yang menarik supaya anda boleh menganggarkan berapa lama anda akan berada di negara tersebut. Ini ialah masa untuk anda berseronok dan melancong, oleh itu pastikan anda menyusun itinerary mengikut keselesaan dan bajet anda. Pastikan ianya berbaloi dan unik.
2. Semak juga jika negara yang bakal dilawati memerlukan Visa
Kredit: https://www.goodnet.org
Tahukah anda tidak semua negara memerlukan visa jika ingin melancong ke luar negara. Namun, anda perlu menyiasat terlebih dahulu kerana ada negara-negara yang memerlukan anda membuat visa untuk masuk ke negara tersebut. Dan apa yang paling merisaukan, jika anda terlepas pandang, ia akan menyebabakan kerugian kepada anda. Anda berisiko menundakan tarikh penerbangan dan membeli tiket penerbangan yang baru. Permohonan untuk visa mengambil masa paling kurang 3-4 hari bekerja. Jika anda memohon pada hari Jumaat, anda perlu tunggu lagi dua hari tambahan. Jadi, semak dulu sama ada negara yang anda lawati memerlukan visa atau tidak.
3. Ketahui Perbezaan Waktu Dan Dapatkan Waktu Solat (Muslim)
Kredit: http://mathfour.com/math-around-us/
Ini adalah satu perkara yang anda perlu tahu iaitu perbezaan waktu antara Malaysia dan negara yang bakal anda lawati. Ini sangat penting sekiranya anda ingin menghubungi keluarga di Malaysia nanti atau mempunyai sebarang urusan untuk dilakukan. Selain itu juga bagi muslim, sila dapatkan waktu solat mengikut waktu di negara yang anda lawati. Sebagai contoh, sekiranya anda berada di Thailand, waktu di sana ialah sejam awal dari Malaysia. Jadi jangan terkejut sekiranya cuaca sudah mulai gelap pada jam 5 petang. Jika di United State of America (USA) pula, perbezaan masa bukan sahaja pada jam malah, ia juga melibatkan perbezaan tarikh. Tarikh di Malaysia ialah 3 haribulan, tetapi di USA, ianya masih 1 haribulan. Jadi penting untuk anda mengambil berat tentang perkara seperti ini.
4. Semak Sama Ada Negara Yang Bakal Dilawati Mempunyai 4 Musim.
Melancong memang menyeronokkan, tetapi jika anda tiba pada waktu salji dan tidak membawa pakaian bersesuaian, ianya boleh merosakkan segala persediaan yang telah anda lakukan. Oleh itu, anda perlu tahu waktu yang sesuai untuk melancong ke sesebuah negara. Berkunjung ke sesebuah negara juga biasanya disertai dengan beberapa tujuan dan persediaan perancangan. Sebagai contoh, tujuan anda melancong pastinya untuk mendaki (hiking), untuk menikmati keindahan alam, bersiar-siar, bergambar ataupun bertujuan untuk melawat bandar terkemuka dunia. Jika anda ingin mengunjungi negara yang mempunyai 4 musim, pastikan anda tahu waktu musim yang anda inginkan. Jika tersalah memilih tarikh kemungkinan hajat anda untuk menikmatinya tidak kesampaian.
5. Sediakan Pasport Atau Periksa Tarikh Tamat Tempoh Pasport
Kredit: http://www.travelje.com
Ini perkara yang sama penting dengan Visa yang anda perlu ingat. Sebelum menetapkan tarikh percutian anda, pastikan anda menyediakan pasport terlebih dahulu dan jika anda memiliki pasport, pastikan ianya masih sah tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh anda pulang ke Malaysia untuk melancong. Seperkara lagi, pastikan anda tidak tersenarai dalam senarai hitam dari pihak Imigresen Malaysia. Kebelakangan ini, banyak kes yang kita dengar tidak berjaya untuk keluar negara sebab nama telah di blacklist. Jangan pula sampai terpaksa batalkan segala booking yang telah dibayar hanya kerana nama anda sangkut sebab blacklisted dan terpaksa burn tiket. Menyesal tak sudah!
6. Tempah Tiket Penerbangan, Hotel Dan Tukaran Wang
Kredit: https://www.heathrow.com/
Seperti semua orang tahu, kalau nak ke luar negara semestinya perlu membuat tempahan tiket penerbangan atau mungkin dengan menaiki kapal cruise. Tetapi, saya pasti anda tidak akan lupa tentang ini. Tiket penerbangan pastinya menjadi perkara utama yang kita perlu semak. Bila anda sudah mempunyai tiket, anda akan pastikan segalanya berjalan sepert yang diharapkan. Anda boleh cuba mencari tentang tips-tips bagaimana nak dapat tiket murah atau tempah hotel dengan harga yang rendah. Selepas sudah membuat tempahan tiket, boleh la mula untuk membuat survey tukaran matawang negara yang dilawati. Kalau anda sudah membuat pengiraan dan dah yakin, boleh tukar terus.
7. Semak Kawasan Penginapan Dan Pelajari Peta Kawasan Sekitar
Kredit: http://mirelletome.com/
Apabila tempahan tiket dan hotel telah dibuat. Anda sudah boleh memulakan tugas anda untuk mencari dan menyemak kawasan penginapan anda. Tidak kira sama ada di hotel ataupun asrama, ianya terserah kepada pilihan masing-masing. Cuba dapatkan maklumat tentang kawasan sekitar sama ada terdapat kemudahan seperti kedai makanan yang halal (bagi muslim), supermarket ataupun farmasi berdekatan. Penting untuk anda tahu tentang kawasan sekitar bagi kes kecemasan seperti terlupa berus gigi, perlukan cool fever kerana demam atau keperluan lain seperti tisu basah. Anda juga harus mengkaji jika kawasan penginapan anda mudah untuk mengakses pengangkutan awam seperti bas atau teksi, atau berhampiran dengan stesen subway. Ini sememangnya lebih memudahkan pergerakan anda sewaktu disana nanti.
8. Semak Muatan Luggage Yang Boleh Dibawa Menaiki Pesawat Pergi Dan Balik
Kredit: http://www.travelje.com
Penting untuk anda mengambil tahu jumlah berat bagasi yang dibenarkan sewaktu pergi dan balik dari sesebuah negara. Lain pesawat penerbangan, lain syarat dan muatan yang dibenarkan. Jadi semak supaya anda tidak dikenakan caj tambahan yang berkali ganda atau jika anda sudah sedia maklum, anda tidak akan merasa tertipu atau sudah siap sediadengan harga yang mungkin anda perlu bayar. Anda perlu beringat, jika anda ingin mengurangkan kos atau ingin berjimat, pastikan berat bagasi anda tidak melebihi had yang ditetapkan.
Konklusi
Pastikan anda benar-benar mengambil perhatian terhadap tips-tips ini sebelum anda memulakan perjalanan sebagai langkah berjaga-jaga dan persediaan sebelum menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan. Selain itu juga, pastikan anda menjaga kesihatan sebelum perjalanan. Sekiranya anda jatuh sakit semasa berada di negara orang, ianya akan mengganggu perjalanan aktiviti di sana dan anda juga tidak dapat menikmati percutian anda dengan betul. Jaga pemakanan dan elakkan makanan yang mengganggu keselesaan perut. Anda juga perlu memastikan dilindungi walaupun berada di negara orang dengan memiliki insurans perjalanan Allianz Travel Care oleh PolicyStreet. Jika anda inginkan maklumat lanjut, sila lawati laman web kami di https://products.policystreet.com/allianz/travelcare/overview