Kebanyakan pelancong cuba memanfaatkan masa yang terhad di luar negara, namun gagal untuk mengambil kira lompatan zon masa yang mereka lakukan dalam masa beberapa jam. Ia boleh mengambil jam dalaman badan anda beberapa hari untuk mengejar lompat itu, dan dalam masa yang sama anda mungkin mengalami gangguan kitaran tidur anda dan dikenali sebagai jet lag. Gejala jet lag termasuk mengantuk pada siang hari, insomnia(kesukaran untuk tidur) pada waktu malam, kurang tumpuan dan fokus, kekeliruan, kelaparan pada waktu yang tidak sesuai atau kurang selera makan, dan marah.
8 Tips Berkesan Atasi Jet Lag:
- Memperbanyakkan Minum Air
- Tidur Siang Apabila Tiba Di Rumah
- Praktikkan Tidur Mengikut Masa
- Elakkan Senaman Berat Dan Makanan Berat Sebelum Tidur
- Dapatkan Sinaran Cahaya Matahari
- Elakkan Pil Tidur
- Jangan Skip Makan
Seperti yang kita sedia maklum, jet lag boleh berlaku pada bila-bila masa apabila anda merentasi masa melalui dua zon waktu yang berbeza. Semakin banyak zon masa anda merentas, lagi mudah untuk anda merasa mengantuk dan tidak larat dan makin teruk simptom yang akan anda dapat. Artikel ini akan berkongsi beberapa petua utama dari kami di PolicyStreet untuk mengatasi jet lag semasa melancong. Pastikan anda membaca sehingga ke hujung artikel, kerana ianya sangat membantu apabila anda bercuti ke luar negara.
Memperbanyakkan Minum Air
Penerbangan boleh menjadi penyebab kepada dehidrasi. Apabila anda mengalaminya tubuh akan merasa lebih lemah, dan kadang-kadang disertai sakit kepala atau lesu sepanjang perjalanan. Minuman berkafein memburukkan lagi keadaan kerana ia menyebabkan tubuh anda semakin kering dan jet lag anda akan bertambah teruk. Oleh itu, anda disarankan untuk tidak minum kopi selepas jam 3 petang.
Tidur Siang Apabila Tiba Di Rumah
Sangat penting untuk merehatkan tubuh badan anda dan ianya paling berkesan untuk menghilangkan kelesuan badan. Anda boleh mengambil tidak lebih dari dua jam untuk tidur pada siang hari. Ingat! Jangan melebihi dua jam. Anda boleh set penggera untuk bangun pada waktu yang ditetapkan. Ianya membantu badan anda untuk berasa lebih bertenaga dan cergas seperti sedia kala. Satu hal lagi, anda perlu elakkan dari mengambil kafein atau alkohol sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu tidur untuk mengelakkan kesukaran untuk tidur pada malam hari.
Praktikkan Tidur Mengikut Masa
Maksud kami disini ialah anda perlu berlatih untuk membiasakan diri anda dengan zon waktu destinasi pilihan anda. Cuba untuk bangun dan tidur mengikut zon waktu tempat yang akan anda bercuti. Sebagai contoh, anda ingin melancong ke Sydney, Australia. Anda boleh cuba untuk tidur dan bangun mengikut jam Sydney dalam beberapa hari sebelum berangkat. Ianya sangat membantu untuk mengurangkan jet lag apabila tiba di desinasi anda dan merosakkan perjalanan anda.
Pilih Jadual Penerbangan Sebaiknya
Ada sebahagian dari kita dapat tidur dengan nyenyak di dalam pesawat semasa penerbangan. Namun, ada juga orang yang tidak boleh tidur sepanjang penerbangan. Oleh itu, sebagai penyelesaiannya adalah dengan mengambil penerbangan pada waktu malam. Jadi, tubuh dapat terus menyesuaikan diri dengan waktu tidur yang biasa. Anda juga boleh memilih waktu penerbangan tiba awal tengah hari dan anda boleh berjaga sehingga jam 10 malam waktu tempatan.
Elakkan Senaman Berat Dan Makanan Berat Sebelum Tidur
Elakkan senaman berat sebelum tidur, namun jika anda ingin melakukan senaman, lakukan yang ringan sahaja. Semasa berada dalam pesawat, elakkan makan makanan yang berat. Makan sekadar snek atau makanan ringan tetapi bukannya coklat.
Dapatkan Sinaran Cahaya Matahari
Cahaya matahari merupakan pengatur masa paling efektif bagi menyelesaikan penyesuaian tubuh dengan zon masa yang baru. Apabila anda tidur, tubuh masih mempertahankan rutin yang dilakukan pada waktu malam. Oleh itu, pastikan kamar anda betul-betul gelap ketika tidur. Anda juga boleh menyapukan masker mata untuk membantu anda tidur lebih nyenyak. Cahaya matahari yang masuk ke dalam bilik pada keesokan hari akan membangunkan anda secara asli. Lakukan aktiviti luar sebaik sampai ke destinasi, luangkan masa di luar dan cahaya matahari, dimana ianya membantu badan anda untuk menyesuaikan diri dengan waktu tempatan dan keadaan sekeliling. Jangan sesekali berehat di dalam bilik dan tidur, ia akan membuatkan anda berasa lebih penat dan lesu.
Elakkan Pil Tidur
Ianya tidak berbaloi untuk anda bergantung kepada pil tidur apabila anda berada dalam penerbangan yang mengambil tempoh yang sangat lama. Ianya tidak membantu anda pulih dari jet lag dan hanya menyebabkan anda berasa pening setelah tiba ke destinasi. Sangat tidak bagus untuk kesihatan anda. Jika anda benar-benar ingin lelapkan mata anda, pastikan ianya dilakukan secara semulajadi. Anda boleh dapatkan air panas semasa di dalam penerbangan dan seuncang teh bagi memudahkan anda untuk tidur.
Jangan Skip Makan
Ramai orang yang melancong ke Eropah cenderung untuk terjaga pada waktu malam akibat lapar. Ini kerana tubuh badan anda memberi signal bahawa anda lapar dan ianya waktu untuk makan. Bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku, sebaiknya makan terlebih dahulu sebelum memulakan penerbangan atau membawa bekal makanan ringan sebagai bekalan dan langkah berjaga-jaga.
Dapatkan Insurans Perjalanan Allianz Travel Care
Kami di PolicyStreet boleh membantu anda untuk memastikan kelancaran perjalanan apabila anda melancong ke luar negara. Bukan sekadar itu sahaja, sekiranya berlaku mahupun terjadi sebarang kemalangan yang melibatkan perubatan dan bukan perubatan, Allianz Travel Care ini boleh membantu anda menghadapinya. Sebab itu, anda perlu memastikan anda memiliki insurans perjalanan untuk memastikan ianya mampu membantu dan memberi pelindungan yang sepatutnya. Jika penerbangan anda dibatalkan atas sebab-sebab tertentu, anda boleh dapatkan pelindungan. Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman web PolicyStreet.