• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Insurans Pelancongan: 8 Perkara Yang Dapat Diselesaikan (2020)

Hariz / 23/07/2020

Kemalangan semasa melancong adalah suatu perkara yang dilindungi oleh insurans dan anda mungkin tidak tahu tentang ini. Ianya merupakan sesuatu perkara yang paling penting yang perlu diperoleh sebelum perjalanan. Semasa bercuti, ramai pelancong akan berkongsi kenangan terbaik dan terindah mereka dan pemandangan luar biasa. Dan makanan-makanan tempaan yang kita tidak pernah lihat dan kelihatan sangat menarik. Dan kita akan cenderung untuk iri hati tentang kisah perjalanan mereka yang mengagumkan. Tetapi, tidak ada sesiapa yang benar-benar bercakap tentang kecelakaan yang berisiko berlaku sepanjang perjalanan yang mereka lalui? Dan percayalah, ada banyak peristiwa malang yang mungkin berlaku sekurang-kurangnya sekali dalam sepanjang perjalanan.

8 Perkara Yang Dapat Diselesaikan Dengan Insurans

  • Pembatalan/ Penangguhan Penerbangan
  • Kehilangan Bagasi
  • Pasport Hilang/ Dicuri
  • Kad Kredit / Duit Dicuri
  • Manfaat Pendidikan
  • Kemalangan Di Rumah
  • Serangan Pengganas
  • Kembalikan Sewa Kereta

Perkara Yang Dapat Diselesaikan Oleh Insurans Pelancongan Mishaps

Kami di PolicyStreet ingin membantu anda mengenal pasti kemungkinan kecelakaan yang berisiko berlaku apabila anda sedang dalam perjalanan ke mana-mana sahaja destinasi yang dituju dengan menyenaraikan yang perkara yang paling lazim (berdasarkan pengalaman beberapa pelancong), dan bagaimana untuk mengelakkan pengalaman yang buruk sepanjang perjalanan percutian anda. Risiko untuk anda menghadapi perkara-perkara yang tidak diingini ini adalah sedikit tetapi lebih baik bersedia sebelum terjadi sebarang kemungkinan. Setidak-tidaknya, anda sudah mempunyai ‘back up’ pelan dan ianya tidak menyakitkan pun. Tambahan pula, kami berada di sini untuk berkongsi peristiwa malang dan kemalangan semasa perjalanan yang dilindungi oleh insurans perjalanan yang disediakan oleh PolicyStreet. Sekarang, mari kita mulakan.

1. Pembatalan/ Penangguhan Penerbangan

Perkara Yang Dapat Diselesaikan Oleh Insurans Pelancongan Penangguhan Penerbangan

Perkara pertama yang polisi insurans perjalanan lindungi meliputi mimpi ngeri hampir setiap orang daripada kita. Tertinggal pesawat! Dan biasanya ianya berpunca daripada kecuaian diri sendiri. Bagi sesetengah kes, orang terlepas penerbangan kerana mereka tidak bijak menguruskan masa seperti meninggalkan rumah ketika waktu kemuncak dan banyak banyak kereta yang menyebabkan kesesakan. Oleh itu, ianya menyebabkan mereka terlepas penerbangan mereka. Oleh itu, pastikan anda bergerak seawal mungkin untuk mengelakkan keadaan mengecewakan seperti ini berlaku.

Juga, dalam beberapa kes, orang terlepas penerbangan mereka kerana kecuaian mereka meninggalkan barangan penting, seperti pasport dan kad pengenalan, di rumah. Oleh itu, ingatlah untuk menyemak semula (atau mungkin triple-check) bahawa anda membawa semua barang yang dipek bersama sebelum bersedia untuk pergi. Jika anda sudah tiba di lapangan terbang dan memutuskan bahawa anda mempunyai sedikit masa untuk tidur malam sebelum penerbangan anda, pastikan anda mempunyai jam penggera membangunkan anda tepat pada waktunya dan bersiap sedia untuk penerbangan anda dalam.

2. Kehilangan Bagasi

Perkara Yang Dapat Diselesaikan Oleh Insurans Pelancongan Kehilangan Bagasi

Kes-kes beg bagasi yang hilang adalah perkara normal yang terjadi dalam kalangan pelancong dan ia sangat mengecewakan untuk kehilangan item yang paling kita sayang kerana mungkin sebahagian daripada kita menyimpan sebahagian besar barang-barang berharga atau penting kita di dalam beg bagasi. Salah satu kaedah untuk mengelakkan kehilangan bagasi hanya dengan melakukan ‘travel light’ atau memilih untuk tidak check-in beg sama sekali. Tetapi, kita tahu tidak mustahil untuk kebanyakan kes terutamanya untuk wanita.

3. Pasport Hilang/ Dicuri

Perkara Yang Dapat Diselesaikan Oleh Insurans Pelancongan Hilang Pasport

Berkaitan dengan poin sebelumnya, pasport hilang atau dicuri juga merupakan perkara paling tidak diingini pelancong mahupun pengembara. Hilang pasport adalah seperti anda kehilangan semua akses untuk ke mana-mana negara yang anda inginkan atau bahkan untuk pulang ke negara asal anda di Malaysia, seperti sedia kala. Anda dinasihatkan untuk membuat salinan berwarna dan salinan pasport anda secara digital di pendrive atau simpannya di emel. Sekiranya ada sesuatu yang berlaku kepadanya, sekurang-kurangnya anda mempunyai bukti tentang identiti dan kewarganegaraan anda.

4. Kad Kredit / Duit Dicuri

Perkara Yang Dapat Diselesaikan Oleh Insurans Pelancongan Wang Dicuri

Dirompak di negara asal kita adalah suatu bencana apatah lagi jika ia berlaku di negara asing. Untuk mengelakkan bencana seperti ini, adalah penting untuk anda pergi secara berkumpulan atau dengan pasangan, penyerang cenderung untuk tidak menyerang anda apabila anda ditemani seseorang. Jika anda terpaksa melakukan perjalanan seorang sendiri, dalam mana-mana keadaan, cuba untuk tidak kelihatan seperti pelancong. Memang betul anda kadang kala begitu teruja untuk mengambil gambar, namun anda perlu kawal diri anda dan buat seperti bukan pelancong. Ini adalah satu daripada cara untuk elakkan diri anda daripada menjadi sasaran.

5. Manfaat Pendidikan

Perkara Yang Dapat Diselesaikan Oleh Insurans Pelancongan Pendidikan Kanak kanak

Salah satu kecelakaan perjalanan biasa yang dilindungi oleh insurans adalah melindungi daripada kemalangan, sakit dan kecederaan. Pelancong lebih cenderung untuk kemalangan apabila berada di luar negara, kebanyakannya kerana mereka tidak biasa dengan jalan dan laluan tempat mereka meneroka. Jadi anda perlu berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling. Namun, malang tidak berbau dan sesiapa sahaja boleh terlibat dalam kemalangan dan kalau tidak bernasib baik, mungkin meninggal dunia. Sekiranya itu terjadi kepada anda dan mempunyai insurans perjalanan, sekurang-kurangnya pihak insurans boleh menyediakan sejumlah wang kepada anak-anak anda untuk meneruskan hidup dan pendidikan mereka.

6. Kemalangan Di Rumah

Perkara Yang Dapat Diselesaikan Oleh Insurans Pelancongan Kemalangan Rumah

Tiada apa yang tidak mungkin terjadi dan anda perlu sentiasa berwaspada untuk sebarang kemungkinan. Tiada siapa yang ingin sesuatu buruk terjadi tetapi bak kata pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada merawat’. Oleh itu, kami di PolicyStreet ingin memberitahu anda bahawa insurans perjalanan kami boleh melindungi rumah anda sekiranya terjadi sebarang kerosakan dan kehilangan barang akibat rompakan semasa anda meninggalkan rumah semasa tempoh melancong dan bercuti. Insurans akan membayar balik kepada anda sejumlah wang akibat kerosakan atau rompakan barang di rumah anda semasa ketiadaan anda.

7. Serangan Pengganas

Perkara Yang Dapat Diselesaikan Oleh Insurans Pelancongan Pengganas

Risiko yang paling ditakuti setiap dari kita ialah serangan pengganas. Seperti yang semua sedia makum, setiap negara mempunyai undang-undang mereka tersendiri yang menjadikan negara kita, Malaysia berbeza dengan negara-negara luar yang lain. Jika tidak banyak, perbezaannya tetap wujud. Dan keganasan sememnagnya wujud di negara luar temasuklah Malaysia. Kita selalu dengar dari berita-berita di kaca televisyen tentang serangan pengganas di negara jiran seperti Thailand. Namun, siapa boleh meramalkan masa depan. Setiap dari kita pasti berisiko menjadi mangsa kepada serangan pengganas apabila berada di negara luar. Oleh itu, insurans PolicyStreet menyediakan perlindungan bagi mereka yang tercedera atau terkorban akibat serangan seperti ini untuk tujuaan perubatan dan juga untuk keperluan benifisiari anda.

8. Kembalikan Sewa Kereta

Perkara Yang Dapat Diselesaikan Oleh Insurans Pelancongan Sewa Kereta

Ini juga tersenarai dalam satu daripada perkara yang dapat diselesaikan dengan mengambil insurans PolicyStreet. Sekiranya anda menyewa kereta semasa anda melancong, ianya sangat memudahkan perjalanan anda. Tambahan pula jika anda mempunyai anak-anak yang masih kecil dan sudah semestinya bersiar-siar dengan menaiki pengangkutan awam sangat tidak praktikal. Namun, jika anda terlibat dengan kemalangan mahupun terlanggar sesuatu semasa meletakkan kenderaan yang disewa, pastinya anda perlu memaklumkan kepada pihak pemilik kereta tersebut. Tetapi, jangan risau kerana kami sentiasa ada bersama anda kerana ianya termaktub di dalam polisi insurans perjalanan. Pihak insurans boleh membayar kos tambahan kepada pihak kereta yang disewa tersebut.

Perkara Yang Dapat Diselesaikan Oleh Insurans Pelancongan Policy Street

Kami di PolicyStreet sangat menjaga pelanggan kami dan itulah sebabnya kami menawarkan Polisi Insurans yang paling berpatutan dari polisi-polisi lain di luar sana. Apa yang paling terbaik, anda boleh membeli insurans kami di laman web kami. Dapatkan insurans dengan cara lebih mudah, cepat dan sangat berpatutan. Bermula dari RM16, anda boleh melakukan perjalanan ke seluruh dunia, tanpa kesulitan! Anda juga akan dibayar ganti rugi sehingga RM5000 untuk keadaan tertentu.

Dapatkan Insurans Perjalanan Allianz Travel Care Untuk Merasai Pengalaman Yang Lebih Baik

Perkara Yang Dapat Diselesaikan Oleh Insurans Pelancongan Allianz Travel

 

Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut tentang polisi insurans perjalanan yang kami tawarkan di PolicyStreet yang sememangnya berbaloi-baloi, sila layari laman web kami di PolicyStreet. Jadikan percutian anda dilindungi dan keselamatan anda lebih terjamin.

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

Vitamin Untuk Kucing Kekal Sihat dan Cantik!

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online