• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Instantly Compare Car Insurance Here!
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
  • Insurance
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card
    • Travel Insurance
    • Pet Insurance

8 Masalah Yang Mungkin Anda Hadapi Semasa Melancong Ke Luar Negara

PolicyStreet / 19/07/2018

Semua orang suka melancong, atas alasan ini orang cuba mendapatkan lebih banyak pengalaman baru dengan melawat ke negara-negara luar yang berbeza. Ramai orang dapat idea untuk melancong ke negara-negara yang mereka tertarik dengan menonton rancangan di televisyen, yang membuat orang menyedari tentang pelbagai budaya yang diamalkan, bahasa yang diucapkan, makanan yang mereka makan dan banyak lagi perkara di dalam senarai ini. Melancong dapat menambah pengalaman dan buatkan anda lebih terbuka.

Antara Masalah Yang Anda Hadapi Semasa Melancong

Kredit: http://www.traveller.com.au

Anda sudah mengambil cuti untuk melancong? Adakah anda sudah merancang lokasi yang akan anda lawati untuk trip kali iini? Anda pasti untuk melancong ke luar negara? Kalau yakin, ada perkara yang anda perlu pastikan sebelum anda bercuti atau melancong untuk mengelakkan sebarang masalah yang timbul terutamanya ketika melancong ke luar negara. Ini adalah beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian dan perlu bersiap sedia sebelum melancong. Pastikan sebelum anda bercuti atau melancong anda membuat persediaan terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang masalah timbul! terutama ketika melancong ke luar negara.

1. Pasport Hilang Atau Dicuri

Ini mungkin bukan kali pertama anda melancong ke luar negara. Paling tidak pun, ini bukan kali pertama anda pergi melancong. Tetapi, sekiranya anda sudah mempunyai pasport, pastikan untuk membuat semakan sekali lagi untuk memastikan ianya masih sah tempoh. Jika sudah tamat tempoh atau tempoh sahnya kurang dari enam bulan, sila memperbaharui pasport anda di Jabatan Imigresen terdekat. Sebagai peringatan, anda juga disarankan untuk menyemak nama anda dan pastikan bersih agar tidak berada dalam senarai hitam untuk keluar negara. Jangan sampai ditahan!

2. Dompet Dan Kad Kredit Hilang Atau Dicuri

Ada Masalah Yang Anda Hadapi Semasa Melancong
Kredit: https://www.skyscanner.net

Ini adalah perkara yang semua orang nak elakkan tambahan pula apabila segala kad pengenalan, kad bank dan duit anda diletakkan di tempat yang sama. Tambahan pula, apabila dompet hilang semasa anda berada di luar negara, ianya sangat sukar. Anda mungkin sahaja tersangkut di negara orang. Untuk mengatasinya, anda mesti menyimpan salinan secara berasingan di beg sandang anda. Anda tidak boleh menyimpan kesemua wang tunai anda di tempat yang sama. Cuba dan bahagikan wang dalam bahagian kecil dan letakkan dalam beg atau poket yang berlainan. Anda juga boleh menyimpannya di tempat tersembunyi seperti di dalam stoking. Tetapi, pastikan anda sentiasa beringat di mana anda simpan wang dan salinan dokumen-dokumen penting

3. Kehilangan Bagasi Atau Backpack

Selain Masalah Yang Anda Hadapi Semasa Melancong
Kredit: https://www.skyscanner.net

Bagasi adalah perkara yang paling penting bagi anda dan saya yang travel jauh ke negara orang. Siapa yang mampu bertahan tanpa bagasi atau backpack? Ini akan menjadi masalah besar apabila anda tiba di destinasi namun, anda tidak dapat menemukan bagasi yang dibawa bersama. Yang dirisaukan bukannya bagasi itu sendiri tetapi item-item yang berada di dalam beg tersebut. Terdapat beberapa cadangan yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah ini. First, anda perlu meletakkan semua kad pengenalan yang penting secara berasingan dan simpan dalam beg yang sentiasa bersama anda. Kemudian, letak tag nama anda besar-besar untuk memudahkannya dijumpai kerana anda sudah memasukkan semua maklumat penting pada bagasi anda.

4. Homesick

Tahu Masalah Yang Anda Hadapi Semasa Melancong

Ramai tidak pernah mengaku perkara ini, tetapi apabila mereka menyeberangi sempadan antara dua negara, mereka sebenarnya mula kehilangan keluarga. Untuk dua atau tiga hari, anda mungkin tidak merasainya, tetapi setelah beberapa hari di negara orang, anda akan mula terfikir tentang ahli keluarga atau teman rapat anda di sini. Tambah-tambah lagi apabila anda sukar untuk mendapatkan makanan halal. Tetapi jangan risau! Ini adalah perkara biasa. Tetapi jangan biarkan perasaan ini merosakkan perjalanan anda ke luar negara. Cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan menelepon mereka. .

5. Cuaca Buruk

Tahu ada Masalah Yang Anda Hadapi Semasa Melancong

Tiada sesiapa yang boleh berbuat apa-apa apabila berlaku cuaca buruk dan pastinya akan mengubah perjalanan aktiviti melancong anda. Cuaca yang baik adalah sesuatu yang semua orang inginkan dan bersesuaian dengan tujuan asal iaitu untuk bercuti dan bersiar-siar. Adalah dinasihatkan bahawa anda memeriksa ramalan cuaca sebelum pergi melancong. Anda perlu bersedia dengan back-up plan jika cuaca tidak mengizinkan untuk anda meneruskan aktiviti seperti yang dirancang. Back-up plan ini akan membantu anda jika anda buntu dan mengelakkan anda daripada tersangkut di dalam bilik hotel tanpa berbuat apa-apa.

6. Sesat Jalan

Terdapatnya Masalah Yang Anda Hadapi Semasa Melancong

Kredit: https://www.superadventure.co.

Ramai orang mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada tersesat apabila sedang melancong di luar negara. Pastikan anda mempunyai dan menjaga peta semua lokasi perjalanan dan destinasi. Atau anda juga boleh mula menghafal nama-nama jalan. Namun, ia menjadi agak susah sekiranya anda berada di negara yang kurang mempunyai papan tanda berbahasa Inggeris atau mempunyai papan tanda jalan yang ditulis dengan bahasa asing negara tersebut. Namun, jika ianya terjadi, perkara pertama yang anda perlu take note ialah, tetap tenang dan jangan panik sama sekali. Kebanyakan orang akan terkejut dengan keadaan ini ianya sangat normal.

7. Pengangkutan

Mencari Masalah Yang Anda Hadapi Semasa Melancong
Kredit: http://www.dailymail.co.uk

Sama seperti kita mengeluh tentang kelewatan kapal terbang domestik, lalu lintas dikunci grid dan sistem kereta api yang tidak cekap, tidak ada apa-apa berbanding dengan apa yang akan kita hadapi semasa perjalanan. Anda mungkin menyewa kereta semasa bercuti dan ia sanagt memudahkan anda menikmati perjalanan percutian anda. Namun, akan menjadi masalah apabila kereta yang disewa terlibat dengan kemalangan. Ianya akan membawa masalah besar. Oleh itu, pastikan anda mempunyai insurans perjalanan kerana ia dapat membantu anda membayar kos perbelanjaan untuk membaiki yang dicaj oleh pihak penyewa.

8. Jatuh Sakit

Ciri Masalah Yang Anda Hadapi Semasa Melancong
Kredit: http://travel.tribunnews.com

Ini adalah perkara yang kita tidak jangkakan akan berlaku. Mungkin perubahan tempat dan suhu negara yang anda lawati membuatkan anda jatuh sakit. Anda juga mungkin terdedah dengan penyakit seperti keracunan makanan kerana acap kali makan makanan di gerai-gerai tepi jalan. Maklumlah, siapa yang tidak menggemari makanan ‘grab and go’? Mudah, murah dan menjimatkan. Namun, dengan pakej 3 M tadi, ianya pasti membuatkan anda terdedah dengan pelbagai jenis penyakit yang lain. Oleh itu, pastikan anda membawa ubat-ubatan yang perlu dan juga mengambil insurans perjalanan kerana ianya dapat melindungi anda.

Konklusi

Apa sahaja yang berlaku, pastinya terdapat banyak sebab dan hikmah. Anda harus sentiasa mempunyai sikap positif dan menjalani kehidupan dengan optimistik. Jangan berfikir secara negatif. Anda juga perlu cekal dan kuat mental dan fizikal agar sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, anda tidak cepat jatuh dan mengalah. Anda pasti dapat mengatasi sebarang masalah dengan mudah jika anda betul-betul mencari jalan bagaimana untuk mengatasi dan bukan meratapinya. Jika anda benar-benar membuat persiapan dengan rapi dan sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan, anda pasti tiada masalah dengan apa jua cabaran masa hadapan.

Allianz Travel Care Travel Insurance

Mencari-cari Masalah Yang Anda Hadapi Semasa Melancong

Melancong ke tempat baru cuti ini memanglah menyeronokkan. Tetapi ramai di antara kita yang tidak mempunyai kesedaran untuk membeli insurans perjalanan kerana kita fikir ianya “tidak perlu”, tetapi terdapat banyak kemalangan yang boleh berlaku yang boleh merosakkan perjalanan anda! Insurans perjalanan menjamin bahawa anda dilindungi dari sebarang kecelakaan, besar atau kecil. Saya tahu bahawa ia meliputi perbelanjaan perubatan anda untuk sebarang kecederaan yang serius, dan ada 8 perkara yang anda mungkin tidak tahu dilindungi oleh insurans perjalanan! Anda boleh melihat produk insurans perjalanan yang kami tawarkan di https://products.policystreet.com/allianz/travelcare/overview

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

Windscreen Coverage Guide (2021): All You Need to Know!

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

3 Tips to Take Care of Your Windscreen that Everyone Knows Except You

All You Need to Know About No-Claim Discount (NCD) On Car Insurance

The New Era: 9 Benefits of Renewing Car Insurance Online

Bahasa Malaysia

Jimat sehingga 40% di Musim PKP dengan PrOmilej

Insurans Cermin Kereta Panduan (2020): Semua Yang Anda Perlu Tahu

Apakah itu Insurans Kereta Pihak-Ketiga, Kebakaran dan Kecurian?

Apakah itu Insurans Kereta Pihak-Ketiga?

Apakah itu Insurans Kereta Komprehensif?

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

+601 11-684 2590

Copyright © 2021 Polisea Sdn Bhd. All Rights Reserved | Privacy Policy | Term of Use

Insurans Kereta Online