• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Instantly Compare Car Insurance Here!
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
  • Insurance
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

8 Jenis Sarapan Pagi Yang Kelihatan Sihat

Munirah Bahri / 01/11/2018

Sarapan adalah santapan yang paling penting setiap hari seperti yang kita ketahui ianya ‘breaking the fast’ iaitu pembuka selera untuk hari yang baru. Ianya digelar sebagai pembuka puasa kerana semalaman badan kita berehat apabila seseorang sedang tidur dan tidak makan. Kebanyakan kita tidur selama 8 jam dan ada juga yang kurang beberapa jam mengikut keperluan tubuh masing-masing. Namun, ada juga yang tidur melebihi 8 jam bahkan mencecah 12 jam. Jika anda tidak bersarapan pada awal pagi, tubuh anda tidak akan mendapat tenaga yang diperlukan pada hari tersebut dan ia akan memberi kesan kepada tumpuan anda, memelihara mood dan berat badan anda.

Sarapan Pagi Yang Kelihatan Sihat

Bayangkan anda sebuah kereta dan dihidupkan tanpa minyak petrol dan itu adalah analogi bagi individu yang tidak bersarapan. Sarapan perlu diambil dalam tempoh 2 jam anda bangun dari tidur. Bukan setakat memberi anda tenaga, sarapan membekalkan sumber yang baik seperti zat besi, kalsium, vitamin B, protein dan serat. Jika anda melangkau sarapan, anda akan mula makan makanan yang tidak sihat seperti snek sebelum makan tengahari tiba bagi mengelakkan anda terus berlapar. Seksa bukan?

Tetapi tidak semua yang kita fikirkan sebagai tabiat sarapan yang sihat adalah benar. Adalah penting untuk mengetahui makanan apa yang sihat dan apa yang tidak apabila anda memikirkan untuk mendapatkan sarapan pagi yang baik. Jangan hanya meniliai dari segi rupa sahaja. Seseorang mesti memastikan apa yang di makan adalah baik untuk mereka. Apabila anda berusaha keras mengekalkan diet yang sihat, anda pasti tidak mahu sebarang kejutan yang boleh membuatkan anda berputus asa.

Berikut adalah beberapa mitos yang kita ada mengenai sarapan pagi yang kita anggap adalah sihat tetapi tidak. Ini adalah makanan di mana garis antara sihat dan tidak sihat kelihatan seakan-akan kabur. Makanan ini kelihatan seperti superfood berkhasiat atau pilihan bijak, tetapi sebenarnya, ianya tidak sihat dan mempunyai kalori yang tinggi.

Breakfast Energy Bars

Apabila dikaitkan dengan energy bar yang kononnya membekalkan tenaga apabila bersarapan pagi, anda harus tahu apa yang sebenarnya berlaku kepada snek ‘sihat’ yang popular ini. Produk makanan ini mengandungi sumber kalori, gula dan lemak tepu yang tinggi seperti candy bar. Tiada kandungan protein dipamerkan. Bahan utama adalah terdiri daripada gula dan bar ini juga termasuk minyak hidrogenasi.

Sarapan Pagi Yang Kelihatan Sihat As Energy Bars

Jika anda fikir bahawa anda sedang melakukan sesuatu yang baik untuk tubuh badan anda dengan makan energy bar, ianya sebuah tanggapan yang salah. Sebaliknya, anda boleh menggelarnya sebagai pencuci mulut atau candy bar. Jika anda tidak mempunyai masa untuk menyediakan sarapan, apa kata kalau anda merancang awal-awal pada malam hari. Sediakan sajian bijirin bersama-sama dengan kekacang atau beri. Bukan sahaja ianya sihat, malahan membuatkan anda kenyang dan bertahan sehingga waktu makan tengahari.

Makanan Tenusu Rendah Lemak Seperti Greek Youghurt Atau Krimer Bukan Tenusu

Sarapan Pagi Yang Kelihatan Sihat Seperti Tenusu

Individu yang menganggap bahawa mengambil produk tenusu rendah lemak adalah sihat. Suka untu saya ingatkan bahawa ianya mitos semata-mata. Produk tenusu rendah lemak cuba untuk mengelirukan pengguna dengan mengatakan ianya kurang lemak dengan menambah perasa tambahan bagi mengekalkan rasa lemak seperti produk lemak berkrim yang sedia ada. Akibatnya, ia memberi kesan yang negatif kepada proses metabolik. Adalah lebih baik untuk anda minum produk lemak berkrim rendah kandungan gula kerana ia tidak memberi kesan yang buruk kepada tubuh anda dan membuatkan anda tetap kenyang.

Sarapan Pagi Yang Kelihatan Sihat Seperti Yoghurt

Anda boleh memilih Greek Yogurt kerana ia kaya dengan protein, rendah lemak dan rendah kandungan gula, bagaimanapun, perkara paling perlu diambil berat adalah bahan yang anda gunakan sebagai perasa kepada yogurt ini seperti buah beri, oren dan madu. Greek yogurt dipek dengan 30 gram gula yang mana ianya bukan dari buah-buahan tetapi gula. Pastikan anda memilih yogurt kosong dan menambah buah-buahan pilihan anda sendiri jika anda inginkan rasa buah-buahan dalam hidangan anda.

Jika anda rasa bahawa produk krimer bukan tenusu adalah sihat, suka untuk saya tegaskan bahawa ianya bukan pilihan yang bijak. Ianya mungkin kelihatan seperti rendah kalori, kurang lemak tepu dan alternatif kepada krim, tetapi ianya kombinasi kepada bahan kimia sintetik yang dicampur dengan minyak hydrogenated akan menyumbatkan saluran ateri, menaikkan insulin dan mempunyai bahan kimia yang meningkatkan keradangan dalam badan. Elakkan krim bukan tenusu.

Rice Cake

Sarapan Pagi Yang Kelihatan Sihat Seperti Rice Cake

Kebanyakannya orang yang meminati kek beras adalah kerana ianya makanan ringan yang rangup dan juga pilihan makanan ringan rendah kalori. Ramai orang yang sedang berdiet mengambil kek beras sebagai sarapan pagi segera. Tetapi mereka berpura-pura bahawa ianya sihat walhal sebenarnya tidak. Kek bukanlah seperti kek yang dibungkus nasi putih yang glisemik tinggi, karbohidrat cepat dicerna yang dapat meningkatkan gula darah dan meningkatkan kadar insulin.

Ini disebabkan kerana badan anda menyimpan lebih banyak lemak dari membakarnya. Jika anda menyukai rice cakes, pastikan ianya kek beras perang 100% yang merupakan alternatif terbaik untuk bijirin penuh.

Adakah Granola sihat?

Sarapan Pagi Yang Kelihatan Sihat Seperti Granola

Sememangnya, granola merupakan makanan yang sihat selagi mana ianya dibuat sendiri. Granola yang sedia ada di pasaran mengandungi gula tambahan dan lemak yang tepu yang anda tidak sangkakan. Tetapi jangan risau kerana anda boleh menyediakan granola anda sendiri di rumah. Ini adalah resepi bagaimana hendak menyediakannya dan pastikan ianya sihat.

Campurkan bijiran campuran, kekacang, kulit kayu manis, madu dan kelapa. Bakar di dalam microwaves sehingga keemasan dan granola anda sudah siap untuk dihidangkan. Anda boleh menyediakan sajian energy bar granola yang sihat untuk sarapan anda dan anak-anak anda.

Putih Telur Dan Bukannya Kesemuanya

Sarapan Pagi Yang Kelihatan Sihat Seperti Putih Telur

Ini adalah mitos paling popular yang kita dapat dengar dalam kalangan masyarakat kita yang sangat menjaga berat badan, prihatin tentang kalori dan mereka yang workout. Mereka berfikir bahawa putih telur mempunyai kandungan lemak yang kurang dan sedikit kalori tetapi mereka tidak faham bahawa semua nutrien yang sihat terkandung dalam bahagian kuning telur seperti zat besi, protein, vitamin B dan vitamin D.

Tidak kiralah kuning telur mengandungi lemak, tetapi ianya sangat sihat. Lemak yang terkandung dalam kuning telur merupakan sebab kenapa orang mempercayai mitos ini bahawasanya ia mengakibatkan tahap kolestrol dalam darah dan tidak sihat untuk jantung. Bagi anda yang ingin menikmati hidangan telur pada waktu pagi, anda boleh menyediakannya sebagai telur rebus sepenuhnya atau telur dadar.

Smoothies Berasaskan Susu Kacang

Sarapan Pagi Yang Kelihatan Sihat Seperti Smoothies

Smoothie adalah pilihan sarapan yang hebat terutamanya untuk kanak-kanak kerana ianya sedap dan sihat pada masa yang sama. Tetapi apabila ia diperbuat daripada buah-buahan dan hanya susu kacang ia tidak mempunyai nutrien penting. Susu kacang tidak mempunyai protein dan lemak, tidak seperti susu tenusu dan soya.

Jus Oren

Sarapan Pagi Yang Kelihatan Sihat Seperti Jus Oren

Jika anda minum jus yang dibungkus dalam pek minuman di pasaran anda melakukan kesilapan besar kerana jus ini cenderung penuh dengan gula. Sebaliknya, ambil buah-buahan sebenar yang memberi anda rangsangan vitamin dan serat.

Anda boleh membuat segelas jus oren di rumah bagaimanapun ia memerlukan oren yang banyak untuk mendapatkan segelas jus oren. Sebaliknya, makan buah oren dan untuk jus, anda boleh menggantikannya dengan epal hijau, lobak merah, halia atau saderi yang merupakan kombinasi dan pilihan yang ideal untuk hidangan sarapan pagi.

Snek Bebas Gluten

Sarapan Pagi Yang Kelihatan Sihat Seperti Snek Bebas Gluten

Pada masa kini orang menjadi semakin muda, liar dan bebas gluten. Mereka mempunyai persepsi bahawa snek tanpa gluten adalah sihat tetapi produk makanan ringan bebas gluten menyingkirkan nutrien penting dan mempunyai nilai pemakanan yang rendah seperti produk makanan ringan lain. Kecuali jika anda mempunyai apa-apa reaksi yang ketara dari snek bebas gluten untuk membeli makanan ringan gluten kerana ianya tidak membantu kesihatan anda.

Konklusi

Sarapan Pagi Yang Kelihatan Sihat Seperti Bijiran

Jika anda mulai sedar bahawa anda sedang melakukan kesalahan dalam pemilihan sarapan pagi anda, masih belum terlambat untuk mengubahnya. Terdapat pelbagai jenis makanan yang anda boleh pilih selain daripada makanan yang telah di senaraikan di atas. Yang pastinya jauh lebih berkhasiat dan merupakan hidangan sarapan pagi paling sempurna. Antaranya adalah seperti telur, buah-buahan dan bukannya jus, smoothies dengan bahan-bahan penuh nutrisi, roti bijirin penuh, bijirin atau oatmeal dan juga mentega kacang yang mengandungi lemak tidak tepu.

Dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic Untuk Perlindungan Kesihatan Masa Hadapan dan RM30 Starbucks Gift Card Bagi Setiap Pembelian

Sarapan Pagi Yang Kelihatan Sihat Dan Dapatkan Perlindungan Dari AXA eMedic

Setiap dari kita perlu menjaga kesihatan dan penjagaan itu haruslah bermula dari sekarang kerana mencegah lebih baik daripada merawat bukan? Oleh itu, tidak kiralah betapa aktifnya gaya hidup anda jalani sekarang, kesihatan tubuh badan anda sangat penting. Lindungi kesihatan diri anda dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan bersukan. Dapatkan kad medikal AXA eMedic untuk perlindungan kesihatan anda sementara anda masih sihat!

PolicyStreet merupakan sebuah syarikat yang mana ia mengumpul maklumat berkenaan polisi insurans yang berada di dalam pasaran serta memberi cadangan yang terbaik untuk mereka yang sedang mencari polisi insurans yang bersesuaian. Dengan PolicyStreet anda cuma perlu mengisi satu borang secara atas talian dan ia hanya memakan masa lebih kurang 5 minit sahaja. Anda boleh dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic dan RM30 Starbucks Gift Card Bagi Setiap Pembelian pada harga serendah RM 32/sebulan dan segalannya lebih mudah dan pantas. Klik pautan di https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview/bm

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Coverage Guide (2021): All You Need to Know!

Claims Guide (2021)

Motor Insurance Claim 101: How to Avoid Common Pitfalls

Road Rage: Do’s and Don’ts

Bahasa Malaysia

Jimat sehingga 40% di Musim PKP dengan PrOmilej

Pengaruh Gelombang Kedua COVID-19 kepada Rakyat Malaysia.

Insurans Cermin Kereta Panduan (2020): Semua Yang Anda Perlu Tahu

Selamatkan Kereta Anda Dari Ditenggelami Banjir!

Cara Untuk Dapatkan Cukai Jalan Baharu Yang Hilang, Koyak atau Rosak

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

+601 11-684 2590

Copyright © 2021 Polisea Sdn Bhd. All Rights Reserved | Privacy Policy | Term of Use

Insurans Kereta Online