• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Instantly Compare Car Insurance Here!
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
  • Insurance
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

7 Soalan Yang Perlu Anda Tanya Sebelum Membeli Insurans Medical Card

Munirah Bahri / 08/10/2018

Mengapa beli insurans medical kad? Adakah anda masih tertanya-tanya tentang kepentingan untuk memiliki medikal kad? Mungkin anda perlu tanya diri sendiri. Adakah anda sudah memiliki perlindungan kad perubatan? Adakah anda sudah bersedia dari segi kewangan sekiranya anda mengalami keadaan parah yang memerlukan anda membiayai kos perubatan yang mungkin mencecah ribuan ringgit? Yang paling peting, adakah anda sudah mempunyai wang simpanan? Apabila ia dikaitkan dengan insurans perubatan, banyak orang yang salah faham tentang polisi insurans kesihatan. Satu contoh yang boleh saya kaitkan adalah seperti mencari polisi yang menawarkan harga murah dan yang paling asas. Namun, adakah anda pernah terfikir, tentang perlindungan yang disertakan dalam kad perubatan tersebut? Adakah anda yakin telah memahami kegunaan kad medikal tersebut?

Sebab Perlu Beli Insurans Medical Card

Saya faham, di zaman teknologi maklumat yang serba canggih ini, sangat mudah untuk mencari maklumat dan mendapatkan pendapat dari pembacaan di media-media sosial dan artikel-artikel di blog. Tapi tak ramai dalam kalangan kita yang memahami fungsi dan kepentingan sesuatu polisi insurans perubatan yang ditawarkan oleh pihak-pihak tertentu. Setiap pihak insurans pastinya menawarkan perkhidmatan perawatan yang berbeza-beza. Jadi, semuanya terletak pada diri anda sendiri untuk menentukan apa yang terbaik untuk keperluan diri anda. Di artikel ini, saya akan menyenaraikan 5 soalan mudah berkenaan mengapa beli insurans medikal kad yang mungkin anda tidak tahu. Anda juga perlu membuat keputusan mengenai pelan perlindungan perubatan:

Apakah pelan insurans kad medikal yang anda perlukan?

 

Sebab Perlu Beli Insurans Medical Card Seperti Pelan Insurans

Tanya kepada diri anda sendiri jenis pelan kesihatan yang anda perlukan. Ia sangat penting kerana anda perlu mempertimbangkan beberapa faktor penting, seperti perlindungan untuk kemasukan hospital, jenis rawatan yang akan dilindungi, kos perubatan, dan kos pembedahan. Memilih pelan kesihatan boleh menjadi sangat mengelirukan dengan pelbagai jenis perlindungan yang terdapat di pasaran Malaysia yang anda boleh pilih. Ini tidak termasuk dengan pelbagai pilihan tambahan perlindungan yang ditawarkan bagi setiap insurans kesihatan ini. Bagaimanakah pelan perubatan asas yang merangkumi kos rawatan di hospital dan kos rawatan berikutnya. Ingat bahawa ini untuk tempoh jangka panjang kerana ianya seperti sebuah pelaburan masa depan anda. Mungkin ini alasan kukuh untuk mengapa beli insurans medikal kad yang anda perlu titik beratkan

Jenis Perlindungan Kad Medikal

 

Sebab Perlu Beli Insurans Medical Card Seperti Jenis Perlindungan

Jika anda tidak tahu, sebenarnya terdapat 2 jenis perlindungan yang anda boleh dapati daripada kad medikal. 2 jenis perlindungan ini ialah perlindungan seumur hidup (life time coverage) atau perlindungan tahunan (annual coverage). Masalah biasa yang dihadapi oleh pemilik kad medikal ialah mereka akan menghadapi masalah apabila ditimpa penyakit dan memerlukan seseorang individu untuk di hospitalisasi iaitu kemasukan ke hospital di mana mereka perlu menampung jumlah kos perubatan yang tinggi akibat daripada insurans kad medikal yang dimiliki telah mencapai had perlindungan tahunan yang dipilih dahulu.

Keadaan kesihatan yang kronik bermaksud anda pasti memerlukan rawatan susulan dan ini akan memberi kesan kepada seseorang individu. Kad medikal yang ditawarkan oleh AXA eMedic ini mempunyai 3 jenis kadar had tahunan untuk anda boleh pilih samada 20k, 50k dan juga 100k setahun, dan yang paling penting, had tahunan ini akan diperbaharui pada setiap tahun sehingga umur 80 tahun dengan harga yang berpatutan dan sangat mudah.

Adakah pelan medikal kad ini melindungi sebarang kemungkinan penyakit dan kecederaan?

Anda perlu mengambil perhatian berkenaan dengan fungsi kad medikal ini. Adakah ianya melindungi sebarang penyakit yang sedia ada dihadapi oleh anda seperti asma dan penyakit kencing manis? Anda perlu mengambil tahu tentang ini kerana anda tidak mempunyai kelayakan untuk mendapatkan kad medikal sekiranya telah mengidap sebarang penyakit ataupun pernah menjalani pembedahan dan/ atau pernah mengalami kecederaan yang berisiko untuk sakit semula. Pelan kad medikal dari AXA eMedic ini sememangnya melindungi sebarang kemungkinan penyakit yang mungkin dialami. Namun sama seperti terma dan syarat kad medikal yang berada di pasaran, sekiranya anda sudah pernah mengalami mana-mana keadaan berkaitan penyakit sedia ada, maka kad medikal ini memang tidak dapat melindungi.

Deductible atau Non-deductible?

 

Sebab Perlu Beli Insurans Medical Card Seperti ada Deductible atau tidak

Setiap polisi insurans kesihatan pastinya mempunyai terma dan syarat yang tersendiri berkaitan pembayaran yang akan ditanggung. Deductible ialah pelan insurans yang ditawarkan dengan kadar premium yang rendah dengan harga lebih murah. Namun, ini juga bermaksud anda perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM 1,000 dari poket anda sebelum pihak kad medikal AXA eMedic membayar yang selebihnya. Akan tetapi ini tertakluk hanya kepada hospital panel AXA sahaja.

Bagaimana pula dengan non-deductible? Okay pelan non-deductible ini bermaksud anda memilih untuk membayar polisi insurans kesihatan dengan kadar premium yang agak tinggi dan agak mahal. Namun, ini juga bermaksud anda tidak perlu mengeluarkan sebarang wang dari poket anda kerana pihak AXA akan membayar untuk anda bergantung kepada pelan yang anda pilih. Jika anda memilih untuk ke hospital kerajaan, tidak kiralah pelan premium atau tidak premium, anda perlu membuat tuntutan berdasarkan kos rawatan yang telah anda bayar.

Pembaharuan Tahunan Atau Guaranteed?

Sebab Perlu Beli Insurans Medical Card Seperti Pembaharuan Tahunan Atau Guaranteed

Tapi tahukah anda ada juga medikal kad yang mengenakan bayaran bergantung kepada review tuntutan pada setiap tahun. Misal kata, kalau anda telah membuat banyak tuntutan pada tahun sebelumnya, untuk pembaharuan kad medikal anda mungkin perlu. Bagi kad medikal AXA eMedic, ia akan diperbaharui pada setiap tahun mengikut kaedah pembayaran yang anda pilih samada pembayaran secara tahunan ataupun bulanan. Pembaharuan bergantung kepada tarikh anniversary polisi insurans anda iaitu ianya akan diperbaharui atau renew pada tarikh anda membeli insurans ini pada tahun hadapan.

Namun anda perlu ambil perhatian tentang harga tahunan anda akan berubah dan meningkat bergantung kepada umur anda. Jadi jangan terkejut sekiranya bayaran bagi memperbaharui kad anda pada tahun ini mempunyai sedikit peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Namun, kenaikan yang dikenakan tidak terlalu banyak dan tidak berlaku pada setiap tahun. Akan ada tahun yang anda akan membayar pada harga yang sama untuk jangka masa 5 tahun berturut-turut.

Perlindungan Bilik Wad

Sebab Perlu Beli Insurans Medical Card Seperti Perlindungan Bilik Wad

Seandainya terjadi sesuatu kepada anda, hospital mana yang akan anda rujuk untuk dapatkan rawatan? Berapakah harga bilik wad di hospital tersebut? Andakah anda perlu membayar segala bil dan kos rawatan? Ini adalah soalan yang biasa diajukan semasa ingin mendapatkan kad medikal. Adakah polisi perubatan ini melindungi bil bilik wad anda? Bagi AXA eMedic, pemilik kad medikal ini tidak perlu risau kerana mereka menyediakan bayaran sebanyak RM 250 untuk satu bilik sekiranya anda dimasukkan ke hospital. Berita baiknya adalah ia tiada had hari dan anda tidak perlu risau menunggu rawatan kerana AXA eMedik akan melindungi bil penginapan anda.

Tempoh Aktif Kad Medikal

 

Sebab Perlu Beli Insurans Medical Card Seperti Tempoh Aktif Medikal Kad

Ini juga merupakan maklumat yang penting yang anda perlu sedia maklum setelah membeli kad medikal. Ramai yang terlepas pandang dan memandang remeh tentang tempoh aktif kad ini. Sebagai contoh, anda dimasukkan ke hospital akibat berlaku kecederaan semasa menuruni tangga dan ia memerlukan pembedahan kecil. Namun, apabila anda ingin mendaftar untuk kos rawatan di hospital panel kad medikal anda dan tiba-tiba kad anda masih belum aktif dan anda terpaksa mengeluarkan wang terlebih dahulu. Ingin tahu kenapa? Setiap kad medikal yang berada di pasaran memenag mempunyai tempoh aktif kad masing-masing dan pastinya mempunyai perbezaan antara satu sama lain. Bagi kad AXA eMedik, anda perlu menunggu selama 30 hari untuk membolehkan anda menggunakan kad medikal ini. Dalam tempoh 30 hari tersebut, pihak insurans anda sedang melakukan proses pendaftaran dan mengisi segalan hitam putih bagi membolehkan mereka mengakses maklumat anda dengan mudah dan cepat.

Dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic Untuk Melindungi Kos Perubatan Anda dan RM30 Starbucks Gift Card Bagi Setiap Pembelian

Sebab Perlu Beli Insurans Medical Card dan Dapatkan Harga Termurah Dari AXA eMedic

Ramai yang masih tercari-cari medical card yang bersesuaian dengan keperluan mereka. Namun, ada juga yang masih tidak mempunyai medical card kerana merasakan harga insurans yang mahal dan tidak berbaloi. Tetapi yakinkah anda bahawa kad medikal yang murah mampu melindungi anda dengan baik dan menawarkan perlindungan yang sewajarnya? Kami di PolicyStreet menawarkan medical card secara atas talian yang sangat mudah didapati dan yang paling penting dengan harga yang sangat berpatutan. Kini, semua orang mampu memilikinya.

PolicyStreet merupakan sebuah syarikat yang mana ia mengumpul maklumat berkenaan polisi insurans yang berada di dalam pasaran serta memberi cadangan yang terbaik untuk mereka yang sedang mencari polisi insurans yang bersesuaian. Dengan PolicyStreet anda cuma perlu mengisi satu borang secara atas talian dan ia hanya memakan masa lebih kurang 5 minit sahaja. Anda boleh dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic dan RM30 Starbucks Gift Card Bagi Setiap Pembelian pada harga serendah RM 32/sebulan dan segalannya lebih mudah dan pantas. Klik pautan di

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Coverage Guide (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah Dibina Secara DIY

Jimat sehingga 40% di Musim PKP dengan PrOmilej

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online