Tuntutan insurans ditolak selepas terjadinya kemalangan boleh menjadi mimpi ngeri kepada setiap pemilik kenderaan di Malaysia. Umpama sudah jatuh ditimpa tangga, pengalaman ini mungkin pernah berlaku kepada pembaca di luar sana. Untuk membendung hal ini dari terus berlaku, Policy Street ingin berkongsi 6 sebab utama mengapa insurans kereta anda ditolak.
Ini adalah 6 sebab utama mengapa tuntutan insurans kereta anda ditolak:
- Pemandu bukan penama
- Tidak membuat laporan polis
- Kegagalan dalam memberikan maklumat yang tepat dan lengkap
- Polisi anda tidak merangkumi kemalangan yang berlaku
- Memandu secara mabuk atau dibawah pengaruh dadah
- Berlaku disebabkan kelalaian diri sendiri
Ini boleh menjadi persiapan bagi pembaca apabila menghadapi situasi ini kelak.
1. Pemandu bukan penama
Sekiranya kenderaan anda rosak atau terlibat dalam kemalangan semasa dipandu oleh seseorang yang bukan pemandu yang diberi namanya (pemandu yang diberi kuasa), tuntutan anda akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk ditolak. Pemandu yang dinamakan adalah individu – selain daripada pemilik kenderaan rasmi – yang diakui sebagai pengguna kenderaan tersebut dalam polisi insurans. Polisi insurans kenderaan biasanya membenarkan sehingga dua pemandu bernama setiap kenderaan secara percuma, tetapi anda juga boleh menambah lebih banyak nama di dalam perjanjian polisi insurans anda dengan caj tambahan sebanyak RM10 sahaja bagi satu nama.
2. Tidak membuat laporan polis
Salah satu perkara paling penting yang perlu anda lakukan selepas kemalangan ialah membuat laporan polis dalam masa 24 jam dari masa kemalangan. Perkara ini adalah sangat penting dan tidak boleh dipandang ringan kerana jika laporan dibuat lebih dari jangka masa 24 jam, syarikat insurans berhak menolak tuntutan insurans dan juga kebarangkalian laporan anda tidak sah adalah tinggi.
Jadi anda dinasihatkan untuk pergi ke balai polis berhampiran secepat yang mungkin. Anda pasti tidak mahu berbelanja lebih hanya kerana anda memutuskan untuk menangguhkan tugas remeh ini. Sekiranya anda tidak mengetahui prosedur yang berlaku berikutan kemalangan kereta, anda perlu membaca panduan kemalangan ini untuk mendapat gambaran yang jelas tentang apa yang perlu anda lakukan selepas kemalangan berlaku.
3. Kegagalan dalam memberikan maklumat yang tepat dan lengkap
Semasa memperbaharui insurans kereta anda, pastikan anda mengisi semua maklumat dengan tepat supaya tidak berlaku kekeliruan pada masa akan datang. Sebagai contoh, beberapa syarikat insurans memerlukan maklumat mengenai jenis garaj tempat letak kenderaan anda. Garaj peribadi yang selamat mempunyai risiko kecurian yang lebih rendah berbanding dengan garaj yang tidak selamat dan terbuka. Oleh itu, jika anda memberi maklumat yang tidak tepat, anda memberi alasan untuk syarikat insurans anda menolak tuntutan anda.Hal yang sama turut terpakai apabila berlaku kemalangan, penting untuk mendedahkan setiap butiran kecil kejadian yang berlaku untuk mengelakkan salah faham atau salah komunikasi antara dua pihak. Sebagai contoh, kemalangan berlaku di persimpangan Jalan Duta dan Jalan Bakar. Seorang pemandu melaporkan kemalangan berlaku di Jalan Duta, manakala pemandu yang lain melaporkan kemalangan berlaku di Jalan Bakar. Walaupun kedua-dua pemandu menceritakan kemalangan dari sudut pandangan masing-masing. Ini telah menyebabkan kepincangan maklumat bagi kedua-dua pihak. Oleh itu, seeloknya semua pihak yang terlibat dalam kemalangan untuk menceritakan kisah mereka dengan teliti sehingga tidak ada sesiapa yang menyampaikan maklumat yang bertentangan secara tidak sengaja.
Tuntutan insurans anda juga mungkin ditolak jika anda tidak menyerahkan semua dokumen sokongan yang diperlukan dengan tepat. Oleh itu, sediakan semua dokumen yang diperlukan sebelum membuat tuntutan, termasuk salinan lesen memandu dan kad pendaftaran kenderaan. Rujuk ejen insurans anda untuk mendapatkan nasihat mengenai perkara ini, atau perhatikan Panduan Tuntutan Motor oleh Bank Negara Malaysia ini.
4. Polisi anda tidak merangkumi perkara tersebut
Sebelum membuat tuntutan, pastikan jenis perlindungan yang disediakan polisi insurans anda melindungi anda. Sebagai contoh, polisi insurans pihak ketiga yang hanya melindungi pihak yang terbabit kemalangan, dan bukan pemandu sendiri. Baca dengan lebih lanjut tentang insurans pihak ketiga, kecurian dan kebakaran di sini.
Beberapa contoh polisi insurans yang tidak melindungi kenderaan anda walaupun polisi komprehensif adalah:
- Kerosakan akibat kekecohan awam
- Kerosakan aksesori
- Banjir dan bencana alam lain tetapi anda boleh menambah perlindungan tambahan, ketahui dengan lebih lanjut di Perlindungan tambahan (bencana alam)
- Kecederaan pada badan anda sendiri
5. Memandu secara mabuk atau dibawah pengaruh dadah
Anda tidak boleh memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah kerana ianya merupakan aksi yang bahaya dan salah disisi undang-undang. Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan semasa mabuk, bukan sahaja tuntutan anda akan ditolak, anda juga akan dikenakan denda dan bahkan mungkin akan dikenakan hukuman penjara.
Jadi berhati-hatilah, jangan sekali-kali memandu semasa berada di bawah pengaruh alkohol ataupun dadah.
6. Disebabkan kelalaian diri sendiri
Pekara ini berlaku apabila anda dengan rela hati memberi kereta anda untuk diparkirkan sebagai contoh valet dan berlakunya kecurian semasa kereta dipakirkan valet, pihak insurans tidak bertanggungjawab kerana anda dengan rela hati menyerahkan kunci tersebut kepada pihak ketiga yang boleh dianggap kecuaian diri sendiri. Apabila anda memasuki kelab atau restoran mewah, menyerahkan kunci valet boleh menjadi keputusan terburuk yang anda buat.
Perkara ini tidak hanya berlaku untuk parkir valet, tetapi juga pusat servis kereta dan pusat mencuci kereta. Oleh itu, sebelum memberi kepercayaan kepada pihak ketiga, anda perlu lebih berhati-hati untuk kesenangan anda kelak.
Berikut adalah ringkasan tentang 6 langkah mudah memastikan tuntutan insurans kereta anda diluluskan :
- Pastikan pihak yang terlibat dalam kemalangan adalah penama
- Pastikan laporan polis dibuat
- Pastikan kesahihan dalam dokumentasi
- Pastikan polisi insurans merangkumi kemalangan yang berlaku
- Pastikan bukan disebabkan aktiviti haram (dibawah pengaruh alkohol dan dadah)
- Pastikan bukan disebabkan kecuaian diri sendiri

Selepas membaca 6 langkah mudah ini, mungkin pembaca tidak lagi akan beranggapan bahawa tuntutan insurans ditolak secara tidak adil. Dengan tips yang diberikan ini, pembaca tidak perlu lagi berasa skeptikal untuk memilih insurans yang bakal melindungi anda dari sebarang kemalangan.
Ketahui bahawa syarikat insurans hanya mengambil langkah berjaga-jaga kerana mengikut data dari Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) melaporkan sebanyak RM2.40 bilion telah dibayar dalam tuntutan insurans kenderaan pada separuh tahun pertama 2020.
Ini adalah jumlah yang cukup besar untuk ditangani setiap hari. Anda dapat melihat mengapa syarikat insurans meneliti segala aspek dalam permohonan insurans bagi mengelakkan permohonan tidak setara dan meminimumkan tuntutan palsu. Walaupun keenam-enam langkah ini telah dibuat, dan anda mendapati tuntutan insurans anda tetap ditolak secara tidak adil, anda boleh membuat aduan kepada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Ombudsman Financial Services (OFS).
Tetapi sebelum membuat aduan, pastikan anda berbincang dahulu dengan syarikat insurans anda serta mengemukakan bukti tambahan bagi memastikan anda benar-benar layak untuk menuntut insurans.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai insurans yang bakal melindungi diri dan keluarga anda, boleh layari www.policystreet.com untuk mengetahui lebih banyak tawaran menarik.
Jika terdapat sebarang kemusykilan, anda boleh hubungi +603-33100063 untuk pertanyaan lanjut atau ajukan pertanyaan melalui talian WhatsApp di +6011-16842590.
Lindungi diri dan orang yang tersayang sebelum perkara yang tidak diingini berlaku dengan Policy Street, insurans di hujung jari anda! Lebih selamat, lebih jimat, dan lebih banyak pilihan!
Jangan terlepas tawaran eksklusif dari Policy Street untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran-tawaran perlindungan kenderaan anda.