• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Instantly Compare Car Insurance Here!
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
  • Insurance
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

6 Punca Sakit Batu Karang dan Rawatan Pencegahan Awal

Hariz / 08/06/2018

Selain Punca Sakit Batu Karang

Ramai dalam kalangan masyarakat kita yang masih mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Walaupun sekarang ramai yang sudah berjinak-jinak ke gym bagi mendapatkan susuk badan yang ideal. Namun masih ada yang tidak terdedah dengan cara pemakanan yang seimbang. Budaya pengambilan makanan tidak seimbang dan lebih mengutamakan nafsu dan kepuasan diri akan mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan untuk jangka masa panjang dan boleh menyebabkan individu berisiko untuk mengidap penyakit batu karang.

Terdapat Punca Sakit Batu Karang

Batu karang atau juga dikenali sebagai ‘urolithiasis’ dalam istilah perubatan terjadi di kawasan buah pinggang hinggalah ke bahagian pundi kencing. Pesakit menghadapi kesukaran untuk membuang air kencing yang disebabkan oleh batu yang berbentuk kristal dan tajam pada saluran kencing. Malah akan menyebabkan rasa sakit yang teramat ketika membuang air kencing. Tidak ada sesiapa yang mahukan penyakit sebegini terjadi. Oleh itu kita perlu mengambil tahu punca dan rawatan pencegahan awal bagi menangani terjadinya batu karang. Ternyata ada cara untuk menghindari penyakit ini dan segalanya bermula dengan mengubah gaya hidup anda.

6 Punca Sakit Batu Karang Yang Sering Kita Amalkan

Selain ada Punca Sakit Batu Karang

Jangan terkejut jika kami mengatakan bahawa ramai di kalangan kita yang amalkan gaya hidup seperti berikut :

1. Kurang Air

Terdapat Punca Sakit Batu Karang

Seperti yang kita sedia maklum, badan seseorang memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi. Namun, sangat sukar untuk mempraktikan pengambilan air yang mencukupi. Tambahan pula, bagi mereka yang tidak gemar minum air, akan menyebabkan kencing menjadi lebih pekat dan tidak lawas. Tahukah anda, kurang pengambilan air putih berisiko berlakunya pembentukan kristal dalam saluran kencing.

2. Vitamin C berlebihan

Selain itu, Punca Sakit Batu Karang

Pengambilan Vitamin C secara berlebihan merupakan salah satu penyumbang kepada terjadinya penyakit batu karang. Pengguna Vitamin C di Malaysia semakin meningkat dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Budaya berjual beli atas talian dan media sosial kini telah mempengaruhi sebilangan masyarakat tidak kira lelaki mahupun wanita bagi menjaga ketrampilan diri untuk memiliki kulit yang putih, tidak kurang juga yang mengambil Vitamin C untuk tujuan kesihatan. Namun, pengambilan Vitamin C secara berlebihan lebih berisiko membawa kemudaratan kerana ianya menyingkirkan kompaun oxalate dalam badan dan membawa kepada penghasilan batu karang.

Kini kami memberi rebat sebanyak RM50 untuk setiap pembelian AXA eMedic! Promosi ini tidak akan bertahan lama, jangan tunggu lama dan bertindak sekarang di PolicyStreet.com!

3. Garam berlebihan

Antaranya Punca Sakit Batu Karang

Mengurangkan pengambilan garam dalam makanan adalah sangat digalakkan bagi menghindari sakit batu karang. Ramai dalam kalangan kita yang menggunakan garam secara berlebihan dalam masakan terutamanya apabila menggunakan bahan perasa makanan untuk menyedapkan lagi masakan. Garam mengandungi kandungan natrium yang tinggi dan sekiranya garam diambil secara berlebihan, kerana lebih banyak kalsium yang akan disingkirkan ke dalam air kencing dan akan melalui ginjal. Hasilnya ia dapat meningkatkan risiko pembentukan batu karang.

4. Makanan berasid oxalate

Selain adanya Punca Sakit Batu Karang

Oxalate merupakan kompaun yang terdapat dalam makanan berasakan tumbuhan seperti coklat, lobak merah, kekacang, bayam, ubi bit, strawberi, dan juga teh. Pengambilan teh dapat memberi kesegaran kepada badan dan mengawal kolestral. Namun, jika ada pesakit yang mempunyai masalah ginjal yang tidak berfungsi dengan baik, adalah dinasihatkan untuk tidak mengambil teh dalam kuantiti yang terlalu banyak kerana akan menggangu fungsi ginjal kerana teh berfungsi melancarkan pembuangan air kencing. Dan sekiranya teh diambil secara berlebihan, akan menyebabkan komplikasi dan sakit akan bertambah parah.

5. Penghidap penyakit Metabolik

Mencari Punca Sakit Batu Karang

Penyakit metabolik akan meningkatkan paras kalsium di dalam badan dan menghasilakan simptom seperti “hypercalciuria” yang merujuk kepada kadar kalsium yang tinggi dalam air kencing. Terdapat beberapa faktor penyumbang peningkatan kalsium di dalam badan seseorang. Antaranya ialah penyerapan kalsium yang banyak daripada tulang ke dalam darah dan pengambilan makanan tambahan yang mengandungi kalsium berlebihan seperti suppliment dalam tempoh waktu yang lama. Hasilnya, menyebabkan pembentukan batu karang oleh kompaun oxalate dan citrate yang banyak dihasilkan dalam air kencing.

6. Faktor keturunan

Antaranya Punca Sakit Batu Karang

Percaya atau tidak, masalah batu karang juga berpunca daripada ahli keluarga yang menghidap masalah yang sama walaupun ianya bukanlah punca paling utama sakit batu karang ini terjadi. Individu yang mempunyai sejarah keluarga adalah dinasihatkan untuk mencegah dari awal agar dapat menghindari terjadi perkara yang sama seperti kata pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada merawat.’ Tidak terkecuali bagi individu yang pernah mengalami sakit batu karang, adalah disarankan untuk lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan dan banyakkan minum air yang mencukupi bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.

5 Rawatan Pencegahan Awal Yang Anda Boleh Amalkan

Mempunyai Punca Sakit Batu Karang

Sebanyak 10% pesakit lelaki dan 5% pesakit wanita yang berisiko menghidap sakit batu karang. Sekiranya ada butiran pasir ketika membuang air kencing, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi rawatan lanjut. Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan pengambilan air yang mencukupi dengan keperluan badan. Sakit batu karang adalah masalah kesihatan yang dapat dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup.

1. Minum air mencukupi

Adanya Punca Sakit Batu Karang

Setiap individu memerlukan kuantiti air yang berlainan disebabkan oleh faktor saiz badan yang berbeza-beza. Malah, pakar telah menyarankan sekurang-kurangnya minum 8 gelas sehari. Pengambilan air kosong yang mencukupi adalah cara yang paling mudah untuk mencegah terjadinya batu karang tanpa perlu melabur wang. Namun, kaum lelaki dikatakan paling kurang gemar minum air kosong yang telah disarankan untuk tubuh badan. Malah, berdasarkan kajian, saluran urin lelaki yang kompleks dikatakan punca kaum lelaki lebih cenderung mengalami sakit batu karang berbanding wanita dengan nisbah 3 orang lelaki bagi setiap seorang wanita.

2. Pemeriksaan kesihatan

Punca Sakit Batu Karang yang perlu anda tahu

Setiap individu disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan pemeriksaan awal bagi mengenal pasti sekiranya ada masalah kesihatan. Adalah disarankan setiap individu untuk menjalani 3 ujian. Antaranya ialah ujian air kencing, ujian darah dan juga pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang berada dalam keadaan normal dan sihat. Dengan melalui 3 ujian ini, jika terdapat sebarang perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang, akan dapat dikesan pada peringkat awal dan dengan itu, ianya boleh dirawat dalam kadar yang segera.

3. Bersenam

Perlu tahu Punca Sakit Batu Karang

Melakukan pekerjaan yang membataskan pergerakan seperti melaksanakan kerja pejabat yang kebanyakannya duduk atau individu yang cenderung untuk tidak aktif berjalan dan jarang bersenam mempunyai risiko yang tinggi. Oleh itu, setiap individu harus memastikan diri sendiri melakukan aktiviti fizikal seperti turun naik tangga, banyakkan berjalan mahupun berbasikal bagi mencegah diri dari risiko batu karang. Tahukah anda, kurang beriadah atau melakukan aktiviti beriadah seperti joging menyebabkan tulang mengeluarkan kalsium yang tinggi ke dalam darah. Oleh itu, cegahlah sebelum terkena.

4. Minyak ikan

Selain adanya Punca Sakit Batu Karang

Minyak ikan boleh mengelakkan pembentukan batu karang kerana mengandungi lemak omega 3 yang tinggi. Ia dapat mengurangkan pengkumuhan kalsium melalui buah pinggang dan meningkatkan kandungan citrate di dalam air kencing. Risiko sakit batu karang terjadi dengan pengambilan lemak haiwan dan juga minyak yang mengandungi omega 6 yang tinggi. Oleh itu, setiap individu terutamanya pesakit harus mengurangkan pengambilan kedua-dua bahan tersebut. Antara ikan yang boleh mencegah sakit batu karang adalah ikan tuna, salmon dan juga sardin.

5. Penggunaan ubat

Terdapatnya Punca Sakit Batu Karang

Pesakit akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan ubat antibiotik apabila mereka hanya mampu terbaring di atas katil dan mengadu kesakitan ketika di jabatan kecemasan hospital. Doktor akan memberi ubat antibiotik jika pesakit mempunyai simptom kencing kotor ataupun jangkitan kuman pada saluran air kencing yang mungkin disebabkan oleh bakteria. Andai ada pesakit yang menghidap batu karang jenis asid urik dan cystine, mereka akan diberikan ubat yang mengandungi potassium citrate. Batu karang berasid mudah dilarutkan dengan pengunaan ubat yang boleh mengalkalikan air kencing.

Anda merupakan salah seorang pesakit batu karang? Lindungi diri anda dengan Kad Perubatan

Di Malaysia, kekerapan batu karang adalah 10% – 20% di Asia berbanding dengan 15% – 18% di negara barat. Ini terbukti bahawa setiap individu mempunyai kecenderungan untuk mengidap batu karang. Tetapi tidak semua yang bernasib baik dalam mencegah pembentukan batu karang. Kos perubatan yang tinggi merisaukan anda. Kami mendengar anda. Di PolicyStreet, kami berada di sini sebagai rakan anda untuk memperkenalkan Manulife ManuProtect Insurance, bentuk insurans hayat paling mudah yang dibeli oleh orang seperti anda dan saya. Kami hanya mempunyai produk yang sesuai untuk memenuhi keperluan dan bajet anda.

Kelebihan ManuLife ManuProtect Insurans oleh PolicyStreet akan membantu anda kerana ianya sangat berbaloi

  • Premium insuran bermula dari RM 5 sebulan
  • Perlindungan bermula daripada RM 50 ribu sehingga RM 600 ribu.

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Coverage Guide (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah Dibina Secara DIY

Jimat sehingga 40% di Musim PKP dengan PrOmilej

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online