5 Tempat Mendaki Terbaik di Dunia yang pasti akan membuatkan anda terpukau!
Terdapat banyak destinasi pelancongan yang menarik serta bersesuaian dengan bajet seseorang yang mampu menjadikan sebuah percutian tersebut sangat bermakna, walaupun dengan tidak perlu mengeluarkan kos yang terlampau tinggi yang terkadang melebihi nilai pendapatan pekerjaan seseorang. Percutian ke pantai dengan pasir yang putih serta air berwarna biru yang jernih, ditemani dengan hembusan angin yang dapat dinikmati semasa berehat di bawah sinaran matahari semestinya menjadi pilihan ramai terutama nya kepada mereka yang telah berkeluarga dan mempunyai anak – anak. Musim cuti sekolah juga telah mencatatkan peningkatan yang tinggi dalam rekod penerbangan domestik ke luar negara kerana ibu – bapa telahpun merancang pelan percutian yang terbaik demi keluarga tercinta. Oleh kerana musim percutian merupakan waktu yang ditunggu – tunggu oleh kebanyakan penduduk Malaysia, pastinya ramai antara kita yang telah mahir dan sedang mengkaji tempat – tempat yang seronok untuk dikunjungi bersama ahli keluarga mahupun sanak – saudara.
Apa kata kali ini kalian cuba menjelajah ataupun singgah ke lokasi – lokasi yang baru, yang dilitupi oleh udara segar agar kita sihat sentiasa dan juga menjimatkan kos di samping tidak mengurangkan kualiti keseronokan walau sedikit pun?
Gunug – ganang, bukit – bukau serta lembah – lembah serata dunia sedang setia menanti anda untuk dilawati dan dinikmati pemandangan yang memukau semua mata yang memandang, tidak mengira umur atau bangsa.
Bersediakah anda?
Jika sudah bersedia, mari mulakan pengembaaraan kita dalam misi meneroka keajaiban – keajaiban alam ini sekaligus menghargai nilai kehidupan yang masih berbaki dengan bilangan ynag tidak diketahaui ini, bermula dengan mempelajari tentang 10 gunung ynag tercantik untuk didaki pada bila – bila masa yang telah diiktiraf oleh pendaki professional di seluruh pelusuk serta ceruk bumi ynag berbentuk sfera ini!
1. Grand Canyon (laluan mendaki South Kaibab, North Kaibab dan Bright Angel)

Siapa sahaja yang tidak pernah mendengar nama Grand Canyon yang juga telah dinobatkan sebagai untuk berada dia dalam Tujuh Keajaiban Dunia ini? Namanya sahaja sudah cukup untuk menggambarkan betapa indah nya lembah yang terletak di Arizona ini kan? Terdapat 3 trek yang merupakakan laluan mendaki terbaik berdasarkan cadangan – cadangan pendaki yang telah menjelajah dataran berbukit yang sangat luas itu. Laluan – laluan tersebut; South Kaibab, North Kaibab dan Bright Angel, boleh mamakan masa sehingga 3 hari untuk didaki dan jarak kesemuanya ialah 47 hingga 65 kilometer. Nikmatilah pemandangan yang menarik seluas mata memandang di satu tapak memerhati yang dinamakan “Ooh Aah” dan jangan lupa bawa kamera sekali ya!
2. Machu Pichu (laluan mendaki Salkantay dan Inca)

3 hari untuk mendaki tidak cukup memuaskan bagi anda? Mahukan lebih cabaran kerana mendaki sememangnya merupakan hobi anda sejak dari dulu lagi? Jika ya, jom usha Machu Pichu yang boleh didaki selama 7 hari dan bersedialah untuk terpesona dengan keindahannya!
Terletak di Peru, Machu Pichu telah berdiri teguh selama lebih daripada 15 abad di dunia ini dan baru sahaja juga telah dinobatkan sebagai antara Tujuh Keajaiban Dunia Baru! Untuk lauan mendaki, Inca telah lama menjadi pilihan hati para pendaki kerana ianya merupakan antara laluan yang awal – awal diterokai satu masa dahulu namun jika anda lebih selesa untuk mendaki dengan tenang serta kurang pendaki lain di sepanjang laluan, maka anda adalah sangat disyorkan untuk memilih laluan Salkantay. Di akhir pendakian kelak, anda akan berhadapan dengan pemandangan hutan mengelilingi keunikan Machu Pichu yang indah, serta berlatar belakangkan gunung tinggi yang dilitupi dengan galsier bersalji!
3. Mount Kilimanjaro

Berketinggian sebanyak 4, 900 meter dari paras laut, bukan itu sahaja yang akan mengkagumkan anda apabila bercerita tentang gunung yang megah ini. Ini kerana ianya adalah gunung yang paling tinggi di seluruh Afrika dan juga merupakan gunung berdiri tertinggi di DUNIA! Oleh kerana itu, seluruh landskap di kawasan ini merupakan sebahagian daripada Gunung Kilimanjaro, menghasilkan pemandangan yang cukup memukau yang pastinya tidak dapat dilupakan oleh mana – mana mata yang memandang. Terdapat banyak pilihan untuk laluan mendaki namun Machame merupakan pilihan paling polular di situ kerana bagpackers. Namun, adalah dinasihatkan untuk membuat pilihan laluan mendaki yang lain sekiranya anda tidak mempunyai ketahanan altitude yang tinggi atau kurang pengalaman mendaki kerana Machame merupakan laluan yang sangat curam dan sukar.
4. Mount Everest (laluan mendaki Base Camp)

Menempatkan banyak perkampungan dan juga Pekan Sherpa yang menempatkan penduduk gunung, Mount Everest Base Camp merupakan salah satu destinasi pergunungan yang popular bagi pencinta gunung. Mana tidaknya, pemandangan yang sangat cantic adalah tentu untuk dapat dilihat jika anda berada di lokasi ini. Mount Everest Base Camp bukan sahaja terkenal kerana memiliki pengalaman yang dapat menguji mental dan fizikal si pendaki, tetapi juga kerana keindahan semula jadinya dan juga budaya masyarakat Nepal yang sangat baik semasa membantu urusan pendakian di sini.
5. Great Ocean

Mendaki tidak menghalang anda daripada bertemu dengan pelbagai binatang, terutama nya di Great Ocean, kerana bukan sahaja ianya merupakan boleh dikatakan tempat dakian yang tercantik seantero, malah merupakan kediaman kepada koala, walabi, echidna, kanggaro dan juga pelbagai spesies burung!
Dengan jarak sepanjang 100 kilometer, pendakian ini semestinya antara dakian yang paling tenang yang akan anda lalui sekiranya berkesempatan, kerana laluan pantai dan pemandangan kapal – kapal karam yang tersadai menjadikan pengalaman lebih indah lagi. Batu – batu fossil di sini juga sebenarnya dah berusia lebih daripada seratus tahun, tau! Sebelum terlupa, seboleh – boleh nya cuba rancang perjalanan anda ke sini antara bulan Jun hingga September kerana anda berpeluang untuk bertemu dengan paus di sekitar tepian Great Ocean tersebut!
Konklusi
Bagaimana, melihat gambar gunung – gunung tersebut sahaja sudah membuat semangat mendaki anda berkobar bukan? Akan tetapi, kadangkala anda tidak dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara yang tidak diingini dan pilihan yang bijak semestinya dengan mendapatkan insurans agar diri anda sentiasa terjamin. Kami di PolicyStreet menawarkan medical card yang sangat mudah untuk mendapatkannya secepat 5 minit. Kami juga menawarkan harga yang sangat berpatutan dan pastinya dengan penjimatan kos perubatan bil di hospital.
Dapatkan Kad Perubatan Secara Atas Talian Oleh AXA eMedic

Kad perubatan atas talian ini sangat mudah untuk dimiliki kerana anda hanya perlu membuat pembayaran secara atas talian dan boleh memilih untuk membuat pembayaran secara tahunan ataupun bulanan. Dan yang paling penting sangat pantas dengan harga yang sangat berpatutan di pasaran serendah RM 32/sebulan! Untuk maklumat lanjut, layari https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview/bm dan dapatkannya SEKARANG!