• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

4 Tips Yang Boleh Dilakukan Jika Pasport Hilang Di Luar Negara (2020)

Hariz / 06/08/2020

Kaki travel yang sering ke luar negara, sama ada untuk satu tempoh yang pendek ataupun panjang, pastinya banyak perkara yang anda perlu uruskan dari pasport sehinggalah urusan penginapan. Bukan hanya itu sahaja,  anda juga perlu memastikan segala keperluan dibawa dan tersedia. Adakah anda pernah terfikir apa yang perlu anda lakukan apabila pasport dan dokumen anda hilang setibanya anda di luar negara? Adakah pernah terlintas di fikiran anda bahawa anda akan hilang pasport? Beg dicuri dan anda hilang barang-barang penting anda dan tidak tahu apa yang perlu anda lakukan dan tidak boleh pulang ke Malaysia.

Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil:

  • Sediakan Wang Kecemasan
  • Buat Laporan Polis Di Balai Polis Berdekatan
  • Pergi Ke Pejabat Kedutaan Malaysia Di Negara Anda Berada
  • Mohon Sijil Passport Sementara

Tips untuk Pasport Hilang Di Luar Negara (2020)

Kami di PolicyStreet sangat yakin bahawa masih ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu menahu tentang perkara ini. Pasport merupakan benda paling penting apabila travel ke luar negara. Bagi yang pernah kehilangan pasport, ianya sangat sukar tambah-tambah apabila anda melakukan perjalanan solo. Sekiranya anda berdepan dengan situasi yang tidak boleh dielakkan seperti ini, anda perlu melakukan beberapa langkah seperti berikut yang akan kami kongsi di artikel ini. Pastikan anda membaca sehingga habis okay.

Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil Apabila Pasport Hilang

Sebenarnya, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan apabila anda kehilangan pasport akibat beg atau barang anda dicuri ataupun pasport anda hilang tanpa sengaja. Walaupun ianya dianggap agak leceh dan menyusahkan, namun anda perlu dapatkan semula pasport kerana ianya umpama nyawa anda yang juga merupakan bukti identiti diri anda.

1. Sediakan Wang Kecemasan

Sediakan Wang Kecemasan kalau Pasport Hilang Di Luar Negara

Sebelum apa-apa berlaku, anda kena ada sedikit wang untuk survive jika terperangkap dalam situasi sebegini. Wang ini boleh digunakan untuk makan, bayar tambang teksi nak pergi ke kedutaan atau membuat panggilan, memang kena ada duit. Nak-nak lagi bila anda sedang travel solo, anda tidak mempunyai kenalan untuk meminjamkan wang betul? Kadang kadang bukan sekadar pasport sahaja dicuri, tapi duit pun kena curi sekali. Jadi kalau letak semua duit dalam satu tempat, dan beg anda dicuri, anda akan kehilangan semuanya sekaligus. Oleh itu kalau anda pergi travel tidak kiralah bersama dengan family, mahupun rakan, bahkan seorang diri, anda perlu bahagi-bahagikan duit yang dibawa. Ianya dapat menyelamatkan hari buruk anda.

Card yang berguna di luar negara atm

Selain itu juga, anda perlu pastikan terdapat sedikit baki duit dalam akaun bank anda. Sebelum pergi, telefon bank untuk aktifkan kad ATM supaya boleh digunakan di luar negara dan bawa bersama anda. Anda boleh keluarkan duit melalui kad ATM pada waktu kecemasan. Anda juga boleh menggunakan kad kredit. Tetapi kalau wang tunai, kad atm dan kad kredit semuanya hilang akibat dicuri, ada satu lagi cara iaitu anda perlu whatsapp/email keluarga anda di Malaysia dan suruh mereka hantar cash melalui Western Union. Untuk keadaan terdesak, ini adalah cara paling efektif dan berkesan.

2. Buat Laporan Polis Di Balai Polis Berdekatan

Anda perlu membuat laporan polis secepat yang mungkin. Tujuan utama anda diminta untuk membuat laporan polis adalah kerana anda perlu memberi kenyataan dan menceritakan semula tentang bagaimana anda kehilangan pasport. Pihak polis akan membuat laporan bertulis kerana ianya sangat penting dan merupakan bukti bahawa anda tidak bersalah jika timbul masalah seperti pasport anda dijumpai di tempat-tempat jenayah. Kedengaran macam dalam drama bukan? Sebagai langkah berjaga-jaga, kita perlu berfikiran kritis dan kritikal dalam keadaan terdesak

3. Pergi Ke Pejabat Kedutaan Malaysia Di Negara Anda Berada

Buat Laporan Polis Di Balai Polis BerdekatanCredit: http://calvin-myjourney.blogspot.com

Setelah selesai membuat laporan polis, anda perlu pergi ke ibu pejabat kedutaan Malaysia di negara yang anda lawati. Jika anda ingin mendapatkan maklumat tentang kedutaan Malaysia di luar negara seperti alamat dan nombor telefon kedutaan, anda boleh mendapatkannya di laman web Kementeriaan Luar Negeri di http://www.kln.gov.my/web/guest/home. Anda disarankan untuk menyimpan alamat dan nombor telefon pihak kedutaan terlebih awal sebagai langkah berjaga-jaga.

pergi ke kedutaan malaysia

Bagi nak jimatkan masa, pastikan anda pergi ke kedutaan dengan membawa segala dokumen sampingan yang penting dan diperlukan termasuklah gambar bersaiz pasport, lesen memandu dan juga salinan tiket penerbangan anda dan juga dokumen-dokumen lain yang anda rasa perlu dan penting. Pastikan anda memberikan keterangan yang tepat mengenai tujuan anda memasuki negara tersebut sama ada untuk melancong, untuk belajar mahupun untuk menetap di sana. Jika anda mempunyai sebarang perancangan untuk kembali ke Malaysia, anda perlu memaklumkan perkara tersebut.

4. Mohon Sijil Passport Sementara

kedutaan Malaysia akan mengeluarkan sijil pasport sementara untuk rakyat Malaysia sekiranya pasport hilang ketika di luar negara tidak kiralah semasa bercuti mahupun untuk lawatan belajar. Sijil ini hanya sah untuk anda pulang ke Malaysia iaitu untuk kegunaan sehala sahaja. Anda perlu mohon pasport baru apabila kembali ke Malaysia. Apa yang anda perlu ada untuk memohon sijil pasport sementara ini ialah salinan laporan polis, dokumen yang membuktikan anda ialah rakyat Malaysia dan borang permohonan (akan di beri oleh kedutaan). Ramai orang berpendapat bahawa, memiliki pasport sementara bermaksud anda perlu segera pulang ke Malaysia. Tidak benar sama sekali! Anda boleh meneruskan percutian mengikut jadual dan balik mengikut tarikh yang telah di jadualkan. Anda boleh bertanya kepada kedutaan jika ada kemusykilan.

Sebagai persediaan awal, lebih baik jika anda scan dulu pasport, kad pengenalan dan dokumen-dokumen penting lain sebelum pergi ke luar negara dan kemudian emailkan ke email anda sendiri. Simpan salinan ini untuk kegunaan kecemasan. Dan apabila berlaku kedaan seperti ini, sekurang-kurangnya  anda boleh membuka email dan print balik semua dokumen tadi sebagai bukti bahawa anda merupakan rakyat Malaysia. Tiada sesiapa pun yang bpleh menjangkakan sesuatu yang tidak dingini akan berlaku. Tapi membuat perancangan awal setidak-tidaknya boleh membantu kita agar tidak panik dan lebih bersedia jika berlaku perkara seperti ini.

Konklusi

Sebagai peringatan terakhir, pastikan anda tidak lupa untuk membuat semakan tentang barang keperluan yang penting seperti salinan dokumen  yang anda telah hantar diemel, salinan-salinan dokumen yang anda telah print dan juga wang yang mencukupi diletakkan di beberapa tempat yang tersembunyi dan selamat. Bukan apa, kadang-kadang kita terlupa untuk membuat backup dan akan menyesal dikemudian hari. Untuk elakkan itu terjadi, semak beberapa kali. Sama juga dengan melancong tanpa pelindungan khas untuk keselamatan anda. Anda perlu memastikan anda mengambil insurans perjalanan agar sentiasa dilindungi sepanjang perjalanan.

Insurans Perjalanan Allianz Travel Care

Pasport Hilang Di Luar Negara

Kami di PolicyStreet mempunyai solusi terbaik yang sangat berpatutan iaitu insurans perjalanan Allianz Travel Care. Anda akan dilindungi dari pelbagai sudut jika sekiranya berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan. Kehilangan pasport juga termasuk dalam senarai perkara-perkara yang dilindungi Alliaz Travel Care. Ianya sangat berbaloi untuk masa-masa kecemasan. Dapatkan pelindungan keselamatan dengan membeli insurans perjalanan dari kami di PolicyStreet dengan harga yang berpatutan dan mudah di  PolicyStreet.

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

Vitamin Untuk Kucing Kekal Sihat dan Cantik!

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online