• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Instantly Compare Car Insurance Here!
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
  • Insurance
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

20 Gambar Kucing Comel Yang Akan Membuatkan Anda Teruja Melihatnya

PolicyStreet / 25/04/2018

20 Gambar Kucing Comel Yang Akan Membuatkan Anda Teruja Melihatnya

Kucing adalah sejenis haiwan peliharaan yang comel yang menjadi kegilaan ramai orang terutamanya wanita.  Namun, terdapat ramai juga pencinta kucing yang terdiri daripada kaum lelaki. Kucing yang merupakan haiwan manja dan mencuit hati ini mempunyai pelbagai jenis dan baka seperti baka parsi, toyger, bengal, siam, sphyxn dan lain-lain lagi.  Kesemua kucing comel ini amat berbeza dari segi rupa, warna, saiz, gaya dan juga cara-cara mereka bertindak. Ada kucing yang terlalu garang, malah ada juga kucing yang terlalu manja. Kucing sangat menenangkan bagi anda yang melihatnya dan sesiapa sahaja yang menyayangi kucing pasti dikaitkan sebagai seorang yang mempunyai sifat penyayang.  Begitu juga dengan sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW dan Baginda sendiri yang juga turut memelihara kucing. Kucing sangat manja kepada mereka yang sudah lama menjaga dan bermain dengannya, tetapi ada juga yang sangat garang dan sentiasa kelihatan ingin bersedia mempertahankan dirinya daripada sebarang serangan. Walaubagaimanapun, kucing-kucing sering terlihat comel dan anda pasti sangat teruja melihat gelagat-gelagat dan rupa kucing-kucing ini.  Jom kita lihat gambar-gambar kucing comel dan akan membuatkan anda teruja.

20 Gambar Kucing Comel Yang Akan Membuatkan Anda Teruja Melihatnya

Sebagai peminat kucing comel, anda pasti tidak ketinggalan dengan trend-trend atau aksi-aksi kucing yang sering dipamerkan di pertandingan kucing atau pameran kucing seperti pakaian kucing atau perhiasan yang dihias pada kucing, aksi-aksi kucing yang sangat kelakar dan comel, gaya-gaya kucing yang playful dan aktif bermain dengan permainan kucing iaitu bebola benang dan loceng serta pelbagai lagi.  Semestinya kucing-kucing kesayangan juga telah anda anggap sebagai keluarga atau anak anda sendiri dan tidak pernah berkira dalam mengeluarkan kos untuk membeli peralatan kucing dan bahan permainannya.

20 Gambar Kucing Comel Yang Akan Membuatkan Anda Teruja Melihatnya

Kucing amat suka bermain dengan kotak-kotak ataupun barang-barang berkayu atau kertas kerana mereka lebih cenderung untuk mengasah kuku atau mencakar kuku mereka di objek seperti kayu atau kertas.  

20 Gambar Kucing Comel Yang Akan Membuatkan Anda Teruja Melihatnya

Mimik muka dan telatah-telatah kucing menjadikan kucing kelihatan sangat comel dan jinak.  Tambah-tambah mendengar suaranya yang nyaring dan kuat itu, anda pasti akan teruja dan gembira.  Berdasarkan kajian, kucing juga dikatakan mampu menenangkan minda seseorang setiap kali membelai bulu kucing. Oleh itu, rajin-rajinlah membelai bulu kucing comel anda setiap hari.

Di negara barat, gelagat dan kecomelan kucing ini sentiasa menarik perhatian ayam-ayam yang sering berkeliaran di luar rumahnya.  Perkara ini mendapat perhatian semua pihak dan menganggap kucing ini terlalu comel sehingga mempengaruhi ayam.

Ada juga kucing comel yang gemar menggerak-gerakkan ekor mereka sebagai tanda mengucapkan sesuatu kepada tuannya atau kucing-kucing yang lain.  Comel kan?


Anda juga pasti akan teruja melihat anak kucing comel kecil yang pantas dan aktif bermain-main serta melompat-lompat.  Kucing sangat cenderung dengan barang yang bergerak. Mereka seringkali menganggap barang-barang yang bergerak seperti tikus dan haiwan-haiwan dan membuatkan mereka sangat ingin menangkapnya.

Di Malaysia, terdapat ramai selebriti dan tokoh terkenal yang membela kucing dan sangat menyukai kucing.  Ada kalanya, kucing di anggap sebagai peneman bagi anak-anak mereka yang masih bayi. Bagi mereka yang masih bujang pula, kucing sering kelihatan sebagai anak mereka sendiri.  Tidak logik bunyinya, namun itulah kecomelan dan keistimewaan kucing yang bersifat manja dan penyayang ini. Sebagai contoh, Hanis Zalikha dan suaminya Hairul Azreen iaitu pelakon terkenal juga menjadikan kucing sebagai peneman anak dan penyeri rumah mereka.  Kucing yang bernama ‘Bujibu’ itu sering dilihat aktif di instagram dengan pelbagai gambar bersama anak mereka iaitu Yusof Iskandar.

Kucing juga perlu dilindungi supaya tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku kepada mereka dari segi kesihatan, kehilangan dan lain-lain lagi.  Anda dan keluarga pasti sedih sekiranya berlaku kehilangan kucing ataupun penyakit kronik kepada kucing dan sukar untuk sembuh atau mengalami risiko kematian.  Untuk elakkan kejadian-kejadian sedih dan tragis daripada berlaku, anda haruslah memastikan kucing anda selamat dirawat dan diberi perubatan. Mungkin anda boleh membawa mereka ke klinik veterinar untuk dirawat ataupun menjalani pembedahan dengan segera supaya penyakit mereka dapat sembuh dengan segera.  Tetapi tidak semua yang dirancang boleh berjalan dengan lancar, menjalani pembedahan bagi kucing juga memakan kos yang amat besar tambah-tambah penyakit yang dihadapinya adalah sakit kronik.

MSIG Pet Insurans Pilihan Terbaik Untuk Kucing Anda

Anda boleh mengelakkan daripada mengeluarkan kos yang banyak untuk merawat atau melakukan urusan kucing anda dengan hadirnya MSIG Pet Insurans Take It Easy.  Dengan satu-satunya insurans haiwan peliharaan ini, segala bayaran perubatan, suntikan atau kos yang meliputi veterinar akan ditanggung oleh Pet insurans ini.  MSIG Pet Insurans take it easy yang ditawarkan secara talian ini juga bermula daripada RM18 untuk sebulan. Dengan jumlah amaun sekecil itu, anda mampu mendapatkan yang terbaik bagi kucing kesayangan anda kerana terdapat banyak faedah pengambilan Pet Insurans daripada syarikat insurans Policy Street ini.  Syarikat insurans Policy Street ini ditubuhkan oleh sekumpulan orang bagi mengatasi masalah-masalah yang melibatkan kos dan juga perlindungan. Terdapat banyak faedah Pet Insurans ini terhadap anda dan juga kucing anda.

Faedah Pet Insurans Take It Easy

Pet insurans take it easy bukan sahaja memberi faedah kepada haiwan peliharaan anda, tetapi ia sekaligus dapat memanfaatkan anda.  Terdapat banyak faedah dan kebaikan insurans yang perlu anda manfaatkan dengan MSIG Pet Insurans.

  • Manfaat Veterinar Dan Pembedahan

 

Sekiranya kucing anda mengalami kecederaan dan penyakit, Pet Insurans Policystreet menawarkan pelan tertinggi yang meliputi bil veterinar, pembedahan, kos rawatan dan lain-lain lagi.  Anda akan menerima RM5K untuk pelan yang tertinggi dan jika ianya melibatkan pembedahan, ia akan meliputi sehingga jumlah 60 hari selepas pembedahan.

  1.  Kelebihan Perlindungan Kematian

Anda akan menerima sejumlah wang sehingga RM5k untuk pelan yang tertinggi sebagai yuran untuk harga belian atau pengangkatan (adoption) sekiranya haiwan kesayangan anda mengalami kematian atau tidur dengan lama selepas rawatan atau pembedahan.

 

  1.  Manfaat Pengebumian Dan Penerimaan

Bagi pengebumian haiwan kesayangan anda yang diinsuranskan dan telah mengalami kematian, anda akan menerima pampasan sehingga RM1k untuk pakej insurans yang tertinggi.   

 

  1.  Manfaat Pengiklanan Dan Ganjaran Sekiranya Haiwan Peliharaan Hilang

Seterusnya, anda akan menerima manfaat pembiayaan sehingga RM1K sekiranya berlakunya kehilangan haiwan peliharaan anda.  Manfaat ini boleh digunakan untuk anda mengiklankan pencarian kucing anda dan memberi ganjaran kepada mereka yang menemuinya.

 

  1.  Manfaat Penjagaan Dan Asuhan

Manfaat penjagaan dan asuhan akan anda terima sekiranya anda sebagai pemilik kucing ditahan di wad lebih daripada 3 hari.  Manfaat sebanyak RM2.5K paling tinggi bagi pakej tertinggi ini boleh digunakan untuk membayar yuran asuhan atau penjagaan kucing anda sepanjang ketiadaan anda.

 

  1.  Manfaat Pihak Ketiga Liabiliti

Untungnya anda dalam memiliki Pet Insurans daripada Policystreet ini kerana anda juga akan menerima manfaat pihak ketiga liabiliti.  Sekiranya berlaku kerosakan atau kecederaan yang tidak disengajakan, anda akan menerima pembayaran sehingga RM100K bagi pakej tertinggi untuk menggunakannya bagi membayar ganti rugi kepada pihak ketiga dan sebagainya.

Pilihan Plan Pet Insurans Take It Easy Untuk Anda

Terdapat 3 plan pilihan yang berbeza bagi insurans haiwan peliharaan PolicyStreet ini untuk anda pilih.  Ketiga-tiga plan ini berbeza dari segi pembayaran tahunan dan juga jumlah pampasan. Semakin tinggi jumlah bayaran tahunan, semakin tinggi jumlah pembiayaan untuk anda.  Jumlah pembayaran tahunan untuk pakej adalah sebanyak RM169, RM288.25 dan juga RM407.50 yang perlu dibayar setiap tahun sahaja. Anda tidak akan terikat dengan apa-apa lagi urusan malah semuanya akan berjalan lancar.  Anda juga boleh melihat jumlah pembiayaan atau pampasan yang akan anda terima berdasarkan pakej yang anda pilih di laman web rasmi Policystreet.

 

Jom Gunakan MSIG Pet Insurans Take It Easy Untuk Si Comel Anda

Kucing haruslah dijaga dengan baik dan diutamakan keselamatan mereka.  Tidak salah untuk anda mempunyai satu policy yang akan membantu anda mengurangkan kos dan meringankan beban anda dan keluarga serta memudahkan kucing anda untuk mendapat perlindungan.  Anda harus bijak membuat keputusan supaya tidak menyesal di kemudian hari. Jom gunakan Pet Insurans Policy Street! 

Anda boleh dapatkan Insurans Terbaik ini untuk kucing anda dengan 25% diskaun harga dan RM10 rebat bagi setiap pembelian pada harga serendah RM14/sebulan dan segalanya lebih mudah dan pantas. Klik pautan di

SINI!!!!

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Coverage Guide (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah Dibina Secara DIY

Jimat sehingga 40% di Musim PKP dengan PrOmilej

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online