Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan kegemaran semua manusia. Disebabkan itu, terdapat pelbagai reka bentuk rumah kucing atau sangkar kucing yang dijual di pasaran. Sebagai contoh, di dalam rumah kucing tersebut terdapat tempat tidur kucing, tempat kucing cakar kukunya dan mainan khusus untuk kucing.
Sebahagian daripada kita tidak sanggup untuk meninggalkan kucing kesayangannya sendirian di rumah dan kemudian membawa kucing tersebut ke mana sahaja dengan menggunakan pet travel bag. Selain memudahkan, kucing juga merasa selesa ketika berada di dalam travel bag tersebut.
15 Jenis Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah
Berikut adalah 15 jenis rumah kucing yang simple dan mudah yang boleh membuatkan kucing kesayangan anda selesa. Harus diingatkan walaupun anda membuat kediaman kucing yang besar, anda juga harus menyediakan tempat tidur yang selesa untuk kucing kesayangan anda.
#1 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah
Jika ada tanah kosong di belakang rumah, mengapa tidak anda buatkan saja rumah kucing di sana? Selain boleh mempercantik rumah anda, anda juga tidak perlu khawatir jika suatu masa anda pergi bercuti dan meninggalkan kucingan bersendirian di dalam rumah. Biarkan kucing anda di luar rumah dan berada di dalam rumah kucing tersebut.
Rumah ini diperbuat dari kawat yang berwarna hijau. Letakkan tempat tidur di dalamnya serta beberapa perabot tambahan sebagai tempat istirahat kucing.
#2 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah
Halaman belakang rumah anda kosong? Daripada dibiarkan begitu saja, lebih baik anda membuat rumah kucing berbentuk lorong-lorong. Rangka lorong diperbuat dari kayu dan kemudian dikelilingi dengan kawat agar kucing anda boleh menghirup udara bebas tanpa halangan. Jangan lupa pasang atap di bahagian atas tempat tidur kucing anda saja agar kucing anda terlindung dari terik matahari dan air hujan.
#3 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah
Rumah kucing seterusnya sangat mudah dibuat untuk kucing kesayangan anda di rumah dengan menggunakan kayu sungkai. Rumah kucing berbentuk kotak ini boleh anda pindah-pindahkan ke bahagian mana yang anda suka kerana ia dipasang roda pada di setiap hujung kakinya. Bahagian atap dipasang kanopi transparent serta bahagian dalam ada dua tangga yang menghubungkan lantai dasar dan lantai kedua.
#4 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah
Rumah kucing indoor ini anda boleh letakkan di sebelah dapur atau mesin basuh. Bahagian rangka rumah kucing tersebut diperbuat dari kayu dan dikelilingi oleh kawat. Letakkan sedikit pasir di bahagian dasar rumah kucing dan tempat makan dan minum di tingkat atas. Anda juga boleh tambahkan mainan di dalamnya untuk menghilangkan kebosanan kucing ketika anda sedang sibuk memasak atau mencuci pakaian.
#5 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah
Rumah kucing seterusnya ialah rumah kucing yang diperbuat dari kayu dan kawat. Bahagian dalam rumah kucing berukuran besar ini diletakkan beberapa aksesori asas seperti batang pokok dan peralatan khusus kucing seperti alas tidur, tempat makan, dan tempat buang air. Tambahkan kerusi atau pun tikar agar anda boleh bersantai bersama kucing tercinta anda di dalamnya.
#6 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah
Jika kucing anda sering duduk di depan jendela sambil melihat keluar, mungkin anda perlu buatkan ia rumah kucing iaitu rumah yang diperbuat daripada paip PVC dan kawat seperti di atas. Pintu rumah kucing dibuat terus berhubung dengan jendela agar kucing anda boleh keluar dan masuk.
Jika ingin membuat rumah kucing seperti itu, pastikan jendela anda memiliki kanopi lebar di bahagian atas agar kucing tidak kepanasan ataupun kehujanan. Selain itu, ia juga harus benar-benar kuat sebelum digunakan oleh kucing.
#7 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah
Design ini sangat sesuaiuntuk kucing yang sangat aktif. Jika rumah kucing pada umumnya berbentuk kotak saja, maka rumah kucing ini cuba membawakan idea baru agar kucing tidak bosan dan hanya berdiam diri di dalam rumah.
#8 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah
Rumah kucing ini kelihatan sangat sederhana kerana diperbuat dari bilah besi kecil sebagai rangkanya. Dinding rumah kucing itu pula diperbuat dari jaring dan dipasangkan hammock di dalamnya untuk tempat bersantai kucing. Rumah kucing ini juga bersambung secara langsung dengan jendela rumah agar kucing anda boleh keluar dan masuk jika ia bosan berada di rumah atau sebaliknya.
#9 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah
Walaupun diperbuat dari batang paip PVC kecil, rumah kucing ini tetap kelihatan sangat unik. Tangga untuk kucing pun juga diperbuat dari batang paip manakala bahagian atasnya dipasang atap plastik transparent. Bahagian bawah pula berupa kayu dan ditambahkan roda agar rumah kucing ini boleh dipindahkan ke lokasi mana pun yang anda inginkan.
#10 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah
Design berikutnya cukup mudah untuk anda kerana hanya terdiri dari bahan yang mudah didapati, iaitu batang paip PVC dan jaring plastik. Reka bentuk rangkanya pun tidak terlalu rumit, anda hanya perlu buat tiga buah tiang yang dipasang melintang untuk digunakan sebagai tempat alas tidur kucing. Pastikan anda membuatnya di lokasi yang sesuai.
#11 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah
Masih design rumah kucing dari batang paip PVC dan ia sama seperti design sebelumnya, Cuma ukuran untuk design ini sedikit lebih besar dan cukup untuk memuatkan dua ekor kucing atau lebih.
#12 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah
Menggunakan halaman belakang rumah anda yang kosong tidak kelihatan seperti idea yang tidak baik. Terutama jika anda membuatnya menjadi sesuatu yang mengindahkan laman itu. Sebagai contoh, anda membuat rumah kucing untuk kucing kesayangan anda.
Hanya beli beberapa bilah kayu dan kemudian olah bentuk bingkai rumah kucing yang mudah. Kelilingnya pula dibuat dengan dawai keluli tahan karat dan kucing anda siap untuk duduk di rumah tersebut. Jangan lupa memasukkan permainan kucing di dalam rumah tersebut, ya.
#13 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah
Sediakan lubang kecil supaya kucing anda keluar dan masuk. Letakkan rumah kucing ini bahagian belakang rumah. Ingat, sentiasa letakkan pasir di dalamnya supaya kucing tidak membuang air di atas lantai.
#14 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah
Dengan saiznya yang besar, Anda boleh meletakkan lebih daripada dua kucing di dalamnya. Dibuat dari kayu dan dindingnya dari dawai keluli untuk menjadikannya lebih tahan lama. Bahagian pintu dibuat sesuai dengan ketinggian sangkar sehingga anda dapat masuk dan keluar dengan mudah.
Tambah tangga ke bahagian dalam katil kucing. Di bahagian bawahnya dibiarkan kosong supaya kucing juga dapat merasakan suasana semulajadi.
#15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah
Sebahagian daripada rumah kucing ini diperbuat daripada dawai keluli yang membentuk kiub. Terdapat hanya besi di tengah untuk memastikan kiub tidak bergerak. Bahagian dalam sangkar ini diletakkan pokok dan terdapat juga lorong kecil yang menghubungkan terus ke rumah melalui tingkap. Jika kucing anda malas atau bosan tinggal di rumah, mereka boleh bermain disini.
Sejarah Insurans Haiwan
Insurans haiwan sudah dimulakan seawal 1980-an lagi dan negara seperti United Kingdom dan USA sudah berjaya mengaplikasikan perkara ini, oleh itu perkhidmatan veterinarnya lebih baik kerana tuan punya haiwan kesayangan boleh berbelanja lebih besar untuk kesejahteraan haiwan mereka.
Dapatkan Pets Insurance Terbaik Dari MSIG Untuk Melindungi Kucing Kesayangan Anda
Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan kegemaran semua. Disebabkan itu, terdapat pelbagai reka bentuk rumah kucing yang dijual di pasaran. Sebagai contoh, di dalam rumah kucing tersebut terdapat tempat tidur kucing, tempat kucing cakar kukunya dan mainan khusus untuk kucing. Sebahagian daripada kita tidak sanggup untuk meninggalkan kucing kesayangan sendirian di rumah dan akan membawanya ke mana sahaja dengan menggunakan pet travel bag. Selain memudahkan, kucing juga merasa selesa ketika berada di dalam travel bag tersebut. Sebanyak mana anda menyayangi mereka, adakah anda sudah mendapatkan insurans perlindungan? Bagaimana anda ingin memastikan tentang keselamatan mereka?
Kepada semua pencinta haiwan kesayangan, hanya ada satu sahaja insurans terbaik untuk haiwan di Malaysia iaitu MSIG pet insurances dengan kerjasama PolicyStreet yang dilancarkan beberapa tahun lalu. Pet insurance lebih berbentuk seperti insurance harta. Anda boleh membuat tuntutan insurans haiwan selepas haiwan didapati sakit dan kelebihannya adalah apabila haiwan tersayang tiba-tiba sakit dan anda tiada sumber kewangan, maka anda boleh menggunakan insurans tersebut tanpa mengeluarkan duit anda. Ini merupakan jalan penyelesaian terbaik. Tunggu Apa Lagi, Jom Lindungi Haiwan Kesayangan Anda! Anda sayang kucing anda? Jangan biarkan haiwan kesayangan anda tidak dilindungi.
Anda boleh dapatkan Insurans Terbaik ini untuk kucing anda dengan 25% diskaun harga dan RM10 rebat bagi setiap pembelian pada harga serendah RM14/sebulan dan segalanya lebih mudah dan pantas. Klik pautan di PolicyStreet!