• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

13 Punca Ulser Perut Yang Sering Menyerang Anda (2020)

PolicyStreet / 09/04/2020

Ulser merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Punca sebenar ulser tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan demam, jangkitan kuman dan sebagainya. Gastritis juga boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut tetapi ia jarang berlaku melainkan jika terdapat ulser.

13 Punca Ulser Perut Yang Sering Menyerang Manusia

  • Kandungan asid yang tinggi dalam perut
  • Makan makanan pedas
  • Makan tidak teratur
  • Makan makanan masam
  • Merokok dengan kerap
  • Pengambilan kopi dan teh secara berlebihan
  • Tekanan Tinggi
  • Makanan berminyak, berlemak (kecuali minyak zaitun)
  • Penyakit autoimun
  • Kurang atau tidak bersenam
  • Jangkitan Bakteria H. Pylori
  • Minum minuman beralkohol
  • Berat badan tidak seimbang

 

13 Punca Ulser Perut Malaysia (2020)

Ulser mempunyai nama yang berbeza-beza bergantung kepada lokasinya. Jika terjadi di dalam perut, dikenali sebagai ulser gastrik manakala ulser duodenal terletak di dalam bahagian pertama usus kecil atau duodenum. Sementara itu ulser esofageal mengambil bahagian bawah esofagus dan sering dikaitkan dengan penyakit refluks gastroesofageal (GERD). Mungkin ramai pembaca di luar sana tidak mengetahui apa itu gastrik kerana ia merupakan nama saintifik bagi penyakit angin atau sakit perut. Gastrik atau angin bukanlah satu penyakit. Tetapi satu keadaan di mana berlaku inflamasi dalam lapisan perut. Jika dibiarkan ia akan menjadi ulser kerana ia bersangkut paut.

13 Punca Ulser Perut Yang Sering Menyerang Manusia

  • Kandungan asid yang tinggi dalam perut

Penyakit ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser.  Pada tahun 1982, dua orang saintis iaitu Warren dan Marshall telah mengaitkan bakteria Helicobacter Pylorii dengan ulser, yang mana bakteria tersebut bertindak mengikis dinding bahagian perut.

Kandungan asid yang tinggi dalam perut

Didapati sehingga 80% ulser gastrik disebabkan oleh bakteria ini. Ia boleh hidup dalam keadaan yang berasid tinggi kerana boleh mengeluarkan sejenis enzim yang meneutralkan asid tersebut.

  • Makan makanan pedas

Orang yang gemar makanan pedas adalah lebih cenderung mendapat ulser perut. Ini adalah kerana kepedasan itu adalah sesuatu yang merangsang rembesan jus gastrik asid di dalam perut.

Makan makanan pedas Punca Ulser Perut

Inilah yang menyebabkan kenapa anda menjadi lebih berselera dan makan lebih apabila terdapat lauk yang pedas.

  • Makan tidak teratur

Amalan pemakanan yang seimbang dan sihat penting dalam menentukan tahap kesihatan seseorang. Ketidakseimbangan pemakanan boleh menyebabkan timbulnya pelbagai gejala penyakit pada tubuh.

Makan tidak teratur Punca Ulser Perut

Jika tiada makanan di dalam perut maka asid gastrik tersebut akan menghakis permukaan dinding perut. Kejadian ini akan berulang-ulang, lama-kelamaan permukaan dinding perut akan menipis dan apabila sampai ke tahap itu pesakit akan mengalami sakit di bahagian ulu hati.

Kini kami memberi rebat sebanyak RM50 untuk setiap pembelian AXA eMedic! Promosi ini tidak akan bertahan lama, jangan tunggu lama dan bertindak sekarang di PolicyStreet.com!

  • Merokok dengan kerap

Beberapa kajian sains menunjukkan bahawa bahan kimia  yang terdapat di dalam rokok boleh merangsangkan kelenjar rembesan jus gastrik.

Merokok dengan kerap Punca Ulser Perut

Ini bermakna jika merokok itu boleh merangsang saraf otak anda sehingga menimbulkan rasa ‘high’, secara automatic ia turut merangsang pam jus gastrik untuk menghasilkan rembesan jus gastrik asid.

  • Pengambilan kopi dan teh secara berlebihan

Kopi dan teh mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Satu atau dua gelas sehari tidak apa, tetapi kalau anda minum kopi dan teh seperti minum air, anda memang dalam senarai calon yang bakal dapat masalah gastrik!

Pengambilan kopi dan teh secara berlebihan Punca Ulser Perut

Memanglah pada peringkat awal penyakit ini tidak begitu berbahaya, tetapi jika tidak dicegah boleh menjadi serius. Jika anda mengalami rasa sakit di pangkal ulu hati, sering rasa mual, perut kembung, muntah-muntah, ini bermakna anda sebenarnya mengalami simptom-simptom  penyakit ulser perut.

  • Tekanan Tinggi

Tekanan Tinggi Punca Ulser Perut

Apabila stres berlaku, asid gastrik akan dirembeskan di dalam perut dan ianya boleh menyebabkan gastritis dalam jangka masa yang panjang.

  • Makanan masam

Makanan masam Punca Ulser Perut

Makanan yang terlalu masam juga meningkatkan kesan asid terhadap dinding perut. Ini meningkatkan kebarangkalian untuk terjadinya ulser perut.

  • Makanan berminyak, berlemak (kecuali minyak zaitun)

Makanan berminyak, berlemak Punca Ulser Perut

Makanan berlemak juga agak sukar untuk di hadam, justeru perut akan merangsang lebih banyak asid ke dalam perut untuk tujuan pencernaan.

  • Penyakit autoimun

Penyakit autoimun Punca Ulser Perut

Sistem immunisasi yang sepatutnya berperanan sebagai ketahanan badan terhadap penyakit telah menyerang sel-sel di permukaan dinding perut dan menyebabkan kurang penghasilan asid, enzim dan mukus oleh sel tersebut.

  • Kurang atau tidak bersenam

Kurang atau tidak bersenam Punca Ulser Perut

Sebenarnya bersenam boleh membantu kita menghadam makanan dengan baik. Bersenam juga boleh mengurangkan tekanan.

  • Jangkitan Bakteria H. Pylori

Jangkitan Bakteria H. Pylori Punca Ulser Perut

Kajian terbaru menunjukkan faktor utama gejala ini adalah jangkitan bakteria yang bernama H. Pylori di dasar dinding perut. Bakteria ini secara tidak langsung boleh menyebabkan penipisan lapisan mukos dinding perut dan mendedahkannya kepada hakisan jus gastrik yang akhirnya menyebabkan ulser perut.

Kajian turut menunjukkan bahawa jangkitan bakteria ini boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang itu menghidap penyakit kanser perut pada masa hadapan.

Kini kami memberi rebat sebanyak RM50 untuk setiap pembelian AXA eMedic! Promosi ini tidak akan bertahan lama, jangan tunggu lama dan bertindak sekarang di PolicyStreet.com!

  • Minum minuman beralkohol

 Minum & minuman beralkohol Punca Ulser Perut

Ia boleh mengganggu penghasilan mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan dinding perut radang atau berdarah.

  • Berat badan tidak seimbang

Berat badan tidak seimbang Punca Ulser Perut

Masalah ketidakhadaman makanan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira berat badan, tetapi sakit perut akibat refluks asid lebih kerap melanda orang gemuk. Mengekalkan berat badan seimbang membantu mengawal dan mengelakkan ulser perut.

Rawatan Dan Pencegahan Ulser Perut

Rawatan bagi pesakit yang mengalami masalah ulser perut tidak hanya tertumpu  kepada pengambilan ubat semata-mata, tetapi pendekatan secara menyeluruh adalah penting dalam memastikan kejayaan rawatan. Pengambilan ubatan yang tepat mengikut nasihat doktor  adalah sangat penting dalam strategi merawat masalah ulser perut. Ubatan yang digunakan untuk merawat masalah ini boleh di bahagikan kepada beberapa kategori;

13 Punca Ulser Perut Malaysia (2020)

  • Ubatan untuk meneutralkan asid di dalam perut
  • Ubatan untuk mengurangkan perembesan asid di dalam perut.
  • Ubatan untuk melindungi permukaan mukosa dinding perut
  • Ubatan untuk menghalang perembesan asid di dalam perut dan mengalakkan proses penyembuhan ulser
  • Ubatan antibiotik untuk menghapuskan kuman Helicobacter pylori yang merupakan punca utama ulser perut

Pengambilan makanan yang betul dan juga  amalan gaya hidup yang sihat memainkan peranan yang penting  dalam mencegah masalah ulser perut. Pesakit yang berisiko untuk mendapat ulser perut perlu menghindari daripada menghisap rokok dan mengambil alkohol. Memandangkan ulser perut disebabkan oleh jangkitan Helicobacter pylori, ujian saringan bagi mengesan jangkitan ini boleh dilakukan melalui beberapa cara seperti ujian darah, ujian nafas, dan ujian najis. Bagi pesakit yang didapati  positif selepas melakukan ujian, boleh mendapatkan rawatan eradikasi kuman ini.

13 Punca Ulser Perut Yang Sering Menyerang Manusia

Bagi pesakit yang perlu mengambil ubat penahan kesakitan bagi tempoh masa yang lama mereka boleh berbincang dengan doktor agar diberikan ubat penahan kesakitan yang tidak menyebabkan ulser perut dan mengambil ubat penahan kesakitan apabila perlu sahaja dan tidak mengambilnya semasa perut kosong.

Dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic Untuk Merawat Ulser Perut

Ulser merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser mempunyai nama yang berbeza-beza bergantung kepada lokasinya. Jika terjadi di dalam perut, dikenali sebagai ulser gastrik manakala ulser duodenal terletak di dalam bahagian pertama usus kecil atau duodenum. Sementara itu ulser esofageal mengambil bahagian bawah esofagus dan sering dikaitkan dengan penyakit refluks gastroesofageal (GERD). Mungkin ramai pembaca di luar sana tidak mengetahui apa itu gastrik kerana ia merupakan nama saintifik bagi penyakit angin atau sakit perut. Gastrik atau angin bukanlah satu penyakit. Tetapi satu keadaan di mana berlaku inflamasi dalam lapisan perut. Jika dibiarkan ia akan menjadi ulser kerana ia bersangkut paut.

Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic

Tujuan insurans medical card AXA eMedic ini diwujudkan adalah untuk menyediakan satu jumlah wang untuk membiayai kos rawatan sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit seperti ini. Anda akan diberikan bayaran keseluruhan dan juga bayaran ‘bonus’ sehingga lima tahun untuk setiap tahun anda hidup. 

Anda boleh dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic dan RM50 rebat bagi setiap pembelian pada harga serendah RM 32/sebulan dan segalannya lebih mudah dan pantas. Klik pautan di

SINI!!!!

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

Vitamin Untuk Kucing Kekal Sihat dan Cantik!

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online