• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

12 Tips Melancong Ke Luar Negara Secara Berkumpulan Dengan BFF Anda

PolicyStreet / 16/07/2018

Melancong, seperti yang banyak orang setuju, adalah ujian persahabatan yang paling tepat. Menjalin hubungan dengan seseorang adalah satu perkara, tetapi melancong dengan mereka? Cerita yang berbeza sama sekali. Bercuti dengan seseorang dan meluangkan setiap masa bersama benar-benar menguji persahabatan anda dan anda akan terdedah dengan persamaan dan perbezaan masing-masing. Betapa anda sebenarnya dalam kehidupan, dalam mengejar cita-cita, dan dalam budaya.

Antara Tips Melancong Ke Luar Negara

Ramai yang tidak begitu bernasib baik untuk mempunyai sahabat travel yang luar biasa, kerana ia benar-benar sukar untuk mencari seorang kawan yang travel  dengan cara yang sama seperti yang anda lakukan. Tetapi apabila anda mengembara dengan kawan terbaik anda dan ianya berbaloi dan menyeronokkan, anda telah menemui sahabat yang terbaik yang pernah wujud. Jika anda boleh travel dengan seseorang, anda sememangnya sangat bertuah!

Perjalanan dengan sahabat anda sangat berbeza daripada perjalanan dengan kenalan yang anda baru jumpa. Perjalanan dengan kawan baik anda akan menjadi sukar pada masa-masa tertentu, tetapi, kerana anda berdua saling mengenali antara satu sama lain, ianya lebih mudah untuk membuatnya baik-baik saja.

12 Tips Melancong Ke Luar Negara Bersama BFF

Ada Tips Melancong Ke Luar Negara
Kredit: http://www.traveller.com.au/travelling-with-friends-gxcr73

Melancong dengan kawan baik anda boleh menjadi perkara yang paling menyeronokkan atau perkara yang paling mengecewakan yang anda akan lakukan. Kebiasaannya, terjadi kedua-duanya! Ia seperti apa yang mereka katakan tentang hidup dengan rakan: Ia akan membuat atau memecahkan hubungan anda. Berikut adalah 12 petua yang amat berguna untuk melancong dengan BFF anda yang akan sentiasa menjadi teman perjalanan anda.

1. Mulakan Dengan Beberapa Hari

Selain Tips Melancong Ke Luar Negara
Kredit: https://www.theodysseyonline.com

Sebelum anda menempah lawatan ke seluruh Eropah selama 3 bulan, anda boleh bermula dengan mencari tahu bagaimana 3 hari di Filipina. Anda perlu mencari seorang kawan yang berkualiti untuk menjadi pilihan utama anda untuk menaiki kereta api selama 12 jam. Percutian singkat memberi peluang kepada anda untuk melihat tabiat harian rakan anda dan melihat adakah si dia sesuai dengan anda. Adakah kawan anda suka bangun awal atau lambat? Adakah dia berjalan agak lambat? Dan yang paling penting untuk saya – adakah dia mempunyai rasa yang sama dalam makanan dan suka berkongsi makanan? Perjalanan, walaupun hanya selama beberapa hari, dapat memberi kesan kepada orang yang tidak akan dilihat dalam kehidupan seharian. Jadi pastikan anda menyukai dia pada hari-hari baik dan buruknya.

2. Cari Ciri-Ciri Tertentu

Selain itu Tips Melancong Ke Luar Negara
Kredit: https://www.theodysseyonline.com

Kualiti apa yang anda cari dalam rakan perjalanan berpotensi? Setiap orang mempunyai jawapannya berbeza beza. Bagaimanapun, ciri-ciri yang berguna iala seperti berdikari, tidak keberatan ‘hustling’, cuba mencari jenaka dalam situasi yang buruk dan bukannya mengadu, seseorang yang sanggup untuk membaca peta atau ststu enb jadual waktu bas, dan yang paling penting, sentiasa bersedia untuk pengembaraan. Rakan perjalanan terbaik mungkin akan berkongsi nilai-nilai tertentu dengan anda tetapi mempunyai kebolehan semulajadi yang berbeza. Mungkin salah seorang daripada anda hebat untuk menyelaras pengangkutan dan mencari restoran terbaik. Dan yang lain mempunyai bakat untuk membuat kawan baru dan berpegang pada jadual waktu. Set kemahiran yang berbeza ini akan membuatkan anda bangun untuk berjaya jika anda belajar untuk mengenali dan menghargai mereka.

3. Bajet Perjalanan

Selainya Tips Melancong Ke Luar Negara
Kredit: http://www.worldofwanderlust.com

Jika anda telah berjimat dan menyimpan demi memulakan perjalanan impian anda untuk seketika, anda tentu tidak mahu merasa terhad oleh rakan yang memutuskan untuk mengikuti anda pada saat-saat terakhir. Kerana percayalah, anda pasti tidak menyukai apabila pokai. Jadi ambil masa untuk bercakap dan berbincang tentang apa yang anda boleh dan tidak mampu lakukan terlebih dahulu. Dengan cara itu, dia akan bersedia untuk aktiviti-aktiviti yang anda mahu lakukan dan boleh membawa novel untuk mengisi masa lapang.

4. Aktiviti

Antaranya Tips Melancong Ke Luar Negara
Kredit: https://thetravelintern.com/

Ini bergantung kepada perkara yang anda suka lakukan dalam perjalanan. Walaupun anda mungkin menganggap membeli-belah semasa melancong sangat membuang masa, namun teman anda mungkin melihatnya sebagai suatu kemestian. Oleh itu, buat jadual perjalanan yang merangkumi pelbagai aktiviti dan membolehkan anda dan kawan travel anda boleh membuat aktiviti kesukaan masing-masing. Ataupun, anda boleh melakukannya bersama-sama dengan berkompromi untuk memastikan anda dan rakan anda melakukan setiap aktiviti bersama-sama supaya lebih terjamin keselamatan anda berdua di tempat orang.

5. Penginapan

Adanya Tips Melancong Ke Luar Negara
Kredit: https://www.offbeattravelling.com

Di samping itu, anda juga perlu memutuskan sama ada ingin menginap di hotel bajet ataupun asrama bersama atau Airbnb peribadi,  asrama wanita sahaja atau bercampur. Terdapat banyak pilihan untuk dipilih. Dan pastikan anda berbincang sebelum membuat sebarang keputusan agar jika berlaku sebarang masalah, anda tidak akan menyesalinya. Biasalah, adat berkawan kadang baik, dan kadang kala terjadi pertengkaran. Jadi, pastikan anda berbincang terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.

6. Pengangkutan

Mencari Tips Melancong Ke Luar Negara
Kredit: https://thetravelintern.com/

Bagaimana anda nak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain? Adakah rakan anda sanggup menyimpan wang dengan mengambil bas tempatan dan bukannya teksi? Ini adalah jenis perkara yang perlu anda ketahui sebelum anda memulakan perjalanan. Untuk menjimatkan perbelanjaan walaupun semasa melancong, anda harus cuba untuk meyakinkan rakan anda untuk menaiki pengangkutan awam yang jauh lebih murah selain daripada dapat meluangkan masa yang lebih panjang dan menikmati pemandangan luar yang berbeza.

7. Gunakan Dompet Yang Dikongsi

Kredit: https://www.hostelworld.com

Ini adalah salah satu daripada 12 petua yang sangat berguna untuk bercuti dengan kawan-kawan, yang menjadikan perjalanan anda lebih mudah! Setiap seorang daripada anda akan menyimpan dan meletakkan jumlah wang tunai tertentu ke dalam sampul surat yang digunakan untuk perbelanjaan bersama dan simpan secara berasingan. Wang yang dikongsi ini akan membantu anda dan sahabat anda ketika menghadapi kesusahan atau hanya digunakan ketika kecemasan ianya sangat berguna untuk masa akan datang. Anda juga boleh menggunakan cara ini untuk menjimatkan masa dan mengurangkan sakit kepala apabila anda menghadapi banyak perbelanjaan yang berbeza.

8. Bahagikan Tugas Dan Tanggungjawab

Selain Tips Melancong Ke Luar Negara
Kredit: https://www.hostelworld.com/

Melancong berdua bermaksud anda mempunya dua kebolehan dan kepakaran yang berbeza-beza. Oleh itu, anda perlu merancang cara untuk berkongsi tanggungjawab untuk melakukan segala penyediaan sebelum bercuti ke luar negara seperti tempahan tiket pesawat, penginapan, buat research tentang pengangkutan, perbelanjaan, dan juga makanan. Anda perlu merancang siapa yang bertanggungjawab melakukan tugas-tugas yang spesifik agar segala urusan berjalan dengan lancar dan tidak tertinggal satu pun. Ini dapat mengurangkan masa anda untuk membuat tugasan masing-masing secara berasingan dan mempercepatkan urusan. Think smart, act smart.

9. Memberi Ruang Masing-Masing

Tips Melancong Ke Luar Negara
Kredit: https://www.offbeattravelling.com/

Tidak kira betapa rapat anda dengan BFF anda, selepas menghabiskan beberapa hari bersama tanpa henti, anda pasti menghargai sekiranya dapat meluangkan masa dan mempunyai ‘me time’ untuk diri sendiri. Anda mungkin tidak menyedari pada mulanya, tetapi percayalah ianya penting bagi anda berdua. Putuskan apa-apa aktiviti yang anda suka yang dapat merilekskan anda seperti membaca buku, joging atau hanya berehat di dalam bilik dan mendengar muzik. Selepas beberapa jam, anda akan berasa sangat gembira dan segar. Oleh itu, pilih rakan yang berdikari dan tahu bagaimana untuk menghiburkan diri!

10. Jangan Memperbesar Hal Yang Kecil

Sekain adanya Tips Melancong Ke Luar Negara
Kredit: https://wearetravelgirls.com

Tiada sesiapa yang mampu mengelakkan kejadian seperti salah paham ataupun berkecil hati kecualilah kalau anda seorang individu yang tidak mempunyai perasaan. Saya faham, tambah-tambah pula jika ianya melibatkan wanita yang penuh dengan emosi. Tidak mengapa saya tidak menilai anda. Namun, anda boleh mengelakkan ia menjadi lebih teruk sekiranya salah seorang daripada anda mampu mengawalnya. Mungkin anda juga perlu menjaga tingkah laku anda dari semasa ke semasa. Pastikan anda sentiasa bersikap positif dan mengawal kemarahan apabila berlaku sesuatu yang tidak seperti dijangkakan. Paling penting ialah anda perlu sentiasa bersikap terbuka dan berkomunikasi dengan jujur dan anda mampu memperkukuhkan lagi persahabatan anda.

11. Jangan Buat Keputusan Apabila Lapar Atau Tertekan

Mencari Tips Melancong Ke Luar Negara
Kredit: https://thetravelintern.com/

Ini adalah peraturan yang paling penting. Ia sangat mengejutkan saya apabila ramai yang tidak menyedari bahawa sesiapa saja akan berada dalam keadaan tidak stabil apabila sedang lapar. Apabila anda sedang lapar, minda anda hanya fokus kepada lapar dan tidak mampu membuat keputusan dengan tepat. Selain itu juga, stress atau tekanan juga mampu membuat anda hilang kewarasan dan cenderung membuat perkara yang tidak perlu. Oleh itu, pastikan anda tidak berada dalam keadaan lapar mahupun tekanan dan stress ketika ingin berbincang atau membuat keputusan. Ini adalah punca utama kenapa orang selalu bergaduh tentang hal-hal yang tak perlu.

12. Rehat Dan Tidur Yang Berkualiti

Antara ciri Tips Melancong Ke Luar Negara
Kredit: https://www.femalenetwork.com

Walaupun anda dalam mood melancong dan bercuti, anda harus memastikan badan anda berada dalam keadaan yang sihat dan bertenaga. Walaupun tenaga datang dari makanan yang anda makan, ianya tidak akan berfungsi dengan baik sekiranya badan anda letih dan penat. Oleh itu pastikan anda mendapat tidur dan rehat yang mencukupi dan berkualiti. Tidur yang tidak mencukupi juga adalah salah satu sebab anda bertengkar dengan rakan anda kerana aktiviti yang padat dan anda mula merasa ingin melepaskan geram kepenatan dan tidak dapat menikmati percutian dengan indah.

Konklusi

Selain adanya Tips Melancong Ke Luar Negara

Melacong adalah aktiviti yang dapat merapatkan hubungan anda dan bff anda. Jika selalunya anda melancong secara solo dan membosankan, ini adalah aktiviti yang paling menarik buat anda bersama sahabat anda untuk meluangkan masa disamping mengeratkan lagi perhubungan persahabatan. Anda pasti sangat memerlukan percutian ini untuk menghilangkan stress kerja dan lari dari masalah buat sementara. Namun, ingat bahawa anda masih tidak terjamin keselamatan apabila di luar negara. Oleh itu, anda perlu memastikan diri anda dan orang yang tersayang dilindungi walaupun sedang melancong. Jika anda ingin dapatkan maklumat lanjut tentang insurans perjalanan Allianz Travel Care, anda boleh lawati laman web PolicyStreet di https://products.policystreet.com/allianz/travelcare/overview

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

Vitamin Untuk Kucing Kekal Sihat dan Cantik!

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online