Perjalanan dengan anak kecil adalah seperti perjalanan melalui jalan yang berbatu-batu. Ianya sangat berliku-iku dan perjalanan terasa sangat lama dan mencabar. Semuanya tentang beg galas dan keperluan bayi anda, susu dan diapers yang secukupnya. Apa yang paling penting adalah sentiasa bersiap sedia. Sekiranya anda bersedia lebih awal, anda dan anak-anda akan berjaya mengharungi perjalanan yang lancar dan tenang. Di artikel ini, kami di PolicyStreet ingin berkongsi dengan anda sedikit tips untuk perjalanan dengan bayi atau anak kecil. Ianya tidak semudah yang dirancang dan dijadualkan kerana anda tidak semestinya dapat mengikuti dan melakukan setiap perkara begitu sahaja dengan mudah. Berikut adalah 12 Tips untuk rujukan anda yang baru pertama kali merasai pengalaman yang tidak semua orang ada peluang:
1. Jika Anda Ingin Menempah Tiket Kapal Terbang, Pastikan Anda Menempah Tempat Duduk Yang Mempunyai Sambungan Bassinet, Dan Tempat Duduk Berasingan Untuk Anak Yang Lebih Besar, Jika Perlu.
Jangan check in car-seat! Dengan cara ini, memudahkan anda untuk meletakkan anak anda di car seat semasa kapal terbang melepas dan mendarat. Anda dan anak anda boleh menggunakan tambahan 30 minit berjalan-jalan menjadi aktif dan bukan menunggu waktu itu duduk di atas pesawat yang sesak.
2. Bersedia Dengan Makanan Ringan Dan Cecair.
Pastikan untuk membungkus makanan yang tidak boleh dibuang. Pastikan bayi minum air secukupnya kerana keadaan dalam kapal terbang agak kering. Saya juga mengesyorkan membawa cawan atau botol yang boleh disedut untuk membantu melegakan tekanan udara, yang menyebabkan telinga berdesing terutamanya semasa berlepas dan mendarat.
3. Bawa Banyak Pakaian Tambahan Dan Lampin.
Sekiranya anda menaiki kapal terbang untuk melancong, pakaikan bayi atau anak kecik anda dengan pakaian yang mudah ditanggalkan sekiranya mereka berasa panas atau yang mudah untuk dipakaikan semula baju sekiranya anak anda terlalu sejuk. Biasanya, bayi yang menangis adalah bayi yang dalam kesejukan. Jadi, ingatlah jika anda memulakan perjalanan dengan menaiki kapal terbang atau kereta, masalah boleh sahaja berlaku. Jadi, perlu sentiasa ada pakaian tambahan dan lampin yang mencukupi dan diletakkan di tempat yang berdekatan dan senang diakses. Ianya boleh memudahkan kerja anda.
4. Bawa Barangan Kegemaran Anak Anda Agar Mudah Tidur.
Bawa segala mainan kegemarannya, selimut kegemaran dan bantal kegemaran anak anda untuk pastikan dia selesa dan aman. Anda harus membawa item yang memudahkan anak anda selesa untuk tidur dan isyarat untuk membiarkannya terlelap tetapi jangan sesekali memberinya ubat tidur. Dan akhir sekali, tarik penghadang matahari di tingkap semasa di dalam kapal terbang atau jika di dalam kereta, anda boleh menggunakan penghadang matahari untuk menyekat cahaya masuk dari tingkap. Semua ini dapat membantu bayi tidur dengan nyenyak.
5. Bawa Mainan Kegemaran Anak Anda.
Pastikan anda membawa mainan lembut (soft toys) sahaja. Tiada apa-apa yang perlu anda risau kerana ianya tidak mempunyai tepi yang tajam atau yang boleh menyakitkan jika ada sesuatu yang tidak diingini berlaku. Jika anak anda dibekalkan mainan kegemarannya bersama-sama, sudah pasti ianya membantu dia merasa lebih aman dan selesa. Anda dapat meredakan ragam yang bakal diilakukan oleh anak anda.
6. Bawa Mainan Yang Dibalut, Gula-gula Atau Lakukan Aktiviti.
Seorang daripada rakan saya pernah merasai pengalaman seperti ini. Apa yang dilakukan oleh kawan saya, dia akan membungkus mainan kecil dan lembut untuk anak-anaknya. Jadi, mereka memerlukan sedikit masa untuk membuka dan membuatkan mereka terus fokus untuk cuba membukanya. Jika anda tidak tahu, seorang kanak-kanak, terutamanya, akan memberi tumpuan kepada apa sahaja yang tersembunyi dalam pakej kejutan. Ini boleh menjadi aktiviti menarik untuk mereka. Simpan mainan ini di dalam beg anda sehingga anak anda mula letih dan meragam, dan anda dapat memberi aktiviti baru untuk mengalihkan perhatiannya.
7. Pek Barang Menarik Yang Berkaitan Dengan Negara Atau Negeri Yang Anda Lawati.
Bawa snek atau kudapan yang istimewa ke destinasi akhir anda. Beritahu anak anda cerita mengenai tempat-tempat yang anda dan anak anda bakal kunjungi. Pek DVD mudah alih atau memuatkan iPad anda dengan aplikasi atau permainan. Juga, termasuk permainan dan buku cerita mengenai negara atau negeri yang akan anda lawati. Oleh itu, perjalanan keluarga boleh menjadi perjalanan yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan, serta mempunyai pengisisan buat anak anda.
8. Cuba Jangan Mengambil Perjalanan Yang Lebih Lama Dari 6 Jam.
Anak kecil terutamanya memang tidak boleh berada di satu tempat tertentu untuk tempoh masa yang lama, ianya tidak sihat, sama juga seperti orang dewasa. Jika anda memandu, cuba merancang berhenti di sepanjang jalan yang selamat, umum, dan membolehkan anda berjalan sedikit. Jika anda menaiki kapal terbang untuk tempoh yang lama, anda boleh membawa anak anda ke tandas dan duduk semula. Namun ianya kurang praktikal. Oleh itu, anda perlu membawa mainan-mainan yang boleh merangsang minat anak anda agar tidak terlalu bosan.
9. Pertimbangkan Penjadualan Perjalanan Di Sekitar Waktu Tidur Anak Anda.
Jika anda bijak memilih waktu yang bersesuaian dengan jam anak anda tidur, ianya membantu memudahkan perjalanan anda. Anak tidur, maksudnya anda juga boleh berehat dengan tenang. Anda dapat memastikan anak anda tidur sebaik sahaja kapal terbang berlepas kerana ianya sebahagian daripada jadual tidur anak anda dan ianya sukar diubah.
10. Sentiasa Duduk Betul-betul Di Sebelah Bayi Anda.
Anda adalah zon selesa anak anda, ibu dan ayah adalah segalanya. Oleh itu, pastikan anda sentiasa berada berdekatan dengan anak anda. Sentiasa berada disisinya untuk memastikan anak anda selesa dan merasa selamat sepanjang masa.
11. Pek Powerbank Dan Jangan Lupa Mengecas Gajet Mudah Alih.
Bersedia lebih awal dari masa yang dijadualkan dan pastikan tablet dan telefon anda telah dicas sepenuhnya, dan anda mempunyai pengecas tambahan yang tersedia dengan anda di pesawat atau di dalam kereta, sekiranya bateri habis semasa perjalanan anda. Ianya membantu untuk memudahkan anda dan juga mengembirakan anak anda.
12. Suap Bayi Anda Makan Semasa Berlepas Dan Mendarat.
Perubahan dalam tekanan kabin boleh mengganggu sepasang telinga keci itul, jadi idea yang baik untuk memberi anak anda makan semasa berlepas dan mendarat. Ini memaksa mereka untuk menelan dan membantu menjaga telinga terbuka. Jadilah seorang ibu yang bijak! Perlu diingat, anda boleh menyusu badan atau botol sebelum mendarat yang terakhir. Perubahan tekanan adalah paling ketara apabila kapal terbang memulakan pendaratan yang awal, sebanyak setengah jam atau lebih sebelum pendaratan (dan semakin tinggi anda, lebih awal rasa telinga berdengung lebih tinggi).
Konklusi
Pada penghujung hari, sama ada anda mengembara dengan kapal terbang, kereta api, atau kereta, idea itu adalah untuk memastikan anda bersedia. Rancang dengan baik, dan pek dengan baik. Tetapi, jangan anda lupa untuk sentiasa memastikan anak anda dilindungi walaupun berada di negara orang. Ya, memang anda sentiasa memastikan anak anda berada dalam keadaan selamat namun, tiada siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan insurans perjalanan di website PolicyStreet, hanya perlu klik di sini https://products.policystreet.com/allianz/travelcare/overview