Setiap wanita menghadapi ancaman sakit jantung. Tetapi tidak ramai di kalangan wanita di Malaysia yang mempunyai kesedaran untuk tahu lebih lanjut berkaitan risiko penyakit sakit jantung. Walaupun majoriti pesakit jantung adalah lelaki, namun sumber dari Bernama menunjukkan jumlah kematian mengikut jantina di Malaysia pada tahun 2014 ialah sebanyak 57.6 peratus kematian melibatkan lelaki dan 42.4 peratus wanita. Dan jumlah perbezaan kematian ini tidak terlalu ketara dan serangan jantung boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Persepsi Sakit Jantung Kepada Wanita
Simptom serangan jantung yang paling biasa berlaku pada wanita ialah seperti tekanan atau ketidakselesaan di bahagian dada. Tetapi tanda serangan jantung tidak terlalu menonjol terutamanya pada wanita. Dan ada juga pesakit wanita yang mungkin mengalami serangan jantung tanpa sakit dada. Wanita lebih cenderung untuk mengalami gejala serangan jantung yang tidak berkaitan dengan sakit dada. Sakit dada bukannya petanda anda mengalami sakit jantung. Ini tanggapan yang kerap kali kita dengar dalam kalangan masyarakat kita. Sakit dada merupakan simptom yang selalu dikaitkan dengan serangan jantung. Namun, bagi pesakit wanita ianya kadangkala tiada kaitan dengan sakit dada.
Wanita: Jangan Hiraukan 12 Tanda Sakit Jantung
Banyak tanda yang boleh kita kenal pasti sendiri sebelum mendapatkan rawatan dari pakar perubatan. Namun, jangan sesekali mengabaikan tanda-tanda ini kerana ianya boleh membawa kemudaratan sekiranya dibiarkan berlanjutan dan mungkin boleh mendatangkan masalah lain.
1. Keletihan Yang Melampau
Seperti kebanyakan wanita, anda semestinya sibuk melakukan tugasan seharian dan menguruskan keluarga. Ini adalah rutin harian normal wanita. Jika anda mengalami kepenatan yang luar biasa, anda mungkin memerlukan pemerhatian. Keletihan yang melampau selalunya dianggap letih atau sebahagian dari simptom demam dan bukannya sakit jantung. Tekanan dan stres pada jantung juga berlaku apabila jantung cuba mengepam darah di mana terdapat aliran yang tersumbat dan boleh menyebabkan anda mengalami kepenatan yang melampau. Jika anda selalu merasa penat, tanpa sebab yang munasabah, ini mungkin tanda serangan jantung.
2. Berpeluh Berlebihan | Tanda Sakit Jantung Pada Wanita
Berpeluh pada waktu sejuk selalu terjadi walaupun tanpa sebarang pergerakan fizikal. Kenapa ianya berlaku? Apabila jantung mengepam darah melalui laluan yang tersumbat, ia memerlukan daya yang lebih dan untuk memastikan badan berada dalam keadaan selesa, badan akan mengeluarkan peluh untuk mengurangkan pergerakan. Bagi wanita terutamanya, berpeluh pada waktu malam adalah perkara biasa bagi individu yang ada masalah jantung. Ramai yang akan salah faham dan menganggap ianya akibat daripada kesan menopaus.
Kini kami memberi rebat sebanyak RM50 untuk setiap pembelian AXA eMedic! Promosi ini tidak akan bertahan lama, jangan tunggu lama dan bertindak sekarang di PolicyStreet.com!
3. Sukar Bernafas
Apabila usia seseorang wanita bertambah, kurang senaman dan berat badan meningkat secara beransur-ansur, ini menyebabkan masalah seperti sesak nafas atau sukar untuk bernafas. Ramai juga dalam kalangan wanita yang mengadu darah menjadi panas semasa menopaus. Tetapi simptom ini boleh dianggap sebagai isyarat masalah jantung apabila ia berlaku dalam keadaan tertentu. Antaranya, masalah pernafasan yang semakin melarat dari masa ke masa, sesak nafas ketika berbaring dan bertambah baik ketika duduk.
4. Leher, Rahang, Sakit Belakang
Sama seperti sistem tubuh badan kita yang rumit, mereka sangat mahir memberi isyarat apabila terdapat sesuatu yang tidak kena. Apabila terdapat masalah dengan jantung, ia akan mencetuskan kesakitan saraf di kawasan tersebut, tetapi kadang-kadang anda merasa sakit di tempat lain. Sakit di rahang, belakang atau lengan boleh dikaitkan dengan keadaan jantung, terutamanya jika ia sukar untuk dijumpai seperti tiada otot atau sendi tertentu yang sakit. Sakit ini kadang terasa dan boleh membuatkan anda terjaga pada waktu malam. Anda mungkin merasa sakit yang spesifik di sebelah kiri, bahagian bawah rahang. Jika anda mula merasa tidak selesa, anda perlu dapatkan rawatan.
5. Pening Kepala Secara Tiba-Tiba
Sakit kepala yang menyerang secara tiba-tiba boleh menyebabkan seseorang rasa pening dan pusing sehingga hilang daya keseimbangan dan jatuh. Punca yang berkait dengan pening dan serangan jantung ialah penyakit darah rendah. Selain itu, kekurangan darah dalam badan juga berkait rapat dengan penyakit koronari jantung. Jika anda mengalami pening seperti ini, anda perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin. Pastikan anda membuat pemeriksaan awal bagi mengelakkan sebarang ketidakselesaan dan mengurangkan risiko serangan jantung.
6. Rasa Pedih Ulu Hati
Tanda yang mungkin anda rasa ialah pedih ulu hati. Rasa tidak selesa dan pedih di bahagian dada, di belakang tulang dada. Ini merupakan keadaan yang serius dan harus di kenal pasti sama ada pedih ulu hati ini serius atau tidak. Angina ialah sakit dada disebabkan oleh kekurangan aliran darah ke jantung dan ianya mirip dengan rasa pedih ulu hati. Cara paling mudah untuk membezakan kedua-dua penyakit ini, perhatikan jika anda rasa pedih ulu hati semasa melakukan kerja-kerja berat atau melakukan aktiviti ringan.
7. Gangguan Tidur
Mengalami kesukaran untuk tidur juga sering dialami oleh penderita penyakit jantung. Hal ini dilihat berdasarkan hasil survey dari sejumlah wanita, yang mana 50% mengalami gangguan tidur pada beberapa hari sebelum positif mengidap serangan jantung. Sekiranya gangguan tidur anda berlanjutan, sila dapatkan rawatan lanjut.
Kini kami memberi rebat sebanyak RM50 untuk setiap pembelian AXA eMedic! Promosi ini tidak akan bertahan lama, jangan tunggu lama dan bertindak sekarang di PolicyStreet.com!
8. Denyut Jantung Tidak Teratur
Menurut pembacaan sebelum ini, jika kadar denyutan tidak teratur, ia adalah sesuatu yang sangat membimbangkan kerana menunjukkan ada masalah yang sedang terjadi. Tambahan pula, apabila ianya disertai dengan sesak nafas, pening, ataupun letih. Ini merupakan tanda seseorang mengalami serangan jantung atau aritmia. Jika tidak diubati dengan segera, dapat membuat penderita mengidap stroke dan bahkan mengalami kematian secara mendadak.
9. Rasa Mual Dan Nafsu Makan Terganggu
Disebabkan berlakunya pembengkakan pada perut, hal ini membuat pesakit tidak mempunyai selera makan, rasa mual dan ingin muntah. Gejala penyakit jantung ini merupakan ciri-ciri yang dapat dilihat secara fizikal dan mudah untuk dikenal pasti dengan lebih awal.
10. Masalah perut
Kadang-kadang orang beranggapan bahawa sakit perut adalah disebabkan demam, atau salah makan. Namun ada beberapa kes serangan jantung, seorang wanita mengalami tekanan perut yang teruk seperti ada benda berat di atas perut. Malah, ada yang menyamakan kesakitan umpama gajah menimpa perut sehingga sukar bernafas. Jika perkara ini terjadi dan anda tidak mengalami haid, sila dapatkan pengesahan daripada doktor untuk kepastian.
11. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan
Pernahkah anda rasa tangan kebas selang 10 minit. Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. Namun biasanya bagi wanita, anda akan rasa kebas di kedua-dua belah tangan. Jika anda pernah merasa kebas berpanjangan di bahagian tangan kiri dan kanan, anda dinasihatkan untuk dapatkan rawatan lanjutan bagi pencegahan awal.
12. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit
Bakteria oral boleh mempengaruhi jantung apabila ia memasuki saluran darah, melekat pada plak berlemak di dalam pembuluh darah jantung dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Ini berkemungkinan jantung anda mempunyai masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat. Individu yang mengalami penyakit periodontal, dua kali lebih cenderung menderita penyakit arteri koronari yang menyebabkan serangan jantung.
Cara Mencegah Sakit Jantung Bagi Wanita
Anda boleh memastikan diri anda kurang berisiko mengalami serangan sakit jantung sekiranya anda menjaga kesihatan badan anda dengan sebaik-baiknya. Anda boleh membuat beberapa perubahan gaya hidup untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, dengan melakukan beberapa perkara seperti berikut:
Berhenti atau jangan mula merokok
Bagi anda yang merokok, anda perlu menghentikan tabiat merokok kerana ianya memudaratkan kesihatan perokok bahkan orang disekeliling kerana menghidu asap rokok. Jika anda tidak pernah merokok, jangan sesekali mencuba untuk merokok kerana ianya boleh menyebabkan ketagihan dan sukar untuk anda berhenti perokok. Pada wanita, merokok adalah faktor risiko yang lebih besar untuk penyakit jantung berbanding lelaki.
Senaman Secara Teratur
Senaman sememangnya dapat mengurangkan risiko penyakit jantung pada wanita. Pada umumnya, semua orang perlu melakukan senaman ringan seperti berjalan dengan pantas sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Anda boleh membuat perubahan kecil lain untuk meningkatkan aktiviti fizikal anda sepanjang hari. Sebagai contoh, cuba gunakan tangga sebagai alternatif lain selain lif, berjalan atau menunggang basikal anda untuk bekerja atau melakukan tugas, atau melakukan sit-up atau push-up sambil menonton televisyen.
Mengekalkan Berat Badan Yang Sihat
Makan makanan yang sihat seperti bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran, produk tenusu rendah lemak atau tanpa lemak, dan daging. Elakkan makanan bertepu atau trans lemak, pengambilan gula yang berlebihan, dan pengambilan garam yang tinggi. Jika anda mengawal pemakanan anda, anda dapat menghindarkan pelbagai masalah kesihatan yang lain.
Ubat-Ubatan Untuk Sakit Jantung
Jika anda mempunyai masalah kesihatan, anda perlu mengambil ubat-ubatan seperti yang ditetapkan oleh doktor dengan sewajarnya, seperti ubat tekanan darah, dan aspirin. Aspirin membantu untuk mencegah penyakit jantung pada wanita. Namun, penggunaan rutin harian aspirin untuk mencegah penyakit jantung pada wanita berisiko rendah yang berusia di bawah 65 tahun tidak disyorkan. Anda juga perlu mendapatkan supplement sekiranya anda memerlukan vitamin tambahan bagi membantu tahap kesihatan badan anda untuk kekal cergas.
Di Mana Untuk Dapatkan Medikal Kad Perubatan Di Malaysia
Sekiranya anda berasa agak bimbang selepas membaca artikel ini, saya mencadangkan supaya anda melihat insurans Kad Perubatan Online AXA eMedic. Tidak hanya kerana PolicyStreet pada masa ini mempunyai insurans dalam talian, tetapi juga kerana AXA eMedic akan menjaga perbelanjaan hospital, perbelanjaan perubatan dan pembedahan anda untuk merawat penyakit dan sebarang kecederaan. Dengan hanya tunjukkan kad e-perubatan, anda tidak perlu risau untuk menerima rawatan tanpa tunai di hospital panel AXA, dan AXA eMedic.
Rawatan Percuma Pada Masa Hadapan
Tahukah anda, sangat mudah untuk dapatkan kad perubatan ni. Anda tidak perlu bersusah payah untuk menjalani medical check-up dan anda boleh lakukannya di rumah sendirian. Percayakah anda bermula dengan hanya RM32 sebulan dan dapat menikmati kos perawatan tanpa mengeluarkan wang saku. Paling penting, anda sememangnya tidak perlukan kad sebenar, hanya tunjukkan kad e-perubatan melalui telefon bimbit sahaja. Jika anda ingin tahu lebih lanjut dan kepastian, layari website PolicyStreet sekarang di PolicyStreet!
PolicyStreet merupakan sebuah syarikat yang mana ia mengumpul maklumat berkenaan polisi insurans yang berada di dalam pasaran serta memberi cadangan yang terbaik untuk mereka yang sedang mencari polisi insurans yang bersesuaian. Dengan PolicyStreet anda cuma perlu mengisi satu borang secara atas talian dan ia hanya memakan masa lebih kurang 5 minit sahaja. Anda boleh dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic dan RM50 rebat bagi setiap pembelian pada harga serendah RM 32/sebulan dan segalannya lebih mudah dan pantas. Klik pautan di PolicyStreet!