Muzium adalah tempat pengumpulan barang-barang yang berharga dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kita selalu dengar tentang muzium yang mempamerkan tulang dinasour, pedang, koleksi barang-barang tradisional dan banyak lagi yang kita tak jangkakan. Tapi pernahkah terlintas di fikiran anda terdapat muzium yang mempamerkan barang-barang aneh dan misteri. Ianya sangat berbeza dengan muzium yang kita tahu dan pernah lawati.
Bagi penggemar misteri dan aneh, terdapat banyak muzium yang berhantu dan mengerikan di serata dunia yang anda mungkin tidak tahu dan tidak pernah dengar. Mungkin dengan membaca senarai muzium berhantu di artikel ini dapat memberi beberapa idea kepada anda untuk memilih tempat melancong yang lain dari kebiasaan. Selain dari melawat banguna-bangunan bersejarah yang tipikal dilakukan setiap kali bercuti, apa kata anda melawat muzium yang menyeramkan ini dan mengubah percutian anda menjadi lebih unik dan menarik. Di sini akan disenaraikan beberapa muzium yang mengerikan di dunia yang pasti membuka mata anda dengan perkara yang menggerikan.
12 Muzium Berhantu Menarik Di Dunia
1. Musée Fragonard, Paris
Kredit: http://travel.ezinemark.com/worlds-scariest-museums-part-2-77367e1c6a79.html
Musée Fragonard adalah muzium Paris yang khusus dalam keanehan anatomi. Muzium ini telah beroperasi sejak tahun 1766 tetapi tidak dibuka kepada orang ramai sehingga tahun 1991. Musée Fragonard adalah sebahagian daripada sekolah veterinar iaitu École Nationale Vétérinaire de Maisons-Alfort. Muzium ini terdapat sekitar 4200 spesimen haiwan termasuk biri-biri berkaki sepuluh, anak lembu berkepala dua, dan anak kuda jantan Cyclops. Jika haiwan-haiwan ini tidak cukup pelik, anda mungkin berminat dengan mayat kulit yang disediakan oleh Honoré Fragonard, bekas profesor anatomi yang akhirnya dibuang dari sekolah sebagai orang gila. Yang paling ikonik ialah ‘Horseman of the Apocalypse’, yang terdiri daripada seorang lelaki berkulit menunggang kuda diikuti oleh janin manusia berkulit yang menunggang kuda dan kambing biri-biri. Fragornard juga meletakkan koleksi tengkorak pesakit mental yang telah mati.
2. London Dungeon, United Kingdom
Mempunyai ruangan bawah bangunan yang menempatkan koleksi-koleksi yang menakutkan, muzium ini sangat terkenal di dunia. Ianya dibuka pada tahun 1979, London Dungeon merupakan sebuah peninggalan penjara bawah tanah yang turut dijadikan tempat penyeksaan pada abad pertengahan. Kebiasaan pengunjung yang melawat ke muzium ini akan dinasihatkan supaya minum air terlebih dahulu dan bersedia dari segi mental kerana pengunjung bakal berhadapan dengan ‘pelakon’ yang dibayar untuk melompat serta mengejar secara tiba-tiba untuk menambahkan elemen seram sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam ruangan bawah tanah. Ia merupakan salah satu muzium yang mana perjalanannya terpanjang di dunia kerana pengujung bakal menyaksikan beratus tahanan penjara yang mati diseksa suatu masa dahulu.
3. Muzium Glore Psychiatric, Amerika Syarikat
Anda pernah dengar tentang rawatan kejutan elektrik dan Labotomies sebelum ini? Muzium ini menghimpunkan koleksi perubatan psikiatrik yang diguna pakai pada abad ke-16, 17 dan 18. Menariknya, terdapat banyak replika menyerupai doktor dan pesakit diletakkan di situ bersama alat-alat yang digunakan dalam usaha merawat penyakit itu. Salah satunya adalah alat kejutan eletrik. Bahkan, cara perubatan kuno turut dipamerkan di muzium itu beserta replika pesakit yang mengalami komplikasi dan pendarahan teruk sewaktu menjalani rawatan. Namun, tahukah kita bahawa kebanyakkan alat perubatan yang digunakan pada abad itu lebih memperlihatkan seperti penyeksaan yang mengerikan. Pengunjung seperti dapat merasakan penderitaan yang dialami oleh pesakit yang terseksa menggunakan alatan-alatan tersebut.
4. House on the Rock, Wisconsin
Kredit: https://travel.mapquest.com/2015/09/05/wisconsins-creepy-and-bizarre-house-on-the-rock/
House on the rock terletak di Deer Shelter Rock, Wisconsin yang direka khas untuk mengumpul apa-apa benda saja. Muzium yang dibuka pada tahun 1959 ini pada awalnya adalah untuk menghimpunkan semua jenis replika yang terkenal serta unik di Amerika Syarikat pada awal abad ke-20. Di sini terdapat replika dari berbagai kota Amerika di awal abad 20. Ia turut mempamerkan replika terpanjang dunia iaitu Monster laut sepanjang 200 kaki. Struktur binaan dan pengisian di dalam muzium ini merupakan ilham daripada Alex Jordan Jr. Namun, malangnya tidak lama itu kesemua koleksi replika di muzium itu dibiarkan begitu sahaja dalam ruangan gelap dan tidak dibersihkan. Ianya pasti menyeramkan!
5. Muzium Vent Haven Ventiloquist, Kentucky
Kredit: http://homepages.uc.edu/~jesseesp/ventindex.html
Jika anda penggermar movie thriller, anda pasti tahu tentang Chuckie. Anak patung yang menyeramkan walaupun hanya dipandang. Kalau anda nak tahu, di Vent Haven Ventriloquist terdapat sebuah muzium yang hanya mengandungi boneka Ventriloquist tua yang duduk berbaris-baris. Anda boleh datang ke sini untuk berdepan secara langsung dengan boneka ini. Namun ianya adalah mimpi buruk bagi anda yang menderita fobia Autonomatonophobia kerana setiap sisi muzium ini dipenuhi dengan patung mirik manusia yang seolah-oleh duduk di kerusi seperti manusia.
6. Catacombe dei Cappuccini, Palermo, Sicily
Kredit: https://bigpicture.ru/?p=122086
Catacombe dari Palermo digambarkan sebagai ‘pustaka manusia’ telah menjadi sebuah muzium kematian kerana kita dapat melihat ratusan mayat yang terdiri daripada sami dan mayat-mayat masyarakat setempat di bahagian dalam biara Kapusin. Mayat mayat ini di bariskan di sepanjang dinding dan masih memakai pakaian yang mereka pakai semasa dikuburkan. Mayat-mayat itu diletakkan di Katakom dari akhir abad ke-16 sehinggalah pengebumian yang terakhir, Rosalia Lombardo pada 1920-an. Udara sejuk dan persekitaran yang kering bermakna bahawa jenazah dijaga dengan sangat baik dan tersimpan dengan sangat rapi. Mayat-mayat ini kelihatan seperti sedang tidur kerana dijaga dengan sangat baik. Yang paling mengerikan ialah apabila mayat-mayat ini dilihat seperti bangun setiap saat untuk menyerang para pengunjung.
7. Muzium Di Lombrop
Kredit: https://www.tripadvisor.com/
Sepanjang hayatnya, Cesare Lambroso mengumpul tengkorak, rangka, otak, model lilin dan pelbagai jenis objek untuk dijadikan bahan penyelidikannya terhadap yang berkait dengan jenayah tingkah laku. Koleksi ini kini ditempatkan di Muzium Antropologi Jenayah di Universiti Turin. Jangan terkejut jika terdapat objek yang mengerikan di muzium ini. Ada juga senjata yang digunakan untuk menyembelih manusia, lambroso turut mempunyai koleksi kepala yang diawetkan dalam botol yang diformulasikan dengan sempurna. Jika anda tertarik dengan kisah-kisah ngeri dan tidak berperikemanusiaan, atau hanya ingin menghabiskan hari anda dengan sesuatu yang lain dari yang lain dengan menatap tengkorak, melihat potongan sisa-sisa tubuh manusia, dan benda-benda mengerikan lain, ini adalah tempat yang sesuai untuk anda.
8. Madame Tussauds, London
Kredit: http://www.gavinbaddeley.com/wp-content/uploads/2017/02/heads-on-sticks-300×225.jpg
Muzium Tussauds di London ini terkenal dengan koleksi replika individu-individu kenamaan dunia yang diperbuat daripada lilin. Mereka yang pernah ke Kota London tentu sekali tidak melepaskan peluang berkunjung ke muzium yang terkenal ini. Namun, terdapat satu ruang di dalam muzium itu yang menempatkan mangsa-mangsa korban dari sejarah revolusi Perancis. Madame Tussauds akan pergi ke Guillotine selepas mendengar berita tentang ada orang dibunuh. Lebih menakutkan, kepala mangsa yang terkorban yang terpisah dengan badan juga diletakkan dan mempunyai kisah-kisah yang sadis. Di sini terdapat juga patung lilin Raja terakhir dari Perancis. Anda juga boleh melihat patung replika berukuran asli salah satu daripada korban Jack The Ripper.
9. Mutter Muzium, Philadelphia
Keistimewaan Muzium Mutter di Philadelphia ini adalah dalam anatomi. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 1787, dan ia bertempat di College of Physicians of Philadelphia. Spesimen-spesimen dipamerkan di dalam kabinet gaya abad ke-19 untuk mengekalkan keadaan asal dari tahun-tahun sebelumnya. Antara barang-barang yang paling terkenal di muzium ini ialah koleksi tengkorak manusia oleh Dr. Joseph Hyrtl, acuan plaster dan hati berkembar milik ‘kembar Siam’, Chang dan Eng Bunker, bahagian organ pembunuh Presiden Abraham Lincoln, John Wilkes Booth yang terkenal, model lilin seorang wanita dengan tanduk di dahi dan Soap Lady.
10. The Purgatory Museum
Kredit: http://www.iitaly.org/magazine/focus/art-culture/article/museum-souls-in-purgatory
Jika anda pernah menonton The Exorcism, anda mungkin pernah melihat bagaimana mereka dirasuk. Tempat ini benar-benar menyeramkan kerana ia mempamerkan dokumen kes-kes manusia-manusia di api penyucian yang kembali ke bumi untuk menghantui seperti filem-filem yang anda pernah lihat. Menurut Katolik, orang yang meninggal dengan hanya sedikit dosa pada jiwa mereka akan menuju ke api penyucian untuk dibersihkan oleh api itu sebelum masuk ke syurga. Di Gereja Hati Kudus di daerah Rom ini, terdapat sebuah muzium kecil yang terletak di belakang altar. Ini adalah muzium api penyucian. Beberapa item yang dipamerkan iaitu meja dengan tanda hangus dan garis-garis makhluk dari dunia lain, serta cap jari terbakar pada pakaian dan peralatan tempat. Tapi mungkin item yang paling menakutkan dari semua itu adalah sebuah buku mengandungi telapak tangan hangus di salah satu helaiannya milik biarawati yang sudah lama meninggal dan terjebak dengan dosa-dosa yang tidak diketahui.
11. Meguro Parasitological Museum, Meguro
Kredit: http://www.tahupedia.com/content/show/1106/10-Museum-Paling-Menyeramkan-Yang-Ada-Di-Dunia_
Jepun memang dikenali sebagai negara di Asia yang memiliki kebiasaan unik dan aneh yang kadang kala tidak terjangkau oleh pemikiran anda. Ini membuatkan orang geleng kepala setiap kali terdengar tentang keanehan di Jepun. Anda pasti terkejut apabila mengunjungi museum Meguro Parasitological di Meguro, Jepun. Bagaimana tidak pelik, di museum ini dipamerkan segala macam parasit mengerikan yang dapat masuk ke dalam tubuh manusia. Parasit-parasit tersebut boleh masuk melalui apa saja seperti makanan, minuman, bahkan melalui udara. Museum menakutkan ini dibuka pada tahun 1953 dan memang dibuat khas untuk menampilkan parasit mengerikan yang di sekitar kita. Terdapat 45,000 koleksi parasit ada di museum ini.
12. Museum Of The Occult, Monroe
Kredit: http://www.tahupedia.com/content/show
Kisah perjalanan Ed dan Lorraine Warren dalam menyelidik sejumlah kes paranormal yang begitu menarik. Kalau anda nak tahu, kisah mereka juga telah difilemkan ke layar filem. Sudah menjadi tugas Ed dan Lorraine untuk menyimpan benda-benda berbahaya agar tidak jatuh ke tangan orang yang salah. Semua benda-benda tersebut disimpan dengan baik di ruang bawah tanah rumah mereka yang berada di Connecticut yang kini telah diubah usai menjadi muzium. Muzium tersebut dinamakan sebagai Museum of The Occult. Di muzium inilah dapat dilihat segala benda-benda yang disyaki dirasuk oleh roh jahat. Dan salah satu benda berhantu yang paling terkenal adalah boneka Annabelle. Karena berisikan benda-benda berhantu, tentu saja menjadikan muzium ini menjadi muzium menyeramkan. Setiap orang yang mengunjungi muzium tersebut sudah diberikan peringatan untuk tidak melakukan perkara yang dilarang jika ingin tetap selamat.
Melancong Dan Dilindungi
Konklusinya, setiap muzium di dunia termasuklah di Malaysia pasti mempunyai elemen-elemen misteri dan mistik yang tersendiri. Ia berikutan kerana di situlah tempat di mana terletaknya pelbagai himpunan koleksi lalu yang menakutkan, penuh dengan keunikan serta mempunyai nilai sejarah yang tersendiri mengenai sejarah berkaitan dengan sesebuah negara dan sesuatu lokasi. Paling menarik meskipun wujud muzium yang menyeramkan, ia tetap menjadi destinasi wajib untuk dilawati sekiranya kita berkunjung ke lokasi ini dan menambah ilmu pengetahuan serta pengalaman melawat tempat yang menyeramkan. Dalam keseronokan melancong, pastinya anda perlu mendapatkan pelindungan diri, kawan-kawan dan juga ahli keluarga. PolicyStreet menawarkan pelindungan polisi insurans iaitu Allianz Travel Care di laman web https://products.policystreet.com/allianz/travelcare/overview