Serviks atau turut dipanggil pangkal rahim pula merupakan organ reproduksi wanita. Ia terletak di bawah uterus (rahim) yang memanjang ke dalam vagina. Terdapat suatu bukaan kecil di dalam serviks, kanal servikal yang melalui serviks memasuki bahagian utama uterus. Di dalam artikel ini akan menceritakan lebih terperinci mengenai kanser serviks, punc-puncanya dan rawatan yang sesuai untuk mencegah penyakit ini.
Serviks mempunyai beberapa fungsi yang penting. Ia menghasilkan kelembapan yang membantu melincirkan vagina, menghasilkan mukus yang membantu sperma bergerak ke arah tiub-tiub fallopio, serta menyokong bayi yang sedang berkembang di dalam uterus semasa kehamilan. Semasa waktu bersalin, serviks akan terbuka untuk membolehkan bayi dilahirkan. Serviks dilitupi dua jenis sel iaitu sel skuamus yang meliputi bahagian luar manakala sel endoservikal meliputi bahagian dalam. Kanser serviks terjadi apabila berlaku pembahagian sel yang tidak normal pada organ reproduksi ini.
Kanser Kedua Terbanyak Selepas Kanser Payudara
Kanser serviks merupakan kanser organ reproduktif wanita yang paling utama dan kanser wanita yang kedua paling kerap berlaku selepas kanser payudara. Kanser serviks terdiri daripada beberapa jenis.
Antara gejala atau simptom kanser serviks atau kanser pangkal rahim :
- Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh haid kering atau selepas haid
- Pendarahan selepas putus haid
- Pendarahan haid berpanjangan dan banyak dari biasa
- Sakit semasa melakukan hubungan seksual
- Penambahan lelehan dari faraj
12 Punca Kanser Serviks Yang Berisiko Kepada Wanita
Apakah punca – punca terjadinya kanser pangkal rahim? Di antara punca – punca yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah:
- Hubungan seks pada usia muda
- Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV faktor risiko utama mendapat kanser serviks atau kanser pangkal rahim ialah jangkitan HPV. HPV dibawa dari individu ke individu yang lain melalui hubungan seks.
- Wanita dari golongan susah ataupun miskin.
- Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah
- Wanita yang mempunyai pasangan seks yang ramai.
- Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawa ujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim
- Mengandung lebih dari 5 kali.
- Kurang penjagaan Kebersihan alat sulit
- Jangkitan Human Immunodeficiciency Virus (HIV). Wanita yang dijangkiti dengan HIV berisiko untuk mendapat kanser serviks atau kanser pangkal rahim.
- Herpes. Wanita yang mendapat jangkitan virus herpes pada bahagian kemaluan berisiko tinggi mendapat kanser serviks atau kanser pangkal rahim
- Ubatan. Anak perempuan kepada ibu yang mengambil ubat Diethylstilboestrol (DES) semasa hamil untuk mengelakkan keguguran kandungan berisiko mendapat kanser serviks atau kanser pangkal rahim.
- Merokok meningkatkan risiko kanser serviks atau kanser pangkal rahim sebanyak empat kali ganda.
Bagaimana Cara Untuk Mengesan Kanser Serviks?
- Ujian Pap Smear
Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan serviks dan menghantar ke makmal . Ujian ini akan mengesan sebarang ketidaknormalan pada serviks seperti sel pra-barah. Digalakkan untuk mengambil ujian ini setiap tahun untuk mengesan kanser peringkat awal. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.
- Ujian HPV
Ujian ini boleh mengesan kuman HPV yang specific terhadap kanser serviks seperti strain 16 dan 18, iaitu menyebabkan utama kanser pangkal rahim.
- Colposcopy
Doktor akan menggunakan mikroskop yang khas untuk memeriksa pangkal rahim anda untuk sebarang ketidaknormalan. Sekiranya ada, sedikit biopsi akan diambil dan dihantar ke makmal.
- Biopsi
Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop. Hanya dengan cara diagnosa dapat dibuat dengan tepat. Semasa prosedur, doktor mengambil sedikit sampel tisu dan dihantar ke makmal untuk analisa.
- Proctosigmoidoscopy
Pesakit diberi ubat pelali/ bius sebelum prosedur dilakukan. Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesan samada barah telah merebak ke organ lain dalam abdomen.
- Imbasan Computed Tomography (CT atau CAT)
Imbasan CT membentuk gambar tiga dimensi dalam badan dengan menggunakan sinar-X
- Magnetic Resonance Imaging
Ujian ini sama dengan imbasan CT tetapi ia menggunakan kuasa magnet bukannya sinar-X untuk membentuk imej bersiri yang jelas dan lengkap
Rawatan Untuk Kanser Serviks
Rawatan Kanser Serviks bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan, tahap rebakkan barah dan tahap kesihatan wanita tersebut. Rawatan utama untuk barah adalah pembedahan, terapi radiasi dan kemoterapi.
- Pembedahan
Dalam pembedahan, doktor membuang barah tisu. Untuk barah pangkal rahim yang tidak merebak melepasi pangkal rahim, prosedur ini kerap digunakan:
- Conization menggunakan teknik yang serupa seperti cone biopsy untuk membuang tisu yang luar biasa. Ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive Kanser Serviks
- LEEP menggunakan elektrik melalui cangkuk dawai yang halus. Tisu dibuang menggunakan cangkuk, ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive Kanser Serviks.
- Hysterectomy – pembedahan untuk membuang rahim dan pangkal rahim. Hysterectomy boleh jadi simple hysterectomy, di mana pembuangan rahim dan pangkal rahim atau radical hysterectomy yang mana pembedahan melibatkan pembuangan rahim, pangkal rahim, bahagian atas faraj dan tisu di sekeliling pangkal rahim. Radical hysterectomy turut termasuk pembuangan kelenjar di pelvis. Jika perlu, bilateral salpingo-oophorectomy (pembuangan kedua-dua salor falopian dan kedua-dua ovari) dilakukan pada masa yang sama.
- Radioterapi
Menggunakan radiasi untuk memusnahkan sel barah. Radioterapi mungkin disarankan sekiranya pesakit tidak sesuai untuk pembedahan. Ia mungkin juga untuk ketumbuhan yang telah merebak ke dalam tisu sekeliling pangkal rahim yang menyukarkannya untuk dibedah. Radioterapi mungkin juga digunakan selepas pembedahan atau digabung dengan kemoterapi. Kesan sampingan daripada terapi radiasi bergantung kepada dos dan bahagian badan yang dirawat. Kesan sampingan yang kerap terjadi termasuk letih dan lesu, reaksi pada kulit (kering atau kemerahan pada kawasan rawatan radiasi), hilang selera makan, loya, muntah, ketidakselesaan semasa buang air kecil dan cirit birit. Antara kesan sampingan radiasi terapi dalaman (internal radiation therapy) adalah termasuk sakit perut dan usus tersumbat. Kebanyakan kesan sampingan akan hilang selepas rawatan tamat.
- Kimoterapi
Rawatan barah menggunakan ubat anti-barah. Tujuannya adalah untuk membunuh sel barah dengan menghalang sel barah daripada bertambah. Kesan sampingan yang kerap berlaku loya dan muntah, hilang selera makan, cirit birit, letih lesu, bilangan sel darah rendah, perdarahan atau lebam selepas luka kecil atau cedera, kebas dan rasa mencucuk-cucuk di tangan atau kaki, sakit kepala, rambut gugur dan kehitaman pada kulit dan kuku. Kesan sampingan selalunya hilang selepas rawatan lengkap.
- Rawatan paliatif
Rawatan mengurangkan sakit dan gejala penyakit yang lain. Penjagaan paliatif boleh di perolehi oleh semua pesakit barah yang mengalami kesakitan dan tekanan tanpa mengira tahap rawatan. Ia amat penting bagi penghidap barah di peringkat akhir yang mengharapkan kehidupan yang selesa tanpa kesakitan dan tekanan.
- Vaksin HPV (Human Papillomavirus)
Vaksin ini boleh mengurangkan risiko mendapat kanser pangkal rahim sehingga 70%. Ada 2 jenis vaksin pada masa ini, iaitu Gardasil dan Cervarix. Vaksin ini menghalang seseorang wanita itu dari dijangkiti kuman HPV iaitu penyebab utama kanser pangkal rahim. Walau bagaimanapun, vaksin ini tidak berkesan untuk wanita yang telah dijangkiti virus ini. Sebaiknya vaksin ini di beri ke wanita remaja dari umur 13 tahun atau wanita yang belum pernah mengadakan hubungan seks. Ia kurang berkesan untuk wanita yang berumur lebuh dari 26 tahun.
Pada tahun 2014, kanser telah mengambil alih penyakit jantung sebagai penyakit pembunuh no 1 di Malaysia. Dan kanser masih salah satu dari 5 penyebab utama kematian di Malaysia.
Kekal Sihat Dengan Pelan Perlindungan AXA 200 Cancercare by Policystreet
Perkembangan bidang perubatan masa kini membawa berita yang baik di mana peluang anda untuk pulih sepenuhnya daripada kanser adalah lebih tinggi berbanding sebelumnya.
Ini kerana pengesanan kanser pada peringkat awal boleh menyelamatkan nyawa dan fakta menunjukkan 95% kanser boleh sembuh jika dikesan dan dirawat pada peringkat awal.
Manfaat Pelan Perlindungan AXA 200 Cancercare by Policystreet
Jadi Pelan Perlindungan Kanser telah dicipta bagi mempersiapkan kita dari segi kewangan sekiranya perkara berkait penyakit kanser berlaku. Antara manfaat yang disediakan di dalam pelan ini adalah:
- Manfaat untuk Rawatan Terapi
Sekiranya orang yang membayar insurans tersebut di diagnos dengan kanser, mereka akan menerima bayaran insurans minimum RM30K.
- Manfaat Untuk Sembuh
Orang yang membayar insurans juga akan menerima bayaran insurans secara tahunan yang berjumlah minimum RM6K setahun selama 5 tahun.
- Pendapat Perubatan Kedua
Apabila anda mendapat pendapat untuk terapi atau pembedahan yang pertama daripada seorang doktor, insurans ini menyediakan pendapat kedua dari doktor panel secara percuma.
- Manfaat untuk Penama
Sekiranya orang yang membayar insurans meninggal sebelum didiagnos dengan kanser, penama akan menerima bayaran insurans minimum RM1K.
- Servis Penjaga
Orang yang membayar insurans boleh menghubungi AXA untuk mendapatkan penjagaan dari jururawat, perubatan, ataupun pembuatan rambut palsu.
- Baucer Pemeriksaan Kesihatan
Anda akan menerima baucer pemeriksaan kesihatan bernilai RM599 dengan setiap pembelian pakej AXA 200 Cancer Care.
Dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic Untuk Merawat Kanser Serviks dan RM30 Starbucks Gift Card Bagi Setiap Pembelian
Serviks atau pangkal rahim merupakan kanser kedua utama selepas kanser payudara. Serviks juga merupakan organ reproduksi wanita yang terletak di bawah uterus (rahim) yang memanjang ke dalam vagina. Serviks mempunyai beberapa fungsi yang penting seperti menghasilkan kelembapan yang membantu melincirkan vagina, menghasilkan mukus yang membantu sperma bergerak ke arah tiub-tiub fallopio, serta menyokong bayi yang sedang berkembang di dalam uterus semasa kehamilan. Kanser serviks terjadi apabila berlaku pembahagian sel yang tidak normal pada organ reproduksi ini.
Perkembangan bidang perubatan masa kini membawa berita yang baik di mana peluang anda untuk pulih sepenuhnya daripada kanser adalah lebih tinggi berbanding sebelumnya. Ini kerana pengesanan kanser pada peringkat awal boleh menyelamatkan nyawa dan fakta menunjukkan 95% kanser boleh sembuh jika dikesan dan dirawat pada peringkat awal.
Oleh itu, dapatkan medical card terbaik dari AXA eMedic di laman web kami di PolicyStreet.com. Kami menawarkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic Untuk Merawat Kanser Serviks dan RM50 Rebat Bagi Setiap Pembelian pada harga serendah RM 32/sebulan dan segalannya lebih mudah dan pantas di ;