Negara matahari terbit ini selamat, cantik, bersih, mempunyai makanan yang hebat, terkenal dengan budaya dan sejarah yang banyak. Tetapi, seperti mana-mana tempat, anda akan menikmati percutian dan mempunyai pengalaman yang lebih baik jika anda tahu tentang adat tempatan, peraturan-peraturan yang ramai tidak tahu sebelum anda pergi ke Jepun. Jangan bimbang kerana sayu pun baru tahu tentang keadaan-keadaan tersebut.
Sebut saja Jepun, kebanyakan dari kita akan memikirkan tentang bunga ceri yang cantik dan juga gunung Fuji yang indah. Tetapi disebalik semua keindahan ini, pastinya terselit budaya yang unik dan mempesona. Terdapat banyak perkara untuk diterokai mengenai kebiasaan dan kebudayaan Jepun. Tahukah anda bahawa Jepun sangat terkenal dengan amalan-amalan yang unik dan kadang kala anda tidak boleh berfikir secara logik akal. Terdapat beberapa adat yang diamalkan di negara matahari terbit itu yang ramai tidak tahu kerana ianya tidak begitu biasa didengari dalam kalangan masyarakat kita di sini seperti di bawah.
1. Bercakap Secara Perlahan
Ramai yang tahu bahawa masyarakat Jepun sangat berbudi bahasa. Jika kita lihat di kaca-kaca televisyen, kita dapat lihat bagaimana cara mereka bertutur dan berkomunikasi antara satu sama lain. Ianya agak berbeza dengan kita di Malaysia. Jika berada di tempat awam, mereka akan merendahkan suara mereka. Ianya ditakuti akan mengganggu ketenteraman dan privasi orang sekeliling. Anda juga perlu lebih berhati-hati untuk tidak mengganggu orang lain. Saya pasti, anda akan mendapat renungan dari masyarakat di sana sekiranya berbuat bising. Jaga adab ye kalau anda tidak mahu terlihat janggal dan diangggap sebagai ‘rude’.
2. Budaya Menghormati Waktu
Rasa-rasanya ini adalah perkara umum yang kita semua sedia maklum. Masyarakat Jepun sangat mementingkan waktu. Anda boleh melihat jadual perjalanan pengangkutan awam di Jepun yang sangat menepati waktu. Jauh benar perbezaannya jika dibandinglan dengan perjalanan pengangkutan awam di Malaysia sehingga ke tahap jika anda terlewat seminit, anda pasti sudah ketinggalan.
3. Bersin Di Tempat Awam
Masyarakat Jepun sememangnya terkenal dengan budaya menjaga kebersihan yang sangat tinggi. Kalau anda nak tahu, bersin di khalayak ramai juga dianggap sangat tidak sopan kerana ianya umpama sesuatu perbuatan yang kotor dan menjijikkan. Tahu-tahulah sendiri yang bersin ni adalah sebahagian dari membuang penyakit. Mungkin sebab itu mereka menganggap ianya kotor. Mereka mungkin takuut dijangkiti. Oleh itu, jika anda masih mahu bersin, cuba tahan atau bersin di tempat yang agak sunyi dan bukan di kawasan yang ramai orang. Adalah disarankan untuk anda memakai topeng muka yang masyarakat Jepun selalu guna apabila tidak sihat.
4. Tunduk Hormat
Masyarakat di negara timur seperti Korea dan Jepun sangat dikenali dengan budaya bow atau tunduk separuh. Amalan bow ini digunakan sebagai tanda hormat dan menyapa orang ketika bertemu dengan seseorang. Anda hanya perlu tunduk sedikit kepala bersama badan dan orang yang disapa juga akan melakukan hal yang serupa. Ianya seperti membalas salam. Tapi ingat, jangan melebih-lebih pulak, kerana mereka hanya menunduk sedikit ke bawah dan jika anda melebih-lebih, ianya pasti kelihatan pelik dan sangat janggal.
5. Kemas Barang-Barang Atas Meja Selepas Makan
Budaya mengemas dikedai-kedai atau direstoran sudah menjadi kebiasaan masyarakat di Jepun. Mereka sangat ringan tulang. Amalan seperti ini sangat rare bagi masyarakat di Malaysia. Lebih-lebih lagi jika di restoran fast food. Jika anda di Malaysia, anda boleh lihat segala benda seperti pinggan, gelas, plastik mahupun kotak, semuanya ditinggalkan bersepah di atas meja. Sisa dibiarkan untuk dikemas oleh pekerja di situ. Namun jika di Jepun, semua orang perlu mengemas meja mereka sendiri. Ini secara tidak langsung menolong memudahkan kerja-kerja atau tugasan pekerja di restoran tersebut.
6. Etika Tandas
Pernah ke anda berpuas hati dengan kebersihan tandas awam selain dari di rumah? Susah bukan untuk melihat tandas yang begitu bersih. Tapi jika anda di Jepun, jangan hairan kerana tandas mereka merupakan tandas paling bersih di dunia. Sehinggakan anda boleh tidur di tandas ini. Sampai begitu sekali mereka menjaga kebersihan tandas di Jepun. Sekiranya anda melancong ke Jepun, tolong pastikan anda menggunakannya sebaik-baiknya. Jangan terbawa-bawa dengan imej Malaysia yang tidak senonoh tu.
7. Dilarang Bercakap Di Dalam Kereta Api
Iya, jangan sesekali anda menjawab panggilan telefon semasa menaiki subway. Jika anda ingin berbual dengan seseorang, sila lakukannya secara senyap dan perlahan. Walaupun anda boleh melihat banyak penduduk setempat menaiki pengangkutan awam seperti kereta api bawah tanah, kereta api atau bas, anda akan melihat mereka sibuk dengan rutin harian masing-masing seperti menghantar mesej, melayari internet, bermain permainan atau mendengar muzik. Namun, tidak sesekali menjawab panggilan telefon. Semasa dalam Subway, anda akan mendengar arahan peraturan penggunaan telefon bimbit sejurus selepas pintu ditutup. Jadi, ingat pesanan ini.
8. Tidak Dedahkan Bahagian Dada
Jepun merupakan salah satu negara yang sangat menjaga kesopanan. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya mereka tidak mendedahkan bahagian atas dada sehingga menampakkan belahan dada. Masyarakat di Jepun tidak selesa dikelilingi dengan bahagian dada yang terdedah di mana-mana. Jika anda ingin berlagak seksi di Jepun, anda boleh mendedahkan bahagian leher atau bahagian kaki. Walaupun skirt yang anda pakai sangat pendek, ianya dianggap biasa.
9. Sila Tanggalkan Kasut Di Dalam Rumah
Berkaki ayam dianggap sangat kotor. Kebanyakan tempat di negara Jepun menyuruh anda menanggalkan kasut tetapi hanya dengan syarat anda memakai stoking kaki (nylon dibenarkan). Jangan sampai anda tidak dapat melawat ke teahouse atau istana hanya kerana tidak memakai stoking. Sangat rugi untuk ke sana jika tidak boleh melawat ke tempat istimewa ini. Walaupun anda berkasut dan tidak memakai stoking, anda perlu membawanya bersama-sama dan simpan di dalam beg.
10. Tong Sampah
Bilangan tong sampah sangat sedikit dan jarak diantara satu-satu tong sampah sangat jauh. Masyarakat di sana tidak mengamalkan perlakuan makan dan minum sambil berjalan seperti yang kita bisa lakukan di Malaysia dan negara-negara lain. Disebabkan itu, mereka tidak terdapat banyak sampah di dalam tong sampah dan tidak pernah melimpah. Bahkan, kebanyakan tandas awam tidak memilikinya kerana mereka tidak mempunyai tuala kertas. Jika anda ingin mencari tong sampah, cari mesin layan diri di tepi-tepi jalan atau di antara kiosk di stesen subway. Disini, anda akan menemui pelbagai jenis tong sampah yang disediakan seperti botol plastik ringan yang boleh dibakar.
11. Letak Chopstick Ke Arah Timur ke Barat
Jepun merupakan negara yang menggunakan chopstick untuk makan. Dan bagi kita di Malaysia terutamanya kaum India dan Melayu, kita sudah terbiasa untuk makan menggunakan tangan dan juga sudu dan garfu. Namun, jika anda berada di Jepun, pasti anda ingin mencuba menggunakan chopstik untuk menikmati makanan di sana. Tetapi, ada satu perkara yang ramai orang selalu terlepas pandang. Cara dan arah anda merehatkan chopstik adalah sangat penting. Kerana ia boleh membawa pelbagai maksud yang sangat berbeza yang anda tidak tahu. Rehatkan chopstick dari arah Timur ke Barat kerana jika anda meletakkannya di arah bertentangan, ianya selalu dilakukan semasa upacara pengebumian.
12. Jubah Diletakkan Pada flap kiri atas kepak sebelah kanan.
Apabila anda menginap di hotel, terutamanya di bandar-bandar kecil, anda akan disediakan jubah Yukata. Yukata ialah jubah luar yang dipakai untuk makan malam atau mandi air panas di Onsen. Ia mesti dilipat di atas dada kiri anda dengan betul kerana jika anda melipat cara sebaliknya, ianya sama dengan cara yang dipakai untuk orang mati. Sekiranya anda salah, orang akan membetulkannya untuk anda. Jika anda melakukannya dengan cara yang salah, akan ada sesiapa sahaja yang membetulkan Yukata yang anda pakai tersebut.
Konklusi
Sebenarnya masih banyak lagi adab dan tingkah laku masyarakat di Jepun yang ramai orang tidak tahu seperti jangan membalut hadiah dengan pembalut kertas putih kerana ianya simbol kematian dan banyak lagi. Oleh itu, anda perlu memastikan membuat research dan sedikit pembacaan untuk memahami sedikit sebanyak cara hidup masyarakat di Jepun dan tidak membuat sebarang masalah. Anda juga perlu memastikan anda mempunyai perlindungan perjalanan untuk melindungi jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Anda pasti merasakan kelainan dengan adanya Insurans perjalanan ini. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web PolicyStreet di sini.