Kutu kucing adalah parasit jenis serangga yang tidak bersayap. Cara makannya ialah menghisap darah. Sebenarnya ada empat tahap kitaran kehidupan kutu. Jika anda mempertimbangkan kesemua empat tahap kitaran kehidupan kutu, kutu dewasa merupakan hanya sekitar 5% dari seluruh populasi kutu.
Empat Tahap Kitaran Hidup Kutu Kucing
- Telur Kutu
Telur kutu adalah seperti mutiara putih dan sekitar 1 / 32 “(1/2mm) panjangnya. Mereka terlalu kecil untuk dilihat tanpa kanta pembesar. Kutu meninggalkan telurnya di kucing, tapi telur kutu tidak melekat pada bulu kucing Sebaliknya, mereka jatuh ke kawasan persekitaran kucing anda.
- Larva
Telur-telur yang menetas menjadi larva dalam 1 hingga 10 hari, bergantung pada suhu dan kelembapan. Kelembapan dan suhu yang tinggi menyokong penetasan telur dengan cepat. Larva adalah berbentuk ramping ianya sekitar 1 / 8 ” – 1 / 4”(2 hingga 5mm ) panjang. Mereka memakan kotoran organik yang ditemui di persekitaran mereka dan pada kotoran kutu dewasa, yang mana ini penting untuk kejayaan pembiakan keturunan kutu di masa hadapan. Mereka mengelakkan dari terkena pancaran sinaran matahari secara langsung dan aktif bergerak jauh ke dalam serat karpet atau di bawah puing-puing(debris) organik (rumput, cabang kayu, daun atau tanah). Mereka tinggal selama 5 hingga 11 hari sebelum menjadi kepompong.
Kelembapan sangat penting di dalam meneruskan kehidupan sang kutu. Larva kutu boleh mati akibat kawasan yang kering/terdedah kepada sinaran matahari secara langsung. Oleh kerana itu, tidak mungkin kutu dapat bertahan dan membiak di kawasan terbuka yang kering dan terdedah kepada sinaran matahari secara langsung.
Di kawasan yang terbuka larva hanya terjadi di mana tanah yang terlindung dari sinaran cahaya matahari dan lembap, dan juga di badan haiwan kesayangan anda. Kutu menghabiskan banyak masa hidup dan membiak lama di badan kucing anda dan ini membolehkan telur kutu jatuh dan tersimpan di dalam persekitaran kucing dan anda sekeluarga. Manakala di dalam kawasan rumah atau tempat dilindungi cahaya matahari (indoor), larva dapat bertahan dan membesar dengan selamat di bawah karpet atau di celah antara lantai kayu keras. Mereka juga berkembang biak dalam iklim lembap.
- Kepompong
Setelah pembentukan larva sempurna, larva dewasa menghasilkan kepompong sutra. Tahap kitaran kehidupan seterusnya adalah penghasilan kepompong. Kepompong ini lembap dan mudah melekat. Kepompong ini dengan cepatnya membentuk lapisan dari puing-puing dari kawasan sekelilingnya. Lapisan-lapisan ini berfungsi atau bertindak sebagai samaran kepada kepompong ini. Dalam suhu yang hangat dan keadaan lembap, kepompong menjadi kutu dewasa dalam 5-10 hari. Namun, kutu dewasa tidak muncul dari kepompong ini, kecuali dirangsang oleh tekanan fizikal, karbon dioksida, atau haba panas.
- Kutu Dewasa
Setelah dirangsang kutu pra dewasa pun muncul dari permukaan kepompong itu. kutu pra dewasa dapat bertahan hingga 140 hari dalam kepompong. Selama waktu ini, mereka dapat bertahan terhadap racun serangga yang disemburkan pada kawasan persekitaran sang kutu. Oleh itu, kutu dewasa dapat terus muncul ke persekitarannya hingga 3 minggu selepas aplikasi semburan racun serangga.
Ketika kutu dewasa muncul dari kepompong, mereka akan mencari tuan rumah kerana ia harus menghisap darah dalam masa beberapa hari untuk hidup. Mereka amat tertarik pada manusia dan kucing anda dan haiwan liar seperti anjing, tupai dan sebagainya. Suhu tubuh yang panas, gerakan, dan menghembus nafas karbon dioksida oleh manusia dan haiwan-haiwan ia umpama bertemu cahaya kehidupan. Ini bererti bahawa ia berpindah ke permukaan karpet sehingga dapat menemukan sebuah perumah sementara yang sempurna untuk meneruskan semula kitaran hidup sang kutu.
Setelah makan darah pertama, kutu betina mulai pengeluaran telur dalam masa 36 hingga 48 jam. pengeluaran telur boleh terus selama 100 hari, yang bermakna bahawa kutu tunggal dapat menghasilkan ribuan telur.
Bagi mereka yang punya alahan, kesan gigitan ini boleh mendatangkan kesan yang buruk. Oleh itu amat penting untuk kita tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah kutu kucing ini.
11 Rawatan Menghindarkan Kutu Kucing Yang Anda Boleh Buat
Bagaimana untuk menghilangkan kutu kucing atau bagaimana untuk membersihkan kutu pada bulu kucing? Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menghilangkan kutu kucing dengan mudah:
- Minyak telon
Minyak telon ternyata sangat berkesan untuk menghilangkan kutu kucing dengan mudah iaitu dengan hanya sapu minyak tersebut ke badan kucing anda.
- Memakai syampu khas
Mandikan kucing anda menggunakan syampu kutu dan sikat kucing anda menggunakan sikat kutu selepas anda mengeringkan bulu kucing. Ini kerana kebanyakan syampu kutu hanya mempengsankan kutu dan tidak membunuh kutu jadi anda perlu membuang kutu tersebut menggunakan sikat kutu.
- Cuka Epal
Anda boleh spray cuka epal atau mandikan kucing anda dengan cuka epal. Bahan-bahan yang diperlukan adalah Botol Spray, Beberapa cawan cuka epal dan Syampu kucing yang biasa.\
Caranya sangat mudah iaitu Masukkan cuka epal ke botol spray dan spray ke bulu kucing atau anda boleh campurkan cuka epal bersama syampu kucing dan mandikan kucing anda menggunakan campuran syampu tersebut. Jika anda spray cuka epal terus ke kucing anda, biarkan ia 5 minit sebelum mandikannya dan sikat menggunakan sikat kutu.
- Sikat bulu kucing
Gunakan sikat kutu bersama air lemon untuk kesan yang lebih efektif. Bahan-bahan yang diperlukan ialah Sikat kutu kucing yang bagus, 2-3 biji lemon, 3 cawan air, Botol spray dan Periuk.
Cara – caranya pula adalah tuangkan 3 cawan air ke dalam periuk dan masukkan bersama 3 biji lemon yang dihiris-hiris. Didihkan ia dan alihkan dari api dan biarkan lemon terendam selama 3 jam. Selepas itu, tapiskan lebihan – lebihan lemon dan masukkan air rendaman tadi ke botol spray. Kemudian bolehlah anda spray ke bulu kucing sambil menyikat bulu dengan menggunakan sikat kutu. Atau dengan cara lain, anda boleh rendamkan sikat kutu dalam air lemon tadi sebelum menyikat bulu kucing. Lakukan proses ini 2 kali sehari. Anda juga boleh spraykan ke bedding kucing. Bau lemon yang kuat sangat tidak disukai kutu dan ini dapat mengurangkan kehadiran kutu.
- Memakai jus lidah buaya
Jus lidah buaya adalah salah satu ubat kutu kucing secara semula jadi dan berkesan. Kaedah ini sememangnya salah satu cara yang anda perlu lakukan untuk menghalau kutu kucing.
Caranya ialah campurkan Jus lidah buaya dengan sedikit cili dan kemudian dimasukkan ke dalam botol semburan sebagai semburan anti kutu kucing.
- Memakai garam
Anda boleh gunakan air bergaram dan spray di sekitar rumah anda atau kawasan kucing anda. Hal ini mungkin akan menyebabkan lantai ada melekit jadi untuk beberapa lama anda bolehlah mop semula lantai anda dengan air biasa.
- Hadkan aktiviti di luar rumah
Sekiranya kucing anda berani keluar dari kawasan rumah anda, kemungkinan kucing anda akan dijangkiti kutu dari kucing – kucing liar. Anda boleh menghadkan pelepasan kucing, tentu saja, dengan menutup pintu rumah dan menutup lubang di mana kucing boleh melarikan diri.
- Jaga Kebersihan
Sentiasa pastikan kediaman atau tempat tidur kucing anda dalam keadaan bersih. Cuci kain, selimut, alas dan sebagainya yang biasa digunakan oleh kucing anda. Cuci dengan air panas, dan tambahkan secawan cuka di dalamnya bagi membunuh kutu dan telur yang mungkin tertinggal.
- Guna Lemon
Ambil secerek air panas mendidih dan masukkan setengah biji buah lemon ke dalamnya. Tutup cerek, dan biarkan sejuk dan lemon tersebut larut sepenuhnya.
Setelah itu, tuangkan larutan lemon ke dalam botol semburan dan semburlah pada kucing kesayangan anda pada setiap hari. Kutu dikatakan sangat alah dengan bau lemon ini.
- Minyak Kayu Putih
Khasiat minyak kayu putih juga berupaya untuk melindungi haiwan kesayangan anda daripada diserang kutu kucing dan parasit lain. Campurkan beberapa titis minyak kayu putih pada air mandiannya.
- Cuka
Sama seperti lemon, kucing juga tidak suka dengan bau masam cuka. Ini adalah antara cara terbaik menghapuskan kutu yang bersarang di bulu kucing kesayangan anda.
Campurkan setengah bahagian air dengan setengah bahagian cuka. Kemudian tuangkan larutan cuka tersebut ke dalam botol semburan dan semburlah pada kucing secara teratur.
Anda boleh mengambil polisi insurans ke atas nyawa atau kesihatan kucing anda. Sebagai ganjaran membayar premium tahunan, segala rawatan atau pembedahan yang dilakukan terhadap kucing anda akan dibayar oleh pihak insurans, tidak termasuk rawatan rutin seperti vaksin atau memandulkan kucing. Sesetengah syarikat insurans bagi haiwan ini akan memberi pampasan jika kucing anda mati akibat kemalangan, hilang, atau diculik.
Lindungi Haiwan Anda Dengan MSIG Take It Easy Pet Insurance by Policy Street
Insurans ini dijamin oleh MSIG, di mana ia adalah satu – satunya insurans untuk haiwan peliharaan anda yang berada di pasaran. Bermula dari hanya RM18/bulan, insurans haiwan peliharaan ini memberikan perlindungan untuk veterinar, bil ER, ubat – ubatan dan suntikan dan juga kos untuk pengebumian sekiranya haiwan peliharaan anda sakit, cedera ataupun meninggal.
Ciri – Ciri MSIG Take It Easy Pet Insurance
- Dijamin oleh MSIG
- Bayaran Premium bermula RM18/sebulan
- Manfaat Perubatan Haiwan Peliharaan sehingga RM5K
- Manfaat kematian disebabkan oleh sakit dan juga kemalangan sehingga RM5K
- Manfaat pengebumian dan pembakaran sehingga RM1K
- Pengiklanan dan juga kos penyembuhan untuk haiwan peliharaan yang hilang sehingga RM1K
- Boleh didapati untuk anjung dan kucing yang mempunyai mikrocip yang berumur 12 minggu sehingga 9 tahun
Insurans ini tidak disediakan untuk haiwan yang larangan ataupun spesies yang diharamkan oleh kerajaan, orang awam, ataupun pihak berkuasa.
Kelebihan MSIG Take It Easy Pet Insurance
Kelebihan – kelebihan yang boleh didapati sekiranya anda mengambil MSIG Take It Easy Pet Insurance termasuklah;
- Manfaat Veterinar dan juga Pembedahan
Sekiranya haiwan peliharaan anda cedera ataupun sakit, insurans ini akan memberikan perlindungan kepada bil veterinar sehingga RM5K. Sekiranya terdapat pembedahan, ia akan melindungi kos selepas pembedahan sehingga 60 hari.
- Manfaat Kematian
Tuan kepada haiwan peliharaan yang mati akan menerima sehingga RM5K untuk mendapatkan haiwan peliharaan yang baru.
- Manfaat Untuk Pengebumian
Anda akan menerima sehingga RM1K untuk kos pengebumian ataupun pembakaran.
- Pengiklanan Untuk Haiwan Peliharaan Yang Hilang
Anda akan menerima bayaran sehingga RM1K untuk mengiklankan haiwan peliharaan anda yang hilang dan juga untuk membayar ganjaran kepada orang yang menemui haiwan anda.
- Asrama Untuk Haiwan Peliharaan Anda
Apabila tuan haiwan peliharaan tersebut dimasukkan ke hospital lebih dari tiga hari, haiwan peliharaan anda akan dimasukkan ke asrama dan dibayar sehingga RM 2.5K.
- Liabiliti Pihak Ketiga
Apabila haiwan peliharaan anda melakukan kecederaan kepada orang lain ataupun merosakkan harta benda mereka, insurans ini akan memberikan perlindungan sehingga RM100K.
Lindungi Haiwan Kesayangan Anda Dengan MSIG Take It Easy Pet Insurance by Policy Street
Haiwan merupakan binatang yang penting dalam hidup anda dan anda harus menjaga mereka daripada kejadian yang tidak dijangka. Jelas sekali, insurans dapat melindungi haiwan anda berikutan kejadian yang tidak diingini. Anda boleh menekan link di bawah untuk mendapatkan insurans Policy Street bagi melindungi haiwan kesayangan anda,
LINK PERLINDUNGAN INSURANS UNTUK HAIWAN KESAYANGAN ANDA:
Anda boleh dapatkan insurans Terbaik untuk kucing anda dengan 25% diskaun harga dan RM10 rebat bagi setiap pembelian pada harga serendah RM 14/sebulan dan segalanya lebih mudah dan pantas. Klik pautan di