• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Instantly Compare Car Insurance Here!
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
  • Insurance
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

PolicyStreet / 27/01/2021

Memiliki kucing sebagai haiwan peliharaan membuat Anda harus lebih berhati – hati dalam memilih makanan dan susu untuk kucing. Hal ini kerana tidak semua makanan kucing yang dijual di pasaran memiliki kualiti yang baik. Anda harus memilih produk yang berkualiti dan sudah terbukti menjadi yang terlaris di pasaran. 

  • Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda
  • Makanan Kucing Terbaik Untuk Menggemukkan Kucing Anda
  • Makanan Kucing Terbaik Untuk Menguatkan Gigi Kucing Anda
  • Makanan Kucing Terbaik Untuk Anak Kucing Anda

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Berikut adalah senarai makanan kucing yang terbaik di Malaysia.

  • Greens

Makanan Kucing Greens Untuk Bulu Kucing

Greens menghasilkan makanan kucing Super Premium untuk semua peringkat umur kucing yang digubal untuk memenuhi tahap pemakanan kucing yang mengandungi nutrien AAFCO. Makanan kucing Greens membekalkan nutrien berkualiti tinggi untuk kesihatan dan makanan kucing Greens juga mesra alam sekitar. Makanan kucing jenama Green juga mengandungi Taurine untuk menjaga kesihatan jantung dan penglihatan kucing. Ia kaya dengan asid linoleik dan Omega 3 & 6 untuk bulu dan kulit kucing kesayangan anda. Makanan kucing jenama Greens juga ada formula Yucca untuk mengurangkan bau najis kucing di samping mengawal PH air kencing kucing.

  • Royal Canin

Makanan Kucing Royal Canin Untuk Bulu Kucing

Royal canin antara makanan kucing yang paling popular. Ia kaya dengan kandungan protein. Produk makanan kucing Royal Canin dibuat khusus untuk memastikan kucing anda mempunyai diet yang seimbang dan kaya dengan kandungan protein. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan selera makan kucing anda. Dengan formula khas untuk mencetuskan bukan sahaja deria bau tetapi deria rasa kucing. Makan royal canin dibungkus dengan pokongan daging aromatic dalam kuah yang mejadikannya lebih menarik untuk kucing yang cerewet. Kandungan ini akan menarik perhatian kucing anda untuk makan. Royal Canin juga dapat meningkatkan pengekalan air dan penghidratan. Kucing secara semula jadi mempunyai tahap minum air yang rendah dan sering lupa untuk minum air yang mencukupi. Makanan jenis bbasah yang dibungkus dengan kandungan air yang tinggi akan meningkatkan tahap pengambilan air kucing anda. Ini akan membawa kepada sistem urinari yang sihat.

  • Power Cat

Makanan Kucing Power Cat Untuk Bulu Kucing

Makanan kucing keluaran bumiputera ini menggunakan bahan – bahan mentah yang terpilih, berkualiti , terbaik dan ianya sungguh lazat. Ia mengandungi sebanyak 32% kandunagan protein bagi memberikan kebaikkan kepada kesihatan kucing. Makanan kucing power cat didatangkan di dalam dua perisa ikan laut segar dan tuna segar.

  • Pro Diet

Makanan Kucing Pro Diet Untuk Bulu Kucing

Produk makanan kucing Pro Diet dilancarkan di MALAYSIA pada tahun 2007. Makanan Kucing Jenama Pro Diet mempunyai Fibre, Vitamin, Mineral, Fatty Acid Dan Protein yang mana di perlukan Oleh kucing kesayangan Kita. Diperbuat dari Ikan Segar, tiada bahan pengawet, mengadungi omega 3 untuk penglihatan dan kepekaan yang lebih baik.

  • Mia Michel

Makanan Kucing Mia Michel Untuk Bulu Kucing

Mia Michel diperbuat daripada bahan-bahan bermutu tinggi terpilih yang dirumus khas utuk kucing. Pemberian makanan kucing Mia Michel secara berterusan akan memberi khasiat seimbang dan sempuma agar kucing anda mencapai tumbesaran yang sihat. Norway dikenali sebagai kawasan pembiakan yang boleh ditemui disepanjang persisiran pantai. Ia juga terkenali dengan kawasan perairan yang sejuk dan jernih. Dengan perairan yang begini, Norway menawarkan kualiti yang premium bagi makanan berperisa makanan laut. Antara makanan laut Norway ialah Salmon, dimana ia sangat berkhasiat dan mempunyai kepekatan protein yang tinggi, asid lemak omega 3 serta vitamin D amat sesuai dengan kucing kesayangan anda.

  • Misha

Makanan Kucing Misha Untuk Bulu Kucing

Misha makanan Kucing dirumus khas untuk semua jenis kucing. Misha makanan kucing mengandungi khasiat nutrisi yang seimbang bagi tumbesaran dan tenaga sepanjang hari. Sesuai untuk semua jenis kucing, Membantu mengekalkan berat badan ideal, Mineral dan vitamin yang seimbang, Pemakanan lengkap dan seimbang, Kepuasan selera makan, mengandungi Omega 3 & 6 dan Menyokong fungsi kulit yang sihat.

  • Mcbeal

Makanan Kucing Mcbeal Untuk Bulu Kucing

Makanan Kucing Malaysia yang berlazat dengan kandungan vitamin dan mineral yang seimbang untuk semua jenis kucing dewasa. Kaya dengan Omega 3 & 6 untuk kulit dan bulu yang cantik disamping meningkatkan sistem imunisasi. Brand product ini dibuat daripada Mypetshop kilang local Malaysia. Product-product dalam harga yang murah dan ingredients berkualiti.

  • Whiskas

Makanan Kucing whiskas Untuk Bulu Kucing

Whiskas makanan kucing yang lengkap dan seimbang, direka khas untuk memenuhi keperluan kucing anda pada setiap peringkat usia. Pada usia 12 bulan, anak kucing anda menjadi dewasa, dan memerlukan keperluan nutrisi yang berbeza. Kucing berumur 1-6 memerlukan banyak masa bermain dan diet yang seimbang untuk membantu mereka sihat. Kucing adalah karnivor jadi kucing memerlukan protein dua kali lebih banyak daripada kita. Mereka juga memerlukan 41 nutrien penting untuk kesihatan yang optimum. Whiskas memahami keperluan pemakanan kucing, dan setiap produk direka khas untuk menjadi lengkap dan seimbang. Kedua-dua makanan kering dan basah Whiskas lengkap dan seimbang untuk keperluan pemakanan kucing anda.

Walau bagaimanapun untuk kebaikan optimum, kami menggalakkan anda memberikan makanan kering dan basah kepada kucing anda. Makanan basah mengandungi air untuk memastikan saluran kencing yang sihat, dan mempunyai kalori yang lebih sedikit. Bentuk kibble unik makanan kering Whiskas membantu membersihkan gigi dan gusi, memastikan kesihatan mulut kucing anda. Kucing anda pasti akan memuja pelbagai dalam tekstur dan rasa yang anda berikan kepadanya. Whiskas memahami keperluan semula jadi dan kehendak kucing pada peringkat kehidupan yang berbeza. Setiap produk disokong oleh pengetahuan dan penyelidikan yang luas untuk memastikan kucing anda tumbuh dengan gembira dan sihat. Whiskas makanan kucing telah direka dan diuji oleh WALTHAM, UK, salah satu institusi terkemuka di dunia dalam makanan haiwan kesayangan dan penjagaan haiwan kesayangan.

  • Friskies

Makanan Kucing Friskies Untuk Bulu Kucing

Dengan rasa lazat tuna, salmon, ikan mas, kepiting dan udang, ia mengandungi protein, asid lemak penting, Omega 3 & 6, antioksidan dan Vitamin A untuk mengekalkan otot-otot tanpa lemak dan menyokong kulit dan otot yang sihat. Ia juga dirumuskan secara khusus untuk penglihatan yang jelas dan kekebalan tubuh yang sihat supaya kucing anda dapat meneruskan hari dengan gembira!

Kuantiti yang ditunjukkan dalam jadual makan menunjukkan jumlah untuk anda memberi kucing setiap hari. Kuantiti ini mungkin berbeza mengikut saiz, umur, baka dan tahap aktiviti. Perlu diingat, kucing mengandung dan menyusu mungkin memerlukan 2-4 kali jumlah makanan harian yang normal. Garis panduan pemakanan adalah purata dan keperluan kucing anda mungkin berbeza. Pemakanan perlu diselaraskan seperti yang diperlukan untuk mengekalkan keadaan badan yang ideal.

  • SmartHeart

Makanan Kucing SmartHeart Untuk Bulu Kucing

Makanan Kucing SmartHeart berkhasiat tinggi untuk kesihatan jantung dan otak Si Comel dengan fomulasi berkandungan Omega-3 & 6 yang setinggi 3 kali ganda!

  • Blackwood

Makanan Kucing Blackwood Untuk Bulu dan gemuk Kucing

Blackwood adalah yang paling murah berbanding yang lain. Walaupun murah, tetapi kualiti tetap setanding dengan yang lain. Kucing akan cepat gemuk dan membesar. Najis kucing kurang berbau dan keras malah senang untuk dicuci dan dibuang. Selain itu, Bulu si comel anda juga kurang gugur. Paling penting ia tidak mngandungi daging khinzir.

Makanan untuk menggemukkan kucing

Kucing gemuk selalunya seronok dipeluk dan kelihatan amat comel. Walaubagaimanapun, anda perlu berhati-hati apabila anda memberi makanan yang menggemukkan kucing. Seperti manusia, kucing juga boleh mendapat penyakit apabila berat badan mereka keterlaluan. Gaya pemakanan yang sihat juga penting untuk kucing. Berikut adalah senarai makanan yang boleh menggemukkan kucing anda

  • Feline Natural

Makanan Kucing Feline Natural Untuk Gemuk

Makanan kucing ini mempunyai kandungan protein dan lemak yang seimbang dalam produknya. Ramuan dalam makanan kucing ini terdiri daripada daging, sayuran dan campuran vitamin untuk memastikan pembesaran kucing anda dengan sihat.

  • MEOW Freeze Dried

Makanan Kucing Meow Freeze Dried Untuk Gemuk

Walaupun agak mahal, kandungan dan kualiti makanan kucing ini antara yang terbaik di pasaran. Bahan ramuan seperti daging ayam, hati ayam, ikan dan biji chia baik untuk kesihatan si comel yang tersayang. Keseimbangan ramuan dalam makanan ini juga memastikan yang bahagian makanan yang diberikan sesuai untuk kesihatan kucing anda.

  • Susu

Susu Untuk Gemuk Kucing

Jika kucing anda tiada masalah dengan susu, berikan susu kepada kucing anda. Walaupun susu bagus untuk menaikkan berat badan kucing anda, anda tetap perlu berwaspada. Jika anda risau tentang masalah obesiti untuk kucing anda, maka kurangkan kekerapan memberi susu kepadanya. Seelok-eloknya 2 kali sehari sahaja untuk memastikan kesihatan kucing anda terjaga

Makanan untuk menguatkan gigi kucing

Sumber makanan utama bagi kucing adalah daging, oleh itu, kucing mempunyai taring untuk menyenangkan mereka untuk mengunyah daging yang dimakan. Kerosakan gigi mereka boleh menghalang kucing anda mengunyah makanannya dengan baik. Maka, kesihatan gigi juga penting untuk haiwan-haiwan seperti kucing. Berikut adalah senarai makanan yang sesuai bagi kekuatan dan penjagaan gigi kucing anda. Perlu diingatkan bahawa ini adalah makanan tambahan dan snek, dan bukan makanan utama. Maka, elakkan dari memberi secara berlebihan:

  • Greenies Cat Dental Treats

Makanan Kucing Greenies Dentail Treats Untuk Gigi

Ramuan untuk makanan kucing ini boleh mengurangkan penghasilan tartar di gigi kucing anda dan memastikan giginya kekal sihat. Di samping itu, makanan ini juga boleh membaikkan bau nafas kucing anda supaya mulut mereka tidak berbau dan dipenuhi bakteria.

  • Whiskas Dentabites in Chicken and Salmon flavors

Makanan Kucing Whiskas Dentabites Untuk Gigi

Makanan ini boleh mengurangkan penghasilan tartar dan mencuci gigi mereka pada masa yang sama dan mengekalkan kesihatan gigi mereka dalam jangka masa panjang.

  • Purina Dentalife Daily Oral Care Cat Treats

Makanan Kucing Purina DentaLife Untuk Gigi

Penghasilan tartar boleh dikurangkan apabila memberi makanan ini. Ia juga boleh menguatkan gigi kucing anda disebabkan bentuk makanan ini yang menggalakkan pengunyahan yang memberi gigi yang kuat.

Makanan untuk anak kucing

Anak kucing memerlukan jenis makanan yang berlainan daripada kucing dewasa. Ini kerana mereka masih membesar dan memerlukan pelbagai jenis zat dan vitamin yang tidak selalunya boleh didapati dari makanan kucing yang biasa. Seperti manusia, anak kucing juga tidak mampu mengunyah atau memakan makanan terlalu pejal semasa usia yang terlalu muda. Antara makanan yang sesuai untuk anak kucing adalah:

  • Royal Canin Feline Health Nutrition Loaf

Makanan Kucing Royal Canin Feline Health Nutrition Loaf Untuk Anak Kucing

Bahan kandungan dalam makanan kucing ini amat sesuai  kerana ia mengandungi pelbagai khasiat penting untuk pembesaran anak kucing anda, sesuai bagi anak kucing hingga umur 12 bulan. Makanan ini juga senang dihadam dan menyediakan anak kucing anda untuk makanan yang lebih pejal seemasa ia membesar

  • Purina Pro Plan Kitten Canned Wet Food

Makanan Kucing Purina Pro Plan Kitten Canned Wet Food Untuk Anak Kucing

Makanan kucing ini sesuai jika anda mempunyai kewangan yang ketat. Khasiat yang diberikan dalam makanan ini boleh menandingi jenama-jenama makanan kucing lain yang lebih terkenal. Makanan ini juga boleh menguatkan sistem imunisasi dalam kucing anda agar ia boleh membesar dengan sihat dan kuat.

  • Wellness Natural Pet Food Grain-Free Wet Canned Food

Makanan Kucing Wellness Natural Pet Food Grain-Free Wet Canned Food Untuk Anak Kucing

Makanan kucing ini agak mahal berbanding yang lain, tapi kualiti dan kesegaran ramuan bagi makanan ini akan menjadi kesukaan anak kucing anda. Di samping mempunyai ramuan yang elok untuk tumbersaran anak kucing anda, isi kandungan makanan ini juga baik untuk kesihatan jangka laam anak kucing anda.

  • Royal Canin Mother & Babycat Canned Food

Makanan Kucing Royal Canin Mother & Babycat Canned Food Untuk Anak Kucing

Makanan kucing ini dituju lebih kepada anak kucing yang masih menyusu dengan ibunya. Ini sesuai untuk anak kucing yang berumur 4 bulan dan kebawah. Kandungan makanan ini boleh menguatkan sistem imunisasi anak kucing anda untuk memastikan ia boleh membesar dengan sihat dan kuat. Ia juga sesuai bagi menyediakan anak kucing untuk makanan yang pejal apabila ia kian membesar. Ibu kucing atau kucing mengandung juga boleh mengambil makanan ini untuk memastikan kesihatan kandungannya.

Insurans Haiwan Peliharaan MSIG Melindungi Haiwan Peliharaan Yang Anda Sayang

Kami tahu betapa pentingnya haiwan peliharaan kepada anda. Insurans Haiwan Peliharaan MSIG melindungi haiwan peliharaan yang anda sayangi terhadap penyakit, kecederaan, kematian dan banyak lagi.

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Rawatan perubatan untuk haiwan peliharaan anda mungkin tidak dapat dielakkan pada setiap masa dan anda boleh mengelakkan kesan kewangan bil veterinar yang tinggi jika anda mengambil salah satu pelan kami yang berpatutan.

Manfaat–Manfaat Jika Haiwan Kesayangan Anda Dilindungi

Manfaat Perubatan – Melindungi bil veterinar bagi kecederaan dan penyakit haiwan peliharaan anda.

Manfaat Kematian – Membayar balik harga pembelian atau bayaran pengambilan jika haiwan peliharaan anda mati disebabkan kecederaan akibat kemalangan atau penyakit.

Kos Pengebumian atau Pembakaran – Membayar balik kos pengebumian atau pembakaran haiwan peliharaan anda.

Kos Pengiklanan & Ganjaran untuk Mencari Haiwan Peliharaan yang Hilang – Membayar balik kos pengiklanan dan ganjaran untuk mencari haiwan peliharaan anda.

Bayaran Penginapan Anjing & Kucing Peliharaan – Membayar balik penginapan haiwan peliharaan anda sekiranya anda dimasukkan ke hospital.

Liabiliti Pihak Ketiga – Melindungi semua kos dan perbelanjaan guaman yang perlu ditanggung ke atas kecederaan akibat kemalangan atau kerosakan tidak sengaja kepada harta benda kepunyaan pihak ketiga disebabkan oleh haiwan peliharaan anda.

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Dapatkan Pets Insurance Terbaik Dari MSIG Untuk Melindungi Kucing Kesayangan Anda

Memiliki kucing sebagai haiwan peliharaan membuatkan anda harus lebih berhati-hati dalam memilih makanan untuk kucing kesayangan anda. Hal ini kerana tidak semua makanan kucing yang dijual di pasaran memiliki kualiti yang baik. Anda harus memilih produk yang berkualiti dan sudah terbukti menjadi yang terlaris di pasaran. Makanan yang berkualiti dapat memelihara kesihatan bulu kucing anda agar ia sentiasa sihat dan cantik. Adakah haiwan peliharaan anda telah mendapat perlindungan?

Kucing

Anda perlu mendapatkan perlindungan untuk melindungi haiwan kesayangan anda. Pet Insurans MSIG dari PolicyStreet menawarkan pelbagai jenis manfaat untuk si manja anda dengan harga serendah RM14/sebulan. Kelebihan yang ditawarkan termasuklah manfaat perubatan bagi melindungi bil veterinar, manfaat kematian dengan membayar balik harga pembelian atau bayaran pengambilan jika haiwan peliharaan anda mati akibat kecederaan akibat kemalangan atau penyakit, kos pengebumian atau pembakaran, kos pengiklanan & ganjaran untuk mencari haiwan peliharaan yang hilang dan banyak lagi. Apa yang anda tunggu? Lindungi Kucing Dengan MSIG Take It Easy Pet Insurance hari ini! Sebagai langkah yang bijak, anda mungkin mempertimbangkan untuk melindungi kucing anda dengan MSIG Take It Easy Pet Insurance Insurans. 

Anda boleh dapatkan Insurans Terbaik ini untuk kucing anda dengan 25% diskaun harga dan RM10 rebat bagi setiap pembelian pada harga serendah RM14/sebulan dan segalanya lebih mudah dan pantas. Klik pautan di

SINI!!!!

************************************************************************

PolicyStreet lancarkan lawan web banding insurans kereta, harga terendah dijamin. Klik PolicyStreet sekarang !

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Coverage Guide (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah Dibina Secara DIY

Jimat sehingga 40% di Musim PKP dengan PrOmilej

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online