• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

10 Tips Melancong Ke Korea Yang Anda Perlu Tahu (2020)

PolicyStreet / 04/07/2020

Kebelakangan ini, kita selalu ternampak dan terbaca pos-pos yang dikongsi oleh Milennial di media sosial seperti Twitter, Facebook dan juga Instagram tentang melancong ke Korea Selatan dengan harga yang berpatutan dan murah jika tahu cara dan trick. Korea merupakan sebuah negara yang terkenal dengan fenomena Korean Wave dan drama-drama yang dibintangi artis-artis Korea yang cantik dan kacak dan digemari peminat di Malaysia yang rata-ratanya anak muda. Ramai yang melancong untuk menikmati keindahan di Korea dan ada juga yang ingin menghadiri konsert selain melawat tempat bersejarah dan mencuba pakaian tradisional Korea.

Tips Melancong Ke Korea (2020) kepada malaysian

Kami disini nak berkongsi sedikit tips yang mungkin dapat membantu anda membuat persiapan atau membuat persiapan mental dan fizikal sebelum terbang ke Korea untuk bercuti. Tidak kiralah anda ingin melancong solo atau secara berkumpulan, anda memerlukan tip-tip seperti ini untuk memastikan anda bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku ketika berada di negara Republik Korea atau juga dikenali sebagai Daehan Minguk.

10 Tips Melancong Ke Korea

Setiap kemudahan perjalanan akan didatangi dengan kesulitan terutamanya bagi korang yang baru pertama kali untuk ke sana dan tidak tahu cara yang betul. Namun, jika anda sudah membuat persediaan, ianya akan menjadi lebih mudah. Bagi memastikan perjalanan anda berjalan lancar, anda perlu mengambil perhatian tentang tips yang disenaraikan dibawah sebelum merancang dan menyenaraikan aktivit-aktiviti yang akan anda lakukan di sana.

1. Makanan Halal Susah Nak Dapat

Tips 1: Makanan Halal Susah Nak Dapat di Korea

Seperti negara lain juga, makanan halal di Korea amat susah untuk didapati. Jika anda berada di kawasan seperti Itaewon, ianya mudah untuk dapatkan makanan halal. Tapi tak bermakna anda tak boleh menikmati makanan yang dijual di gerai-gerai jalanan. Hanya perlu bertanya beberapa soalan seperti:

Dweji gogi issoyo? = Ada daging khinzir ke?
Gogi issoyo? = Ada daging ke?
Soju / wain issoyo? = Ada soju /  wine ke?

Jika penjaja tu jawab, “Yae”, ataupun, “Issoyo”, maknanya ada dicampur dalam makanan yang disediakan. Kalau dia jawab, “Opsoyo”, maksudnya bahan tersebut tidak dicampur atau dijual. Anda juga boleh melawat pasar malam Myeondong, Seoul atau khemah ditepi jalan yang dikenali sebagai ‘pojangmacha’ untuk dapatkan makanan jalanan dengan mudah.

2. Makanan Korea Pedas

Tips 2:   Makanan Korea Yang Pedas bagi Malaysian
Kredit:
http://www.foodieelove.com/2015/01/toreore-korean-fried-chicken.html

Jika anda tak tahan pedas, anda mungkin perlu berhati-hati dengan apa yang anda ingin cuba di Korea. Biasanya, jika makanan berwarna oren atau merah, ianya pedas. Namun terdapat banyak lagi makanan Korea yang tidak pedas yang anda boleh dapati ketika di Seoul seperti pajeon, bulgogi, gimbap, jjajangmyun, dan juga ayam goreng Korea tanpa sos pedas. Tapi, anda perlu mencuba makanan yang disediakan sendiri oleh orang Korea kerana ia akan memberikan satu pengalaman baru kepada anda dan membandingkan dengan makanan Korea yang pernah anda rasai di Malaysia.

3. Matawang Korea 3x Lagi Tinggi dari Matawang Kita

Tips 3:  Matawang Korea 3x Lagi Tinggi dari Matawang Kita

Tips Melancong Ke Korea
Kredit:
http://kantory.pl/galeria/krw/1000_wonow.html

Korea mengunakan matawang Won dan bagi setiap 1000 won, lebih kurang RM 3.61. Terdapat sebanyak 1000, 5000, 10,000 dan 50,000 duit kertas dan duit syiling 500, 100, 50 dan 10. Jadi pastikan anda membuat pengiraan secukupnya untuk perbelanjaan yang efektif agar anda tidak terlebih bajet. Terdapat juga kemudahan mesin ATM yang anda boleh dapati di kedai serbaneka yang menggunakan kad luar negara.

4. Tiada Paip Air Dalam Tandas Awam

Tips 4: Tiada Paip Air Dalam Tandas Awam di Korea

Kredit: https://lifeoutsideoftexas.com/2014/04/15/how-to-use-a-toilet-in-korea/

Berbeza dengan Malaysia yang menyediakan paip di setiap tandas, Korea hanya menggunakan tisu. Namun, tandas mereka sangat bersih dan anda boleh menggunakannya dengan selesa. Jangan lupa untuk mengambil dispenser kertas tandas sebelum masuk ke tandas kerana ada sesetengah tempat yang menyediakannya di luar pintu tandas, jadi pastikan anda mengambil. Tapi ada satu perkara yang anda perlu ingat, agak sukar untuk jumpa tong sampah. Anda mungkin perlu simpan kertas tandas sehingga menjumpai tong sampah yang disediakan.

5. Belajar perkataan dalam bahasa Korea (Hangul)

Tips 5: Belajar perkataan dalam bahasa Korea

Jika anda belajar beberapa patah perkataan dalam bahasa Korea, ianya sangat membantu memudahkan perjalanan anda kerana anda akan hadapi masalah bahasa dan papan tanda petunjuk arah. Menurut seorang blogger yang sangat menggemari bahasa Korea, sangat mudah untuk belajar Hangul iaitu abjad Korea. Namun, anda juga boleh belajar beberapa perkataan yang penting yang mungkin membantu apabila disana. Paling penting, ucapan terima kasih seperti “gamsa habnida” yang diucapkan sebagai “kahm-sa ham-nee-da”

6. Ketahui Sedikit Sejarah Dan Lokasi Menarik Di Korea

Tips 6: Ketahui Sedikit Sejarah Dan Lokasi Menarik Di Korea

Buat sedikit pembacaan tentang sejarah negara Korea dan beberapa lokasi yang menarik yang terdapat disana. Anda mungkin akan lebih menikmati dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan tempat bersejarah yang mungkin anda lawati seperti di Namsangol Hanok Village. Untuk pengetahuan anda, Korea kaya dengan adat dan budaya. Anda juga boleh merasai pengalaman memakai baju tradisional Korea dengan menyewa untuk beberapa jam dan mengambil gambar. Jangan tak tahu, anda juga berpeluang merasai memakai Hanbok sambil bersiar-siar di Insadong-gil Street.

7. Pengangkutan Awam Yang Efisien

Tips 7: Pengangkutan Awam Yang Efisien Di Korea
Kredit:
https://www.travelvui.com/south-korea/seoul/seoul-special-transportation-cards/

Sistem pengangkutan di Korea sangat mudah dan murah untuk membantu perjalanan anda. Apabila tiba di Korea, pastikan anda dapatkan kad T-Money. Kad ini digunakan untuk menaiki bas dan kereta api bawah tanah di beberapa bandar metropolitan. Ia juga sangat memudahkan anda dan tidak perlu membeli tiket setiap kali anda ingin menaiki public transport. Kad ini juga menyediakan diskaun bagi setiap perjalanan. Taxi juga mudah didapati dan tambang bergantung kepada masa dan jarak. Namun, elakkan menaiki teksi berwarna hitam kerana ianya lebih mahal dengan caj harga premium.

8. Penginapan

8 Tips: Penginapan di Korea Bagi Malaysia
Kredit:
https://twitter.com/imsyanim/status/

Jangan bergantung hanya kepada Google Maps kerana informasi yang terdapat dalam aplikasi Google Maps tidak begitu membantu. Anda boleh mendapatkan maklumat dari blog-blog melancong dan media sosial seperti Twitter dan Facebook. Ramai pelancong dari Malaysia yang pernah ke Korea berkongsi perjalanan mereka semasa melancong dan ada yang memberi tips mencari penginapan semasa berada di Korea dan lebih terjamin dan dipercayai.

9. Cuaca

Tips 9: Cuaca korea bagi malaysia

Memandangkan Korea merupakan negara yang mempunyai 4 musim. Jadi pastikan anda tahu cuaca yang akan anda hadapi semasa melancong ke Korea. Ada yang berpendapat musim paling terbaik untuk melancong ke Republik Korea ialah pada musim luruh dan spring. Pada musim ini, anda boleh menikmati keindahan semulajadi dan anda boleh kemana sahaja yang anda mau. Namun, jika anda teringin merasa musim sejuk, anda boleh pergi pada musim salji namun ianya tidak terlalu digalakkan kerana akan mengganggu perjalanan aktiviti seharian anda begitu juga pada musim panas. Cuaca yang terlalu lembap membuatkan anda tidak mahu meninggalkan bilik.

10. Singgah Pasar Lambak (flea market)

Tips 10: Singgah Pasar Lambak bagi malaysian
Kredit:
https://theculturetrip.com/asia/south-korea/articles/the-ultimate-seoul-bucket-list/

Bahagian paling menarik jika anda berkunjung ke Seoul ialah flea market.Terdapat beberapa pasar malam seperti Dongdaemun,pasar malam Myeongdong, pasar malam Namdaemun, pasar Gwangjang dan Pasar Insadong. Ini adalah masa yang paling sesuai untuk anda mengasah bakat tawar-menawar harga barang dengan penjaja. Kalau anda ingin membeli souvenirs, atau baju mahupun alat kosmetik, pastikan anda menawar harga kerana ini taktik paling mudah untuk dapatkan harga yang lebih murah dan berpatutan.

Dapatkan Insurans Perjalanan MSIG

Ada Tempat Mengujakan Di Turki

Anda pasti sangat teruja untuk melawat ke Korea bukan? Tetapi sudahkan anda menyenaraikan segala keperluan yang perlu dibuat dan disediakan? Anda pasti telah memilih polisi insurans perjalanan yang berpatutan dan mudah dimiliki? Jika anda tidak pernah terlintas untuk mengambil insurans perjalanan, anda pasti telah melakukan keputusan yang kurang tepat. Untuk memastikan anda dilindungi apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa bercuti, adalah lebih baik kalau anda mempunyai polisi insurans perjalanan. PolicyStreet boleh membantu anda memiliki travel insurance yang cepat, mudah dan yang paling penting berpatutan. Dapatkan pelindungan insurans perjalanan dari MSIG Insurance di laman web PolicyStreet di https://products.policystreet.com/msig/travelinsurance/overview/bm. Nikmati diskaun 25% dengan rebat RM10 rebate sekarang! 

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

Vitamin Untuk Kucing Kekal Sihat dan Cantik!

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online