• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

10 Tempat Menarik Di Bandung Yang Patut DiLawati (2020)

Hariz / 24/07/2020

Bandung merupakan ibu kota bagi wilayah Jawa Barat, Indonesia. Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung terkenal dengan iklim sederhana. Bandar raya Bandung merupakan destinasi pilihan bagi penduduk Jakarta untuk keluar pada hujung minggu dan cuti panjang. Sejak kebelakangan ini, ia juga menjadi tempat percutian kegemaran para pelancong terutamanya dari Singapura dan Malaysia, yang datang ke sini untuk berbelanja dan menikmati keindahan kota sajian masakan tempatan yang lazat.

Tempat Menarik Di Bandung Untuk Malaysian (2020)

Dan dengan populariti yang diraih oleh Bandung sebagai salah satu tempat yang perlu dilawati, banyak hotel yang menawarkan kemudahan penginapan mewah atau juga bilik-bilik bajet, dan restoran-restoran yang menyajikan pelbagai masakan dari tempatan sehingga ke masakan Belanda gaya lama. Kami di PolicyStreet akan senaraikan beberapa tempat-tempat menarik di Bandung bagi mereka yang berhasrat untuk melancong ke Bandung, di samping memudahkan anda merancang aktiviti percutian di sana.

 

1. Kawah Putih

Kawah Putih - Tempat Menarik Di Bandung

Tarikan untuk tasiknya yang indah seolah-olah anda berada dalam sebuah filem. Kawah Putih terletak di tanah tinggi yang mengambil masa 2 jam dari pusat bandar Bandung. Tempat ini dingin tetapi anda perlu beringat kerana kulit anda boleh sunburn kerana ia masih panas walaupun anda tidak dapat rasai kepanasannya. Ini ialah tasik sulfur kerana ia mengalir dari gunung berapi. Anda boleh terokai keseluruhan kawasan ini dalam masa 30 minit. Walaupun Kawah Putih tidak begitu terkenal, namun keindahannya tiada tandingan. Air tasik kawah putih kelihatan kehijauan tetapi anda tidak akan bertahan lama kerana bau belerangnya yang kuat.

 

2. Gunung Tangkuban Perahu

Gunung Tangkuban Perahu - Tempat Menarik Di Bandung

Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 1 jam setengah dari utara Kota Bandung terasa sangat berbaloi.  Pemandangan dari atas gunung ini sangat mengagumkan dan anda boleh melihat gunung-gunung lain dibawahnya dan juga Kota Bandung. Menurut rakyat tempatan, gunung ini mempunyai kisah lagenda iaitu kisah percintaan di antara Sangkuriang dan Dayang Sumbi. Ini merupakan tempat kedua tercantik selepas Kawah Putih. Ramai yang kesini untuk mengambil gambar.

 

3. Lembang Floating Market

Lembang Floating Market - Tempat Menarik Di Bandung

Terletak di utara Bandung, iaitu di kawasan Lembang, pasar terapung ini menyediakan pelbagai jenis makanan yang tersedia di atas bot. Sekilas sedikit tentang latar belakang, Tasik Situ Umar yang pada awalnya digunakan untuk memancing tetapi kemudiannya berkembang menjadi pasaran terapung yang dikenali sebagai “Pasar Terapung Lembang”. Pasar Terapung ini beroperasi hanya pada hujung minggu dari jam 8 pagi sehingga 9 malam. Anda boleh menikmati sajian Sunda dengan persembahan tersendiri, untuk dinikmati di atas perahu di tasik dengan pemandangan yang indah dan merasai pengalaman yang berbeza dan unik.

 

4. Tawar- Menawar Di Pasar Baru Bandung

awar- Menawar Di Pasar Baru Bandung - Tempat Menarik Di Bandung

Merupakan lambang pasaran Indonesia di Bandung, anda boleh sesatkan diri dalam kesibukan peniaga-peniaga melayan para pelancong dan mencari segala macam barangan yang menarik.

Pasar Baru Bandung merupakan pasar yang tertua di Kota itu dan wajib dikunjungi bagi mereka yang berhasrat untuk berbelanja besar di Bandung. Disinilah syurga bagi anda yang ingin mendapatkan produk seperti telekung, kain ela, cenderahati dan barangan yang diperbuat dari sutera, satin dan banyak lagi. Peniaga di sini sangat mesra dan anda boleh mendapatkan harga yang lebih rendah jika anda mempunyai kemahiran untuk tawar-menawar.

 

5. Villa Isola

Villa Isola - Tempat Menarik Di Bandung Villa Isola

Vila ini dibina oleh seorang jutawan Itali dan terletak di Jalan Dr. Setiabudi di bahagian utara Bandung. Isola dari bahasa Italia bermaksud menyendiri atau terpencil. Villa Isola menghadap pemandangan yang menakjubkan di bandar itu ke arah selatan. Ini adalah salah satu tarikan pelancong yang tidak boleh dilepaskan. Terdapat juga tempat-tempat yang sejuk jika anda ingin menetap berdekatan Villa Isola. Villa ini juga mempunyai misteri tersendiri.

 

6. Tempat Bersejarah Seperti Art Deco Bandung

Tempat Bersejarah Seperti Art Deco Bandung - Tempat Menarik Di Bandung

Bandung pernah berada dibawah jajahan Belanda. Semestinya terdapat banyak tempat bersejarah yang boleh anda kunjungi dengan rekaan seni bina bangunan lama. Anda boleh melihat beberapa senibina lama dan baru yang bergabung di tengah-tengah bandar di Jalan Asia-Afrika dan Jalan Braga. Di samping menikmati keindahan bangunan kolonial, anda juga boleh mengetahui tentang kisah-kisah di sebalik bangunan kolonial zaman Belanda yang dibina. Cuaca di Bandung yang sejuk membuat anda selesa untuk berjalan kaki.

 

7. Pasar Kasut dan Kulit Cibaduyut

Pasar Kasut dan Kulit Cibaduyut - Tempat Menarik Di Bandung Malaysia

Jika anda peminat kasut dan barang kulit, anda perlu ke Pasar Cibaduyut. Pasar ini terkenal sebagai ikon kasut dan barangan kulit di Indonesia. Jangan tak percaya, ia merupakan pusat membeli belah yang terpanjang di dunia. Anda boleh dapatkan kasut kulit dengan harga yang berpatutan. Malah, anda boleh menempah dan dapatkan kasut buatan tangan yang direka bentuk eksklusif mengikut citarasa anda. Harga barangan di sini lebih murah berbanding dengan Malaysia yang menyebabkan ramai pelancong dari Malaysia yang datang membeli disini.

 

8. Dusun Bambu

Dusun Bambu - Tempat Menarik Di Bandung

Anda boleh melawat ke taman rekreasi keluarga yang santai di kaki gunung sambil menikmati persekitaran yang indah dan menakjubkan. Di sepanjang jalan, anda akan melihat kehijauan alam semulajadi dengan laluan berjalan kaki buluh yang menarik dan melakukan aktiviti riadah seperti berbasikal dan berjogging. Ia juga mempunyai tempat terbaik untuk bersantai, iaitu Cafe Burangrang dari Dusun Bambu. Anda boleh merasai pengalaman bersantap yang lain dari yang lain di atas sarang Dusun Bambu, “Lutung Kasarung” dan biarkan angin gunung sejuk menyentuh kulit sambil menikmati hidangan yang lazat di atas pokok itu. Jika anda bergerak ke ketinggian yang lebih tinggi dari Cafe Burangrang, anda dapat melihat pemandangan santai, tasik buatan manusia yang tenang dan pemandangan pemandangan gunung Burangrang.

 

9. Menikmati Makanan Di Kampung Daun

Tempat Menarik Di Bandung Kampung Daun

Sekali sekala anda boleh mencuba makanan di salah satu restoran terbaik di Bandung. Tempat ini sangat terkenal dan ramai pelancong datang ke sini untuk menikamti suasana santai dengan pondok buluh, sungai, dan air terjun. Restoran ini menyediakan makanan dengan harga murah dan berpatutan. Datang ke sini untuk pengalaman keseluruhan menikmati masakan Indonesia dalam suasana luar yang selesa dan tenang.

 

10. Melawat Penanaman Beras Bertingkat

Melawat Penanaman Beras - Tempat Menarik Di Bandung Sawah Bertingkat

Kawasan di Asia yang mempunyai pemandangan teres beras yang tinggi dan bertingkat-tingkat. Ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan ladang sawah dan beberapa ladang beras di dataran tinggi yang terletak di Bandung ini. Anda boleh bertanya kepada penduduk tempatan untuk dapatkan beberapa lokasi teres beras sekiranya anda ingin melawat dan merasai pengalaman sendiri bersiar-siar di teres beras. Ianya pengalaman baru dan sangat unik kerana biasanya anda hanya melihat gambar pemandangan ini dalam buku Geografi sekolah.

Konklusi

Melancong ke Bandung sangat menyeronokkan, namun keselamatan diri adalah yang paling utama. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian dari sudut penerbangan, penempatan, barangan yang dibeli, dan makanan. Namun, ada satu lagi perkara yang kebanyakan dari kita selalu terlepas pandang iaitu menjaga keselamatan diri namun kadang kala masih ada kebarangkalian kita tidak dapat elakkan seperti flight delayed atau beg bagasi hilang. Disebabkan itu anda perlu mengambil perlindungan insurance perjalanan bagi memudahkan anda mengatasi masalah-masalah yang mungkin akan berlaku

Jika anda masih mencari-cari perlindungan insurans perjalanan yang berbaloi dan mudah, anda boleh dapatkan Allianz Travel Care Travel Insurance di laman web PolicyStreet. Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan polisi insurans ini, layari lama web kami di sini!

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah Dibina Secara DIY

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online