• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

10 Soalan Lazim Mengenai Medical Card Terbaik AXA eMedic yang diedarkan oleh PolicyStreet

Hariz / 04/09/2018

Ramai yang semakin menyedari tentang kelebihan memiliki polisi insurans dan medical card terbaik untuk jangka masa panjang. Namun, masih ramai dalam kalangan kita yang masih ragu-ragu tentang kepentingan untuk memiliki medical card ini. Bagi mereka yang mula mempertimbangkan untuk membeli pelan insurans ini pastinya mempunyai pelbagai persoalan yang tidak terjawab. Artikel ini mungkin dapat membantu untuk merungkai beberapa soalan yang anda ingin tahu. Terdapat beberapa soalan lazim yang diajukan oleh para pengguna yang ingin membeli medical card dan juga sudah membeli medical card tetapi masih tidak jelas tentang fungsi dan kelebihannya. Ya! Jangan terkejut kerana ada juga pemilik medical card terbaik yang tidak begitu tahu tentang kegunaannya.

Antara Soalan Lazim Mengenai Medical Card

Soalan-Soalan Yang Kerap Kali Ditanya

Kami di PolicyStreet akan membantu anda untuk memahami lebih lanjut berkaitan dengan medical card terbaik yang sangat mudah dan pantas ini. Berikut adalah soalan-soalan yang selalu diajukan kepada kami di PolicyStreet:

1. Kenapa harga / kadar premium tanpa deductible(ditolak) lebih mahal berbanding deductible(ditolak) ?

Ramai yang tertanya-tanya kenapa harga premium lebih mahal jika dibandingkan dengan bukan premium. Pelan tanpa deductible (ditolak) bermakna segala perbelajaan perubatan anda di hospital panel AXA akan dibayar oleh AXA. Tetapi, sekiranya anda memilih pelan deductible (ditolak), bermaksud anda perlu menanggung beberapa perbelanjaan perubatan apabila anda dimasukkan ke hospital. Oleh kerana bil perubatan yang akan dibayar oleh AXA adalah lebih tinggi berbanding dengan pelan deductible, kadar premium yang dikenakan untuk pelan tanpa deductible adalah lebih mahal. Harus diingat bahawa kadar pelan bergantung kepada had tahunan yang anda pilih. Pastinya had tahunan RM 100,000 lebih mahal berbanding had tahunan RM 50,000.

2. Adakah saya perlu “pay & claim” iaitu membayar terlebih dahulu dan membuat tuntutan kemudian untuk urusan “admission” kemasukan hospital?

Terdapat Soalan Lazim Mengenai Medical Card

Jangan risau! Kad perubatan ini berfungsi untuk kemasukan secara “cashless” (tanpa tunai). Anda hanya perlu menunjukkan medical card secara atas talian ke hospital panel AXA untuk urusan kemasukan. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa sesetengah hospital memerlukan anda membayar deposit terlebih dahulu seperti hospital kerajaan dan mana-mana hospital bukan panel AXA. Anda boleh merujuk kepada senarai di pautan ini, https://products.policystreet.com/doc/axa-emedic/axa-affin-panel-hospitals.pdf untuk panel hospital AXA yang tidak memerlukan anda membayar deposit untuk kemasukan ke hospital.

3. Saya telah mendapatkan rawatan di hospital, bagaimana untuk saya membuat pembayaran dan tuntutan?

Selain Soalan Lazim Mengenai Medical Card

Jika anda memilih untuk melawat hospital panel AXA:

Hanya hadirkan kad perubatan maya ke hospital, sebutkan Nama Pihak Pentadbir Ketiga (MediExpress) AXA untuk urusan kemasukan, dan AXA akan menyelesaikan perbelanjaan perubatan untuk anda, berikan bahawa perbelajaan tidak melebihi had tahunan pelan yang anda beli dan perbelanjaan dilindungi oleh pelan ini. Untuk pelan deductible (ditolak), anda perlu membayar perbelanjaan sehingga jumlah deductible (ditolak) bagi setiap Kemasukan hospital sebelum AXA melindungi perbelanjaan yang selebihnya. Sebagai contoh, jika jumlah perawatan anda berharga RM4,000, anda perlu membayar RM1,000 pertama dan AXA akan membayar selebihnya, iaitu RM3,000.

Jika anda memilih untuk melawat hospital bukan panel AXA atau ingin membuat tuntutan rawatan pesakit luar :

Anda perlu membayar perbelanjaan perubatan terlebih dahulu, dan kemudian menyerahkan tuntutan kepada AXA untuk bayaran balik melalui e-mel atau pos. Untuk pembayaran balik, anda perlu menyerahkan dokumen-dokumen seperti berikut:

i) Borang tuntutan (oleh pihak menuntut)
ii) Borang tuntutan perubatan (oleh doktor) – Tidak berkenaan untuk lawatan susulan
iii) Bil Perubatan Terperinci – ini adalah perbelanjaan perubatan terperinci yang dikeluarkan oleh hospital
iv)  Resit pembayaran yang dikeluarkan oleh hospital
v)  No. IC anda

* AXA mungkin akan meminta salinan laporan tambahan sebagai contoh / bukti keputusan ujian pada situasi tertentu.

4. Bagaimana caranya untuk saya membeli medical card terbaik ini? Adakah saya perlu berjumpa dengan agen insurans?

Antaranya Soalan Lazim Mengenai Medical Card

Ini merupakan soalan yang paling kerap ditanya oleh anda di luar sana. Kami di PolicyStreet sangat senang untuk berjumpa anda. Namun sayangnya, ini bukan cara kami bekerja dan kami tidak mempunyai agen insurans. Ini kerana kami telah menjumpai cara paling mudah untuk mendapatkan medical card terbaik ini. Anda perlu ke laman web kami di policystreet.com. Di sini, anda boleh melihat lebih lanjut tentang butiran lanjut tentang medical card terbaik dari AXA yang kami tawarkan.

5. Sekiranya saya membatalkan polisi ini, adakah saya akan mendapatkan sebarang premium yang telah saya bayar?

Ada Soalan Lazim Mengenai Medical Card

Jika anda membatalkan polisi dalam tempoh 15 hari dari tarikh polisi yang di hantar kepada anda, kami akan membayar balik Premium Asas yang telah dibayar. Walau bagaimanapun, tiada bayaran balik boleh dibuat apabila tuntutan telah diterima. Selepas tempoh 15 hari, jika anda membatalkan polisi medical card, anda akan mendapat sebahagian daripada bayaran premium anda kembali. Namun kadar yang diterima berbeza mengikut tempoh tertentu yang telah ditetapkan oleh AXA. Untuk maklumat lanjut berkaitan kadar pembayaran premium yang akan anda terima, sila klik pautan ini https://products.policystreet.com/doc/axa-emedic/axa-emedic-faq.pdf

6. Bolehkah saya membeli kad perubatan dan pergi ke hospital pada keesokan hari?

Ciri Soalan Lazim Mengenai Medical Card

Ya, boleh. Walau bagaimanapun, sila beri perhatian bahawa produk ini tidak melindungi sebarang bil perubatan atau keadaan fizikal yang berlaku pada 30 hari pertama atau penyakit tertentu dalam tempoh 120 hari pertama, kecuali untuk kecederaan disebabkan oleh kemalangan. Untuk pengetahuan anda, produk ini tidak melindungi sebarang keadaan yang berlaku pada 30 hari pertama termasuklah demam denggi kerana pihak AXA memerlukan masa 30 hari ini untuk menyelesaikan segala dokumen-dokumen dan pendaftaran medical card ini.

7. Adakah medical card terbaik AXA ini melindungi semua jenis penyakit?

Adanya Soalan Lazim Mengenai Medical Card

Bukan semua penyakit, tetapi boleh dikatakan majoriti daripada penyakit yang boleh anda nyatakan. Jika anda mempunyai penyakit sedia ada, anda mungkin tidak layak memdapatkan medical card ini. Namun, penyakit seperti denggi, retak tulang, kanser, keracunan makanan, sakit jantung dan juga strok adalah termasuk dalam senarai penyakit yang dilindungi oleh medical card. Ia dilindungi selagi mana anda dimasukkan ke hospital panel AXA dan anda perlu membayar terlebih dahulu jika anda dimasukkan ke hospital buka panel AXA.

8. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan kad AXA eMedic ini (kad perubatan atas talian)?

Selain itu, Soalan Lazim Mengenai Medical Card

Hanya dengan mengikuti 3 langkah dan hanya 5 minit. Ada satu lagi berita gembira untuk kami kongsikan dengan anda. Untuk mendapatkan medical card ini, anda tidak perlu membuat pemeriksaan kesihatan. Cukup sekadar menjawab beberapa soalan yang cepat dan ringkas melalui peranti anda dan anda dapat memilikinya dengan mudah. Pembayaran adalah secara atas talian. Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi talian khidmat pelanggan kami di 011-1684 2590. Pihak khidmat pelanggan kami akan membantu anda. Setelah selesai, akses kad perubatan ini dengan memuat turun “My AXA Kesihatan” dari Google Play Store atau Apple Store App. Alternatif, anda boleh log masuk web di sini. Sekiranya anda lebih suka mempunyai kad perubatan fizikal, anda juga boleh mencetaknya dari sini.

9. Adakah pihak hospital panel AXA tahu bahawa saya dilindungi oleh medical card?

Mencari Soalan Lazim Mengenai Medical Card

Sebelum anda dimasukkan ke hospital, dapatkan akses cepat ke penjagaan perubatan dengan hanya menunjukkan eMedic card anda untuk kemasukan hospital. Untuk mengakses kad perubatan ini, muat turun “My AXA Kesihatan” dari Google Play Store atau Apple Store App. Sebagai alternatif, anda boleh log masuk web di sini. Sekiranya anda lebih suka mempunyai kad perubatan fizikal, anda juga boleh mencetaknya dari sini. Kemudian, pergi ke kaunter GL di hospital, dan tunjukkan kad anda, dan mereka akan menjumpai makumat anda di senarai database. Produk ini ditulis oleh syarikat insurans AXA, jadi kredibiliti dan servis yang diberi adalah terjamin!

10. Bilakah tarikh yang perlu saya bayar setiap bulan atau tahun?

Adanya Soalan Lazim Mengenai Medical Card

Tarikh pembayaran untuk bulan atau tahun seterusnya adalah mengikut tarikh pembelian medical card anda. Misalnya, anda membeli medical card pada hari ini, iaitu 20 Mei, anda perlu membayar pada setiap 20 haribulan atau jumlah akan dipotong dari bank anda secara automatik. Jadi, anda boleh merancang pembayaran medical card anda secara bulanan atau tahunan dan mengikut tarikh awal pembelian medical card ini.

Dapatkan Medical Card Terbaik Untuk Masa Depan Anda!

Mencari-cari Soalan Lazim Mengenai Medical Card

Kami di PolicyStreet memperkenalkan kepada anda card medical yang sangat mudah untuk dimiliki dengan harga yang sangat berpatutan iaitu serendah RM32/ sebulan. Kenapa perlu bayar lebih jika anda boleh dapatkan dengan harga yang sangat berbaloi. Kad ini sangat mesra pengguna kerana anda boleh mengakses di telefon bimbit anda. Tiada lagi permasalahan seperti tertinggal kad mahupun kad hilang. Anda boleh dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic dan RM50 rebat bagi setiap pembelian pada harga serendah RM 32/sebulan dan segalannya lebih mudah dan pantas. Klik pautan di

SINI!!!!

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

Vitamin Untuk Kucing Kekal Sihat dan Cantik!

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online