• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

10 Roller Coaster Terbaik Yang Anda Perlu Cuba (2020)

Hariz / 24/07/2020

Roller coaster telah menjadi tumpuan taman tema yang harus dikunjungi untuk beberapa dekad. Kami menyusun senarai keseronokan dunia dengan beberapa roller coaster terpantas dan terbaik yang boleh anda dapati di dunia. Walaupun terdapat kemalangan yang berlaku disebabkan kemalangan yang  membahayakan keselamatan, namun ianya tidak akan terjadi jika anda mematuhi segala undang-undang dan peraturan keselamatan yang telah disediakan. Ini adalah senarai roller coaster yang terdapat di dunia untuk diletakkan di senarai aktiviti yang anda ingin cuba. Bersediakah anda untuk merasai pengalaman menaiki roller coaster terpantas dan merasai adrenalin rush?

Roller Coaster Terbaik Di Dunia Seronok

Kredit: http://www.businessinsider.com/best-roller-coasters-in-the-world-2016-1/?IR=T

Anda boleh menikmati keseronokan yang tidak terhingga ini tetapi dalam masa yang sama, anda dapat merasai perasaan seakan-akan tercampak di awang-awangan tanpa had limit. Kita selalu dengar orang melancong ke tempat-tempat untuk menikmati pemandangan indah dan menenagkan fikiran. Apa kata anda buat perubahan dengan menaiki roller coaster ini kerana anda boleh menikmati pemandangan yang menarik dari atas roller coaster tetapi dalam masa yang sama, menikmati keterujaan yang menggerunkan yang pasti lebih menyeronokkan.

1. Gravity Max di Lihpao Land Discovery World di Taiwan, China.

Roller Coaster Terbaik Di Dunia China

Berada di ketinggian 35 meter di atas tanah dan yang paling menegangkan adalah apabila ianya berhenti secara tiba-tiba di ketinggian tersebut. Anda akan merasa seakan-akan segala ketakutan sudah berakhir, namun ianya belum kerana beberapa saat selepas itu, anda akan sedar bahawa ianya perlahan-perlahan akan naik dan berada pada sudut 90 darjah. Kemudiannya, ia akan perlahan-lahan meluncur laju dan anda akan mula menjerit ketakutan atau mungkin nikmat. Saya mungkin tidak dapat menggambarkan perasaan berada di atas awang-awangan ini kerana anda perlu mencuba sendiri dan merasainya. Jika anda seorang yang sukakan cabaran, ini akan memberi anda keseronokan dan pengalaman baru untuk anda merasai sendiri keterujaan ini. Jika anda melawat ke Taiwan bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan, ini adalah aktiviti yang anda perlu cuba selain dari mempelajari budaya dan sejarah negara seperti trip-trip melancong yang biasa dan kadang kala tidak begitu menarik.

2. Kingda Ka di Six Flags Great Adventure, New Jersey, Amerika Syarikat

Roller Coaster Terbaik Di Dunia Amerika Syarikat

 Kredit: https://www.brilio.net/wow/12-roller-coaster-ini-paling-menegangkan-di-dunia-kamu-berani-naik-160422g.html

Kingda Ka memegang rekod sebagai roller coaster dengan turunan terlama pertama dan tertinggi di dunia, 456 kaki atau sekitar 139 meter di atas permukaan tanah. Bergerak dengan kecepatan 128 km/jam dalam masa 4 saat saja, ianya terlihat begitu menyeramkan walaupun hanya melihat di dalam gambar. Namun, ada kejadian yang agak teruk yang disebabkan oleh seekor burung yang melanggar seorang budak lelaki yang menyebabkan kecederaan kecil pada tahun 2012. Namun, ini tiada kaitan dengan sebarang teknikal atau kejuruteraan.

3. Sky Scream di Holiday Park, Haßloch, Jerman

Roller Coaster Terbaik Di Dunia German

Kredit: https://iluminasi.com/bm/10-rollercoaster-paling-menakutkan-di-dunia.html

Walaupun roller coaster ini bukan yang tertinggi atau terpanjang di dunia tetapi ianya mempunyai trek pusingan sehingga 360 darjah yang pastinya akan berpusing-pusing sehingga Roller coaster ini akan bergerak naik hingga ke atas lalu meluncur laju ke bawah kemudian berpusing-pusing di ketinggian sehingga 46 meter. Anda berada seperti di awang-awangan dan dalam masa yang sama ianya sangat menyeramkan. Pastikan roller coaster di Sky Scream yang terletak di taman tema Holiday Park di Jerman ini tersenarai dalam ‘bucket list’ anda. Anda pasti dapat menikmati keseronokan dan keterujaan menaiki roller coaster ini.

4. Fury 325 Di Carowinds, Charlotte, North Carolina

Roller Coaster Terbaik Di Dunia North Carolina

Fury 325 merupakan roller coaster keluli di taman hiburan Carowinds yang terletak di Charlotte, North Caroline dan Fort Mill, Caroline Selatan. Dikeluarkan oleh Bolliger & Mabillard, ia mencapai ketinggian maksimum 325 kaki iaitu 99 menjadikannya Giga Coaster tertinggi dan terpantas di dunia dan keseluruhan tertinggi ke 6. Semasa perjalanan, para pelumba mencapai kelajuan sehingga 95 batu sejam iaitu 153 km/j, melalui lengkungan laju dan melepasi dan di bawah pintu utama taman. Fury 325 telah dipilih sebagai coaster keluli terbaik dalam Anugerah Tiket Emas 2016, yang mengakhiri coretan enam tahun Milenium Force .

5. Full Throttle, Six Flags Magic Mountain, Valencia, California

Roller Coaster Terbaik Di Dunia California

Kredit: https://www.brilio.net/wow/12-roller-coaster-ini-paling-menegangkan-di-dunia-kamu-berani-naik-160422g.html

Merupakan roller coaster vertikal tertinggi di dunia, sekitar 49 meter di atas permukaan tanah, ia bergerak dengan kecepatan 66 km/jam dan boleh melengkapi satu pusingan dalam masa hanya 5 minit. Sememangnya roller coaster ini sangat menggerunkan dan dalam masa yang sama dapat buatkan anda ‘adrenalin rush’. Hanya dengan melihat gambar di atas sudah membuatkan saya gayat namun, ianya kelihatan menarik dan menyeronokkan. Jika anda pergi melancong ke California atau mana-mana bahagian Amerika Syarikat, jangan lupa untuk mencuba roller coaster yang terletak di taman tema Six Flags Magic Mountain, Valencia di California ini. Anda pasti akan berpuas hati dan tidak akan menyesal mencuba roller coaster ini.

6. Roller Coaster Altair Di Rom, Itali

Roller Coaster Terbaik Di Dunia Itali

Kredit: http://www.themeparkreview.com

Cinecittà World di Rom, Itali ini dibuka secara senyap-senyap pada tahun 2014 dengan hanya terdapat dua buah roller coaster iaitu Altair dan Darkmare tetapi kedua-duanya memiliki sokongan pengilang terkemuka yang sangat disanjungi iaitu Intamin, yang mempunyai perusahaan seperti Formula Rossa, the Top Thrill Dragster, Flying Aces, dan 10 Inversion Roller Coaster di China. Altair mendapat sambutan sebanyak 1,200 penumpang sejam dan menawarkan kelajuan 52.8 batu sejam. Ia berdiri 108.3 kaki panjang, dan berjalan pada 2,870.8 kaki panjang. ROller coaster ini mempunyai unsur-unsur khas termasuk roll kobra, roll heartline, roll heart quad, double corkscrew, dan loop menegak. Ciri-ciri ini sangat mengujakan dan unik kerana ianya mempunyai begitu banyak pusingan dan berlapis-lapis seolah-olah anda memasuki sebuah lubang.

7. Wicked Twister Di Cedar Point, Sandusky, Ohio, Amerika Syarikat

Roller Coaster Terbaik Di Dunia Ohio

Kredit: https://www.brilio.net/wow/12-roller-coaster-ini-paling-menegangkan-di-dunia-kamu-berani-naik-160422g.html

Sebuah roller coaster terbalik paling tinggi dan pantas yang terletak di Sundusky, Ohio mampu mencapai kelajuan sehingga 116 km/jam untuk sampai ke puncak teratas setinggi 63 meter. Wicked Twister mendapat tempat ke-4 sebagai roller coaster yang paling mengerikan di dunia. Bayangkan anda berada di kedudukan terbalik di atas angin pada beberapa saat dan mencapai puncak tertinggi dan ianya bergerak cepat ke depan dan ke belakang dan sangat pantas.

8. Nemesis Di Alton Towers, England

Roller Coaster Terbaik Di Dunia England

The Nemesis adalah roller coaster terbalik yang pertama di seluruh Eropah dan di luar Amerika Utara pada tahun 1994. Ianya menjadi terkenal pada tahun 2004 apabila 32 orang menaiki roller coaster ini tanpa seurat benang untuk pecahkan rekod dunia yang aneh. Roller coaster ini mempunyai kerusi lift ski dan perjalanan dan loop yang dahsyat. Nemesis mempunyai empat jenis penyongsongan yang mengelilingi tanah, pokok dan ‘sungai darah’. Nemesis mempunyai pra-drop, ciri yang digunakan untuk mengurangkan ketegangan di ‘lift hill’. Ketika pertama kali dibuka, landasan Nemesis dilukis warna krim dan sokongannya dicat hitam. Apabila perjalanan itu dicat semula pada 2016, trek itu menjadi putih dengan kesan karat.

9. Formula Rossa, Ferrari World, Abu Dhabi, Arab

Roller Coaster Terbaik Di Dunia Arab

Kredit: https://www.brilio.net/wow/12-roller-coaster-ini-paling-menegangkan-di-dunia-kamu-berani-naik-160422g.html

Roller coaster ini juga dikenali sebagai Roller Coaster Formula 1. Jika anda ingin tahu bagaimana rasanya mengendali kereta Formula One dengan kepantasan sehingga 240 km/h, anda boleh cuba menaiki roller coaster ini. Ia pernah rekod sebagai roller coaster terpantas di dunia pada tahun 2012. Formula Rossa di taman teman Ferrari World yang terletak di Abu Dhabi ini sangat terkenal dan merupakan satu daripada senarai lokasi roller coaster yang perlu anda kunjungi. Roller coaster ini mempunyai ciri-ciri khas dengan idea seperti anda sedang membawa sebuah kereta Ferrari Formula 1 dan ianya pasti sangat mengujakan dan menarik.

10. Roller Coaster Takabisha, di Taman Tema Fuji-Q Highland, Jepun

Roller Coaster Terbaik Di Dunia Jepun

Kredit: https://www.brilio.net/wow/12-roller-coaster-ini-paling-menegangkan-di-dunia-kamu-berani-naik-160422g.html

Terletak di Fujiyoshida, Yamanashi, Jepun, ia dibina dengan harga $28.5 juta yang mempunyai 3,300 kaki panjang dan 141 kaki ketinggian. Takabisha dibuka pada 16 Julai 2011, dan setakat ini, ia mempunyai satu rekod khas bahawa tiada roller coaster keluli atau kayu lain yang mampu bertahan selama lebih dari lima tahun. Ianya merupakan roller coaster paling laju dengan kepantasan 180 km/jam dalam masa 18 saat namun tidak terlalu tinggi kerana berada 37 meter di bawah tanah. Walaubagaimanapun, Takabisha terkenal dengan perincian istimewa dengan sudut menegak paling maksimum iaitu 121 darjah dan paling curam di dunia.

Konklusi

Jadi, inilah senarai tempat-tempat yang anda boleh lawati untuk merasai pengalaman roller coaster terbaik dan menarik di dunia. Bahkan anda mungkin tidak pernah mendengar sebahagian daripada senarai di atas. Terdapat banyak lagi roller coaster yang tidak berada dalam senarai dalam artikel ini, kerana ianya dipilih berdasarkan kepantasan. Senarai lokasi roller coaster yang disenaraikan di artikel ini adalah tempat yang anda pasti tidak akan menyesal dan sangat berbaloi untuk merasai pengalaman melancong yang luar biasa dan mencabar diri anda.

Insurans Pelindungan Perjalanan Allianz oleh PolicyStreet

Di samping berseronok, jangan pula anda lupa untuk mengutamakan keselamatan diri sendiri. Seperti yang kita sedia maklum, roller coaster turut dikaitkan dengan beberapa kes-kes kemalangan yang terjadi di luar kemampuan manusia yang tidak dapat dielakkan. Pastinya anda perlu mendapatkan pelindungan sebelum pergi melancong sebagai langkah berjaga-jaga. Ianya sangat berbaloi untuk melabur demi nyawa yang sangat berharga yang tiada galang ganti. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelindungan insurans perjalanan ini, sila lawati lama web ini, di sini.

Roller Coaster Terbaik Di Dunia Allianz Travel

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

Vitamin Untuk Kucing Kekal Sihat dan Cantik!

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online