Tempat kerja adalah tempat di mana kebanyakan daripada kita menghabiskan masa dan ia sangat memainkan peranan penting dalam kesihatan kita. Banyak perkara yang boleh mengalihkan perhatian kita dari melakukan kerja, contohnya, kelaparan, keletihan, sakit sendi, dan dehidrasi. Oleh itu kami ingin berkongsi sepuluh petua teratas mengenai cara meminimumkan aktiviti tidak sihat dan membuatkan anda merasa lebih bahagia dan sihat di tempat kerja.
Tiada alasan lagi untuk anda tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana ramai yang bekerja di dalam pejabat dan dikelilingi penghawa dingin namun mereka dapat memiliki kesihatan tubuh badan yang baik. Segalanya bergantung kepada diri anda sendiri. Berikut adalah beberapa cara yang kami boleh senaraikan agar anda kekal sihat walaupun terpaksa mengharungi kesibukan kerja dan mengejar dateline.
Makan Sarapan Pagi
Melangkau waktu sarapan adalah perkara biasa bagi kebanyakan orang kerana dengan kesibukan masa seharian dan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk duduk dan menikmati sarapan pagi. Walau bagaimanapun, tertinggal sarapan pagi bermaksud anda lebih cenderung untuk mengambil snek sebelum makan tengah hari. Makan snek adalah OK bergantung kepada apa yang anda makan, contohnya, seperti kacang atau buah-buahan segar yang baik untuk dimakan secara berpada-pada. Namun, ingat bahawa jangan amalkan makanan tidak sihat seperti coklat, atau makanan ringan.
Bawa Bekal Dari Rumah
Memang seronok untuk pergi makan ke kafe bersama-sama rakan kerja anda semasa waktu makan tengahari sambil menikmati sandwic dan kopi tetapi membeli sandwic di kedai pasti melibatkan pengambilan kalori yang sangat banyak. Sandwich yang disediakan di kafe biasanya disediakan dengan mayonis, garam atau bahan-bahan lain yang mengandungi kalori yang tinggi. Cuba bangun awal dan ambil 10 minit setiap pagi untuk menyediakan makan tengah hari anda sendiri supaya anda dapat mengawal apa yang masuk ke dalam badan anda. Apa-apa pun, anda adalah apa yang anda makan dan ianya dapat dilihat daripada pemakanan yang anda ambil.
Elakkan pengambilan kafein
Kopi boleh memberi faedah kepada tubuh badan anda tetapi, pengambilan kafein yang terlalu banyak boleh menyebabkan sakit kepala dan menganggu corak tidur seseorang. Minum secawan kopi setiap pagi sebelum memulakan kerja kelihatan seperti suatu kemestian, tetapi cuba elakkan diri anda dari minum kafein. Gantikan kopi dengan mengambil segelas jus segar atau teh herba yang berkhasiat untuk memberikan peningkatan tenaga yang diinginkan. Pengambilan kafein akan membuatkan seseorang cenderung untuk ketagih makanan yang manis dan anda sukar untuk mengawalnya.
Pastikan barang atas meja anda tersusun dengan rapi
Meja yang tidak teratur dan tidak terurus boleh menjadi sangat mengganggu kerja anda. Anda akan melihat timbunan kertas dan gelas kopi yang telah kosong yang boleh membuatkan anda sukar untuk menumpukan perhatian. Ambil masa sekurang-kuangnya 5 minit sebelum bekerja atau semasa rehat makan tengah hari anda untuk menyusun atur meja kerja anda supaya anda tidak dapat melihatnya bersepah. Meja yang teratur bermakna minda anda juga teratur dan tersusun dan membuatkan anda tenang dan lebih fokus.
Postur badan yang baik
Jika anda bekerja di hadapan komputer sepanjang hari dan anda tidak mempunyai postur yang betul maka tubuh anda akan mengalami kesakitan untuk jangka masa panjang. Sebelum duduk di komputer anda, sesuaikan kerusi anda supaya tempat bersandar anda tegak, dan anda berada di ketinggian yang betul supaya anda tidak perlu menundukkan leher anda untuk melihat skrin. Ambil rehat pendek dan cuba untuk tidak duduk terlalu lama. Anda juga boleh bertukar kedudukan setiap 15 minit agar badan tidak terlalu lenguh.
Elakkan kerja secara berlebihan
Jika anda mendapati anda sangat penat selepas kerja tetapi anda tidak boleh tidur, rasa marah atau membuat banyak kesilapan kecil, kemungkinan besar anda bekerja terlampau keras. Apabila anda cuba memberi tumpuan kepada 100 perkara, otak anda akan menjadi terlalu padat dan tidak teratur. Jadi, cuba ambil masa 5 minit untuk membuat sedikit senaman dengan bernafas dalam-dalam dan pilih kerja anda yang paling utama. Kemudian, cuba siapkan mengikut keperluan dan keutamaan. Pastikan waktu makan tengahari anda sebagai waktu untuk mengecaj kecergasan anda, lakukan sesuatu yang anda suka dan sebaik-baiknya keluar dari pejabat supaya anda tidak dapat lagi melihat kerja anda. Rehat sepuasnya!
Berehat dan bergerak
Duduk di komputer sepanjang hari tanpa bergerak boleh menyebabkan sakit sendi tidak kiralah sesiapa pun! Jadi, sangat penting untuk mencuba dan bangun setiap 40 minit dan berjalan-jalan untuk meregangkan otot anda. Dengan mengalihkan tumpuan dan menumpukan perhatian pada sesuatu yang lain untuk sementara waktu boleh membantu mengecaj minda dan fikiran anda apabila kembali bekerja. Seakan-akan anda membaik pulih idea-idea yang sedia ada.
Menghirup udara segar
Sesetengah pejabat suka mengisi udara tempat kerja mereka dengan penghawa dingin, terutamanya pada hari yang panas. Walau bagaimanapun, menggunakannya untuk jangka masa yang panjang boleh memberi kesan kepada kesihatan anda, contohnya ia boleh menyebabkan keletihan, sakit kepala dan/atau masalah kulit. Udara dalaman tidak akan pernah segar seperti udara luar dan terutamanya jika kedudukan anda tidak berhampiran dengan tingkap terbuka, ia akan dipenuhi dengan karbon dioksida dan zarah debu. Cuba dan pergi ke luar dan bersiar-siar selama lima minit sambil menghirup udara segar dan bukannya tinggal di pejabat untuk makan tengahari anda, berjalan-jalan di luar bangunan dan biar cahaya matahari menyentuh kulit anda!
Minum banyak air
Ruang kerja yang dipanaskan atau berhawa dingin boleh menjadi sangat kering pada siang hari sehingga kulit anda menjadi sangat kering. Sangat penting untuk terus terhidrasi. Cubalah untuk tidak minum secawan kopi tetapi menggantikannya dengan segelas air sejuk. Perkara yang paling teruk apabila berada di tempat kering ini boleh menyebabkan keletihan, pening kepala atau sakit kepala. Oleh itu, minum banyak air untuk lebih berjaga-jaga dan lebih bertenaga dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya dengan kerja anda.
Rehatkan mata anda
Sekiranya anda bekerja di hadapan komputer setiap hari dan anda tidak membiarkan mata anda rehat dalam tempoh yang lama, anda berisiko untuk mengalami masalah seperti sakit kepala, penglihatan kabur, dan mungkin lebih menakutkan ialah radang mata. Adalah baik untuk mencuba dan mengambil satu minit setiap hari untuk biarkan mata anda berehat, cuba dan fokus pada sesuatu yang lebih jauh, sebagai contoh, melihat tetingkap yang baik dan tumbuh-tumbuhan yang hijau, menutup mata anda supaya tiada cahaya boleh masuk atau hanya menutup mata anda untuk beberapa minit.
Dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic Untuk Perlindungan Kesihatan Masa Hadapan dan RM30 Starbucks Gift Card Bagi Setiap Pembelian
Setiap dari kita perlu menjaga kesihatan dan penjagaan itu haruslah bermula dari sekarang kerana mencegah lebih baik daripada merawat bukan? Oleh itu, bagi anda yang menghabiskan kebanyakan masa anda di tempat kerja yang berhawa dingin dan sentiasa menghadap skrin komputer, adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan anda. Lindungi kesihatan diri anda dengan mengamalkan 10 petua seperti yang telah kami senaraikan diatas. Dapatkan kad medikal AXA eMedic untuk perlindungan kesihatan anda sementara anda masih sihat!
PolicyStreet merupakan sebuah syarikat yang mana ia mengumpul maklumat berkenaan polisi insurans yang berada di dalam pasaran serta memberi cadangan yang terbaik untuk mereka yang sedang mencari polisi insurans yang bersesuaian. Dengan PolicyStreet anda cuma perlu mengisi satu borang secara atas talian dan ia hanya memakan masa lebih kurang 5 minit sahaja. Anda boleh dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic dan RM30 Starbucks Gift Card Bagi Setiap Pembelian pada harga serendah RM 32/sebulan dan segalannya lebih mudah dan pantas. Klik pautan di https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview/bm