Penduduk di Malaysia sangat menyukai makanan pedas, berlemak, berasid dan berangin. Namun, ia memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh badan setiap individu tambah-tambah lagi apabila anda baru sahaja selesai makan. Tidak ramai yang menyedari bahawa mereka menghidap GERD sehinggalah badan memberi tindak balas yang kurang memuaskan setiap kali lepas makan atau beberapa jam selepas makan. Adakah anda pernah berasa pedih di bahagian tekak atau lebih spesifik, saluran esofagus seakan-akan hendak muntah dan berasa sangat pedih seperti ada sesuatu di tekak anda? Anda mungkin mempunyai refluks Gastroesophgeal (GERD). Kami akan berkongsi dengan anda tentang penyakit ini.
Tidak seperti banyak keadaan, penyakit refluks gastroesophageal (GERD) hampir dapat dicegah. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mencegah refluks asid perut ke dalam esofagus melalui spinkter esofagus yang lebih rendah (LES), yang boleh merosakkan lapisan esophageal dan boleh membawa kepada pelbagai penyakit, termasuk kanser tekak. Walau bagaimanapun, apa yang akan membantu seseorang mengelakkan diri dari menderita GERD, tidak semestinya membantu orang lain dengan cara yang sama. Ia bergantung kepada sistem badan seseorang. Tetapi sebelum kami kongsikan bagaimana untuk mencegah, adalah lebih baik anda tahu serba sedikit tentang refluks GERD ini.
Apa itu GERD?
Dikenali sebagai Gastroesophageal reflux disease (GERD), berlaku apabila injap otot pada hujung esofagus anda tidak ditutup dengan betul. Esophagus anda adalah tiub yang membawa makanan dari mulut ke perut anda. Ini membolehkan kandungan perut kembali semula, atau refluks, ke kerongkong dan membuatkan penghidap merasa pedih. Anda mungkin merasakan pembakaran di dada atau tekak yang dinamakan sebagai pedih ulu hati. Kadang-kadang, anda boleh merasakan bendalir perut di bahagian belakang mulut. Jika anda mempunyai simptom ini lebih daripada dua kali seminggu, anda mungkin mempunyai GERD. Anda juga boleh mempunyai GERD tanpa pedih ulu hati. Gejala anda boleh termasuk batuk kering, gejala asma, atau masalah menelan.
10 Cara Untuk Mencegah GERD
Sesiapa sahaja, termasuk bayi dan kanak-kanak, boleh mempunyai GERD. Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius. Dalam sesetengah kes, anda mungkin memerlukan ubat atau pembedahan. Walau bagaimanapun, ramai orang boleh memperbaiki gejala mereka dengan mengamalkan beberapa cara. Berikut adalah 10 petua yang anda boleh cuba untuk mencegah GERD.
1. Kurangkan berat badan
Obesiti adalah punca utama GERD. Lemak tambahan di perut memberi tekanan pada perut anda, mendorong jus atau asid gastrik mengalir atau naik semula ke dalam esofagus anda. Anda disarankan untuk mengurangkan berat badan jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan. Ia boleh mengganggu sistem penghadaman badan anda. Namun, jika anda mempunyai berat badan yang normal, bermaksud berat badan bukanlah punca anda menghidap GERD.
2. Elakkan makanan yang diketahui menyebabkan refluks
Sekiranya anda berisiko untuk menghidap GERD, elakkan senarai makanan seperti berikut:
- Makanan berlemak
- Makanan pedas
- Mint
- Coklat
- Bawang
- Buah mangga
- Kopi atau sebarang minuman berkafein
- Minuman berkarbonat
- Makanan berasid, seperti tomato dan buah-buahan sitrus
3. Makan dengan kuantiti yang lebih kecil dan lebih kerap
Sekiranya anda makan makanan dengan kuantiti yang banyak dan mengisi perut anda terlalu banyak, ia akan memberi tekanan di dalam sistem penghadaman dan berisiko mendapat refluks. Tambahan pula, anda telah meletakkan tekanan pada LES, membuatkan ia cenderung untuk refluks. Selain itu, anda perlu makan dengan lebih kerap untuk memastikan asid tidak terbentuk di perut apabila membiarkan perut kosong dalam tempoh yang lama.
4. Jangan berbaring sebaik sahaja selepas makan
Tunggu sekurang-kurangnya tiga jam sebelum anda berbaring selepas makan. Graviti biasanya membantu mencegah refluks asid daripada berkembang. Apabila anda makan dan kemudian berbaring untuk tidur, anda membuatkan graviti tidak seimbang. Akibatnya, asid lebih mudah ditekan terhadap LES dan mengalir ke dalam esofagus dan menyebabkan refluks. Ubah tabiat buruk anda dan elakkan ini berlaku!
5. Tinggikan kepala anda semasa tidur
Untuk mengelakkan asid naik ke esofagus. Menaikkan kepala katil anda dari enam hingga lapan inci boleh membantu graviti mengekalkan asid gastrik kekal di dalam perut anda. Anda juga boleh menggunakan sokongan seperti bantal yang diletakkan secara menegak bagi memastikan badan anda juga terangkat sedikit. Jangan gunakan bantal tambahan hanya di kepala, kerana ia hanya menaikkan kepala dan tidak akan membantu mencegah GERD. Anda memerlukan seluruh badan atas anda untuk mendapatkan sokongan.
6. Semak ubat anda.
Terdapat beberapa ubat yang dapat meningkatkan risiko GERD, sama ada dengan melegakan LES, mengganggu proses pencernaan, atau mencetus rasa pedih di esofagus yang sudah meradang. Ubat-ubat ini termasuklah seperti berikut:
- Ubat antiradang bukan steroid, atau NSAID
- Penyekat saluran kalsium (sering digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi)
- Ubat-ubatan asma tertentu, termasuk beta-agonis seperti albuterol
- Anticholinergics, ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat keadaan seperti alahan bermusim dan glaukoma
- Bisphosphonates, digunakan untuk meningkatkan ketumpatan tulang
- Sedatif dan ubat penahan sakit
- Beberapa antibiotik
- Potasium
Jika anda mengambil ubat-ubatan ini, berbincanglah dengan doktor anda tentang beralih kepada ubat lain yang tidak mempunyai kesan yang sama pada saluran pencernaan atas. Walau bagaimanapun, jangan berhenti mengambil ubat yang ditetapkan tanpa terlebih dahulu berunding dengan doktor anda.
7. Berhenti merokok.
Sesetengah kajian mendapati bahawa nikotin boleh melegakan otot-otot LES dan juga boleh mengganggu keupayaan air liur anda untuk membersihkan asid daripada esofagus. Tambahan pula, rokok memang memudaratkan kesihatan walaupun untuk orang yang terdedah dengan asap ini. Bagi memastikan kesihatan anda berada dalam keadaan yang terbaik, sila berhenti merokok.
8. Kurangkan atau berhenti alkohol.
Seperti merokok, alkohol boleh menyebabkan LES anda berehat. Alkohol juga boleh menyebabkan otot esofagus menjadi kejang. Oleh itu, sama juga seperti rokok, adalah lebih baik anda berhenti minum minuman beralkohol.
9. Pakai pakaian longgar.
Jangan memakai pakaian yang ketat atau tali pinggang yang boleh menyekat perut anda. Bagi ruang untuk perut anda mengembang. Pakaian yang terlalu ketat juga boleh mencetuskan refluks.
10. Cuba diet bebas gluten.
Sekurang-kurangnya satu kajian telah mendapati bahawa gluten, protein yang terdapat dalam bijirin seperti barli, dan gandum, boleh menyebabkan atau memburukkan lagi gejala GERD. Cuba keluarkan gluten dari diet anda dan lihat jika ia membuahkan hasil dan anda dapat melihat perbezaannya.
Konklusi
Jika selepas mencuba petua di atas, anda masih mengalami GERD, segeralah berjumpa dengan doktor anda. Terdapat ubat-ubatan yang boleh diambil untuk meredakan gejala GERD. Namun, ada beberapa cara yang mungkin dilakukan oleh dokor anda seperti endoskopi. Ini bagi melihat gambaran di dalam saluran esofagus dan untuk menilai tahap penyakit GERD yang anda sedang alami. Bermula dari situ, doktor anda akan memberi beberapa jenis ubat yang bersesuaian dan beberapa nasihat. Anda juga perlu mengubah corak pemakanan dan gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Namun, itu semua bergantung kepada anda sendiri.
Dapatkan Medical Card AXA eMedic
Kami di PolicyStreet sememangnya ingin menyarankan kepada millennial-millennial di luar sana terutamanya untuk mengutamakan kesihatan badan anda. Ini bukan sekadar memastikan tubuh badan anda sentiasa mendapat keperluan khasiat yang mencukupi dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Anda juga perlu memastikan diri anda dilindungi sekiranya terjadi sebarang masalah kesihatan yang tidak diingini pada masa akan datang atau mungkin anda mengalami kecederaan yang tidak disengajakan akibat kemalangan. Adakah anda sudah bersedia menanggung kos perubatan yang mungkin bernilai beribu-ribu ringgit? Pastikan anda sudah memiliki kad medikal daripada AXA eMEdic. Tidak memerlukan proses yang panjang dan borang yang rumit. Segalanya hanya melalui pembayaran atas talian di laman web PolicyStreet di https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview/bm
************************************************************************